Petikan HARAKAH

Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas  
Lanjusoh 
Mon | Oct 13, 08 | 1:29:57 pm MYT  
KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Jika kerbau dipegang talinya, maka 
manusia dipegang pada janjinya. Mungkin inilah nasib malang menimpa 
seorang wartawan apabila mendakwa ditipu seorang pemimpin Umno Pasir 
Mas. Iklan   
Blocked Ad   
    

Penyunting Sinar Harian, Manzaidi Mohd Amin, 45 yang kini berugas di 
Shah Alam mendakwa dianiayai calon jawatan Timbalan Ketua Umno Pasir 
Mas, Ahmad Rosdi Mahmad berhubung penjualan sebuah rumah di Lubuk 
Jong, Pasir Mas. 

Katanya, pada pertengahan 1999 beliau menjual rumah itu kepada Ahmad 
Rosdi dan dia bersetuju meneruskan bayaran ansurannya untuk tempoh 13 
tahun setengah. 

Beliau membeli rumah kos sederhana tersebut dengan harga RM32,000 dan 
kadar bayaran ansuran bulanan RM301.13. 

Menurutnya beliau menjual rumah tersebut kerana tidak mampu 
meneruskan bayaran ansuran ketika itu disebabkan kegawatan ekonomi. 

"Saya mahu menukar nama milik rumah itu, tetapi Ahmad Rosdi yang juga 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas tidak mahu. Sebaliknya dia 
mahu saya mempercayainya dan berjanji secara lisan akan terus 
membayar ansuran rumah sehingga tamat tempoh pinjaman. 

"Kerana mempercayainya saya setuju proses tukar nama ditangguhkan 
kepada tarikh yang tidak ditetapkan. Urusan jual-beli dibuat di 
pejabat Ahmad Rosdi di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu," katanya di 
sini. 

Bagaimanapun tambah beliau pada akhir 2005 ketika mengemukakan 
permohonan pinjaman membeli sebuah kenderaan di Bank Bumiputera 
Commerce permohonannya ditolak. 

Tidak lama kemudian katanya beliau kemukakan pula permohonan pinjaman 
di Bank Muamalat juga ditolak dengan alasan namanya disenaraihitam 
Bank Negara Malaysia (BNM) kerana tidak membayar ansuran rumah. 

"Saya terkejut dan menghubungi Ahmad Rosdi. Dia kemudian memaklumkan 
akan memberitahu hal itu kepada adiknya bagi diselesaikan 
memandangkan rumah tersebut telah diberi kepadanya. 

"Pada Ogos lalu saya menerima surat saman daripada Pejabat Tanah dan 
Jajahan Pasir Mas meminta hadir ke pejabat itu untuk siasatan gadaian 
pada 10 September 2008. 

"Dan surat saman juga diterima daripada peguam RHB Islamic Bank 
Berhad yang meminta saya hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 15 
September 2008," katanya. 

Ekoran itu Manzaidi berkata, beliau memaklumkan kepada adik Ahmad 
Rasdi, Jafri supaya menyelesaikan jumlah tunggakan RM12,849.18 
sebelum 5 September 2008 bagi mengelaknya dikenakan sebarang tindakan 
oleh pihak terbabit. 

Namun katanya sehingga 5 September lalu Jafri belum menjelaskan 
tunggakan itu menyebabkan beliau berdepan dengan saman dan siasatan. 

Oleh itu kata beliau disebabkan kedegilan Jafri dan Ahmad Rosdi 
beliau membuat keputusan menyerahkan rumah itu untuk dilelong pada 11 
Januari 2009 pada harga RM20,000. 

Jumlah keseluruhan hutang yang terpaksa ditanggungnya sebanyak 
RM38,754.96 tidak termasuk kos mahkamah. 

"Saya sedih telah dianiaya dan ditipu Ketua Pergerakan Pemuda Umno 
Pasir Mas yang kini giat berkempen untuk bertanding jawatan timbalan 
ketua Umno bahagian itu," katanya. - mj/mks. ?_ 
 


Kirim email ke