borang permohonan telah dimasukkan dakam laman web pesisir. sesiapa yang 
berminat boleh isi borang dan hantar terus kepada dbp juga melalui email. 
pendaftaran dan semua urusan dibuat oleh dbp kuala lumpur... yang berminat, 
harap segerakan...

asmui mustapa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:              Ada 2 kategori karya yang 
dihasilkan penulis, iaitu karya bermutu dan karya popular. Banyak perdebatan 
hal ini oleh para pengkaji dan sarjana. Walau apa pun, bagi saya menulis itu 
sangat penting. Seorang penulis mesti menulis tanpa menghiraukan sejauh mana 
mutu penulisannya. Hal itu kita serah kepada pembaca menghakiminya. Pembaca 
lebih maklum bahan yang hendak dikunyah. Bagaimanapun, jangan kerana ingin 
popular, kita sanggup jadi penulis murahan. Sanggup merosakkan fikiran dan 
moral masyarakat. Itu jangan! Penulis bertanggungjawab diadili di hadapan Allah 
di Padang Mahsyar nanti. Buatlah sesuatu yang membina dan memandu kehidupan dan 
diredai Allah. Teruskan menulis saudara-saudara sekalian! 

  ----- Mesej Asal ----
Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [email protected]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Dihantar: Jumaat, 19 Oktober, 2007 2:31:45
Subjek: [Pesisir] Antara penulis mantap dan karya mantap

    Ternampak ada sedikit perbezaan antara penulis mantap dengan karya mantap.
Penulis mantap kelihatan seperti penulis yang banyak menghasilkan karya
dan menghasilkan karya secara berterusan disamping menghasilkan karya
bermutu.

Sedangkan karya yang mantap pula kelihatan karya yang bermutu dan
dihasilkan oleh penulis tertentu.

Antara karya sedap dibaca dengan karya bermutu pula adakalanya berbeza,
karya bermutu kurang dibaca masyarakat umum berbanding karya yang
mungkinnya kurang sedikit bermutu tapi dapat memikat pembaca ramai.

Untuk sementara ini , tugas penulis teruskan menulis dan menghasilkan
karya disamping memperbaiki dari masa ke semasa.

Ediramle Ismail








  
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/  

                         

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke