Saya pula masa tu bila dengar saja enjin motosikal posmen masuk pekarangan
rumah, cepat-cepat keluar dapatkan abg tu. Rasa amat gembira sekali kerana dia
membawa sepucuk surat daripada Pesisir. (Masa tu surat yang dihantar tak
bersampul - hanya sekadar lipat tiga, stapler dan tampal setem kat kanan).
Isi di dalamnya memaklumkan Pesisir akan mengadakan mesyuarat agung pada tarikh
sekian sekian dan tempat sekianp-sekian. Tika tu, duduk tak senang kerana tak
sabar-sabar nak hadir mesyuarat.
Anehnya masa tu saya tinggal di Pasir Mas, tetapi kerana cinta kepada Pesisir,
saya rasa jaraknya agak dekat walaupun sebenarnya 25 kilometer dari rumah saya
ke tempat mesyuarat di Chabang Empat.
Tiba hari mesyuarat, saya duduk paling corot sekali sebab hadirin yang hadir
teramat ramai. Hingga satu bilik kelas sekolah pun tak muat. Begitulah hebatnya
Pesisir masa dulu. Sebab itu ahli-ahlinya berkualiti. Kerana mereka menyertai
Pesisir dengan niat hendak menimba ilmu. Dan ilmu itu digunakan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, saya mengambil diri saya sendiri. Saya tidak pernah ketinggalan
menyertai setiap program yang dianjurkan Pesisir..walaupun semua tu agak asing
bagi saya.
Tetapi alhamdulillah, dalam banyak2 program tu, satu daripadanya rupanya
penyebab kepada keadaan kedudukan saya sekarang ini. Terima kasih Pesisir. Jasa
mu tetapi aku kenang dan tidak akan lupa sehingga akhir hayat.
--- On Sun, 4/20/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } HAMP[IR TIGA PULUH TAHUN DENGAN PESISIR
To: [email protected]
Date: Sunday, April 20, 2008, 4:23 PM
saya tersentuh dengan luahan hashim latiff. itulah anak pesisir. barangkali
hashim juga masih ingat setiap minggu kita kita meting tak resmi di rumah asmui
kalau di jal besar, di rumah napi mat di besut tumpat, di rumah awang abdullah
di bunut susu. di rumah ujid dharmawan. di rumah ketua satu yang paling kerap.
kita hantar surat dengan motorsikal dari rumah ke rumah. tak pakai pos. kita
cetak sendiri pakai tangan saja. masa itu tak kenal riso dan tak kenal fotostat
lagi. kalau ada pun 5o sen sekeping. baik isi minyak motor rm1 boleg pergi
balik ke palekbang dan terus ke wakaf bharu.
indahnya zaman itu...
hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> wrote:
bila ada orang bertanyakan kepada saya apa yang saya dapat selama hampir 30
tahun berada di dalam pesisir, saya akan menjawab, saya tidak mendapat apa-apa
(kewangan) daripada PESISIR, tetapi saya mendapat ribuan ilmu daripadanya.
bakti PESISIR terlalu besar pada saya. kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak
percaya, tanya SDr. Manzaidi, Asmui, AZli Lee, siap lagi Shafie. Malah pertama
kali Sdr. Manzaidi melangkah kaki memijak pantai PESISIR, saya berasa sungguh
bangga, dan pada pertama kali dia menegur saya, saya masih ingt teguran itu,
saya rasa sudah termugil nur pershabatan antara kami. itulah keakraban
PESISIR. Siapa yang mengur itu sudah kami anggap orang yang baik dan mampu
menduduki kerusi AJK PESISIR. Akhirnya SDR. Manzaidi kami lantik jadi AJK
biarpun sibuk sebagai WARTAWAN wibawa masa itu. apa pun hambatan kehidupan
ternyata menjarakkan kami semua.
saat
keberangakatn saya ke hulu (Tanah Merah) saya merasa sedih meninggalkan
segalanya di Tumpat apa lagi menjauhakan diri dengan PESISIR. Tika itu rindu
ini makin kuat dan cengkaman kasih PESISR tidak mampu saya leraikan dnegan
mengalihkan topik perbincangan hal-hal lain. Makin saya cuba jauhkan diri dari
PESISIR, makin kuat rindu ini kepada persatuan yang banyak berikan pelauang
kepada saya menulis. say bermula dengan PESISIR, mengelai Sdr. Napi Mat,
Kashim Mohammad dan ramai lagi, termasuk Mantan SU 1.
tuan-tuan yang budiman, saya memandu kereta hampir sejam setengah dengan jarak
seratus kilometer lebih semata-mata untuk hadir mesyuarat, tanpa clim duit
minyak. jadi tidak masuk akallah orang di dalam jajahan Tumpat sendiri tidak
mahu hadir mesyuarat! ko lagu mana?
saya sayangkan segalanya di Tumpat. Meskipun bandar dan daerah kelahiran saya
mendapat jolokan BANDAR KOBOI,
namun penduduknya sudah merentasi gerhana kesusahan dan hal-hal kemiskianan
sudah ada penduduk yang berjaya melepasinya.
biarpun daerah Tumpat dilabelkan daerah pertanian dan nelayan, namun saya
bangga bila dicelah-celah label itu ada Persataun Penulis Tumpat (PESISIR) yang
mampu memberikan siangan kepada persatuan (penulis) gergasi di negara ini.
Justeru, dalam menyemarakkan lagi karak PESISIR, jangan kita serahkan tugasan
ini kepadsa tiga orang sahaja. dalam PESISR ada segalanya. kepakaran dan
kelitan. Justeru gunakanlah peluang ini untuk menguar-uarkan seni di daerah
ini dan jangan gunakan PESISIR sebagai batu loncatan. bila saya ke Kuala
Lumpur atau bercakap dengan Cikgu Rejab F.I Perlis, saya ceritakan perihal
kehebatan PESISR dan dia menjemput kami ke Perlis.
Apa pun saya bangga dengan PESISIR dan saya harap kepada AJK lain, hadirlah
mesyuarat. Dalam
mesy.lah kita cas semula bateri penulisan kita yang nak kondem tu. setiap
manusia perlukan orang lain untuk nyalakan kembali semangatnya yang mungkin
padam. percayalah.
Hashim Latiff
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ