assalamualaikum,
   
  waktu ini hanya doa yang dapat dikirimkan. semoga isteri hashim cepat sembuh.
   
  salam

Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
            Assalamualaikum... wth
  Saya ingin menzahirkan takziah di atas apa yang telah menimpa keluarga abg 
hashim. Semoga beliau tabah menghadapi ujian Tuhan ini. Selain terima kasih 
kepada sdra Edi yang memaklumkan makluman ini melalui saluran pesisir 
yahoogroup. Dari tanah lembah klang, saya kirimkan doa buat keluarga abang 
hashim. 
   
  Rozlan Mohamed Noor
  www.celikhuruf.blogspot.com 

  ----- Original Message -----
From: "Ediramle Ismail" 
To: [email protected], [EMAIL PROTECTED]
Subject: { PESISIR } Berita Sedih Keluarga Hashim Latiff
Date: Wed, 28 May 2008 21:05:37 +0800 (MYT)

    Pukul 5.30 petang Rabu 28 Mei , saya menerima panggilan telefon daripada
Sdr. Supian Hanuman memaklumkan berita sedih keluarga Sdr. Hashim Latiff.

Kebetulan ketika saya menerima panggilan daripada Sdr. Supian Hanuman,
Sdr. Eziz Shukman berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat saya .

Supian memberitahu Sdr. Hashim sekarang berada di hospital Sultanah Zainab
2 Kota Bharu kerana menunggu isterinya yang sakit akibat pendarahan 
selepas bersalin di dewan Bedah Intan.

Supian juga memberitahu yang anak Sdr. Hashim yang baru dilahirkan
meninggal semasa lahir di Hospital Tanah Merah.

Saya beritahu Eziz dan kami berpakat untuk menziarahi Keluarga Hashim di
Hospital Sultanah Zainab 2 , Kota Bharu.

Pukul 5.40 Eziz dan saya bertolak ke Hospital Kota Bharu dan setibanya di
sana saya hubungi Hashim untuk ke tempatnya.

Dewan Bedah Intan terletak di tingkat satu dan Hashim ketika itu sedang
menunggu di ruang menunggu.

Hashim menceritakan bagaimana saat-saat cemas ketika isterinya tidak
sedarkan diri sebelum di bawa dari Hospital Tanah merah Ke Hospital Kota
Bharu.

Tidak sesiapa yang dapat masuk ke wad, tapi mengikut sdr. Hashim,
isterinya sudah sedar dan sedang dirawat di situ.

Sama-samalah mendoakan agar isteri Sdr. Hashim Latiff cepat sembuh dan
kepada sdr. Hashim banyak-banyak berdoa dan bersabar di atas ujian ini.

Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi keluarga Hashim bolehlah datang
ke hospital Sultanah Zainab 2 Kota Bharu di wad bedah Intan, Tingkat 1.

atau hubungi sdr. Hashim di nombor telefon 0199665188

Ediramle



  


Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.tintarona.blogspot.com  

--   Mail.com Autos - Powered by Oncars.com: Drive By Today!

  

                           

       

Kirim email ke