saya berminat untuk berkenalan dengan penulis-penulis lama dari kelantan,
yang mungkin saya pernah kenal atau belum kenal. tentu ada sesuatu daripada
mereka yang boleh saya kongsi. kalau kebetulan sesiapa ketemu, hubungi saya
melalui emel: [EMAIL PROTECTED]

On 5/22/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   Beberapa orang penulis yang sama-sama memuatkan puisi di antologi puisi
> yang diusahakan secara fotostat seperti antologi lubang kunci, burung
> tukang, bahasa laut dan repekan, telah hilang.
>
> Di Tumpat sekarang ni sukar juga untuk mencari penyair yang baru datang.
>
> Sdr. Habha HM atau Hashim Mat San juga telah lama tidak bersama atau
> mungkin telah melupakan terus penulisan karya sastera.
>
> Ada sesuatu yang menarik tentang Hashim Mat San. Beliaulah yang mencipta
> nama pena saya secara tidak sengaja dalam surat yang dikirimkan ketika
> berada beliau di Shah Alam.
>
> Ediramle adalah sepatah perkataan hasil karya Hashim Mat San. Yang saya
> gunakan hingga ke hari ini dan saya suka guna nama ini kerana dirasakan
> seperti satu identiti yang khusus untuk diri saya sendiri. Tidak ada
> Ediramle lain selain saya.
>
> Saya gunakannya untuk semua urusan kecuali yang begitu rasmi.
>
> Ediramle Ismail
> Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
>
> On Thu, May 22, 2008 11:34 am, Ediramle Ismail wrote:
> Ketika di perjalanan kereta api saya sering terfikir. Kehidupan ini ada
> persamaan dengan perjalanan ini.
>
> Ada mereka yang naik di Stesen Tumpat, kemudian turun di Hentian Kok Pasir
> atau di Wakaf Bharu. Ada yang pergi lebih jauh sehingga Kuala krai ,
> Dabong atau Gua Musang.
>
> Dalam dunia kepenyairan juga keadaan ini berlaku. Ada yang memulakan
> penulisan kemudian setahun dua kemudian berhenti dan hilang (Turun).Ada
> yang tinggal lama sehingga bertahun-tahun , kemudian berhenti dan turun.
>
> pun begitu ada juga yang turun kemudian nak semula dan ada yang tidak
> turun sehingga ke perhentian terakhir.
>
> Rakan-rakan pesisir rasanya boleh lakukan pencarian semula penyair-penyair
> (penulis termasuk penulis cerpen dan selainnya) yang hilang dan
> mengembalikan semula sekurangnya mengembalikan cebisan kenangan yang masih
> tak kunjung padam.
>
> Ediramle.
>
> ------------------------------------
>
> Laman web Pesisir
> http://www.pesisir.net
> Laman Forum Pesisir
> http://www.pesisir.net/forum/
> Pusat Sumber Maklumat Desa, http://pusatsumber.kokpasir.com
>
> Yahoo! Groups Links
>
> 
>

Kirim email ke