....dan dengan peluru anak batu penuh poket kan man? adusss...betapa indahnya
kehidupan alam kanak-kanak, tidak ada apa yang perlu difikirkan. Makan, minum
dan bermain....tanpa ada perasaan belas kasihan terhadap mangsa lastik (bi'dah)
kita tu kan? kasihan burung-burung tu, ada cat tuli yang tercaut kepalanya, ada
cak ciak yang terbelah dadanya, ada murai yang patah kakinya...dan entah ada
1001 macam lagi kesengsaraan yang ditanggung oleh haiwan-haiwan itu. Paling
tidak pun kalau tak ada magsa hari itu, kucing yang sedang berak ditepi pagar
pun akan kita lastik kan? Apalagi lari la kawe tuh congek ekor-ekornya...
zalim...zalimmmm....memang zaliiiimmmm....
Saya berhenti main lastik ni apabila diberitahu oleh ibu bahawa akhirat nanti
kita terpaksa memikul bulu0bulu burung tu untuk dibawa kelangit tetapi tidak
sebagaimana bulu yang kita lihat pada burung tersebut, sebaliknya setiap helai
bulunya sama besar dengan batang kelapa, apalagi bayangkan.....Entah betul atau
pun tidak tak tahulah. namun begitulah hikmahnya didikan dari seorang ibu....
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Sun, 20 Apr 2008 23:36:23
-0700Subject: RE: { PESISIR } Jika Dapat Cuti Saya Balik Ke Kampung 24.4.2008.
Aduhh!! Edi... kata-kata sdr mendesak minda saya untuk turut kembali ke zaman
kanak-kanak dulu yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Di mana tika
pulang dari sekolah, saya bersama rakan-rakan (skg mereka ada yang tugas
sebagai pegawai polis, tentera, jabatan, politik dan bisnesman) berkampung di
kawasan 'hutan' belakang rumah dengan lastik sangkut ditengkok.
Tika itu kami dapat melihat bagaimana tupai lompat dari dahan ke dahan pokok
berlari ketakutan. Kami juga dapat tengok burung candik, merbah hutan, merbah
sungai, merbah kepala putih, tok rok (kerak), puing, cak ciak, cak tuli, dan
macam-macam jenis burung yang hari ini tidak ada lagi di depan mata kita.
Kenangan lampau saya lekas datang setiap kali saya menatap rintihan Edi.
Jiwanya sama dgn jiwa saya...cintakan kedamaian, ketenangan dan keharmonian.
Kini saya terpaksa menerima hakikat bahawa kehidupan sekarang tidak seceria
kehidupan zaman lampau. Saya rindukan kawan-kawan yang bernama Shuhairi,
Suhaizan, Suhaimi, Mimi, Zana, Imi, Sedi, Nawi, Azam, Mat Noor, Pok, Ijo,
Hamid, Zarina, Maizun, Awi, Nina, Liza, Miza, Kak Ni, makcik Mah, makcik Yam,
seman, kak nab, abe Ji, abe man dan lain-lain lagi.
Semua nama-nama itu adalah mereka yang tinggal satu kampung di Pengkalan Pasir,
Pasir Mas. Sekarang entah ke mana mereka menghilang. Tidak dapat dikesan
sehingga kini. Masing-masing membawa diri selaras dengan tuntutan hidup.
Kadang-kadang apabila celik mata (sejak tinggal di Selangor), hati memberontak
marah apabila banyak hutan-hutan yang melahirkan alam semula jadi paling indah
dihilangkan secara rakus dalam sekelip mata. Suara burung yang saya sebutkan
tadi tidak pernah kedengaran. Yang ada hanya si gagak hitam yang nakal mencuri
sisa makanan dan mematuk pakaian yang disidai.
Ah!!! banyak lagi kalau nak diterjemahkan di sini....--- On Mon, 4/21/08,
Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]>Subject: RE: { PESISIR }
Jika Dapat Cuti Saya Balik Ke Kampung 24.4.2008.To: [EMAIL PROTECTED]: Monday,
April 21, 2008, 12:05 PM
ketenangan dan kedamaian hanya ada di dalam diri, lantaran itu carilah dahulu
KEBENARAN yang juga berada di dalam diri, baru lah ketenangan dan kedamaian
akan datang dengan sendirinya.. .insyaAllah. ...
To: [EMAIL PROTECTED] .comFrom: [EMAIL PROTECTED] comDate: Mon, 21 Apr 2008
11:58:06 +0800Subject: Re: { PESISIR } Jika Dapat Cuti Saya Balik Ke Kampung
24.4.2008.
Sdr. Eziz, Janganlah hanya kerana mesyuarat AJK atau aktiviti pesisir,
sdrberkorban dan pulang dari jauh. Saya tak mahu sdr. akan kecewa dengan
apakeadaan sebenarnya.Bagaimanapun kalau sdr. balik untuk urusan keluarga atau
urusan pentingketika itu, dan aktiviti pesisir hanyalah sebagai hal sampingan ,
sayasangat merasa berbesar hati kerana kita boleh berjumpa lagi.Sdr. Eziz,
dalam seminggu dua ni saya masih berhasrat untuk pergi kepantai-pantai delta
sekali lagi dan bermalam di sana dengan berlampukanbintang-bintang dan bulan
separuh mengambang. Ingin tidur berkipaskan bayumalam yang lembutnya bagai
gumpalan kekabu di belakang rumah nenek ketikazaman kanak-kanak dulu.Entah
mengapa, sejak akhiran ini, saya sering inginkan ketenangan,inginkan kedamaian,
kesejahtaraan , perpaduan dan inginkan juga kesenanganhidup kalau
mungkin.Jiwaku sering berkata-kata, tinggalkan sebahagian
besarpermainan-permainan hidup yang menyerabutkan dan kembalilah
kepadaketenangan.Pastinya orang akan katakan. Untuk ketenangan pergilah ke
masjid dansurau-surau , di sana akan ada ketenangan . Itu adalah betul dan
amatwajar sekali.Begitu pun, sekali sekala kita harus juga ke bukit, kita harus
juga kejeram, kita harus juga pergi ke kolam dan ke sungai-sungai dan
kepusat-pusat membeli belah juga ke pantai.Apakah mungkin saya telah berusia
atau apakah ada petanda yang sayaseperti akan kembali ke dunia yang lalu iaitu
menjadi lebih peka danseterusnya kembali ke dunia penulisan. (diharapkan lambat
lagi kembali kedunia asal yang abadi).Ketika kembara pantai delta hari tu,
selepas waktu maghrib hingga jam 8.00pagi saya merasa begitu tenang. Selepas
subuh ketika hari masih belumcerah sepenuhnya saya berjalan-jalan di tepian
pantai, saya merasakanseperti saya sedang melepaskan pelbagai perasaan yang
menjadi sampah saraprasa di dalam dada atau di dalam otak.Ombak-ombak kecil
yang meniarap di tepian seakan menghanyutkan rasatersebut ke laut yang luas.
Air laut kemudian melarutkan perqasaan itu danmengadunkannya serta membuatkan
ianya bertambah masim.EdiramleOn Sun, April 20, 2008 10:33 pm, Aziz Che Soh
Aziz Che Soh wrote:Salam sejahtera kpd semua teman-teman Pesisir dan kepada
semuaahli-ahli lama dan ahli baru dari pelusuk tanah air. Saya akanbercuti dan
akan balik ke kampung pada hari mesyuarat tersebut ,itupun jika cuti mendapat
kelulusan dpd pihak atasan.Teringat kpd semua teman-teman lama yang sama-sama
bergiat didalam PESISIR dahulu. Susah senang tanggungjawab bersama , kamitidak
kedekut idea, tidak sayang tenaga, walaupun duit persatuankami tidak seberapa.
Kami berbangga ketika itu mendapat tunjukajar dpd orang-orang lama spt. Naapie
Mat, Man Esa, Ludin C.M.,Cikgu Wen ( Pengerusi Pesisir ), Jimy Rodgiues,Awang
Abdullah, EhEdeng a/l Eh Chik dan sebagainya. Kami tetap bersatu, walaupun
jauhdan dekat, kami mengayuh basikal berbatu-batu daripada Kg.Kok Keli,Kok
Pasir, Kg.laut, Palekbang semata-mata utk hadir mesyuarat diTumpat atau hadiri
majlis pertemuan secara formal di Kg.Jal Besar,Tumpat, Kelantan, yang penting
bagi kami ilmukepenulisan perlu ditimba untuk dijadikan panduan menulis.Saya
berbangga sekarang ini kerana ahli-ahli Pesisir telah ramaimelahirkan penulis
yang telah berjaya spt. Asmui Mustapha, HashimLatif,Ediramlee, Azlee Abdullah,
Wan.Zakaria Wan.Busu, Anuar Musa,Wilai Ah Jok, Nik Azman NM, Naapie Mat, Awang
Abdullah, sekadarbeberapa nama sahaja yg dapat disebutkan di sini. Kami
sentiasamencari jalan untuk memajukan Pesisir dari semasa ke semasa,
tanpamengira tempat dan waktu.Terpenting bagi kami ketika itu biar Pesisir
sentiasa subur di lamanhati warga ahli baru dan ahli lama. Kerana tanpa ahli
baru, ahli lamatidak boleh bekerja, dengan saling bantu membantu di antara satu
samalain, maka Pesisir sentiasa mekar mewangi sehinggalah sekarang ini.Saya
berharap agar Pesisir akan maju dari semasa ke semasa, walaupunterdapat
ahli-ahli lama yg sekarang ini telah berkeluarga danberhijrah ke mana-mana di
dalam Malaysia ini, yg penting bagi kamihubungan persaudaraantetap erat dan
kekal sepanjang masa.Eziz Shukman,Penjara Kajang, Selangor.ezizshukman@
gamail.com/ eziz [EMAIL PROTECTED] com------------ --------- --------- ---Be a
better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try itnow.
Get your free suite of Windows Live services! Windows Live
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
_________________________________________________________________
Get your free suite of Windows Live services today!
http://www.get.live.com/wl/all