Kalau saya , saya memilih untuk menjadi pemain sekaligus pengadil untuk hanya masa-masa tertentu sahaja umpamanya pada ketika ini. Saya bukan pemain sepanjang musim.
Selepas ini saya tidak bermain lagi sehinggalah empat atau lima tahun akan datang. Tentang pasukan yang saya pilih sudah begitu jelas dan untuk tahun ini saya berazam untuk tidak bakal menukarnya. Kalau mereka yang datang ke kampung saya ketika ini akan nampak dengan jelas pasukan mana yang saya sokong. Bagaimanapun permainan saya akan berakhir lebih awal kerana selepas itu saya akan jadi salah seorang pengadil yang seadil-adilnya dari sisi luaran tapi tidak di hati. Ketidakadilan di hati tidak memberi apa-apa kesan lagi kepada keadilan luaran ketika itu. Kemudian selepas beberapa hari selepas bermain saya akan berusaha untuk melupakan permainan ini untuk menumpukan kepada perkara lain pula. Selamat bermain dengan bersungguh-sungguh kerana kita diberi peluang untuk bermain . Kemenangan adalah dicari untuk setiap perlawanan. Tidak seronok kiranya perlawanan ini bakal meruntuhkan persahabatan dan silatulrahim antara kita semua terutamanya masyarakat sekampung. Kita perlu sama-sama berusaha untuk menjadi umat dan bangsa yang hebat dan terhebat. Berusaha membina kenyataan yang ternyata kita berupaya melakukannya. Ediramle On Tue, February 26, 2008 6:52 pm, zack63 wrote: Assalamualaikum. Pastu lagu mana? kita ni nak jadi penonton ke pengadil ke? ko lagu man? ----- Original Message ----- From: wan zainab saupik To: [email protected] Sent: Monday, February 25, 2008 9:05 AM Subject: Re: { PESISIR } Permainan Hidup Assalamualaikum Pakdo... Sudah menjadi lumrah kehidupan, kita akan bermain, dipermainkan dan kadang kala main-main. Di pihak manapun kita, kita harus sedar, satu masa, satu ketika, permainan ini akan berakhir dengan keputusan yg harus kita terima. Di pihak manapun kita, kita terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat atas pesetujuan bersama. Ada orng enggan bermain2. Mereka lebih suka sekadar menjadi pemerhati tanpa mereka sedar, dengan menjadi pemerhatilah mereka semakin dipermainkan... Pakdo <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Lama sudah pakdo tidak menulis catatan pakdo di sini. PaKdo rasa kurang sihat sikit, tapi masalah biasa saja yang diterima oleh golongan warga emas seperti pakdo ni. Pakdo lihat di sekeliling pakdo sekarang ni orang ramai berpesta. bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukan yang mereka anggap betul menang. Kebenaran adakalanya sangat sukar untuk dinyatakan dan adakalanya sangat sukar untuk difahami. Kalau pakdo berada di sebelah kiri pakdo kata sebelah kira yang betul dan kalau pakdo berada di sebelah kanan pakdo kata sebelah kanan yang betul. Pasukan manakah yang betul sebenarnya. Kebenaran tidak boleh diukur dari suatu sudut sahaja, tetapi kena ukur semua sudut kalau ukurannya menepati apa yang diperkatakan itulah yang dikira lebih betul. Tapi orang lain mengukurnya dan membacanya dengan bacaan lain lalu menjadi tidak sama pula. Kesukaran ini adalah wajar, kerana hampir semua manusia yang ada sekarang ni tidak dalam keadaan sempurna. Kebanyakannya hanya manusia kerdil seperti pakdo juga. Lantas perlu ambil jalan yang lebih mudah tidak mengukur perkara yang begitu subjektif dan ukuran lebih ditumpukan kepada perkara objektif yang boleh nampak dengan mata lahir . Pakdo gi dulu untuk melihat suasana kehidupan yang sungguh mengkagumkan pakdo ini. -- H0rmat selalu daripada Pakdo ------------------------------------------------------------------------------ Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. ------------------------------------------------------------------------------ No virus found in this incoming message. Checked by AVG Free Edition. Version: 7.5.516 / Virus Database: 269.21.1/1298 - Release Date: 2/25/2008 8:45 PM
