Membaca sejarah kalian, teringat kembali zaman kanak2 saya. Permainan kanak2
perempuan ketika itu tidak sama dengan anak2 kita zaman ini. Kalau main masak2,
kita menggunakan tempurung atau dan tin2 kosong sebagai periuk dan pinggan.
Adakala main masak2 menggunakan api betul2, masak guna tin kosong. Tapi hari
ini berapa ramai parents yg mengizinkan anak2 mereka bermain api seperti dulu.
Dan lagi permainan sekarang semuanya sudah tersedia. Saya ingat adik2 lelaki
saya dulu mencari dahan bercabang dua untuk buat lastik tp hr ini lastik boleh
dibeli dan dibuat dari plastik. Adik2 saya juga buat senapang kayu dengan
papan, rekacipta sendiri mengikut kreativiti mereka...
Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Aduhh!! Edi...
kata-kata sdr mendesak minda saya untuk turut kembali ke zaman kanak-kanak dulu
yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Di mana tika pulang dari sekolah,
saya bersama rakan-rakan (skg mereka ada yang tugas sebagai pegawai polis,
tentera, jabatan, politik dan bisnesman) berkampung di kawasan 'hutan' belakang
rumah dengan lastik sangkut ditengkok.
Tika itu kami dapat melihat bagaimana tupai lompat dari dahan ke dahan pokok
berlari ketakutan. Kami juga dapat tengok burung candik, merbah hutan, merbah
sungai, merbah kepala putih, tok rok (kerak), puing, cak ciak, cak tuli, dan
macam-macam jenis burung yang hari ini tidak ada lagi di depan mata kita.
Kenangan lampau saya lekas datang setiap kali saya menatap rintihan Edi.
Jiwanya sama dgn jiwa saya...cintakan kedamaian, ketenangan dan keharmonian.
Kini saya terpaksa menerima hakikat bahawa kehidupan sekarang tidak seceria
kehidupan zaman lampau. Saya rindukan kawan-kawan yang bernama Shuhairi,
Suhaizan, Suhaimi, Mimi, Zana, Imi, Sedi, Nawi, Azam, Mat Noor, Pok, Ijo,
Hamid, Zarina, Maizun, Awi, Nina, Liza, Miza, Kak Ni, makcik Mah, makcik Yam,
seman, kak nab, abe Ji, abe man dan lain-lain lagi.
Semua nama-nama itu adalah mereka yang tinggal satu kampung di Pengkalan
Pasir, Pasir Mas. Sekarang entah ke mana mereka menghilang. Tidak dapat dikesan
sehingga kini. Masing-masing membawa diri selaras dengan tuntutan hidup.
Kadang-kadang apabila celik mata (sejak tinggal di Selangor), hati
memberontak marah apabila banyak hutan-hutan yang melahirkan alam semula jadi
paling indah dihilangkan secara rakus dalam sekelip mata. Suara burung yang
saya sebutkan tadi tidak pernah kedengaran. Yang ada hanya si gagak hitam yang
nakal mencuri sisa makanan dan mematuk pakaian yang disidai.
Ah!!! banyak lagi kalau nak diterjemahkan di sini....
--- On Mon, 4/21/08, Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE: { PESISIR } Jika Dapat Cuti Saya Balik Ke Kampung 24.4.2008.
To: [email protected]
Date: Monday, April 21, 2008, 12:05 PM
ketenangan dan kedamaian hanya ada di dalam diri, lantaran itu carilah
dahulu KEBENARAN yang juga berada di dalam diri, baru lah ketenangan dan
kedamaian akan datang dengan sendirinya.. .insyaAllah. ...
---------------------------------
To: [EMAIL PROTECTED] .com
From: [EMAIL PROTECTED] com
Date: Mon, 21 Apr 2008 11:58:06 +0800
Subject: Re: { PESISIR } Jika Dapat Cuti Saya Balik Ke Kampung 24.4.2008.
Sdr. Eziz, Janganlah hanya kerana mesyuarat AJK atau aktiviti pesisir, sdr
berkorban dan pulang dari jauh. Saya tak mahu sdr. akan kecewa dengan apa
keadaan sebenarnya.
Bagaimanapun kalau sdr. balik untuk urusan keluarga atau urusan penting
ketika itu, dan aktiviti pesisir hanyalah sebagai hal sampingan , saya
sangat merasa berbesar hati kerana kita boleh berjumpa lagi.
Sdr. Eziz, dalam seminggu dua ni saya masih berhasrat untuk pergi ke
pantai-pantai delta sekali lagi dan bermalam di sana dengan berlampukan
bintang-bintang dan bulan separuh mengambang. Ingin tidur berkipaskan bayu
malam yang lembutnya bagai gumpalan kekabu di belakang rumah nenek ketika
zaman kanak-kanak dulu.
Entah mengapa, sejak akhiran ini, saya sering inginkan ketenangan,
inginkan kedamaian, kesejahtaraan , perpaduan dan inginkan juga kesenangan
hidup kalau mungkin.
Jiwaku sering berkata-kata, tinggalkan sebahagian besar
permainan-permainan hidup yang menyerabutkan dan kembalilah kepada
ketenangan.
Pastinya orang akan katakan. Untuk ketenangan pergilah ke masjid dan
surau-surau , di sana akan ada ketenangan . Itu adalah betul dan amat
wajar sekali.
Begitu pun, sekali sekala kita harus juga ke bukit, kita harus juga ke
jeram, kita harus juga pergi ke kolam dan ke sungai-sungai dan ke
pusat-pusat membeli belah juga ke pantai.
Apakah mungkin saya telah berusia atau apakah ada petanda yang saya
seperti akan kembali ke dunia yang lalu iaitu menjadi lebih peka dan
seterusnya kembali ke dunia penulisan. (diharapkan lambat lagi kembali ke
dunia asal yang abadi).
Ketika kembara pantai delta hari tu, selepas waktu maghrib hingga jam 8.00
pagi saya merasa begitu tenang. Selepas subuh ketika hari masih belum
cerah sepenuhnya saya berjalan-jalan di tepian pantai, saya merasakan
seperti saya sedang melepaskan pelbagai perasaan yang menjadi sampah sarap
rasa di dalam dada atau di dalam otak.
Ombak-ombak kecil yang meniarap di tepian seakan menghanyutkan rasa
tersebut ke laut yang luas. Air laut kemudian melarutkan perqasaan itu dan
mengadunkannya serta membuatkan ianya bertambah masim.
Ediramle
On Sun, April 20, 2008 10:33 pm, Aziz Che Soh Aziz Che Soh wrote:
Salam sejahtera kpd semua teman-teman Pesisir dan kepada semua
ahli-ahli lama dan ahli baru dari pelusuk tanah air. Saya akan
bercuti dan akan balik ke kampung pada hari mesyuarat tersebut ,
itupun jika cuti mendapat kelulusan dpd pihak atasan.
Teringat kpd semua teman-teman lama yang sama-sama bergiat di
dalam PESISIR dahulu. Susah senang tanggungjawab bersama , kami
tidak kedekut idea, tidak sayang tenaga, walaupun duit persatuan
kami tidak seberapa. Kami berbangga ketika itu mendapat tunjuk
ajar dpd orang-orang lama spt. Naapie Mat, Man Esa, Ludin C.M.,
Cikgu Wen ( Pengerusi Pesisir ), Jimy Rodgiues,Awang Abdullah, Eh
Edeng a/l Eh Chik dan sebagainya. Kami tetap bersatu, walaupun jauh
dan dekat, kami mengayuh basikal berbatu-batu daripada Kg.Kok Keli,
Kok Pasir, Kg.laut, Palekbang semata-mata utk hadir mesyuarat di
Tumpat atau hadiri majlis pertemuan secara formal di Kg.Jal Besar,
Tumpat, Kelantan, yang penting bagi kami ilmu
kepenulisan perlu ditimba untuk dijadikan panduan menulis.
Saya berbangga sekarang ini kerana ahli-ahli Pesisir telah ramai
melahirkan penulis yang telah berjaya spt. Asmui Mustapha, Hashim
Latif,Ediramlee, Azlee Abdullah, Wan.Zakaria Wan.Busu, Anuar Musa,
Wilai Ah Jok, Nik Azman NM, Naapie Mat, Awang Abdullah, sekadar
beberapa nama sahaja yg dapat disebutkan di sini. Kami sentiasa
mencari jalan untuk memajukan Pesisir dari semasa ke semasa, tanpa
mengira tempat dan waktu.
Terpenting bagi kami ketika itu biar Pesisir sentiasa subur di laman
hati warga ahli baru dan ahli lama. Kerana tanpa ahli baru, ahli lama
tidak boleh bekerja, dengan saling bantu membantu di antara satu sama
lain, maka Pesisir sentiasa mekar mewangi sehinggalah sekarang ini.
Saya berharap agar Pesisir akan maju dari semasa ke semasa, walaupun
terdapat ahli-ahli lama yg sekarang ini telah berkeluarga dan
berhijrah ke mana-mana di dalam Malaysia ini, yg penting bagi kami
hubungan persaudaraan
tetap erat dan kekal sepanjang masa.
Eziz Shukman,
Penjara Kajang, Selangor.
ezizshukman@ gamail.com/ eziz [EMAIL PROTECTED] com
------------ --------- --------- ---
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Get your free suite of Windows Live services! Windows Live
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.