Setuju dengan saudara ku ini.

Azmi Mustapha(bukan Penulis) cuma pembaca saja takat ni



----- Original Message ----
From: asmui mustapa <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Friday, October 19, 2007 3:07:21 PM
Subject: Re: [Pesisir] Antara penulis mantap dan karya mantap

Ada 2 kategori karya yang dihasilkan penulis, iaitu karya bermutu dan karya 
popular. Banyak perdebatan hal ini oleh para pengkaji dan sarjana. Walau apa 
pun, bagi saya menulis itu sangat penting. Seorang penulis mesti menulis tanpa 
menghiraukan sejauh mana mutu penulisannya. Hal itu kita serah kepada pembaca 
menghakiminya. Pembaca lebih maklum bahan yang hendak dikunyah. Bagaimanapun, 
jangan kerana ingin popular, kita sanggup jadi penulis murahan. Sanggup 
merosakkan fikiran dan moral masyarakat. Itu jangan! Penulis bertanggungjawab 
diadili di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti. Buatlah sesuatu yang membina 
dan memandu kehidupan dan diredai Allah. Teruskan menulis saudara-saudara 
sekalian! 


----- Mesej Asal ----
Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com
Cc: [EMAIL PROTECTED] .com
Dihantar: Jumaat, 19 Oktober, 2007 2:31:45
Subjek: [Pesisir] Antara penulis mantap dan karya mantap


Ternampak ada sedikit perbezaan antara penulis mantap dengan karya mantap.
Penulis mantap kelihatan seperti penulis yang banyak menghasilkan karya
dan menghasilkan karya secara berterusan disamping menghasilkan karya
bermutu.

Sedangkan karya yang mantap pula kelihatan karya yang bermutu dan
dihasilkan oleh penulis tertentu.

Antara karya sedap dibaca dengan karya bermutu pula adakalanya berbeza,
karya bermutu kurang dibaca masyarakat umum berbanding karya yang
mungkinnya kurang sedikit bermutu tapi dapat memikat pembaca ramai.

Untuk sementara ini , tugas penulis teruskan menulis dan menghasilkan
karya disamping memperbaiki dari masa ke semasa.

Ediramle Ismail







Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail. yahoo.com/ 


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke