mengetuk pintu pesisir bermakna menyerahkan kesukarelaan yang tiada tara





> saya juga tumpang merasai resah dan gundah dengan apa yang dialami ketua
> wartawan sinar harian, sdr. Manzaidi.  saya tahu.  beliau cukup komited
> dengan PESISIR.  namun tuntutan tugas mesti diutamakan.  sabarlah.
>
>   buangkan kesedihan itu ke langit biar ianya menjadi benih hujan yang
> boleh menyiram dunia seterusnya menyuburkan tanaman cantik yang menjadi
> idaman semua.
>
>   saya masih ingat tahun-tahun silam era 80 ketika pertama kali langkahnya
> memasuki pintu PESISIR.  kehdairannya disambut penuh mesra AJK PESISIR
> waktu itu.  kami lahirkan seribu kegembiraan dengan kehadirannya dan
> saat itu kami sudah mahu meletakkan beliau dalam AJK PESISIR kerana kami
> yakin dengan kebolehan dan kemampuan beliau.
>
>   kepada ahli lain, kalau ada jemputan, silalah datang.  ingatlah, setiap
> jemputan itu serius.
>
> Anuar Musa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> ketidakhadiran saudara manzaidi sememangnya desakan tugas yang lebih utama
> yang tidak mampu dielakkan dan kita amat memahami sebagai warga pesisir
> dan saya percaya jauh dilubuk hati beliau tetap bersama kita cuma sedikit
> dikesalkan barisan ajk yang lain tanpa maklumat tanpa sebarang reaksi
> adalah sesuatu yang mendukacitakan mungkin kecintaan mereka masih belum
> mendalam dan memahami makna keakraban pesisir yang sebenarnya. selaku
> ketua dua saya gagal memainkan peranan untuk memimpin ajk yang lain
> memaknakan kecintaan terhadap PESISIR...
>
>> Saya lagi sedih, ketika saat-saat akhir membuat persiapan untuk bertolak
>> ke rumah Ketua Dua dari pejabat di Pengkalan Chepa, tiba-tiba saya
>> terima
>> dua panggilan mengenai kes kebakaran di Jalan Panchor dan kemalangan
>> maut
>> di Machang.
>> Nak tak nak saya terpaksa utamakan tugas dahulu kerana kebetulan pada
>> Hari Raya Kedua, saya seorang yang bertugas. Jadi bagi memastikan paper
>> dapat keluar esok hari, saya terpaksa berkejar ke dua tempat itu.
>> Sebelum itu saya sempat kirim sms kepada Ketua Dua memaklumkan
>> ketidakhadiran saya pada perjumpaan itu atas sebab-sebab kes emergency.
>> Saya minta maaf kepada semua. Saya rasa malu kepada rakan-rakan kerana
>> saya antara yang beriya-iya menyatakan kesanggupan akan hadir, tetapi
>> saya jugalah yang tidak hadir.
>>
>>
>>
>> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>> Kecintaan sebahagian besar ahli lama pesisir dan jawatan kuasa
>> utama yang
>> ada sekarang telah teruji apabila masing-masing menzahirkan rasa cinta
>> mereka kepada pesisir dan dunia penulisan. Pada perjumpaan Pesisir yang
>> baru diadakan .
>>
>> Kini pesisir masih mencari ahli-ahli lama pesisir agar kembali semula ke
>> pesisir sekurang-kurangnya dalam pertemuan di egroup pesisir.
>>
>> Mungkin untuk bertemu seperti yang diadakan pada hari kedua agak sukar
>> kerana kesibukan tugas masing-masing.
>>
>> Sebelum perjumpaan diadakan saya telah menerima beberapa maklum balas
>> mereka yang tidak dapat hadir. Sebabnya kebanyakan harus menghadiri
>> majlis
>> tertentu bersama sanak saudara, Kesesakan lalu lintas .
>>
>> Jadi mereka sebenar bukan tidak mahu hadir, tapi tidak dapat hadir
>> kerana
>> hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
>>
>> Ediramle Ismail
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>> ---------------------------------
>> Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
>> Play Sims Stories at Yahoo! Games.
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Don't let your dream ride pass you by.    Make it a reality with Yahoo!
> Autos.


Kirim email ke