Assalamualaikum.
Pastu lagu mana? kita ni nak jadi penonton ke pengadil ke? ko lagu man?
  ----- Original Message ----- 
  From: wan zainab saupik 
  To: [email protected] 
  Sent: Monday, February 25, 2008 9:05 AM
  Subject: Re: { PESISIR } Permainan Hidup



  Assalamualaikum Pakdo...

  Sudah menjadi lumrah kehidupan, kita akan bermain, dipermainkan dan kadang 
kala main-main. Di pihak manapun kita, kita harus sedar, satu masa, satu 
ketika, permainan ini akan berakhir dengan keputusan yg harus kita terima. Di 
pihak manapun kita, kita terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat atas 
pesetujuan bersama.

  Ada orng enggan bermain2. Mereka lebih suka sekadar menjadi pemerhati tanpa 
mereka sedar, dengan menjadi pemerhatilah mereka semakin dipermainkan...

  Pakdo <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
    Lama sudah pakdo tidak menulis catatan pakdo di sini. PaKdo rasa kurang 
sihat sikit, tapi masalah biasa saja yang diterima oleh golongan warga emas 
seperti pakdo ni.

    Pakdo lihat di sekeliling pakdo sekarang ni orang ramai berpesta. 
bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan yang mereka anggap betul menang.

    Kebenaran adakalanya sangat sukar untuk dinyatakan dan adakalanya sangat 
sukar untuk difahami. Kalau pakdo berada di sebelah kiri pakdo kata sebelah 
kira yang betul dan kalau pakdo berada di sebelah kanan pakdo kata sebelah 
kanan yang betul. Pasukan manakah yang betul sebenarnya.

    Kebenaran tidak boleh diukur dari suatu sudut sahaja, tetapi kena ukur 
semua sudut kalau ukurannya menepati apa yang diperkatakan itulah yang dikira 
lebih betul. Tapi orang lain mengukurnya dan membacanya dengan bacaan lain lalu 
menjadi tidak sama pula. Kesukaran ini adalah wajar, kerana hampir semua 
manusia yang ada sekarang ni tidak dalam keadaan sempurna. Kebanyakannya hanya 
manusia kerdil seperti pakdo juga. 

    Lantas perlu ambil jalan yang lebih mudah tidak mengukur perkara yang 
begitu subjektif dan ukuran lebih ditumpukan kepada perkara objektif yang boleh 
nampak dengan mata lahir .

    Pakdo gi dulu untuk melihat suasana kehidupan yang sungguh mengkagumkan 
pakdo ini.



    -- 
    H0rmat selalu daripada Pakdo 




------------------------------------------------------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

   


------------------------------------------------------------------------------


  No virus found in this incoming message.
  Checked by AVG Free Edition. 
  Version: 7.5.516 / Virus Database: 269.21.1/1298 - Release Date: 2/25/2008 
8:45 PM

Kirim email ke