Pertemuan pesisir pada raya kedua saya ada rakamkan gambar , tapi belum dapat dimuatnaik kerana masalah talian internet di komputer saya yang perlahan dalam sehari dua ni. Bagaimanapun saya akan cuba menempatkannya di web untuk dikongsikan bersama.
Kehadiran hari tu tidak ramai tapi ianya bagi saya cukup bermakna dengan kehadiran 4 orang ahli lama seperti Asmui, Eziz Shukman, Nik Azman NM dan Zakaria BS disamping mereka yang menetap di Tumpat seperti Anuar Musa, Saya sendiri, ketua 1, Bendahari dan Hashim Latiff yang kini menetap di Tanah Merah. Terima kasih kepada Sdr. Hashim Latiff sekeluarga kerana berkunjung ke rumah saya hari ini 18 Okt. Sekurangnya dapat sedikit sebanyak aura dari penulis yang berstamina dan berkecekalan tinggi yang telah hasilkan bukan lagi ratusan malah ribuan hasil karya. Lebih 40 buah novel yang telah dihasilkan oleh Hashim adalah suatu yang sangat membanggakan PESISIR. Khabarnya akan terus menulis dan menulis. Edi > Assalamualaikum... > Saya amat kecewa sekali kerana tidak dapat hadir di majlis yang > dikatakan meriah itu. Dari KL semangat saya memang berkobar2 untuk hadir > di majlis tersebut. Sayangnya saya tidak dapat menghadirkan diri kerana > terpaksa hadir di majlis lain yg lebih memerlukan saya. Kecewa sangat. > > Sebagai orng baru dalam Pesisir saya ingin sekali berkenalan dengan > semua keluarga Pesisir. Agaknya bila lagi Pesisir akan mengadakan > pertemuan seperti ini. Saya cadangkan Pesisir menganjurkan satu majlis > makan malam, di masa yang lebih sesuai. > > Terima kasih... > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Kecintaan sebahagian besar ahli lama pesisir dan jawatan kuasa > utama yang > ada sekarang telah teruji apabila masing-masing menzahirkan rasa cinta > mereka kepada pesisir dan dunia penulisan. Pada perjumpaan Pesisir yang > baru diadakan . > > Kini pesisir masih mencari ahli-ahli lama pesisir agar kembali semula ke > pesisir sekurang-kurangnya dalam pertemuan di egroup pesisir. > > Mungkin untuk bertemu seperti yang diadakan pada hari kedua agak sukar > kerana kesibukan tugas masing-masing. > > Sebelum perjumpaan diadakan saya telah menerima beberapa maklum balas > mereka yang tidak dapat hadir. Sebabnya kebanyakan harus menghadiri majlis > tertentu bersama sanak saudara, Kesesakan lalu lintas . > > Jadi mereka sebenar bukan tidak mahu hadir, tapi tidak dapat hadir kerana > hal-hal yang tidak dapat dielakkan. > > Ediramle Ismail >
