Ya, begitulah kisahnya. Anak bilis menjadi mangsa kepada jerung. Ini yang
menjadi punca saya benci kepada UMNO, walaupun saya tahu UMNO (parti) tidak
bersalah. Tetapi kerana pemimpin berkenaan terlibat secara langsung dalam
parti, ia secara otomatik saya membenci kedua-duanya (parti dan pemimpin).
Suka saya ingatkan rakan-rakan agar berhati-hati berkawan dengan pemimpin UMNO.
Sungguhpun ia ibaratkan seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit pada
kerbau-kerbau lain, namun begitulah hakikatnya.
--- Pada Isn, 13/10/08, Mie <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Daripada: Mie <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: { PESISIR } Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Kepada: [email protected]
Tarikh: Isnin, 13 Oktober, 2008, 4:48 PM
Petikan HARAKAH
Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Lanjusoh
Mon | Oct 13, 08 | 1:29:57 pm MYT
KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Jika kerbau dipegang talinya, maka
manusia dipegang pada janjinya. Mungkin inilah nasib malang menimpa
seorang wartawan apabila mendakwa ditipu seorang pemimpin Umno Pasir
Mas. Iklan
Blocked Ad
Penyunting Sinar Harian, Manzaidi Mohd Amin, 45 yang kini berugas di
Shah Alam mendakwa dianiayai calon jawatan Timbalan Ketua Umno Pasir
Mas, Ahmad Rosdi Mahmad berhubung penjualan sebuah rumah di Lubuk
Jong, Pasir Mas.
Katanya, pada pertengahan 1999 beliau menjual rumah itu kepada Ahmad
Rosdi dan dia bersetuju meneruskan bayaran ansurannya untuk tempoh 13
tahun setengah.
Beliau membeli rumah kos sederhana tersebut dengan harga RM32,000 dan
kadar bayaran ansuran bulanan RM301.13.
Menurutnya beliau menjual rumah tersebut kerana tidak mampu
meneruskan bayaran ansuran ketika itu disebabkan kegawatan ekonomi.
"Saya mahu menukar nama milik rumah itu, tetapi Ahmad Rosdi yang juga
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas tidak mahu. Sebaliknya dia
mahu saya mempercayainya dan berjanji secara lisan akan terus
membayar ansuran rumah sehingga tamat tempoh pinjaman.
"Kerana mempercayainya saya setuju proses tukar nama ditangguhkan
kepada tarikh yang tidak ditetapkan. Urusan jual-beli dibuat di
pejabat Ahmad Rosdi di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu," katanya di
sini.
Bagaimanapun tambah beliau pada akhir 2005 ketika mengemukakan
permohonan pinjaman membeli sebuah kenderaan di Bank Bumiputera
Commerce permohonannya ditolak.
Tidak lama kemudian katanya beliau kemukakan pula permohonan pinjaman
di Bank Muamalat juga ditolak dengan alasan namanya disenaraihitam
Bank Negara Malaysia (BNM) kerana tidak membayar ansuran rumah.
"Saya terkejut dan menghubungi Ahmad Rosdi. Dia kemudian memaklumkan
akan memberitahu hal itu kepada adiknya bagi diselesaikan
memandangkan rumah tersebut telah diberi kepadanya.
"Pada Ogos lalu saya menerima surat saman daripada Pejabat Tanah dan
Jajahan Pasir Mas meminta hadir ke pejabat itu untuk siasatan gadaian
pada 10 September 2008.
"Dan surat saman juga diterima daripada peguam RHB Islamic Bank
Berhad yang meminta saya hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 15
September 2008," katanya.
Ekoran itu Manzaidi berkata, beliau memaklumkan kepada adik Ahmad
Rasdi, Jafri supaya menyelesaikan jumlah tunggakan RM12,849.18
sebelum 5 September 2008 bagi mengelaknya dikenakan sebarang tindakan
oleh pihak terbabit.
Namun katanya sehingga 5 September lalu Jafri belum menjelaskan
tunggakan itu menyebabkan beliau berdepan dengan saman dan siasatan.
Oleh itu kata beliau disebabkan kedegilan Jafri dan Ahmad Rosdi
beliau membuat keputusan menyerahkan rumah itu untuk dilelong pada 11
Januari 2009 pada harga RM20,000.
Jumlah keseluruhan hutang yang terpaksa ditanggungnya sebanyak
RM38,754.96 tidak termasuk kos mahkamah.
"Saya sedih telah dianiaya dan ditipu Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Pasir Mas yang kini giat berkempen untuk bertanding jawatan timbalan
ketua Umno bahagian itu," katanya. - mj/mks. ?_
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/