Beberapa perubahan perlu dilakukan untuk Pesisir .

Minta beri cadangan terutamanya dari segi bagaimana nak cari sumber
kewangan untuk menjalankan aktiviti.

Perkara dalam perhatian.

- Usahakan kemasukan semula ahli-ahli lama yang masih berminat.
- Membabitkan semua kaum yang ada di sini.
- Memperluaskan aktiviti bukan sahaja berbentuk penulisan tetapi juga
merangkumi kesenian , teater ,pendidikan,  ICT , aktiviti online, Ekonomi,
Sukan dan sebagainya.

Mungkin saya boleh menyumbang dalam ICT dan aktiviti online.

-- 
Ediramle Ismail

On Tue, January 15, 2008 10:19 am, Supian Hassan wrote:
saya rasa inilah pandangan yang amat berguna untuk pesisir..kerana kita
mampu kalau kita ubah cara sedikit,jom! kita semarakkan....hidup
pesisir...

On 1/11/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   tahniah kepada cikgu wel dan edi. juga turut simpati atas kesengsaraan
> mendukung pesisir.
> pesisir perlu mendekatkan diri dengan menteri, syarikat gergasi, tokoh
> koperat untuk menjadi penaja dan teterusnya menymbang dana untuk
> antiviti
> pesisir.
> pesisir tidak perlu ramai ahli, sekiranya ahli-ahli itu sekadar atas
> nama
> sahaja. yang pernting, ahli tak ramai tetapi aktif memberi sumbangan.
> pesisir boleh memberi sumbangan kepada ramai orang, kepada pelajar
> tingkatan
> 6 aliran sastera, para belia, lepasan sekolah dan sebagainya.
> kerajaan cuba terapkan perpaduan kaum dikalangan rakyat malaysia.
> pesisir
> bleh ambil peluang. dalam pesisir ada melayu, siam, cina juga cari india
> sorang dua. minta kementerian perpaduan negara taja  program penulisan
> yang
> melibatkan semua kaum. ini contoh saja...
> terbit antologi, minta bank taja. biar orang bank tulis kata aluan. ada
> iklan bank pula di belakang antologi.. apa salahnya!
> saya sekarang pun buat program untuk pelajar sekolah menengah. ikhtiar
> cari penaja yang sesuai. ikut kehendak dan hasrat mereka.
> buat bengkel cerpen alam sekitar. jabatan alam sekitar boleh taja. buat
> cerpen sejarah, minta muzium taja.
> perlu buat mesyuarat supaya meluluskan alaun kerja untuk setiausaha.
> bukan
> apa, sekadar isi minyak motor dan bayar prepaid hp.
> kalau benar-benar sayangkan pesisir, mesti berusaha, cari jalan dan
> bersatu menjayakan semua rancangan pesisir....
>
> *Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
>  Hingga ke saat ini diakui, Pesisir masih bersih daripada soal-soal nak
> rebut jawatan , iri dan hasad kepada rakan-rakan yang berjaya.
>
> Ahli-ahli pesisir (ahli PPK juga) adalah rakan sepanjang hayat dan
> sepanjang 20 tahun saya bersama pesisir, pengalaman yang agak perit
> adalah
> sebagai setiausaha 1 selama 15 tahun dan rekod paling lama adalah ketua
> satu (Cikgu Wel) iaitu selepas 2 tahun ditubuhkan hingga sekarang
> sebagai
> ketua 1 (25 tahun) .
>
> Kita sekarang ada dua masalah dan masalah ini perlu diatasi.
>
> Pertamanya kita agak sukar mandapat sumber kewangan untuk melangsungkan
> pelbagai aktiviti untuk ahli dan masyarakat.
>
> - Saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh sdr. Azlee
> berhubung perkara ini. Mungkin boleh kita bincangkan dengan lebih lanjut
> tentang kaedahnya.
>
> Keduanya perubahan masa yang turut merubah banyak perkara yang
> membuatkan
> terutamanya kalangan remaja sukar untuk dibawa masuk. Perubahan ini
> menjadi sangat ketara sejak awal tahun 2000 dan ke atas.
> Perubahan daripada kita taip surat menggunakan mesin taip, guna mesin
> penggelek, kemudian hantar surat kepada ahli.
>
> Kemudian berubah kepada menggunakan komputer dan diprint kemudian di
> fotostat . Hantar surat kepada ahli-ahli.
>
> Kemudian bila muncul internet dan hand phone, saya selalu menggunakan
> kaedah terbaharu iaitu menghubungi ahli melalui e-mel dan sms dan ini
> sangat memudahkan.
>
> Bagaimanapun untuk sesetengah program yang agak besar masih
> sebahagiannya
> digunakan surat menyurat untuk panggilan.
>
> Itu perubahan teknologi dan ianya tambah memudahkan, sebaliknya
> perubahan
> kecenderungan masyarakat adalah jauh lebih sukar untuk ditangani. Kalau
> dulu setiap 100 surat yang dihantar 50 orang pasti hadir. Tapi sekarang
> perubahan telah berlaku. Ada suatu ketika saya hantar surat kepada
> sebanyak 200 orang , tapi tak ada seorang pun yang datang kecuali
> ahli-ahli yang setia yang boleh dibilang dengan jari serta AJK yang
> sememangnya teruji kesetiaannya.
>
> Setelah beberapa kali hal sedemikian berlaku, saya mulai agak kecewa dan
> beberapa kali nak letak jawatan su 1, kerana merasa gagal untuk mengelak
> daripada perubahan masa yang begitu mendadak. Selepas itu saya tidak
> lagi
> dalam posisi menyerang, tapi sekadar di posisi bertahan. Tapi sampai
> selama manakah mampu bertahan.
>
> Bagaimanapun merasa sangat seronok bila rakan-rakan lama di pesisir
> kembali semula ke pesisir biarpun sebahagiannya melalui internet.
>
> --
> Ediramle Ismail
>
> On Tue, January 8, 2008 6:57 pm, azle abdullah wrote:
> menubuhkan pesisir, menghidupkan pesisir, meletakkan pesisir sebagai
> sebuah persatuan yang teguh, malah amat digeruni oleh persatuan penulis
> lain waktu itu bukanlah suatu kerja yang mudah. kitalah posmen, kitalah
> beli sampul, kertas dan setem dengan duit sendiri. beli pencetak surat.
> dan yang lebih penting sikap semua ahli pesisir macam adik beradik,
> hidup
> bergotong royong. berat sama dipikul, ringan sama dijinjang.. itulah
> warga
> pesisir. tidak ada rebutan kuasa. tidak ada caci cela. tidak ada dengki
> dan iri hati. yang ada jujur dan telus... tanya asmui? cikgu wel?
>
> Aziz Che Soh Aziz Che Soh
> <[EMAIL PROTECTED]<eziz_shukman%40yahoo.com>>
> wrote:
> Walaupun saya sudah hampir lebih kurang 22 tahun
> bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati negeriku
> Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua kawan-kawan di
> Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesusasteraan Melayu ini. Dengan
> adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi semua
> kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.
>
> Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman
> disebabkan kesibukan dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
> buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan,e-blog yang
> lain
> terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan
> jualan,
> chating rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
> ( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media
> elektronik
> yang lain secara tidak langsung.
>
> Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee Ab-
> dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar
> beberapa
> nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun
> semua
> terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak
> bangsa
> kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera
> Melayu
> kita ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
> semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
> sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita
> ke
> se-
> rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.
>

Kirim email ke