En. RMN, bukan lagi ahli baru , barangkali dah masuk ahli pertangahan.

Sekiranya warga pesisir sekelian bersetuju untuk mengirimkan sajak-sajak,
perkara ini boleh dilaksanakan.

Saya akan bawa ke mesyuarat AJK pesisir pertama sesudah mesyuarat Agung
baru-baru ini . Tarikhnya belum ditetapkan lagi. Kalau dipersetujui saya
akan cuba dapatkan puisi daripada ahli dan rakan-rakan sekelian.

Kalau tidak, saya hanya kumpul sajak-sajak daripada beberapa orang sahaja.
Saya tengok Sajak-sajak Eziz Shukman dah banyak di blognya. Saya sendiri
dah jumpa seberkas, sajak-sajak lama yang belum saya siapkan sejak 20 ke
10 tahun yang lalu.


Lagi pula, Antologi puisi Pesisir yang terakhir hanya dikeluarkan pada
tahun 1993 iaitu Gelombang 5.

Sebelum itu, Gelombang 1, Gelombang 2, Bunga Pulau, Sungai Ketapang,
Gelombang 3 dan Gelombang 4.

Semua sajak-sajak tersebut saya taip semula dan masih ada di komputer
serta di internet. Kecuali Gelombang 1 saya tak pernah jumpa dan tak dapat
kesan.

Saya sering juga berkunjung ke blog rakan-rakan pesisir. Bagus sekali
pengisiannya.Banyak perkara yang diperoleh.  Di Blog Celikhuruf banyak
sekali panduan untuk penulis. Terima kasih.

Penutupan blog Tintarona sepertinya ada sesuatu yang agak peribadi
pemiliknya.



Ediramle



On Mon, May 19, 2008 11:04 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
Salam, Saya RMN ahli baru yang menyokong penuh hasrat murni itu. Mungkin
usaha itu boleh juga dikembangkan menjadi satu bahan penerbitan yang
mengabsahkan keberdirian PESISIR yang sudah sekian lama mengorak zaman.
Saya juga mahu mengasah bakat berpuisi. Sehingga ke hari ini saya belum
menguji bakat saya dalam genre ini, mana tahu dengan adanya peluang ini,
TAHNIAH sdri Edi atas usaha dan cetusan idea. Saya juga bersedia untuk
memberi khidmat profesional jika mahu antologi ini diterbitkan sebagai
sebuah antologi bercetak. Bersama menyokong usaha murni ini.(
www.celikhuruf.blogspot.com )

  ----- Original Message -----
  From: "Manzaidi MohdAmin"
  To: [email protected]
  Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
  Date: Sat, 17 May 2008 23:20:13 -0700 (PDT)

  Walaupun saya tak pandai buat sajak, tetapi saya amat mengalu-alukan
  usaha ini. Sekurang-kurangnya masyarakat seni nampak hasil tangan
  Pesisir. Rasanya sudah lama Pesisir tidak menghasilkan buah tangan
  selepas buku antologi puisi Gelombang tidak lama dulu.

  Sekarang adalah masanya untuk Pesisir menerbit dan mengeluarkan
  apa-apa hasil untuk tatapan umum.

  Saya harap usaha ini dapat diteruskan. Minta semua ahli lama dan baru
  beri sokongan kepada usaha sdr Edi ini. Wassalam.

  --- On Sun, 5/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

    From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
    Subject: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
    To: [email protected]
    Date: Sunday, May 18, 2008, 12:13 PM

    Saya bercadang untuk mengumpul sajak-sajak ahli pesisir , ahli
    egroup
    pesisir dan sesiapa sahaja penyair yang dapat baca makluman dari
    pesisir
    untuk dimuatkan ke sebuah antologi puisi dalam talian.

    Saya bercadang sajak-sajak itu dihantar melalui e-mel dan saya
    bercadang
    sajak-sajak itu dikirimkan secara percuma dan sebagai sumbangan
    untuk
    aktiviti penulisan kesusasteraan pesisir. (tidak dibayar).

    Saya juga bercadang , kiranya dipersetujui, akan menetapkan
    tarikh mula
    dan tarikh tutup pengiriman sajak-sajak berkenaan.

    Mohon pandangan rakan-rakan sekelian.

    Ediramle Ismail





Kirim email ke