Assalamualaikum... wthIngin bertanya susulan daripada program Antologi Puisi Pesisir Online. 1. Bolehkah dihantar puisi yang pernah tersiar di mana-mana akhbar atau majalah untuk program ini.2. Apakah tema puisi ini menjurus kepada aktiviti / berkenaan dengan Pesisir semata3. Berapakah usia puisi yang boleh termuat dalam antologi ini. ( yg lebih lima tahun boleh kah>?) terima kasih sdr edi.drpd: RMNwww.celikhuruf.blogspot.com
----- Original Message ----- From: "Ediramle Ismail" To: [email protected] Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online Date: Mon, 19 May 2008 14:45:37 +0800 (MYT) En. RMN, bukan lagi ahli baru , barangkali dah masuk ahli pertangahan. Sekiranya warga pesisir sekelian bersetuju untuk mengirimkan sajak-sajak, perkara ini boleh dilaksanakan. Saya akan bawa ke mesyuarat AJK pesisir pertama sesudah mesyuarat Agung baru-baru ini . Tarikhnya belum ditetapkan lagi. Kalau dipersetujui saya akan cuba dapatkan puisi daripada ahli dan rakan-rakan sekelian. Kalau tidak, saya hanya kumpul sajak-sajak daripada beberapa orang sahaja. Saya tengok Sajak-sajak Eziz Shukman dah banyak di blognya. Saya sendiri dah jumpa seberkas, sajak-sajak lama yang belum saya siapkan sejak 20 ke 10 tahun yang lalu. Lagi pula, Antologi puisi Pesisir yang terakhir hanya dikeluarkan pada tahun 1993 iaitu Gelombang 5. Sebelum itu, Gelombang 1, Gelombang 2, Bunga Pulau, Sungai Ketapang, Gelombang 3 dan Gelombang 4. Semua sajak-sajak tersebut saya taip semula dan masih ada di komputer serta di internet. Kecuali Gelombang 1 saya tak pernah jumpa dan tak dapat kesan. Saya sering juga berkunjung ke blog rakan-rakan pesisir. Bagus sekali pengisiannya.Banyak perkara yang diperoleh. Di Blog Celikhuruf banyak sekali panduan untuk penulis. Terima kasih. Penutupan blog Tintarona sepertinya ada sesuatu yang agak peribadi pemiliknya. Ediramle On Mon, May 19, 2008 11:04 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote: Salam, Saya RMN ahli baru yang menyokong penuh hasrat murni itu. Mungkin usaha itu boleh juga dikembangkan menjadi satu bahan penerbitan yang mengabsahkan keberdirian PESISIR yang sudah sekian lama mengorak zaman. Saya juga mahu mengasah bakat berpuisi. Sehingga ke hari ini saya belum menguji bakat saya dalam genre ini, mana tahu dengan adanya peluang ini, TAHNIAH sdri Edi atas usaha dan cetusan idea. Saya juga bersedia untuk memberi khidmat profesional jika mahu antologi ini diterbitkan sebagai sebuah antologi bercetak. Bersama menyokong usaha murni ini.( www.celikhuruf.blogspot.com ) ----- Original Message ----- From: "Manzaidi MohdAmin" To: [email protected] Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online Date: Sat, 17 May 2008 23:20:13 -0700 (PDT) Walaupun saya tak pandai buat sajak, tetapi saya amat mengalu-alukan usaha ini. Sekurang-kurangnya masyarakat seni nampak hasil tangan Pesisir. Rasanya sudah lama Pesisir tidak menghasilkan buah tangan selepas buku antologi puisi Gelombang tidak lama dulu. Sekarang adalah masanya untuk Pesisir menerbit dan mengeluarkan apa-apa hasil untuk tatapan umum. Saya harap usaha ini dapat diteruskan. Minta semua ahli lama dan baru beri sokongan kepada usaha sdr Edi ini. Wassalam. --- On Sun, 5/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> Subject: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online To: [email protected] Date: Sunday, May 18, 2008, 12:13 PM Saya bercadang untuk mengumpul sajak-sajak ahli pesisir , ahli egroup pesisir dan sesiapa sahaja penyair yang dapat baca makluman dari pesisir untuk dimuatkan ke sebuah antologi puisi dalam talian. Saya bercadang sajak-sajak itu dihantar melalui e-mel dan saya bercadang sajak-sajak itu dikirimkan secara percuma dan sebagai sumbangan untuk aktiviti penulisan kesusasteraan pesisir. (tidak dibayar). Saya juga bercadang , kiranya dipersetujui, akan menetapkan tarikh mula dan tarikh tutup pengiriman sajak-sajak berkenaan. Mohon pandangan rakan-rakan sekelian. Ediramle Ismail Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- See Exclusive Video: 10th Annual Young Hollywood Awards http://www.hollywoodlife.net/younghollywoodawards2008/
