Tahniah Sdr. Azli. Saudara adalah seorang penulis serba boleh. Saudara seorang cerpenis, seorang novelis, seorang penyajak, seorang penulis skrip, seorang deklamator dan seorang pembuat kek yang lazat dan menawan.
Saudara bukan dari kalangan penyair yang hilang. Salam dari Ediramle Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. On Sun, May 25, 2008 11:49 pm, azle abdullah wrote: assalamualaikum untuk makluman semua teman, antologi cerpen saya MULAI DETIK INI, terdapat 16 cerpen telah diterbitkan oleh DBPWT dan dalam pasaran sekarang. antologi ini telah dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang sempena Perkampungan Penulis Sekolah Menengah Malaysia di De Rhu Resort, Kuantan pada 13 Mei 2008. acara ini kami muat turun dalam fotopages amaruszati... http://zatidhati.fotopages.com mohd azli lee abdulah 017-9009412 Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: nassury ibrahim adalah nama besar bagi saya. rasanya saya pernah kenal nama ni sekitar awal 1990-an. kat mana dia sekarang ni. mahu rasanya bertukar2 pandangan. --- On Sun, 5/25/08, nassury ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: nassury ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: { PESISIR } Penyair yang hilang To: [email protected] Date: Sunday, May 25, 2008, 6:33 PM saya berminat untuk berkenalan dengan penulis-penulis lama dari kelantan, yang mungkin saya pernah kenal atau belum kenal. tentu ada sesuatu daripada mereka yang boleh saya kongsi. kalau kebetulan sesiapa ketemu, hubungi saya melalui emel: nassuryibrahim@ gmail.com. On 5/22/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: Beberapa orang penulis yang sama-sama memuatkan puisi di antologi puisi yang diusahakan secara fotostat seperti antologi lubang kunci, burung tukang, bahasa laut dan repekan, telah hilang. Di Tumpat sekarang ni sukar juga untuk mencari penyair yang baru datang. Sdr. Habha HM atau Hashim Mat San juga telah lama tidak bersama atau mungkin telah melupakan terus penulisan karya sastera. Ada sesuatu yang menarik tentang Hashim Mat San. Beliaulah yang mencipta nama pena saya secara tidak sengaja dalam surat yang dikirimkan ketika berada beliau di Shah Alam. Ediramle adalah sepatah perkataan hasil karya Hashim Mat San. Yang saya gunakan hingga ke hari ini dan saya suka guna nama ini kerana dirasakan seperti satu identiti yang khusus untuk diri saya sendiri. Tidak ada Ediramle lain selain saya. Saya gunakannya untuk semua urusan kecuali yang begitu rasmi. Ediramle Ismail Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. On Thu, May 22, 2008 11:34 am, Ediramle Ismail wrote: Ketika di perjalanan kereta api saya sering terfikir. Kehidupan ini ada persamaan dengan perjalanan ini. Ada mereka yang naik di Stesen Tumpat, kemudian turun di Hentian Kok Pasir atau di Wakaf Bharu. Ada yang pergi lebih jauh sehingga Kuala krai , Dabong atau Gua Musang. Dalam dunia kepenyairan juga keadaan ini berlaku. Ada yang memulakan penulisan kemudian setahun dua kemudian berhenti dan hilang (Turun).Ada yang tinggal lama sehingga bertahun-tahun , kemudian berhenti dan turun. pun begitu ada juga yang turun kemudian nak semula dan ada yang tidak turun sehingga ke perhentian terakhir. Rakan-rakan pesisir rasanya boleh lakukan pencarian semula penyair-penyair (penulis termasuk penulis cerpen dan selainnya) yang hilang dan mengembalikan semula sekurangnya mengembalikan cebisan kenangan yang masih tak kunjung padam. Ediramle. ------------ --------- --------- ------ Laman web Pesisir http://www.pesisir. net Laman Forum Pesisir http://www.pesisir. net/forum/ Pusat Sumber Maklumat Desa, http://pusatsumber. kokpasir. com Yahoo! Groups Links
