ketenangan dan kedamaian hanya ada di dalam diri, lantaran itu carilah dahulu 
KEBENARAN yang juga berada di dalam diri, baru lah ketenangan dan kedamaian 
akan datang dengan sendirinya...insyaAllah....


To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Mon, 21 Apr 2008 11:58:06 
+0800Subject: Re: { PESISIR } Jika Dapat Cuti Saya Balik Ke Kampung 24.4.2008.




Sdr. Eziz, Janganlah hanya kerana mesyuarat AJK atau aktiviti pesisir, 
sdrberkorban dan pulang dari jauh. Saya tak mahu sdr. akan kecewa dengan 
apakeadaan sebenarnya.Bagaimanapun kalau sdr. balik untuk urusan keluarga atau 
urusan pentingketika itu, dan aktiviti pesisir hanyalah sebagai hal sampingan , 
sayasangat merasa berbesar hati kerana kita boleh berjumpa lagi.Sdr. Eziz, 
dalam seminggu dua ni saya masih berhasrat untuk pergi kepantai-pantai delta 
sekali lagi dan bermalam di sana dengan berlampukanbintang-bintang dan bulan 
separuh mengambang. Ingin tidur berkipaskan bayumalam yang lembutnya bagai 
gumpalan kekabu di belakang rumah nenek ketikazaman kanak-kanak dulu.Entah 
mengapa, sejak akhiran ini, saya sering inginkan ketenangan,inginkan kedamaian, 
kesejahtaraan , perpaduan dan inginkan juga kesenanganhidup kalau 
mungkin.Jiwaku sering berkata-kata, tinggalkan sebahagian 
besarpermainan-permainan hidup yang menyerabutkan dan kembalilah 
kepadaketenangan.Pastinya orang akan katakan. Untuk ketenangan pergilah ke 
masjid dansurau-surau , di sana akan ada ketenangan . Itu adalah betul dan 
amatwajar sekali.Begitu pun, sekali sekala kita harus juga ke bukit, kita harus 
juga kejeram, kita harus juga pergi ke kolam dan ke sungai-sungai dan 
kepusat-pusat membeli belah juga ke pantai.Apakah mungkin saya telah berusia 
atau apakah ada petanda yang sayaseperti akan kembali ke dunia yang lalu iaitu 
menjadi lebih peka danseterusnya kembali ke dunia penulisan. (diharapkan lambat 
lagi kembali kedunia asal yang abadi).Ketika kembara pantai delta hari tu, 
selepas waktu maghrib hingga jam 8.00pagi saya merasa begitu tenang. Selepas 
subuh ketika hari masih belumcerah sepenuhnya saya berjalan-jalan di tepian 
pantai, saya merasakanseperti saya sedang melepaskan pelbagai perasaan yang 
menjadi sampah saraprasa di dalam dada atau di dalam otak.Ombak-ombak kecil 
yang meniarap di tepian seakan menghanyutkan rasatersebut ke laut yang luas. 
Air laut kemudian melarutkan perqasaan itu danmengadunkannya serta membuatkan 
ianya bertambah masim.EdiramleOn Sun, April 20, 2008 10:33 pm, Aziz Che Soh 
Aziz Che Soh wrote:Salam sejahtera kpd semua teman-teman Pesisir dan kepada 
semuaahli-ahli lama dan ahli baru dari pelusuk tanah air. Saya akanbercuti dan 
akan balik ke kampung pada hari mesyuarat tersebut ,itupun jika cuti mendapat 
kelulusan dpd pihak atasan.Teringat kpd semua teman-teman lama yang sama-sama 
bergiat didalam PESISIR dahulu. Susah senang tanggungjawab bersama , kamitidak 
kedekut idea, tidak sayang tenaga, walaupun duit persatuankami tidak seberapa. 
Kami berbangga ketika itu mendapat tunjukajar dpd orang-orang lama spt. Naapie 
Mat, Man Esa, Ludin C.M.,Cikgu Wen ( Pengerusi Pesisir ), Jimy Rodgiues,Awang 
Abdullah, EhEdeng a/l Eh Chik dan sebagainya. Kami tetap bersatu, walaupun 
jauhdan dekat, kami mengayuh basikal berbatu-batu daripada Kg.Kok Keli,Kok 
Pasir, Kg.laut, Palekbang semata-mata utk hadir mesyuarat diTumpat atau hadiri 
majlis pertemuan secara formal di Kg.Jal Besar,Tumpat, Kelantan, yang penting 
bagi kami ilmukepenulisan perlu ditimba untuk dijadikan panduan menulis.Saya 
berbangga sekarang ini kerana ahli-ahli Pesisir telah ramaimelahirkan penulis 
yang telah berjaya spt. Asmui Mustapha, HashimLatif,Ediramlee, Azlee Abdullah, 
Wan.Zakaria Wan.Busu, Anuar Musa,Wilai Ah Jok, Nik Azman NM, Naapie Mat, Awang 
Abdullah, sekadarbeberapa nama sahaja yg dapat disebutkan di sini. Kami 
sentiasamencari jalan untuk memajukan Pesisir dari semasa ke semasa, 
tanpamengira tempat dan waktu.Terpenting bagi kami ketika itu biar Pesisir 
sentiasa subur di lamanhati warga ahli baru dan ahli lama. Kerana tanpa ahli 
baru, ahli lamatidak boleh bekerja, dengan saling bantu membantu di antara satu 
samalain, maka Pesisir sentiasa mekar mewangi sehinggalah sekarang ini.Saya 
berharap agar Pesisir akan maju dari semasa ke semasa, walaupunterdapat 
ahli-ahli lama yg sekarang ini telah berkeluarga danberhijrah ke mana-mana di 
dalam Malaysia ini, yg penting bagi kamihubungan persaudaraantetap erat dan 
kekal sepanjang masa.Eziz Shukman,Penjara Kajang, [EMAIL PROTECTED]/ eziz 
[EMAIL PROTECTED] a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! 
Mobile. Try itnow. 






_________________________________________________________________
Get your free suite of Windows Live services today!
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke