tidak elok kita menilai pengarang.
tidak manis kita menghukum penulis utk sebuah tajuk atau karya yg
dihasilkan. kita perlu duduk sebagai saksi Tuhan. pembaca diberi
kepintaran menilai. karya yang baik dan mantap selalunya menghilangkan
unsur2 eksploitasi diri karyawan itu sendiri. pembaca duduk di dunia
nyata.
penulisan adalah suatu bidang lain.
ramai pengarang di Malaysia gemar menilai pengarang, bukan mencari
nilai- nilai baru yang perlu difikirkan dan dicerakin lagi utk membina
kesinambungan idea.
Azmi Mustapha <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Setuju dengan saudara ku ini.
Azmi Mustapha(bukan Penulis) cuma pembaca saja takat ni
----- Original Message ----
From: asmui mustapa <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Friday, October 19, 2007 3:07:21 PM
Subject: Re: [Pesisir] Antara penulis mantap dan karya mantap
Ada 2 kategori karya yang dihasilkan penulis, iaitu karya bermutu dan
karya popular. Banyak perdebatan hal ini oleh para pengkaji dan sarjana. Walau
apa pun, bagi saya menulis itu sangat penting. Seorang penulis mesti menulis
tanpa menghiraukan sejauh mana mutu penulisannya. Hal itu kita serah kepada
pembaca menghakiminya. Pembaca lebih maklum bahan yang hendak dikunyah.
Bagaimanapun, jangan kerana ingin popular, kita sanggup jadi penulis murahan.
Sanggup merosakkan fikiran dan moral masyarakat. Itu jangan! Penulis
bertanggungjawab diadili di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti. Buatlah
sesuatu yang membina dan memandu kehidupan dan diredai Allah. Teruskan menulis
saudara-saudara sekalian!
----- Mesej Asal ----
Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com
Cc: [EMAIL PROTECTED] .com
Dihantar: Jumaat, 19 Oktober, 2007 2:31:45
Subjek: [Pesisir] Antara penulis mantap dan karya mantap
Ternampak ada sedikit perbezaan antara penulis mantap dengan karya mantap.
Penulis mantap kelihatan seperti penulis yang banyak menghasilkan karya
dan menghasilkan karya secara berterusan disamping menghasilkan karya
bermutu.
Sedangkan karya yang mantap pula kelihatan karya yang bermutu dan
dihasilkan oleh penulis tertentu.
Antara karya sedap dibaca dengan karya bermutu pula adakalanya berbeza,
karya bermutu kurang dibaca masyarakat umum berbanding karya yang
mungkinnya kurang sedikit bermutu tapi dapat memikat pembaca ramai.
Untuk sementara ini , tugas penulis teruskan menulis dan menghasilkan
karya disamping memperbaiki dari masa ke semasa.
Ediramle Ismail
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail. yahoo.com/
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/