Beberapa orang penulis yang sama-sama memuatkan puisi di antologi puisi
yang diusahakan secara fotostat seperti antologi lubang kunci, burung
tukang, bahasa laut dan repekan,  telah hilang.

Di Tumpat sekarang ni sukar juga untuk mencari penyair yang baru datang.

Sdr. Habha HM atau Hashim Mat San juga telah lama tidak bersama atau
mungkin telah melupakan terus penulisan karya sastera.

Ada sesuatu yang menarik tentang Hashim Mat San. Beliaulah yang mencipta
nama pena saya secara tidak sengaja dalam surat yang dikirimkan ketika
berada beliau di Shah Alam.

Ediramle adalah sepatah perkataan hasil karya Hashim Mat San. Yang saya
gunakan hingga ke hari ini dan saya suka guna nama ini kerana dirasakan
seperti satu identiti yang khusus untuk diri saya sendiri. Tidak ada
Ediramle lain selain saya.

Saya gunakannya untuk semua urusan kecuali yang begitu rasmi.

Ediramle Ismail
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.



On Thu, May 22, 2008 11:34 am, Ediramle Ismail wrote:
Ketika di perjalanan kereta api saya sering terfikir. Kehidupan ini ada
persamaan dengan perjalanan ini.

Ada mereka yang naik di Stesen Tumpat, kemudian turun di Hentian Kok Pasir
atau di Wakaf Bharu. Ada yang pergi lebih jauh sehingga Kuala krai ,
Dabong atau Gua Musang.

Dalam dunia kepenyairan juga keadaan ini berlaku. Ada yang memulakan
penulisan kemudian setahun dua kemudian berhenti dan hilang (Turun).Ada
yang tinggal lama sehingga bertahun-tahun , kemudian berhenti dan turun.

pun begitu ada juga yang turun kemudian nak semula dan ada yang tidak
turun sehingga ke perhentian terakhir.

Rakan-rakan pesisir rasanya boleh lakukan pencarian semula penyair-penyair
(penulis termasuk penulis cerpen dan selainnya) yang hilang dan
mengembalikan semula sekurangnya mengembalikan cebisan kenangan yang masih
tak kunjung padam.

Ediramle.








------------------------------------

Laman web Pesisir
http://www.pesisir.net
Laman Forum Pesisir
http://www.pesisir.net/forum/
Pusat Sumber Maklumat Desa, http://pusatsumber.kokpasir.com




Yahoo! Groups Links






Kirim email ke