Ada 2 kategori karya yang dihasilkan penulis, iaitu karya bermutu dan karya popular. Banyak perdebatan hal ini oleh para pengkaji dan sarjana. Walau apa pun, bagi saya menulis itu sangat penting. Seorang penulis mesti menulis tanpa menghiraukan sejauh mana mutu penulisannya. Hal itu kita serah kepada pembaca menghakiminya. Pembaca lebih maklum bahan yang hendak dikunyah. Bagaimanapun, jangan kerana ingin popular, kita sanggup jadi penulis murahan. Sanggup merosakkan fikiran dan moral masyarakat. Itu jangan! Penulis bertanggungjawab diadili di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti. Buatlah sesuatu yang membina dan memandu kehidupan dan diredai Allah. Teruskan menulis saudara-saudara sekalian!
----- Mesej Asal ---- Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> Kepada: [email protected] Cc: [EMAIL PROTECTED] Dihantar: Jumaat, 19 Oktober, 2007 2:31:45 Subjek: [Pesisir] Antara penulis mantap dan karya mantap Ternampak ada sedikit perbezaan antara penulis mantap dengan karya mantap. Penulis mantap kelihatan seperti penulis yang banyak menghasilkan karya dan menghasilkan karya secara berterusan disamping menghasilkan karya bermutu. Sedangkan karya yang mantap pula kelihatan karya yang bermutu dan dihasilkan oleh penulis tertentu. Antara karya sedap dibaca dengan karya bermutu pula adakalanya berbeza, karya bermutu kurang dibaca masyarakat umum berbanding karya yang mungkinnya kurang sedikit bermutu tapi dapat memikat pembaca ramai. Untuk sementara ini , tugas penulis teruskan menulis dan menghasilkan karya disamping memperbaiki dari masa ke semasa. Ediramle Ismail ________________________________________________________ Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik http://my.mail.yahoo.com/
