terpanggil juga saya untuk melontarkan pendapat berkenaan dengan kisah kerbau 
ni.  kalau di pahang, orang suka makan daging kerbau dari daging lembu, walapun 
kerbau itu membawa lumpur.  

daging kerbau manis tidak sperti daging lembu.  kalau ditinjau dari segi 
kegagahan, di thailand dan vietnam,. petani masih menggunakan kerbau buat 
membajak sawah, menarik kayu waima bersiar-siar.  sama juga dengan sabah yang 
masih lagi mengadakan pertandingan kerbau, bukan lembu.  ada hebatnya kerbau 
ni, walapun ada misterinya.   cuma  satu saya nak ingatkan, dalam seekor kerbau 
tu ada kehebatannya walapun ianya membawa lumpur.  nak tahu kehebatan kerbau? 
tulang kipas kerbau bolah dibuat sarung golok.  

apa pun kisah teman kita ni, saya no komenlah.  cuma berhati-berhatilah di 
perian lain.  manusia ni banyak pakai toppeng.  ada topeng anjing, ada topeng 
serigala. ada topeng musang ada topeng ayam ada juga topeng mr. bean.   topeng 
tok alim pun ada.  saya pernah alami kisah topeng tok alim ni.  lain kali saya 
ceritakan.  

kalau berterusan kerbau
itu membawa lumpur, ambil tanduknya, buat cagak bidas, bidas balik pada
kerbau yang bawa lumpur tu.  insyaAllah, ia takkan bawa lumpur lagi. 





--- On Tue, 10/14/08, Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
To: [email protected]
Date: Tuesday, October 14, 2008, 7:24 AM










    
            KISAH SEEKOR KERBAU YANG MEMBAWA LUMPUR ( www.celikhuruf. blogspot. 
com )
 
Terkilan, sedih dan sengsara, demikian kisah seorang sahabat yang teraniaya 
kerana diperdaya oleh seseorang yang boleh diibaratkan seekor kerbau yang 
membawa lumpur. Ekoran daripada peristiwa itu beliau hilang kepercayaan kepada 
sekawanan kerbau-kerbau yang lain.
 
Sahabat yang berasal dari negeri pantai timur itu sekarang bekerja dalam bidang 
media di Shah Alam, Selangor mengaku serik dengan sekawanan 'kerbau' ini 
meskipun hanya seekor yang memalitkan lumpur kepada 'kerbau-kerbau' yang lain. 
 
Kepada sahabat, banyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang 
berlaku. Saya juga pernah berurusan dengan 'kerbau' dari spesis ini. Ternyata 
bukan seekor yang suka membawa lumpur. Jadi kepada sahabat-sahabat yang lain, 
berhati-hatilah. Kerana 'kerbau' yang membawa lumpur wujud lebih seekor di muka 
bumi ini.
 
p/s: Tunggu raya korban nanti, kita korbankan saja kerbau berlumpur ini! 
www.celikhuruf. blogspot. com 


----- Original Message -----
From: "Manzaidi MohdAmin" 
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Subject: Re: { PESISIR } Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Date: Mon, 13 Oct 2008 18:40:40 +0800 (SGT)








Ya, begitulah kisahnya. Anak bilis menjadi mangsa kepada jerung. Ini yang 
menjadi punca saya benci kepada UMNO, walaupun saya tahu UMNO (parti) tidak 
bersalah. Tetapi kerana pemimpin berkenaan terlibat secara langsung dalam 
parti, ia secara otomatik saya membenci kedua-duanya (parti dan pemimpin).
 
Suka saya ingatkan rakan-rakan agar berhati-hati berkawan dengan pemimpin UMNO. 
Sungguhpun ia ibaratkan seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit pada 
kerbau-kerbau lain, namun begitulah hakikatnya.

--- Pada Isn, 13/10/08, Mie <[EMAIL PROTECTED] com> menulis:

Daripada: Mie <[EMAIL PROTECTED] com>
Subjek: { PESISIR } Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com
Tarikh: Isnin, 13 Oktober, 2008, 4:48 PM




Petikan HARAKAH

Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas 
Lanjusoh 
Mon | Oct 13, 08 | 1:29:57 pm MYT 
KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Jika kerbau dipegang talinya, maka 
manusia dipegang pada janjinya. Mungkin inilah nasib malang menimpa 
seorang wartawan apabila mendakwa ditipu seorang pemimpin Umno Pasir 
Mas. Iklan 
Blocked Ad 


Penyunting Sinar Harian, Manzaidi Mohd Amin, 45 yang kini berugas di 
Shah Alam mendakwa dianiayai calon jawatan Timbalan Ketua Umno Pasir 
Mas, Ahmad Rosdi Mahmad berhubung penjualan sebuah rumah di Lubuk 
Jong, Pasir Mas. 

Katanya, pada pertengahan 1999 beliau menjual rumah itu kepada Ahmad 
Rosdi dan dia bersetuju meneruskan bayaran ansurannya untuk tempoh 13 
tahun setengah. 

Beliau membeli rumah kos sederhana tersebut dengan harga RM32,000 dan 
kadar bayaran ansuran bulanan RM301.13. 

Menurutnya beliau menjual rumah tersebut kerana tidak mampu 
meneruskan bayaran ansuran ketika itu disebabkan kegawatan ekonomi. 

"Saya mahu menukar nama milik rumah itu, tetapi Ahmad Rosdi yang juga 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas tidak mahu. Sebaliknya dia 
mahu saya mempercayainya dan berjanji secara lisan akan terus 
membayar ansuran rumah sehingga tamat tempoh pinjaman. 

"Kerana mempercayainya saya setuju proses tukar nama ditangguhkan 
kepada tarikh yang tidak ditetapkan. Urusan jual-beli dibuat di 
pejabat Ahmad Rosdi di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu," katanya di 
sini. 

Bagaimanapun tambah beliau pada akhir 2005 ketika mengemukakan 
permohonan pinjaman membeli sebuah kenderaan di Bank Bumiputera 
Commerce permohonannya ditolak. 

Tidak lama kemudian katanya beliau kemukakan pula permohonan pinjaman 
di Bank Muamalat juga ditolak dengan alasan namanya disenaraihitam 
Bank Negara Malaysia (BNM) kerana tidak membayar ansuran rumah. 

"Saya terkejut dan menghubungi Ahmad Rosdi. Dia kemudian memaklumkan 
akan memberitahu hal itu kepada adiknya bagi diselesaikan 
memandangkan rumah tersebut telah diberi kepadanya. 

"Pada Ogos lalu saya menerima surat saman daripada Pejabat Tanah dan 
Jajahan Pasir Mas meminta hadir ke pejabat itu untuk siasatan gadaian 
pada 10 September 2008. 

"Dan surat saman juga diterima daripada peguam RHB Islamic Bank 
Berhad yang meminta saya hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 15 
September 2008," katanya. 

Ekoran itu Manzaidi berkata, beliau memaklumkan kepada adik Ahmad 
Rasdi, Jafri supaya menyelesaikan jumlah tunggakan RM12,849.18 
sebelum 5 September 2008 bagi mengelaknya dikenakan sebarang tindakan 
oleh pihak terbabit. 

Namun katanya sehingga 5 September lalu Jafri belum menjelaskan 
tunggakan itu menyebabkan beliau berdepan dengan saman dan siasatan. 

Oleh itu kata beliau disebabkan kedegilan Jafri dan Ahmad Rosdi 
beliau membuat keputusan menyerahkan rumah itu untuk dilelong pada 11 
Januari 2009 pada harga RM20,000. 

Jumlah keseluruhan hutang yang terpaksa ditanggungnya sebanyak 
RM38,754.96 tidak termasuk kos mahkamah. 

"Saya sedih telah dianiaya dan ditipu Ketua Pergerakan Pemuda Umno 
Pasir Mas yang kini giat berkempen untuk bertanding jawatan timbalan 
ketua Umno bahagian itu," katanya. - mj/mks. ?_ 





Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.



Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.tintarona. blogspot. com



-- 
 Be Yourself @ mail.com!

Choose From 200+ Email Addresses

Get a Free Account at www.mail.com!

      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke