assalamualaikum
   
  untuk makluman semua teman, antologi cerpen saya MULAI DETIK INI, terdapat 16 
cerpen telah diterbitkan oleh DBPWT dan dalam pasaran sekarang. antologi ini 
telah dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang sempena Perkampungan Penulis 
Sekolah Menengah Malaysia di De Rhu Resort, Kuantan pada 13 Mei 2008.
   
  acara ini kami muat turun dalam fotopages amaruszati...
   
  http://zatidhati.fotopages.com
   
  mohd azli lee abdulah
  017-9009412

Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
                  nassury ibrahim adalah nama besar bagi saya. rasanya saya 
pernah kenal nama ni sekitar awal 1990-an. kat mana dia sekarang ni. mahu 
rasanya bertukar2 pandangan.  

--- On Sun, 5/25/08, nassury ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
  From: nassury ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } Penyair yang hilang
To: [email protected]
Date: Sunday, May 25, 2008, 6:33 PM

      saya berminat untuk berkenalan dengan penulis-penulis lama dari kelantan, 
yang mungkin saya pernah kenal atau belum kenal. tentu ada sesuatu daripada 
mereka yang boleh saya kongsi. kalau kebetulan sesiapa ketemu, hubungi saya 
melalui emel: nassuryibrahim@ gmail.com. 

  On 5/22/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:             
Beberapa orang penulis yang sama-sama memuatkan puisi di antologi puisi
yang diusahakan secara fotostat seperti antologi lubang kunci, burung
tukang, bahasa laut dan repekan, telah hilang.

Di Tumpat sekarang ni sukar juga untuk mencari penyair yang baru datang.

Sdr. Habha HM atau Hashim Mat San juga telah lama tidak bersama atau
mungkin telah melupakan terus penulisan karya sastera.

Ada sesuatu yang menarik tentang Hashim Mat San. Beliaulah yang mencipta
nama pena saya secara tidak sengaja dalam surat yang dikirimkan ketika
berada beliau di Shah Alam.

Ediramle adalah sepatah perkataan hasil karya Hashim Mat San. Yang saya
gunakan hingga ke hari ini dan saya suka guna nama ini kerana dirasakan
seperti satu identiti yang khusus untuk diri saya sendiri. Tidak ada
Ediramle lain selain saya.

Saya gunakannya untuk semua urusan kecuali yang begitu rasmi.

Ediramle Ismail
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

On Thu, May 22, 2008 11:34 am, Ediramle Ismail wrote:
Ketika di perjalanan kereta api saya sering terfikir. Kehidupan ini ada
persamaan dengan perjalanan ini.

Ada mereka yang naik di Stesen Tumpat, kemudian turun di Hentian Kok Pasir
atau di Wakaf Bharu. Ada yang pergi lebih jauh sehingga Kuala krai ,
Dabong atau Gua Musang.

Dalam dunia kepenyairan juga keadaan ini berlaku. Ada yang memulakan
penulisan kemudian setahun dua kemudian berhenti dan hilang (Turun).Ada
yang tinggal lama sehingga bertahun-tahun , kemudian berhenti dan turun.

pun begitu ada juga yang turun kemudian nak semula dan ada yang tidak
turun sehingga ke perhentian terakhir.

Rakan-rakan pesisir rasanya boleh lakukan pencarian semula penyair-penyair
(penulis termasuk penulis cerpen dan selainnya) yang hilang dan
mengembalikan semula sekurangnya mengembalikan cebisan kenangan yang masih
tak kunjung padam.

Ediramle.

------------ --------- --------- ------

Laman web Pesisir
http://www.pesisir. net
Laman Forum Pesisir
http://www.pesisir. net/forum/
Pusat Sumber Maklumat Desa, http://pusatsumber. kokpasir. com

Yahoo! Groups Links













                           

       

Kirim email ke