Assalamualaikum... wthSaya ingin menzahirkan takziah di atas apa yang
telah menimpa keluarga abg hashim. Semoga beliau tabah menghadapi ujian
Tuhan ini. Selain terima kasih kepada sdra Edi yang memaklumkan makluman
ini melalui saluran pesisir yahoogroup. Dari tanah lembah klang, saya
kirimkan doa buat keluarga abang hashim. Rozlan Mohamed 
Noorwww.celikhuruf.blogspot.com

  ----- Original Message -----
  From: "Ediramle Ismail"
  To: [email protected], [EMAIL PROTECTED]
  Subject: { PESISIR } Berita Sedih Keluarga Hashim Latiff
  Date: Wed, 28 May 2008 21:05:37 +0800 (MYT)

  Pukul 5.30 petang Rabu 28 Mei , saya menerima panggilan telefon
  daripada
  Sdr. Supian Hanuman memaklumkan berita sedih keluarga Sdr. Hashim
  Latiff.

  Kebetulan ketika saya menerima panggilan daripada Sdr. Supian
  Hanuman,
  Sdr. Eziz Shukman berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat saya .

  Supian memberitahu Sdr. Hashim sekarang berada di hospital Sultanah
  Zainab
  2 Kota Bharu kerana menunggu isterinya yang sakit akibat pendarahan
  selepas bersalin di dewan Bedah Intan.

  Supian juga memberitahu yang anak Sdr. Hashim yang baru dilahirkan
  meninggal semasa lahir di Hospital Tanah Merah.

  Saya beritahu Eziz dan kami berpakat untuk menziarahi Keluarga Hashim
  di
  Hospital Sultanah Zainab 2 , Kota Bharu.

  Pukul 5.40 Eziz dan saya bertolak ke Hospital Kota Bharu dan
  setibanya di
  sana saya hubungi Hashim untuk ke tempatnya.

  Dewan Bedah Intan terletak di tingkat satu dan Hashim ketika itu
  sedang
  menunggu di ruang menunggu.

  Hashim menceritakan bagaimana saat-saat cemas ketika isterinya tidak
  sedarkan diri sebelum di bawa dari Hospital Tanah merah Ke Hospital
  Kota
  Bharu.

  Tidak sesiapa yang dapat masuk ke wad, tapi mengikut sdr. Hashim,
  isterinya sudah sedar dan sedang dirawat di situ.

  Sama-samalah mendoakan agar isteri Sdr. Hashim Latiff cepat sembuh
  dan
  kepada sdr. Hashim banyak-banyak berdoa dan bersabar di atas ujian
  ini.

  Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi keluarga Hashim bolehlah
  datang
  ke hospital Sultanah Zainab 2 Kota Bharu di wad bedah Intan, Tingkat
  1.

  atau hubungi sdr. Hashim di nombor telefon 0199665188

  Ediramle

  



Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.tintarona.blogspot.com

-- 
Mail.com Autos- Powered by Oncars.com: Drive By Today!
http://www.oncars.com 

Kirim email ke