Hanuman telah kembali ke tanah Johor petang semalam, percutian balik kampong
28 hingga 31 Mei sememangnya menarik, dapat bertemu sanak saudara rakan
taulan( yang mana sempat ), apatah lagi anak-anak nampak ceria dapat bersua
seketika dengan kawan masing-masing walaupun tidak kesemua. Pagi 28 Mei,
saya rancak berbual dengan Sdr.Hashim melalui telefon, Sdr Hashim dengan
nada ceria dan seronok kerana pada pagi itu beliau selamat menerima cahaya
mata terbaru, kami berjanji untuk bertemu di rumah beliau pada sebelah
petangnya( Meraikan kelahiran tersebut )
Tepat waktu dijanjikan saya bersama keluarga terpacak di hadapan rumah
Sdr.Hashim, keadaannya sepi, saya terus telefon, rupanya Sdr Hashim berada
di Hospital Besar KB,dengan nada sedih beliau menceritakan, peristiwa sedih
yang telah berlaku dan sedang berlaku waktu itu.Apa boleh buat, itulah
ketentuan ilahi yang memerlukan kesabaran dan ketabahan, Saya dengan
kesibukan yang telah dijadualkan sehingga waktu berlepas kembali ke Johor
tak sempat untuk bertemu dengan Sdr.Hashim, mohon maaf kerana apa yang
dirancang belum pasti jadi dengan baik, atau terjadi sedikit atau sebahagian
atau berubah menjadi perkara lain.
Saya doakan keadaan kembali pulih, anggaplah itu sebahagian dari rencah
kehidupan.
Apapun sempat juga dalam 15 minit berkunjung ke Teratak baru Sdr Edi, yang
ceria dengan cucu baru dan sulungnya tahniah Datuk.
On 5/29/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> setiap musibah yang Allah beri, ada hikmah disebaliknya.. amin
>
> *Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> Al-Fatihah.
> Saya turut menerima berita sedih yang menimpa keluarga sdr Hashim pada
> malam Khamis 28hb Mei. Ketika itu saya off dan tidak tahu perkembangan di
> alam maya.
> Saya doakan sdr Hashim dan isteri tabah menerima dugaan Allah.
> Kelak anak kecil yang dijemput Allah lebih awal itu akan membela kita di
> alam barzakh. Banyak-banyaklah bersabar. Ada hikmah di sebalik peristiwa
> malang itu.
> Sebagai bapa, saya memahami perasaan sdr Hashim. Saya juga sepertinya,
> tidak mahu kehilangan anak.
> Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Hidayahnya ke atas Allahyarha. Amin.
>
> --- On *Thu, 5/29/08, nora ahmad <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
>
> From: nora ahmad <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Re: { PESISIR } Berita Sedih Keluarga Hashim Latiff
> To: [email protected]
> Date: Thursday, May 29, 2008, 9:26 AM
>
> Assalamualaikum. .. wth
> Saya ingin menzahirkan takziah di atas apa yang telah menimpa keluarga abg
> hashim. Semoga beliau tabah menghadapi ujian Tuhan ini. Selain terima kasih
> kepada sdra Edi yang memaklumkan makluman ini melalui saluran pesisir
> yahoogroup. Dari jauh, saya kirimkan doa buat keluarga abang hashim.
>
> *Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>* wrote:
>
> Pukul 5.30 petang Rabu 28 Mei , saya menerima panggilan telefon daripada
> Sdr. Supian Hanuman memaklumkan berita sedih keluarga Sdr. Hashim Latiff.
>
> Kebetulan ketika saya menerima panggilan daripada Sdr. Supian Hanuman,
> Sdr. Eziz Shukman berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat saya .
>
> Supian memberitahu Sdr. Hashim sekarang berada di hospital Sultanah Zainab
> 2 Kota Bharu kerana menunggu isterinya yang sakit akibat pendarahan
> selepas bersalin di dewan Bedah Intan.
>
> Supian juga memberitahu yang anak Sdr. Hashim yang baru dilahirkan
> meninggal semasa lahir di Hospital Tanah Merah.
>
> Saya beritahu Eziz dan kami berpakat untuk menziarahi Keluarga Hashim di
> Hospital Sultanah Zainab 2 , Kota Bharu.
>
> Pukul 5.40 Eziz dan saya bertolak ke Hospital Kota Bharu dan setibanya di
> sana saya hubungi Hashim untuk ke tempatnya.
>
> Dewan Bedah Intan terletak di tingkat satu dan Hashim ketika itu sedang
> menunggu di ruang menunggu.
>
> Hashim menceritakan bagaimana saat-saat cemas ketika isterinya tidak
> sedarkan diri sebelum di bawa dari Hospital Tanah merah Ke Hospital Kota
> Bharu.
>
> Tidak sesiapa yang dapat masuk ke wad, tapi mengikut sdr. Hashim,
> isterinya sudah sedar dan sedang dirawat di situ.
>
> Sama-samalah mendoakan agar isteri Sdr. Hashim Latiff cepat sembuh dan
> kepada sdr. Hashim banyak-banyak berdoa dan bersabar di atas ujian ini.
>
> Kepada rakan-rakan yang ingin menziarahi keluarga Hashim bolehlah datang
> ke hospital Sultanah Zainab 2 Kota Bharu di wad bedah Intan, Tingkat 1.
>
> atau hubungi sdr. Hashim di nombor telefon 0199665188
>
> Ediramle
>
>
>
>
> Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .
> yahoo.com
>
>
>
>
>
>
>