Sebenarnya mudah jer nak hilangkan rasa takut kepada hantu ni. Petua yang saya amalkan ialah buat dono jer. Bayangkan saya tinggal di rumah cabang empat yang mana tapak rumah rumah tu adalah laluan jin. Dan bayangkan, bagaimana setiap malam saya tinggal serumah dengan 'tetamu tiga beranak' dan bayangkan bagaimana saya menghadapi seorang diri, 'tetamu' tidak diundang masuk dalam kereta saya di laluan Gua Musang - Kuala Krai pada jam 4 pagi. Semuanya memang rasa takut dan ngeri. Saya pegang satu jer kata-kata orang tua. "Hantu tak boleh pegang kita, kenapa kita nak takut?" tetapi saya menjawab: "hantu boleh masuk dalam diri kita". Orang tua tu jawab balik: "Sebab awak tak ada pendinding atau pelindung, sebab tu hantu boleh masuk dengan mudah dalam diri kamu". Saya terdiam. Kemudian saya tanya, "ok, saya dah selamat satu iaitu hantu tak boleh pegang atau bunuh saya, tetapi keduanya apa?", Orang tua tu kata: "kau baca Al-Fatihah tiga kali, tiup kiri, kanan dan depan. Kau baca Ayatul Kursi tiga kali, kau hembus kiri, kanan dan depan. Itulah pendindingnya." Saya cuba amalkan, ternyata ia adalah benar. Jadi berpegang dari situ, saya lupakan 'kewujudan tetamu' yang menghuni sekali dengan saya di rumah sewa seksyen 24. Kalau terdengar bunyi pelik pelik pun saya buat tak tau dan cuba bayangkan itu bunyi kentut kawan atau dengkuran member-member. Kita jangan terlalu fikir sangat. Kalau kita terlalu ambil berat pasal bunyi, bunyi cicak mengawan pun kita akan sangkakan bunyi hantu. Semuanya atas kita. Kita jangan biarkan minda kita ditawan oleh rasa takut. Itu yang saya amalkan. Sebab itu saya boleh bertahan tinggal di Chabang Empat dan rumah sewa di seksyen 24. Malah, anak-anak dan isteri pun masih bertahan sampai sekarang, walaupun dua minggu lalu, anak perempuan saya hantar mesej kata, dia nampak satu benda bergayut kat pokok kelapa depan rumah. Saya katakan: "Kak kena fikirkan itu adalah pelepah kelapa". Anak saya jawab: Bukan abah, kak tengok sendiri. Pakai kain putih. Takkan pelepah kelapa berwarna putih, abah?" Saya: "????"
--- Pada Ahd, 1/2/09, Ediramle Ismail <[email protected]> menulis: Daripada: Ediramle Ismail <[email protected]> Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Kepada: [email protected] Tarikh: Ahad, 1 Februari, 2009, 9:57 AM Kebetulan ketika ke Kg. Laut hantar anak ke asrama sekolah tadi saya terjumpa seseorang dan ketika itu saya terlintas satu topik yang hendak dibincangkan dengan agak panjang lebar kalau boleh di pesisir egroups. Bagaimanapun kita dengar dulu cerita hantu sebelum buka tema baru yang saya terlintas tadi . Saya kira tema baru itu nanti sangat menarik dan membabitkan semua orang dan saya yakin tidak ramai yang tidak setuju dengan tema itu nanti. Berbalik semula ke cerita hantu , setakat ni pandangan tentang hantu tidak jauh berbeza dan nampaknya hampir semuanya seperti 'takut' dengan hantu . Mungkin perkara yang paling mempengaruhi jiwa seseorang itu adalah cerita-cerita tentang hantu yang didengar mereka. Saya tidak terkecuali dan merasa seram terutamanya pada waktu malam di tempat-tempat tertentu antaranya kalau di tempat saya ni , di kawasan kubur jerai, kawasan Gertak Selehor dan kawasan kok mesira (jalan antara kok pasir dan kok keli) itupun kerana dengaar cerita kawasan-kawasan tu seperti berhanti dan agak terpisah dari rumah orang. Satu lagi tempat yang dirasakan seperti ada hantu adalah di tempat berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian dan tumpahnya darah. Di rumah-rumah kosong yang ditinggalkan penghuni dalam gelap gulita. Dari dengar-dengar cakap , dalam kalangan keluarga terdekat saya ada 2 orang yang tidak takutkan hantu , seorangnya adik saya dan seorang lagi adik ipar saya. Mereka seperti tidak kenal istilah takutkan hantu. Sebab tu adik ipar saya tu boleh bekerja di rumah mayat dengan selesa dan tanpa merasakan apa-apa ketakutan dan kejijikan , dan adik saya juga boleh pergi di tempat-tempat yang orang kata ada hantu , malah boleh bermalam dan tinggal di situ. Sebaliknya saya begitu berbeza kalau waktu malam nak lalu di kawasan tanah perkuburan sebolehnya kena cari alasan dulu untuk tidak lalu. Edi ----- Original Message ----- From: Manzaidi MohdAmin To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Friday, January 30, 2009 7:30 PM Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Li, saya cadangkan... untuk menghidup, menceria dan merapatkan persahabatan kita (rakan groups), adalah wajar kita berbincang dan menceritakan pengalaman mengikut topik yang Li pilih atau sediakan. Sebagai contoh, walaupun saya sebenarnya TERAMAT SIBUK. SIBUK SANGAT-SANGAT. ..bila buka emel groups pesisir, entah kenapa topik sebegini yang menarik minat saya untuk tampil berkongsi. Selama ini (sejak sebulan dua ini) saya rasa agak sepi bila menjenguk emel. Cuma yang berkaitan pemergian rakan-rakan ke Rahmatullah sahaja yang saya balas utk ucapkan takziah dan sedekahkan Al-Fatihah. Li, ini cadangan saja. Lagipun, kita perlu menceriakan groups ini. Mana-mana yang rasa nak sertai, silakan. sekurang-kurangnya kita tau siapa yang peka, siapa yang aktif dan siapa yang merasakan kita ini kawan mereka. Tak gitu kekni Tuan Ipul? --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> menulis: Daripada: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Kepada: pesi...@yahoogroups .com Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 3:37 PM Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu tentang cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan juga tentang keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala Krai yang mana ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi merasakan sesuatu sedang menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat kedengaran bacaan itu bergema seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan malam itu kami banyak berbicara tentang makhluk halus . Saya seronok dengan perbincangan dan cerita-cerita pada malam tu dan cerita-cerita yang disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati dengan baik. Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi suara atau pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu ketika saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau hantu. Ketika bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada satu benda seperti gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya dan terus berlalu. Jadi saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang boleh menembusi objek lain tanpa terhalang. Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di posisi pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi mengelakkan daripada berada di posisi paling belakang yang boleh membuat terasa seperti ada yang mengikut dari belakang. Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat, kerana hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di cina, di jepun atau sebagainya. Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi , sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya. Hantu juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan (kuning kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu hantu. Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam. Edi ----- Original Message ----- From: Manzaidi MohdAmin To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Ok, biar saya yang mula topik ini. Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin telah dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004. Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak' yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu, bapa dan anak. Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak pindah-pindah. Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah dalam seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik air, 'dia' tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu dibuka tutup, buka tutup. Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang bomoh itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa kami perlu halau 'mereka'. Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di rumah dan berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat dono jer. Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya tengok kawan saya itu dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima minit kemudian minta diri nak pulang. Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu, pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika dalam bilik air).. Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya dalam bilik air). Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak yang menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia ketakutan dan menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan saya itu selepas saya keluar dari bilik air). Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara ringkasnya. Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya: Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu. Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu roma. Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu. Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat dan di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam. Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu. --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis: Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu Kepada: pesi...@yahoogroups .com Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com, perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit untuk berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini. Saya nak tanya soalan berikut: 1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu? 2. Mengapa kita takut hantu? 3. Di manakah tempat kesukaan hantu? 4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Terima kasih. Ediramle [Non-text portions of this message have been removed] Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com. http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] Apa perkara yang menarik perhatian warga Malaysia dalam tahun 2008? Ketahuilah di Yahoo! Malaysia's Top Searches 2008. http://malaysia.promo.yahoo.com/topsearches2008 [Non-text portions of this message have been removed]
