Dalam pesisir saya bermula tahun 1986 , itu diperkenalkan oleh Sdr. Eziz
Shukman. 1986 saya ahli biasa . Sebelum itu saya tinggal di Kuantan 1980 -
awal 1986 kerana jadi Askar Melayu DiRaja di Kem Batu 10 .
Mulai tahun 1987 saya dilantik sebagai pemeriksa kira-kira hingga 1991.
Dari 1991 - 1994 Sebagai SU1 . 1995 Sebagai AJK. 1995 (pertengahan Tahun)
- 2000 Sebagai Setiausaha 1 . Kemudian 2000 (pertengahan Tahun) sebagai
AJK biasa hingga 2004. Pada pertengahan tahun 2004 - 2008 hingga Februari
Sebagai SU1 - Dari Februari hingga April 2008 sebagai SU 2 (entah rasmi
entahkan tidak) Dari Mei 2008 - Mungkin kembali sebagai AJK.
Mulai tahun 1991 - hingga 2000 merupakan tahun saya aktif berpersatuan ,
belia, PBTM, Kemasyarakatan sebagainya . Ketika itulah dunia penulisan
saya seakan terkubur. Sepatutnya di tahun-tahun inilah saya menumpukan
masa yang lebih kepada penulisan.
Saya sempat hasilkan sebuah novel . Itupun ketika saya melepaskan jawatan
sebagai setiausaha beberapa persatuan iaitu tahun 2000 - 2003.
Kesimpulan yang saya boleh buat sedikit sebanyak ialah kiranya ingin maju
dalam penulisan tidak boleh terlalu aktif dalam persatuan, terutamanya
tidak memegang apa-apa setiausaha mana-mana persatuan. Menggunakan
internet secara berterusan juga merupakan halangan untuk menulis. Tapi
menggunakan internet adalah perkara yang sangat baik untuk menulis.
Umpamanya Minum air secawan atau dua cawan adalah baik ketika dahaga, tapi
minum air lima gelas sekali gus adalah tidak baik walaupun ketika dahaga.
Betulah bersederhana itu adalah amalan sebaiknya. Bersederhana pula
biarlah lebihkan sedikit tidak di sebelah kurang.
Dalam berpersatuan, saya nampak perbezaan yang cukup ketara bermula tahun
1998. Selepas tahun 1998 Suasana dalam kebanyakan persatuan berubah begitu
ketara sekali.
Kalau sebelumnya walaupun tidak dengan menggunakan teknologi moden , hanya
menggunakan surat biasa, sambutannya adalah sangat baik dan sebagai SU
walaupun agak lelah terasa juga kepuasannya.
Tapi setelah tahun 1998 ke atas , pengendalian persatuan sudah menjadi
lebih sukar. Saya sudah mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam
keadaan masyarakat sekarang. Dan terpaksa menerima hakikat , musim lalu
telah tidak dapat dipertahankan lagi. Oleh itu saya mula menumpukan
berpersatuan secara online . Pesisir sudah masuk ke era ICT pada tahun
1999 iaitu persatuan penulis kedua di Kelantan yang memanfaatkan ICT
selepas PUSPA yang lebih awal ada laman web.
Edi
On Sun, April 20, 2008 4:23 pm, azle abdullah wrote:
saya tersentuh dengan luahan hashim latiff. itulah anak pesisir.
barangkali hashim juga masih ingat setiap minggu kita kita meting tak
resmi di rumah asmui kalau di jal besar, di rumah napi mat di besut
tumpat, di rumah awang abdullah di bunut susu. di rumah ujid dharmawan. di
rumah ketua satu yang paling kerap.
kita hantar surat dengan motorsikal dari rumah ke rumah. tak pakai pos.
kita cetak sendiri pakai tangan saja. masa itu tak kenal riso dan tak
kenal fotostat lagi. kalau ada pun 5o sen sekeping. baik isi minyak
motor rm1 boleg pergi balik ke palekbang dan terus ke wakaf bharu.
indahnya zaman itu...
hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
bila ada orang bertanyakan kepada saya apa yang saya dapat
selama hampir 30 tahun berada di dalam pesisir, saya akan
menjawab, saya tidak mendapat apa-apa (kewangan) daripada
PESISIR, tetapi saya mendapat ribuan ilmu daripadanya. bakti
PESISIR terlalu besar pada saya. kalau tuan-tuan dan puan-puan
tidak percaya, tanya SDr. Manzaidi, Asmui, AZli Lee, siap lagi
Shafie. Malah pertama kali Sdr. Manzaidi melangkah kaki memijak
pantai PESISIR, saya berasa sungguh bangga, dan pada pertama
kali dia menegur saya, saya masih ingt teguran itu, saya rasa
sudah termugil nur pershabatan antara kami. itulah keakraban
PESISIR. Siapa yang mengur itu sudah kami anggap orang yang
baik dan mampu menduduki kerusi AJK PESISIR. Akhirnya SDR.
Manzaidi kami lantik jadi AJK biarpun sibuk sebagai WARTAWAN
wibawa masa itu. apa pun hambatan kehidupan ternyata menjarakkan
kami semua.
saat keberangakatn saya ke hulu (Tanah Merah) saya merasa sedih
meninggalkan segalanya di Tumpat apa lagi menjauhakan diri dengan PESISIR.
Tika itu rindu ini makin kuat dan cengkaman kasih PESISR tidak mampu
saya leraikan dnegan mengalihkan topik perbincangan hal-hal lain. Makin
saya cuba jauhkan diri dari PESISIR, makin kuat rindu ini kepada persatuan
yang banyak berikan pelauang kepada saya menulis. say bermula dengan
PESISIR, mengelai Sdr. Napi Mat, Kashim Mohammad dan ramai lagi, termasuk
Mantan SU 1.
tuan-tuan yang budiman, saya memandu kereta hampir sejam setengah dengan
jarak seratus kilometer lebih semata-mata untuk hadir mesyuarat, tanpa
clim duit minyak. jadi tidak masuk akallah orang di dalam jajahan Tumpat
sendiri tidak mahu hadir mesyuarat! ko lagu mana?
saya sayangkan segalanya di Tumpat. Meskipun bandar dan daerah kelahiran
saya mendapat jolokan BANDAR KOBOI, namun penduduknya sudah merentasi
gerhana kesusahan dan hal-hal kemiskianan sudah ada penduduk yang berjaya
melepasinya.
biarpun daerah Tumpat dilabelkan daerah pertanian dan nelayan, namun saya
bangga bila dicelah-celah label itu ada Persataun Penulis Tumpat (PESISIR)
yang mampu memberikan siangan kepada persatuan (penulis) gergasi di negara
ini.
Justeru, dalam menyemarakkan lagi karak PESISIR, jangan kita serahkan
tugasan ini kepadsa tiga orang sahaja. dalam PESISR ada segalanya.
kepakaran dan kelitan. Justeru gunakanlah peluang ini untuk
menguar-uarkan seni di daerah ini dan jangan gunakan PESISIR sebagai batu
loncatan. bila saya ke Kuala Lumpur atau bercakap dengan Cikgu Rejab F.I
Perlis, saya ceritakan perihal kehebatan PESISR dan dia menjemput kami ke
Perlis.
Apa pun saya bangga dengan PESISIR dan saya harap kepada AJK lain,
hadirlah mesyuarat. Dalam mesy.lah kita cas semula bateri penulisan kita
yang nak kondem tu. setiap manusia perlukan orang lain untuk nyalakan
kembali semangatnya yang mungkin padam. percayalah.
Hashim Latiff
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try
it now.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.