Salam sejahtera kpd semua teman-teman Pesisir  dan kepada semua ahli-ahli 
lama  dan ahli baru  dari pelusuk  tanah air. Saya  akan bercuti dan  akan 
balik ke kampung pada  hari  mesyuarat  tersebut , itupun jika  cuti  mendapat 
kelulusan  dpd pihak atasan.

     Teringat  kpd semua teman-teman  lama  yang sama-sama bergiat di dalam  
PESISIR  dahulu. Susah senang tanggungjawab bersama , kami tidak kedekut idea, 
tidak sayang  tenaga, walaupun duit   persatuan kami tidak seberapa. Kami 
berbangga  ketika itu  mendapat tunjuk  ajar dpd  orang-orang lama  spt. Naapie 
 Mat, Man Esa, Ludin C.M., Cikgu Wen ( Pengerusi  Pesisir ), Jimy 
Rodgiues,Awang Abdullah, Eh Edeng a/l Eh Chik dan sebagainya. Kami tetap 
bersatu, walaupun  jauh dan dekat, kami mengayuh  basikal berbatu-batu  
daripada Kg.Kok Keli, Kok Pasir, Kg.laut, Palekbang semata-mata utk  hadir  
mesyuarat  di Tumpat atau  hadiri majlis pertemuan secara  formal di Kg.Jal 
Besar, Tumpat, Kelantan,  yang penting bagi kami ilmu
kepenulisan perlu ditimba  untuk dijadikan panduan menulis.

    Saya  berbangga  sekarang ini  kerana  ahli-ahli Pesisir  telah  ramai 
melahirkan penulis yang telah berjaya spt. Asmui Mustapha, Hashim 
Latif,Ediramlee, Azlee Abdullah, Wan.Zakaria Wan.Busu, Anuar Musa, Wilai Ah 
Jok, Nik Azman NM, Naapie Mat, Awang Abdullah, sekadar beberapa  nama sahaja yg 
dapat disebutkan  di sini. Kami sentiasa mencari jalan untuk memajukan Pesisir  
dari semasa  ke semasa, tanpa mengira tempat dan waktu. 
Terpenting bagi  kami ketika itu biar  Pesisir  sentiasa  subur di laman hati 
warga ahli baru dan ahli lama. Kerana tanpa  ahli baru, ahli lama tidak boleh 
bekerja, dengan saling bantu membantu  di antara satu sama lain, maka Pesisir 
sentiasa mekar mewangi  sehinggalah sekarang ini. 

   Saya  berharap agar  Pesisir akan maju dari semasa  ke semasa, walaupun 
terdapat ahli-ahli  lama yg sekarang ini  telah berkeluarga  dan berhijrah ke 
mana-mana  di dalam Malaysia ini, yg penting bagi kami hubungan persaudaraan
tetap  erat dan kekal sepanjang masa.

Eziz Shukman,
Penjara  Kajang, Selangor.

[EMAIL PROTECTED]/  eziz [EMAIL PROTECTED]


       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke