Assalamualaikum Pakdo...
   
  Sudah menjadi lumrah kehidupan, kita akan bermain, dipermainkan dan kadang 
kala main-main. Di pihak manapun kita, kita harus sedar, satu masa, satu 
ketika, permainan ini akan berakhir dengan keputusan yg harus kita terima. Di 
pihak manapun kita, kita terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat atas 
pesetujuan bersama.
   
  Ada orng enggan bermain2. Mereka lebih suka sekadar menjadi pemerhati tanpa 
mereka sedar, dengan menjadi pemerhatilah mereka semakin dipermainkan...

Pakdo <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Lama sudah pakdo tidak menulis catatan pakdo di sini. PaKdo rasa 
kurang sihat sikit, tapi masalah biasa saja yang diterima oleh golongan warga 
emas seperti pakdo ni.

Pakdo lihat di sekeliling pakdo sekarang ni orang ramai berpesta. Mereka 
berpesta untuk memilih corak kehidupan pada masa akan datang.

Bolehkah manusia menentukan nasib mereka. Untuk menentu masa depan manusia 
tentunya tidak boleh kerana dibatasi oleh kekurangan dan ketidaksempurnaan. 
Tapi manusia boleh mengalurkan laluannya ke arah masa depan mereka yang 
cemerlang.

Pakdo adakalanya merasakan pesta itu hanya sebagai  sebuah permainan hidup 
saja. Manusia merangka peraturan kemudian tunduk kepada peraturan  yang kerdil 
dan adakalanya tidak seberapa itu. 

Tapi adakalanya mungkin di tahap kesedaran lain pakdo merasakan permainan ini 
adalah permainan yang benar-benar dan semua orang yang layak harus bermain 
dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan yang mereka anggap betul 
menang.

Kebenaran adakalanya sangat sukar untuk dinyatakan dan adakalanya sangat sukar 
untuk difahami. Kalau pakdo berada di sebelah kiri pakdo kata sebelah kira yang 
betul dan kalau pakdo berada di sebelah kanan pakdo kata sebelah kanan yang 
betul. Pasukan manakah yang betul sebenarnya.

Kebenaran tidak boleh diukur dari suatu sudut sahaja, tetapi kena ukur semua 
sudut kalau ukurannya menepati apa yang diperkatakan itulah yang dikira lebih 
betul. Tapi orang lain mengukurnya dan membacanya dengan bacaan lain lalu 
menjadi tidak sama pula. Kesukaran ini adalah wajar, kerana hampir semua 
manusia yang ada sekarang ni tidak dalam keadaan sempurna. Kebanyakannya hanya 
manusia kerdil seperti pakdo juga. 

Lantas perlu ambil jalan yang lebih mudah tidak mengukur perkara yang begitu 
subjektif dan ukuran lebih ditumpukan kepada perkara objektif yang boleh nampak 
dengan mata lahir .

Pakdo gi dulu untuk melihat suasana kehidupan yang sungguh mengkagumkan pakdo 
ini.



-- 
H0rmat selalu daripada Pakdo 

                         

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke