KISAH SEEKOR KERBAU YANG MEMBAWA LUMPUR ( www.celikhuruf.blogspot.com )
Terkilan, sedih dan sengsara, demikian kisah seorang sahabat yang
teraniaya kerana diperdaya oleh seseorang yang boleh diibaratkan seekor
kerbau yang membawa lumpur. Ekoran daripada peristiwa itu beliau hilang
kepercayaan kepada sekawanan kerbau-kerbau yang lain. Sahabat yang
berasal dari negeri pantai timur itu sekarang bekerja dalam bidang media
di Shah Alam, Selangor mengaku serik dengan sekawanan 'kerbau' ini
meskipun hanya seekor yang memalitkan lumpur kepada 'kerbau-kerbau' yang
lain. Kepada sahabat, banyakkan bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik
apa yang berlaku. Saya juga pernah berurusan dengan 'kerbau' dari spesis
ini. Ternyata bukan seekor yang suka membawa lumpur. Jadi kepada
sahabat-sahabat yang lain, berhati-hatilah. Kerana 'kerbau' yang membawa
lumpur wujud lebih seekor di muka bumi ini. p/s: Tunggu raya korban
nanti, kita korbankan saja kerbau berlumpur ini!
www.celikhuruf.blogspot.com

  ----- Original Message -----
  From: "Manzaidi MohdAmin"
  To: [email protected]
  Subject: Re: { PESISIR } Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno
  Pasir Mas
  Date: Mon, 13 Oct 2008 18:40:40 +0800 (SGT)

  Ya, begitulah kisahnya. Anak bilis menjadi mangsa kepada jerung. Ini
  yang menjadi punca saya benci kepada UMNO, walaupun saya tahu UMNO
  (parti) tidak bersalah. Tetapi kerana pemimpin berkenaan terlibat
  secara langsung dalam parti, ia secara otomatik saya membenci
  kedua-duanya (parti dan pemimpin). Suka saya ingatkan rakan-rakan
  agar berhati-hati berkawan dengan pemimpin UMNO. Sungguhpun ia
  ibaratkan seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit pada
  kerbau-kerbau lain, namun begitulah hakikatnya.

  --- Pada Isn, 13/10/08, Mie <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

    Daripada: Mie <[EMAIL PROTECTED]>
    Subjek: { PESISIR } Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir
    Mas
    Kepada: [email protected]
    Tarikh: Isnin, 13 Oktober, 2008, 4:48 PM

    Petikan HARAKAH

    Wartawan dakwa ditipu Ketua Pemuda Umno Pasir Mas
    Lanjusoh
    Mon | Oct 13, 08 | 1:29:57 pm MYT
    KOTA BHARU, 13 Okt (Hrkh) - Jika kerbau dipegang talinya, maka
    manusia dipegang pada janjinya. Mungkin inilah nasib malang
    menimpa
    seorang wartawan apabila mendakwa ditipu seorang pemimpin Umno
    Pasir
    Mas. Iklan
    Blocked Ad


    Penyunting Sinar Harian, Manzaidi Mohd Amin, 45 yang kini berugas
    di
    Shah Alam mendakwa dianiayai calon jawatan Timbalan Ketua Umno
    Pasir
    Mas, Ahmad Rosdi Mahmad berhubung penjualan sebuah rumah di Lubuk
    Jong, Pasir Mas.

    Katanya, pada pertengahan 1999 beliau menjual rumah itu kepada
    Ahmad
    Rosdi dan dia bersetuju meneruskan bayaran ansurannya untuk
    tempoh 13
    tahun setengah.

    Beliau membeli rumah kos sederhana tersebut dengan harga RM32,000
    dan
    kadar bayaran ansuran bulanan RM301.13.

    Menurutnya beliau menjual rumah tersebut kerana tidak mampu
    meneruskan bayaran ansuran ketika itu disebabkan kegawatan
    ekonomi.

    "Saya mahu menukar nama milik rumah itu, tetapi Ahmad Rosdi yang
    juga
    Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas tidak mahu. Sebaliknya dia
    mahu saya mempercayainya dan berjanji secara lisan akan terus
    membayar ansuran rumah sehingga tamat tempoh pinjaman.

    "Kerana mempercayainya saya setuju proses tukar nama ditangguhkan
    kepada tarikh yang tidak ditetapkan. Urusan jual-beli dibuat di
    pejabat Ahmad Rosdi di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu," katanya di
    sini.

    Bagaimanapun tambah beliau pada akhir 2005 ketika mengemukakan
    permohonan pinjaman membeli sebuah kenderaan di Bank Bumiputera
    Commerce permohonannya ditolak.

    Tidak lama kemudian katanya beliau kemukakan pula permohonan
    pinjaman
    di Bank Muamalat juga ditolak dengan alasan namanya
    disenaraihitam
    Bank Negara Malaysia (BNM) kerana tidak membayar ansuran rumah.

    "Saya terkejut dan menghubungi Ahmad Rosdi. Dia kemudian
    memaklumkan
    akan memberitahu hal itu kepada adiknya bagi diselesaikan
    memandangkan rumah tersebut telah diberi kepadanya.

    "Pada Ogos lalu saya menerima surat saman daripada Pejabat Tanah
    dan
    Jajahan Pasir Mas meminta hadir ke pejabat itu untuk siasatan
    gadaian
    pada 10 September 2008.

    "Dan surat saman juga diterima daripada peguam RHB Islamic Bank
    Berhad yang meminta saya hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada
    15
    September 2008," katanya.

    Ekoran itu Manzaidi berkata, beliau memaklumkan kepada adik Ahmad
    Rasdi, Jafri supaya menyelesaikan jumlah tunggakan RM12,849.18
    sebelum 5 September 2008 bagi mengelaknya dikenakan sebarang
    tindakan
    oleh pihak terbabit.

    Namun katanya sehingga 5 September lalu Jafri belum menjelaskan
    tunggakan itu menyebabkan beliau berdepan dengan saman dan
    siasatan.

    Oleh itu kata beliau disebabkan kedegilan Jafri dan Ahmad Rosdi
    beliau membuat keputusan menyerahkan rumah itu untuk dilelong
    pada 11
    Januari 2009 pada harga RM20,000.

    Jumlah keseluruhan hutang yang terpaksa ditanggungnya sebanyak
    RM38,754.96 tidak termasuk kos mahkamah.

    "Saya sedih telah dianiaya dan ditipu Ketua Pergerakan Pemuda
    Umno
    Pasir Mas yang kini giat berkempen untuk bertanding jawatan
    timbalan
    ketua Umno bahagian itu," katanya. - mj/mks. ?_



  --------------------------------------------------------------------

  Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
  Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.

  



Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.tintarona.blogspot.com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

Kirim email ke