Assalamualaikum,

Cukup bangga saya ketika menjejakkan kaki di rumah Ketua 2 PESISIR pada petang 
Ahad lalu. Sekalipun tidak ramai ahli PESISIR yang hadir, tetapi beberapa rakan 
PESISIR yang hadir cukup menggembirakan saya. Dari wajah Ketua 1, Ketua 2, 
Setiausaha Agung dan AJK lain seperti Sdr Hashim Latif, jelas membayangkan 
bahawa PESISIR masih utuh dan tegar mengharungi badai waktu. Saya cukup optimis 
dengan barisan ini meskipun jawatan JK sentiasa bertukar ganti. Cuma apa yang 
diharap, sokongan ahli mesti berterusan. Kesungguhan Ku Zaid mewujudkan Grup 
Teater PESISIR sangat dialu-alukan. Sama-samalah kita memberi bantuan tenaga 
dan kepakaran dalam menjayakan niat murni Ku Zaid ini. Tahniah Ku Zaid!


----- Mesej Asal ----
Daripada: Anuar Musa <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [email protected]
Cc: [email protected]
Dihantar: Selasa, 16 Oktober, 2007 7:51:15
Subjek: Re: [Pesisir] kecintaan ahli pesisir teruji



sememangnya kecintaan itu tidak mampu diajar dan dipaksa kerana hasilnya
tidak asli dan cepat mati. dan sebagai sebuah pesatuan sukarela tanpa
sebarang pulangan lumayan tidak hairanlah kesepaduan yang dituntut,
kesepakatan yang diharapkan menjadi sekadar sebuah ilusi. namun saya
percaya kehebatan ketua satu, ketabahan setiausaha satu, kejituan cinta
asmui dan keluarga,eziz shukman,zakaria BS,hashim latif dan keluarga,
manzaidi, ku zaid dan anakanda,ismail, ghafar dan sahabat,nik azman nm,
haji mat dan keluarga memaknakan pertemuan itu...dan sebagai sebuah
persatuan yang kecil kita menjadi semakin kecil...

> Saya lagi sedih, ketika saat-saat akhir membuat persiapan untuk bertolak
> ke rumah Ketua Dua dari pejabat di Pengkalan Chepa, tiba-tiba saya terima
> dua panggilan mengenai kes kebakaran di Jalan Panchor dan kemalangan maut
> di Machang.
> Nak tak nak saya terpaksa utamakan tugas dahulu kerana kebetulan pada
> Hari Raya Kedua, saya seorang yang bertugas. Jadi bagi memastikan paper
> dapat keluar esok hari, saya terpaksa berkejar ke dua tempat itu.
> Sebelum itu saya sempat kirim sms kepada Ketua Dua memaklumkan
> ketidakhadiran saya pada perjumpaan itu atas sebab-sebab kes emergency.
> Saya minta maaf kepada semua. Saya rasa malu kepada rakan-rakan kerana
> saya antara yang beriya-iya menyatakan kesanggupan akan hadir, tetapi
> saya jugalah yang tidak hadir.
>
>
>
> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
> Kecintaan sebahagian besar ahli lama pesisir dan jawatan kuasa
> utama yang
> ada sekarang telah teruji apabila masing-masing menzahirkan rasa cinta
> mereka kepada pesisir dan dunia penulisan. Pada perjumpaan Pesisir yang
> baru diadakan .
>
> Kini pesisir masih mencari ahli-ahli lama pesisir agar kembali semula ke
> pesisir sekurang-kurangnya dalam pertemuan di egroup pesisir.
>
> Mungkin untuk bertemu seperti yang diadakan pada hari kedua agak sukar
> kerana kesibukan tugas masing-masing.
>
> Sebelum perjumpaan diadakan saya telah menerima beberapa maklum balas
> mereka yang tidak dapat hadir. Sebabnya kebanyakan harus menghadiri majlis
> tertentu bersama sanak saudara, Kesesakan lalu lintas .
>
> Jadi mereka sebenar bukan tidak mahu hadir, tapi tidak dapat hadir kerana
> hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
>
> Ediramle Ismail
>
>
>
>
>
>
> ------------ --------- --------- ---
> Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
> Play Sims Stories at Yahoo! Games.





      
________________________________________________________ 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke