Untuk tujuan antologi puisi online pesisir.

1. Saya cadangkan puisi itu adalah tidak ada tema tertentu supaya penyair
bebas menulis mengikut gaya dan caranya tersendiri. Tapi tidak menyentuh
sensitiviti mana-mana pihak secara langsung.

2. Sebaiknya sajak yang belum disiarkan di mana-mana, kerana ia tidak
terikat kepada mana-mana pihak.

3. Usia puisi, saya cadangkan ianya boleh saja sejak awal penulisan
seseorang penyair sehingga ke tarikh tutup yang ditetapkan kemudian.

4. Saya cadangkan setiap  penyair boleh hantar antara sebuah  (1) hingga
10 buah puisi tak kira panjang atau pendek.

5. Puisi-puisi yang dikirimkan tidak diberi apa-apa bayaran .(percuma atau
gratis) Antologi yang bakal dihasilkan juga ditempatkan di internet dan
dapat diakses oleh pembaca secara percuma.

6. Puisi-puisi yang telah dihantar untuk antologi online ini boleh
dihantar ke penerbitan untuk tujuan penyiaran.

7. Cara hantar, boleh melalui e-mel atau melalui pautan terus ke laman
puisi yang ditempatkan. e-mel yang dicadangkan [EMAIL PROTECTED] ,
boleh dihantar secara kepilan atau secara salin dan tampal secara terus
melalui e-mel. Sertakan sedikit biodata penyair.

8. Jumlah puisi dalam antologi ini saya cadangkan lebih daripada 100 buah.

9. Penyertaannya terbuka bukan sahaja kepada ahli pesisir, tetapi juga
kepada semua yang dapat baca makluman tentang perkara ini. Sama ada di
Malaysia, Singapura, Selatan Thai, Indonesia, Brunei atau di mana-mana
sahaja . Tapi puisi itu hendaklah berbahasa Melayu .

10. Sajak mereka yang baru mencuba untuk menulis  juga diterima.




Sebarang cadangan pembaikan masih diterima.

Ediramle



On Tue, May 20, 2008 11:17 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
Assalamualaikum... wthIngin bertanya susulan daripada program Antologi
Puisi Pesisir Online. 1. Bolehkah dihantar puisi yang pernah tersiar di
mana-mana akhbar atau majalah untuk program ini.2. Apakah tema puisi ini
menjurus kepada aktiviti / berkenaan dengan Pesisir semata3. Berapakah
usia puisi yang boleh termuat dalam antologi ini. ( yg lebih lima tahun
boleh kah>?) terima kasih sdr edi.drpd: RMNwww.celikhuruf.blogspot.com

  ----- Original Message -----
  From: "Ediramle Ismail"
  To: [email protected]
  Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
  Date: Mon, 19 May 2008 14:45:37 +0800 (MYT)

  En. RMN, bukan lagi ahli baru , barangkali dah masuk ahli
  pertangahan.

  Sekiranya warga pesisir sekelian bersetuju untuk mengirimkan
  sajak-sajak,
  perkara ini boleh dilaksanakan.

  Saya akan bawa ke mesyuarat AJK pesisir pertama sesudah mesyuarat
  Agung
  baru-baru ini . Tarikhnya belum ditetapkan lagi. Kalau dipersetujui
  saya
  akan cuba dapatkan puisi daripada ahli dan rakan-rakan sekelian.

  Kalau tidak, saya hanya kumpul sajak-sajak daripada beberapa orang
  sahaja.
  Saya tengok Sajak-sajak Eziz Shukman dah banyak di blognya. Saya
  sendiri
  dah jumpa seberkas, sajak-sajak lama yang belum saya siapkan sejak 20
  ke
  10 tahun yang lalu.

  Lagi pula, Antologi puisi Pesisir yang terakhir hanya dikeluarkan
  pada
  tahun 1993 iaitu Gelombang 5.

  Sebelum itu, Gelombang 1, Gelombang 2, Bunga Pulau, Sungai Ketapang,
  Gelombang 3 dan Gelombang 4.

  Semua sajak-sajak tersebut saya taip semula dan masih ada di komputer
  serta di internet. Kecuali Gelombang 1 saya tak pernah jumpa dan tak
  dapat
  kesan.

  Saya sering juga berkunjung ke blog rakan-rakan pesisir. Bagus sekali
  pengisiannya.Banyak perkara yang diperoleh. Di Blog Celikhuruf banyak
  sekali panduan untuk penulis. Terima kasih.

  Penutupan blog Tintarona sepertinya ada sesuatu yang agak peribadi
  pemiliknya.

  Ediramle

  On Mon, May 19, 2008 11:04 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
  Salam, Saya RMN ahli baru yang menyokong penuh hasrat murni itu.
  Mungkin
  usaha itu boleh juga dikembangkan menjadi satu bahan penerbitan yang
  mengabsahkan keberdirian PESISIR yang sudah sekian lama mengorak
  zaman.
  Saya juga mahu mengasah bakat berpuisi. Sehingga ke hari ini saya
  belum
  menguji bakat saya dalam genre ini, mana tahu dengan adanya peluang
  ini,
  TAHNIAH sdri Edi atas usaha dan cetusan idea. Saya juga bersedia
  untuk
  memberi khidmat profesional jika mahu antologi ini diterbitkan
  sebagai
  sebuah antologi bercetak. Bersama menyokong usaha murni ini.(
  www.celikhuruf.blogspot.com )

  ----- Original Message -----
  From: "Manzaidi MohdAmin"
  To: [email protected]
  Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
  Date: Sat, 17 May 2008 23:20:13 -0700 (PDT)

  Walaupun saya tak pandai buat sajak, tetapi saya amat mengalu-alukan
  usaha ini. Sekurang-kurangnya masyarakat seni nampak hasil tangan
  Pesisir. Rasanya sudah lama Pesisir tidak menghasilkan buah tangan
  selepas buku antologi puisi Gelombang tidak lama dulu.

  Sekarang adalah masanya untuk Pesisir menerbit dan mengeluarkan
  apa-apa hasil untuk tatapan umum.

  Saya harap usaha ini dapat diteruskan. Minta semua ahli lama dan baru
  beri sokongan kepada usaha sdr Edi ini. Wassalam.

  --- On Sun, 5/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

  From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
  Subject: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
  To: [email protected]
  Date: Sunday, May 18, 2008, 12:13 PM

  Saya bercadang untuk mengumpul sajak-sajak ahli pesisir , ahli
  egroup
  pesisir dan sesiapa sahaja penyair yang dapat baca makluman dari
  pesisir
  untuk dimuatkan ke sebuah antologi puisi dalam talian.

  Saya bercadang sajak-sajak itu dihantar melalui e-mel dan saya
  bercadang
  sajak-sajak itu dikirimkan secara percuma dan sebagai sumbangan
  untuk
  aktiviti penulisan kesusasteraan pesisir. (tidak dibayar).

  Saya juga bercadang , kiranya dipersetujui, akan menetapkan
  tarikh mula
  dan tarikh tutup pengiriman sajak-sajak berkenaan.

  Mohon pandangan rakan-rakan sekelian.

  Ediramle Ismail





Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
www.tintarona.blogspot.com

--
See Exclusive Video: 10th Annual Young Hollywood Awards
http://www.hollywoodlife.net/younghollywoodawards2008/




Kirim email ke