Terima kasih ananda pakdo hong,  kerana berikan tips untuk pengubatan
resdung.
InsyaAllah pakdo akan amalkan kedua-duanya kerana ianya mudah dan pakdo
fikir ianya berkesan.

Pakdo berminat juga untuk mengetahui tentang urutan refleksi ni. Di mana
pakdo boleh buat rujukan tentang
cara-cara urutan ni?

Sebelum ni pakdo pernah minta tolong makdo pijak telapak kaki ketika pakdo
merasa keletihan dan ianya sungguh berkesan.

Satu lagi pakdo nak tanya Hong,
Hong pakdo rasa boleh juga melakukan pengubatan jarak jauh barangkali? atau
boleh scan penyakit dari jarak jauh?


Emel ini walaupun nampak seperti pakdo bercakap dengan Hong, tapi ianya juga
untuk manfaat saing-saing pakdo yang lain juga.


Pakdo



On 2/26/08, Hong siu Long <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>    Salam pakdo,
> Cara mengubati resdung sebenarnya secara berterusan kerana ianya sentiasa
> ada selagi kelenjar hingus ada.Rawatan moden biasanya dengan menbuat
> pembedahan membuang kelenjar ini.Kesannya hidung akan hilang fungsi
> menapis habuk dan kotoran melalui hingus.
> Sebenarnya jika diamalkan kaedah mengambil wuduk dengan sempurna mampu
> menghalang resdung.Langkah sunat memasukkan air dalam hidung,tu laa
> penyelesaian resdung.Amalkan,pada mulanya memang sakit sedikit.Akhirnyatidak
> lagi.Paling berkesan waktu sebelum subuh.
>        Kaedah kedua pulak urut tapak tangan dibawah jari ibu setiap kali
> bersin atau demam selsema.Ini refleksi tangan.Biasa diketahui refleksi
> kaki sahaja.Jauhkan jugak makanan laut yang tak segar atau telah
> diproses.(budu/belacan)
>        Mintak pakdo cuba kaedah2 ini,moga cepat sembuh.
>
>
>
>
>
>
>  ------------------------------
> Never miss a thing. Make Yahoo your 
> homepage.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51438/*http://www.yahoo.com/r/hs>
>
> 
>



-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke