Walaupun jauh di perantauan, saya tetap sayangkan PESISIR, Saya bangga, 
kerana saya dapat mengembangkan bakat yang ada. Di awal tahun 1985 saya 
menyertai PESISIR, biarpun sebagai ahli biasa, semangat menjadi berkobar-kobar 
untuk menulis, apabila bertemu rakan-rakan penulis yang terlebih dahulu menempa 
nama seperti Awang Abdullah, Azlee, Azman Eziz Shukan, Hashim Latif sekadar 
menyebut beberapa nama. saat paling manis ialah bersama-sama mementas teater di 
Tumpat di hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan (dah lupa tarikhnya). Kerana minat 
dengan PESISIR saya sanggup mengateh basikal tua dari Palekbang hingga ke 
Cabang Empat demi menghadiri mesyuarat. Dan hati saya bertanya sekarang, adakah 
ahli-ahli PESISIR hari ini sanggup berkorban tenaga dan masa seperti ahli-ahli 
lama yang lain demi memastikan PESISIR terus hidup?

       
---------------------------------
 
Live Chat NOW! Love in 1 Click!

Kirim email ke