Salam, Saya RMN ahli baru yang menyokong penuh hasrat murni itu. Mungkin
usaha itu boleh juga dikembangkan menjadi satu bahan penerbitan yang
mengabsahkan keberdirian PESISIR yang sudah sekian lama mengorak zaman.
Saya juga mahu mengasah bakat berpuisi. Sehingga ke hari ini saya belum
menguji bakat saya dalam genre ini, mana tahu dengan adanya peluang ini,
TAHNIAH sdri Edi atas usaha dan cetusan idea. Saya juga bersedia untuk
memberi khidmat profesional jika mahu antologi ini diterbitkan sebagai
sebuah antologi bercetak. Bersama menyokong usaha murni ini.(
www.celikhuruf.blogspot.com )

  ----- Original Message -----
  From: "Manzaidi MohdAmin"
  To: [email protected]
  Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
  Date: Sat, 17 May 2008 23:20:13 -0700 (PDT)

  Walaupun saya tak pandai buat sajak, tetapi saya amat mengalu-alukan
  usaha ini. Sekurang-kurangnya masyarakat seni nampak hasil tangan
  Pesisir. Rasanya sudah lama Pesisir tidak menghasilkan buah tangan
  selepas buku antologi puisi Gelombang tidak lama dulu.

  Sekarang adalah masanya untuk Pesisir menerbit dan mengeluarkan
  apa-apa hasil untuk tatapan umum.

  Saya harap usaha ini dapat diteruskan. Minta semua ahli lama dan baru
  beri sokongan kepada usaha sdr Edi ini. Wassalam.

  --- On Sun, 5/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

    From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
    Subject: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
    To: [email protected]
    Date: Sunday, May 18, 2008, 12:13 PM

    Saya bercadang untuk mengumpul sajak-sajak ahli pesisir , ahli
    egroup
    pesisir dan sesiapa sahaja penyair yang dapat baca makluman dari
    pesisir
    untuk dimuatkan ke sebuah antologi puisi dalam talian.

    Saya bercadang sajak-sajak itu dihantar melalui e-mel dan saya
    bercadang
    sajak-sajak itu dikirimkan secara percuma dan sebagai sumbangan
    untuk
    aktiviti penulisan kesusasteraan pesisir. (tidak dibayar).

    Saya juga bercadang , kiranya dipersetujui, akan menetapkan
    tarikh mula
    dan tarikh tutup pengiriman sajak-sajak berkenaan.

    Mohon pandangan rakan-rakan sekelian.

    Ediramle Ismail


  



Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.tintarona.blogspot.com

-- 
See Exclusive Video: 10th Annual Young Hollywood Awards
http://www.hollywoodlife.net/younghollywoodawards2008/

Kirim email ke