salam para sahabat. tahniah buat saudara edi kerana mendapat dua kegembiraan iaitu mendapat cucu dan anak melanjutkan pelajaran dan bakal bergelar doktor. apalah nasib saya ni selalu ketinggalan beritaiberita dari para sahabat sekalian. maklumlah tinggal di rumah sewa dan tiada kemudahan internet. jika ada kelapangan, saya mengunjungi cyer cafe atau mengambil peluang selepas kelas ICTL di makmal komputer sekolah. apapun, harap jika ada berita tergempar, sudilah sms saya kerana jika harapkan email, dapat berita basilah saya!
----- Original Message ---- From: Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> To: [email protected] Sent: Wednesday, June 4, 2008 2:58:35 PM Subject: Re: { PESISIR } Berita Sedih Keluarga Hashim Latiff Pertama-tama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada sdr Edi kerana dah dapat anugerah datuk. Saya sendiri dapat bayangkan bagaimana gembira dan cerianya sdr Edi bila dapat cucu. Tahniah sekali lagi. Memang benar kata Edi, rakan-rakan yang balik bercuti di Kelantan telah kembali ke lubuk masing-masing termasuk saya. Tapi agak malang bagi saya kali ini, kerana tidak ada kenderaan untuk membawa anak-anak jalan. Cuti dua hari dua malam hanya dihabiskan dengan berguling atas kerusi panjang sambil membaca paper. Habis baca paper, turun rumah bersih rumput yang mula berkeliaran naik. Pokok rambutan depan rumah yang ditanam sejak tujuh tahun lalu pun dah mula lebat berputik. Bolehlah kawan-kawan datang makan. Rambutan anak sekolah, beli kat pasar pagi Wakaf Bharu tujuh tahun lalu. Dan tanam lah depan rumah. Itulah wawasan saya masa mula-mula bina rumah. Malangnya pokok manggis Thai (yang jenis renek) sampai sekarang belum menampakkan hasil. Insya-Allah lima nam tahun lagi berbuah lah tu. Begitu juga pokok kurma yang saya tanam empat tahun lalu dah tinggi sepenggalah. Insya-Allah 10 atau 20 tahun lagi berbuahlah. jemputlah kawan-kawan ke rumah makan rambutan anak sekolah bulan depan, manggis Thai lima atau nam tahun lagi dan buah kurma 10 atau 20 tahun lagi. Hehehe. Saya sampai KL jam 7 pagi tadi, Bertolak dari Pasir mas jam 11.30 malam. Mulanya janji dengan kawan nak bertolak jam 8 malam. tersebik saya tunggu di mini stadium. Jam 9 mlm belum nampak bayang. Bila hantar mesej, kawan jawab on the way. Jam 10 malam tak nampak kelibat lagi, bila call, kawan kata tunggu setengah jam lagi. Jam 10.30 mlm jugak tak nampak rupa, mesej lagi, tanya duduk mana. Gu jawab on the way dah. Hinggalah jam 11.25 mlm saya call kawan. saya kata, "Kau kat mana ni? dah jam '8' dah ni. Kawan yg menjawab terasa dengan pukulan tu, lalu bgtaulah ceriter sebenar...tayar kereta pancit. hehehe...gitulah kawan...ada yang jenis takut nak bgtau ceriter sebenar dan ada juga yang anggap on the way tu sebagai jawapan yang boleh melegakan kawan. Perjalanan ke KL semalam agak lancar. berhenti di Gua Musang dalam jam 2.30 pagi. makan mee sup sambil tengok Astro "Jangan Pandang Belakang". ceritanya dah ke penghujung.. .setakat makhluk hitam tu merangkak masuk ke dalam tubuh lelaki. Melihat babak tu, kawan saya yang suka 'on the way' tu berseloroh "Kalaulah kita jumpa yang merangkak cam ni di tengah jalan..." Belum habis cakap, saya dah tutup mulutnya. Yalah celupar sangat. Alhamdulillah, jam 7 pagi tadi saya dan kawan selamat sampai dan sempat jugak dengar berita radio menyatakan dua maut kemalangan bas masuk gaung di Genting Highlang. Tiba-tiba teringat, masa sampai kat tol Karak nampak cahaya kelip-kelip kat atas bukit. Genting Highland. Masa tu saya tak syak apa-apa. Hinggalah pagi tadi dikhabarkan ada kemalangan. Itulah takdir Tuhan. --- On Mon, 6/2/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: Re: { PESISIR } Berita Sedih Keluarga Hashim Latiff To: [EMAIL PROTECTED] .com Date: Monday, June 2, 2008, 6:44 PM Begini rupanya mendapat cucu. Ada perubahan pada perasaan. Kalau dulu dirasakan seperti muda, kini dirasakan seperti dah tua. Sekarang cucu dah berusia hampir dua bulan dan masih tinggal bersama di kediaman di Kok Pasir. Walaupun cucu belum boleh ketawa, tatapi adakalanya cucu telah kelihatan tersenyum dan merengik. Indah juga pengalaman mendapat cucu ni, tambah lagi cucu pertama . Semoga cucu saya menjadi orang-orang yang baik kelak dan semoga cucu-cucu dapat menjadi orang yang memanfaatkan dan berbakti kepada agama dan masyarakatnya. Hari ini, kebanyakan rakan-rakan yang bercuti telah kembali semula ke tempat kerja masing-masing. Itulah antara kewajiban kita untuk membahagiakan anak isteri dan diri sendiri. Kita kena sanggup meninggalkan tanah kecintaan, kena meninggalkan sanak keluarga. Yang kita bawa hanyalah kenangan yang tidak bisa ditinggalkan. Kita kena rela mengadai (kalau boleh disebut) mengadai waktu yang kita ada untuk harga kepada kebahagiaan itu. Ediramle On Mon, June 2, 2008 4:48 pm, Supian Hassan wrote: Hanuman telah kembali ke tanah Johor petang semalam, percutian balik kampong 28 hingga 31 Mei sememangnya menarik, dapat bertemu sanak saudara rakan taulan( yang mana sempat ), apatah lagi anak-anak nampak ceria dapat bersua seketika dengan kawan masing-masing walaupun tidak kesemua. Pagi 28 Mei, saya rancak berbual dengan Sdr.Hashim melalui telefon, Sdr Hashim dengan nada ceria dan seronok kerana pada pagi itu beliau selamat menerima cahaya mata terbaru, kami berjanji untuk bertemu di rumah beliau pada sebelah petangnya( Meraikan kelahiran tersebut ) Tepat waktu dijanjikan saya bersama keluarga terpacak di hadapan rumah Sdr.Hashim, keadaannya sepi, saya terus telefon, rupanya Sdr Hashim berada di Hospital Besar KB,dengan nada sedih beliau menceritakan, peristiwa sedih yang telah berlaku dan sedang berlaku waktu itu.Apa boleh buat, itulah ketentuan ilahi yang memerlukan kesabaran dan ketabahan, Saya dengan kesibukan yang telah dijadualkan sehingga waktu berlepas kembali ke Johor tak sempat untuk bertemu dengan Sdr.Hashim, mohon maaf kerana apa yang dirancang belum pasti jadi dengan baik, atau terjadi sedikit atau sebahagian atau berubah menjadi perkara lain. Saya doakan keadaan kembali pulih, anggaplah itu sebahagian dari rencah kehidupan. Apapun sempat juga dalam 15 minit berkunjung ke Teratak baru Sdr Edi, yang ceria dengan cucu baru dan sulungnya tahniah Datuk. On 5/29/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: > > setiap musibah yang Allah beri, ada hikmah disebaliknya. . amin > > *Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com>* wrote: > > Al-Fatihah. > Saya turut menerima berita sedih yang menimpa keluarga sdr Hashim pada > malam Khamis 28hb Mei. Ketika itu saya off dan tidak tahu perkembangan > di > alam maya. > Saya doakan sdr Hashim dan isteri tabah menerima dugaan Allah. > Kelak anak kecil yang dijemput Allah lebih awal itu akan membela kita di > alam barzakh. Banyak-banyaklah bersabar. Ada hikmah di sebalik peristiwa > malang itu. > Sebagai bapa, saya memahami perasaan sdr Hashim. Saya juga sepertinya, > tidak mahu kehilangan anak. > Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Hidayahnya ke atas Allahyarha. Amin. > > --- On *Thu, 5/29/08, nora ahmad <[EMAIL PROTECTED] com>* wrote: > > > From: nora ahmad <[EMAIL PROTECTED] com> > Subject: Re: { PESISIR } Berita Sedih Keluarga Hashim Latiff > To: [EMAIL PROTECTED] .com > Date: Thursday, May 29, 2008, 9:26 AM > > Assalamualaikum. .. wth > Saya ingin menzahirkan takziah di atas apa yang telah menimpa keluarga > abg > hashim. Semoga beliau tabah menghadapi ujian Tuhan ini. Selain terima > kasih > kepada sdra Edi yang memaklumkan makluman ini melalui saluran pesisir > yahoogroup. Dari jauh, saya kirimkan doa buat keluarga abang hashim. > > *Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>* wrote: > > Pukul 5.30 petang Rabu 28 Mei , saya menerima panggilan telefon > daripada > Sdr. Supian Hanuman memaklumkan berita sedih keluarga Sdr. Hashim > Latiff. > > Kebetulan ketika saya menerima panggilan daripada Sdr. Supian Hanuman, > Sdr. Eziz Shukman berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat saya . > > Supian memberitahu Sdr. Hashim sekarang berada di hospital Sultanah > Zainab > 2 Kota Bharu kerana menunggu isterinya yang sakit akibat pendarahan > selepas bersalin di dewan Bedah Intan. > > Supian juga memberitahu yang anak Sdr. Hashim yang baru dilahirkan > meninggal semasa lahir di Hospital Tanah Merah. > > Saya beritahu Eziz dan kami berpakat untuk menziarahi Keluarga Hashim di > Hospital Sultanah Zainab 2 , Kota Bharu. > > Pukul 5.40 Eziz dan saya bertolak ke Hospital Kota Bharu dan setibanya > di > sana saya hubungi Hashim untuk ke tempatnya. > > Dewan Bedah Intan terletak di tingkat satu dan Hashim ketika itu sedang > menunggu di ruang menunggu. > > Hashim menceritakan bagaimana saat-saat cemas ketika isterinya tidak > sedarkan diri sebelum di bawa dari Hospital Tanah merah Ke Hospital Kota > Bharu. > > Tidak sesiapa yang dapat masuk ke wad, tapi mengikut sdr. Hashim, > isterinya sudah sedar dan sedang dirawat di situ. > > Sama-samalah mendoakan agar isteri Sdr. Hashim Latiff cepat sembuh dan > kepada sdr. Hashim banyak-banyak berdoa dan bersabar di atas ujian ini. > > Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi keluarga Hashim bolehlah datang > ke hospital Sultanah Zainab 2 Kota Bharu di wad bedah Intan, Tingkat 1. > > atau hubungi sdr. Hashim di nombor telefon 0199665188 > > Ediramle > > > > > Send instant messages to your online friends http://uk.messenger . > yahoo.com > > > > > > >
