saya tersentuh dengan luahan hashim latiff. itulah anak pesisir. barangkali 
hashim juga masih ingat setiap minggu kita kita meting tak resmi di rumah asmui 
kalau di jal besar, di rumah napi mat di besut tumpat, di rumah awang abdullah 
di bunut susu. di rumah ujid dharmawan. di rumah ketua satu yang paling kerap.
   
  kita hantar surat dengan motorsikal dari rumah ke rumah. tak pakai pos. kita 
cetak sendiri pakai tangan saja. masa itu tak kenal riso dan tak kenal fotostat 
lagi. kalau ada pun 5o sen sekeping. baik isi minyak motor rm1 boleg pergi 
balik ke palekbang dan terus ke wakaf bharu.
   
  indahnya zaman itu...

hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          bila ada orang bertanyakan kepada saya apa yang saya dapat selama 
hampir 30 tahun berada di dalam pesisir, saya akan menjawab, saya tidak 
mendapat apa-apa (kewangan) daripada PESISIR, tetapi saya mendapat ribuan ilmu 
daripadanya.  bakti PESISIR terlalu besar  pada saya.  kalau tuan-tuan dan 
puan-puan tidak percaya, tanya SDr. Manzaidi, Asmui, AZli Lee, siap lagi 
Shafie.  Malah pertama kali Sdr. Manzaidi melangkah kaki memijak pantai 
PESISIR, saya berasa sungguh bangga, dan pada pertama kali dia menegur saya, 
saya masih ingt teguran itu, saya rasa sudah termugil nur pershabatan antara 
kami.  itulah keakraban PESISIR.  Siapa yang mengur itu sudah kami anggap orang 
yang baik dan mampu menduduki kerusi AJK PESISIR. Akhirnya SDR. Manzaidi kami 
lantik jadi AJK biarpun sibuk sebagai WARTAWAN  wibawa masa itu. apa pun 
hambatan kehidupan ternyata menjarakkan kami semua.       

saat keberangakatn saya ke hulu (Tanah Merah)  saya merasa sedih meninggalkan 
segalanya di Tumpat apa lagi menjauhakan diri dengan PESISIR.  Tika itu rindu 
ini makin kuat dan cengkaman  kasih PESISR  tidak mampu saya leraikan dnegan 
mengalihkan topik perbincangan hal-hal lain.  Makin saya cuba jauhkan diri dari 
PESISIR, makin kuat rindu ini kepada persatuan yang banyak berikan pelauang 
kepada saya menulis.  say bermula dengan PESISIR, mengelai Sdr. Napi Mat, 
Kashim Mohammad dan ramai lagi, termasuk Mantan SU 1.  

tuan-tuan yang budiman,  saya memandu kereta hampir sejam setengah dengan jarak 
seratus kilometer lebih semata-mata untuk hadir mesyuarat, tanpa clim duit 
minyak.  jadi tidak masuk akallah orang di dalam jajahan Tumpat sendiri tidak 
mahu hadir mesyuarat!  ko lagu mana?

saya sayangkan segalanya di Tumpat.  Meskipun bandar dan daerah kelahiran saya 
mendapat jolokan BANDAR KOBOI, namun  penduduknya  sudah merentasi gerhana  
kesusahan dan hal-hal kemiskianan sudah ada penduduk yang berjaya melepasinya.  

biarpun daerah Tumpat dilabelkan daerah pertanian dan nelayan, namun saya 
bangga bila dicelah-celah label itu ada Persataun Penulis Tumpat (PESISIR) yang 
mampu memberikan siangan kepada persatuan (penulis) gergasi di negara ini.

Justeru, dalam menyemarakkan lagi karak PESISIR, jangan kita serahkan tugasan 
ini kepadsa tiga orang sahaja.  dalam PESISR ada segalanya.  kepakaran dan 
kelitan.  Justeru gunakanlah peluang ini untuk menguar-uarkan seni di daerah 
ini dan jangan gunakan PESISIR  sebagai batu loncatan.  bila saya ke Kuala 
Lumpur atau bercakap dengan Cikgu Rejab F.I Perlis,  saya ceritakan perihal 
kehebatan PESISR dan dia menjemput kami ke Perlis.

Apa pun saya bangga dengan PESISIR dan saya harap kepada AJK lain, hadirlah 
mesyuarat.   Dalam mesy.lah kita cas semula bateri penulisan kita  yang nak 
kondem tu.  setiap manusia perlukan orang lain untuk nyalakan kembali 
semangatnya yang mungkin padam.  percayalah. 

Hashim Latiff 




  
    
---------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.  

                           

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke