Ish ish ish...kan saya dah bagi petua macamana tak nak takutkan hantu. Nak saya 
ulang?
Ok,
Pertama, masa sorang2 kat rumah, jangan sekali-kali pandang belakang...
Kedua, masa baring-baring dalam gelap tu, jangan sekali-kali tengok kat 
tingkap, takut nanti macam ada bayang lalu.
Ketiga, jangan sekali-kali fikirkan rupa bentuk hantu.
Keempat, dah lah tu...kesian kat scarlet.

--- Pada Sab, 31/1/09, scarlet pimpernel <[email protected]> menulis:

Daripada: scarlet pimpernel <[email protected]>
Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: [email protected]
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 8:39 PM






salam Abe Li dan Abe Di,
blh tak kita tukar topik pulak? 
rasa takut la topik ni.
isk

 

____________ _________ _________ __
From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 31, 2009 8:24:55 PM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Sebenarnya mudah jer nak hilangkan rasa takut kepada hantu ni. Petua yang saya 
amalkan ialah buat dono jer. Bayangkan saya tinggal di rumah cabang empat yang 
mana tapak rumah rumah tu adalah laluan jin. Dan bayangkan, bagaimana setiap 
malam saya tinggal serumah dengan 'tetamu tiga beranak' dan bayangkan bagaimana 
saya menghadapi seorang diri, 'tetamu' tidak diundang masuk dalam kereta saya 
di laluan Gua Musang - Kuala Krai pada jam 4 pagi.
 
Semuanya memang rasa takut dan ngeri. Saya pegang satu jer kata-kata orang tua. 
"Hantu tak boleh pegang kita, kenapa kita nak takut?" tetapi saya menjawab: 
"hantu boleh masuk dalam diri kita". Orang tua tu jawab balik: "Sebab awak tak 
ada pendinding atau pelindung, sebab tu hantu boleh masuk dengan mudah dalam 
diri kamu". 
 
Saya terdiam. Kemudian saya tanya, "ok, saya dah selamat satu iaitu hantu tak 
boleh pegang atau bunuh saya, tetapi keduanya apa?", Orang tua tu kata: "kau 
baca Al-Fatihah tiga kali, tiup kiri, kanan dan depan. Kau baca Ayatul Kursi 
tiga kali, kau hembus kiri, kanan dan depan. Itulah pendindingnya. "
 
Saya cuba amalkan, ternyata ia adalah benar. Jadi berpegang dari situ, saya 
lupakan 'kewujudan tetamu' yang menghuni sekali dengan saya di rumah sewa 
seksyen 24.
 
Kalau terdengar bunyi pelik pelik pun saya buat tak tau dan cuba bayangkan itu 
bunyi kentut kawan atau dengkuran member-member. Kita jangan terlalu fikir 
sangat. Kalau kita terlalu ambil berat pasal bunyi, bunyi cicak mengawan pun 
kita akan sangkakan bunyi hantu. 
 
Semuanya atas kita. Kita jangan biarkan minda kita ditawan oleh rasa takut. Itu 
yang saya amalkan. Sebab itu saya boleh bertahan tinggal di Chabang Empat dan 
rumah sewa di seksyen 24. Malah, anak-anak dan isteri pun masih bertahan sampai 
sekarang, walaupun dua minggu lalu, anak perempuan saya hantar mesej kata, dia 
nampak satu benda bergayut kat pokok kelapa depan rumah.
 
Saya katakan: "Kak kena fikirkan itu adalah pelepah kelapa".
Anak saya jawab: Bukan abah, kak tengok sendiri. Pakai kain putih. Takkan 
pelepah kelapa berwarna putih, abah?"
 
Saya: "????"

--- Pada Ahd, 1/2/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net>
Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Ahad, 1 Februari, 2009, 9:57 AM

Kebetulan ketika ke Kg. Laut hantar anak ke asrama sekolah tadi saya terjumpa 
seseorang dan ketika itu saya terlintas satu topik yang hendak dibincangkan 
dengan agak panjang lebar kalau boleh di pesisir egroups. Bagaimanapun kita 
dengar dulu cerita hantu sebelum buka tema baru yang saya terlintas tadi . Saya 
kira tema baru itu nanti sangat menarik dan membabitkan semua orang dan saya 
yakin tidak ramai yang tidak setuju dengan tema itu nanti.

Berbalik semula ke cerita hantu , setakat ni pandangan tentang hantu tidak jauh 
berbeza dan nampaknya hampir semuanya seperti 'takut' dengan hantu . Mungkin 
perkara yang paling mempengaruhi jiwa seseorang itu adalah cerita-cerita 
tentang hantu yang didengar mereka. 

Saya tidak terkecuali dan merasa seram terutamanya pada waktu malam di 
tempat-tempat tertentu antaranya kalau di tempat saya ni , di kawasan kubur 
jerai, kawasan Gertak Selehor dan kawasan kok mesira (jalan antara kok pasir 
dan kok keli) itupun kerana dengaar cerita kawasan-kawasan tu seperti berhanti 
dan agak terpisah dari rumah orang. Satu lagi tempat yang dirasakan seperti ada 
hantu adalah di tempat berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian dan 
tumpahnya darah. Di rumah-rumah kosong yang ditinggalkan penghuni dalam gelap 
gulita.

Dari dengar-dengar cakap , dalam kalangan keluarga terdekat saya ada 2 orang 
yang tidak takutkan hantu , seorangnya adik saya dan seorang lagi adik ipar 
saya. Mereka seperti tidak kenal istilah takutkan hantu. Sebab tu adik ipar 
saya tu boleh bekerja di rumah mayat dengan selesa dan tanpa merasakan apa-apa 
ketakutan dan kejijikan , dan adik saya juga boleh pergi di tempat-tempat yang 
orang kata ada hantu , malah boleh bermalam dan tinggal di situ. Sebaliknya 
saya begitu berbeza kalau waktu malam nak lalu di kawasan tanah perkuburan 
sebolehnya kena cari alasan dulu untuk tidak lalu.

Edi

----- Original Message ----- 
From: Manzaidi MohdAmin 
To: pesi...@yahoogroups .com 
Sent: Friday, January 30, 2009 7:30 PM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Li, saya cadangkan... untuk menghidup, menceria dan merapatkan persahabatan 
kita (rakan groups), adalah wajar kita berbincang dan menceritakan pengalaman 
mengikut topik yang Li pilih atau sediakan.

Sebagai contoh, walaupun saya sebenarnya TERAMAT SIBUK. SIBUK SANGAT-SANGAT. 
..bila buka emel groups pesisir, entah kenapa topik sebegini yang menarik minat 
saya untuk tampil berkongsi. Selama ini (sejak sebulan dua ini) saya rasa agak 
sepi bila menjenguk emel. Cuma yang berkaitan pemergian rakan-rakan ke 
Rahmatullah sahaja yang saya balas utk ucapkan takziah dan sedekahkan 
Al-Fatihah.

Li, ini cadangan saja. Lagipun, kita perlu menceriakan groups ini. Mana-mana 
yang rasa nak sertai, silakan. sekurang-kurangnya kita tau siapa yang peka, 
siapa yang aktif dan siapa yang merasakan kita ini kawan mereka. Tak gitu kekni 
Tuan Ipul?

--- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net>
Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 3:37 PM

Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa 
Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu tentang 
cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan juga tentang 
keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala Krai yang mana 
ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi merasakan sesuatu sedang 
menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat kedengaran bacaan itu bergema 
seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan malam itu kami banyak berbicara 
tentang makhluk halus . Saya seronok dengan perbincangan dan cerita-cerita pada 
malam tu dan cerita-cerita yang disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati 
dengan baik.

Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi suara atau 
pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu ketika 
saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau hantu. Ketika 
bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada satu benda seperti 
gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya dan terus berlalu. Jadi 
saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang boleh menembusi objek lain 
tanpa terhalang. 

Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa 
meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di posisi 
pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi mengelakkan daripada 
berada di posisi paling belakang yang boleh membuat terasa seperti ada yang 
mengikut dari belakang.

Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang 
digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat, kerana 
hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat 
yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di cina, di jepun atau 
sebagainya. 

Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi , 
sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya. Hantu 
juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan (kuning 
kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu hantu.

Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya 
ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam. 

Edi

----- Original Message ----- 
From: Manzaidi MohdAmin 
To: pesi...@yahoogroups .com 
Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM
Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu

Ok, biar saya yang mula topik ini.

Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin telah 
dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004. 

Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak' 
yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu, bapa 
dan anak.

Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga berpindah 
randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian berpindah ke 
rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah kenapa saya dan 
geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak pindah-pindah.

Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah dalam 
seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik air, 'dia' 
tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu dibuka tutup, 
buka tutup. 

Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang bomoh itu 
ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa kami perlu 
halau 'mereka'.

Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di rumah dan 
berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat dono jer. 
Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya tengok kawan saya itu 
dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima minit kemudian minta diri 
nak pulang.

Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu, 
pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika dalam 
bilik air).. 

Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di ruang 
tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya dalam bilik 
air). 
Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak yang 
menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia ketakutan dan 
menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan saya itu selepas 
saya keluar dari bilik air).

Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara 
ringkasnya.

Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya: 
Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu.

Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang 
menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu roma. Itu 
yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu.

Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat dan di 
rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam.

Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu.

--- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis:

Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com, 
perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM

Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit untuk 
berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini.

Saya nak tanya soalan berikut:

1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu?

2. Mengapa kita takut hantu?

3. Di manakah tempat kesukaan hantu?

4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu?

Terima kasih.

Ediramle

[Non-text portions of this message have been removed]

Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com. 
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Apa perkara yang menarik perhatian warga Malaysia dalam tahun 2008? Ketahuilah 
di Yahoo! Malaysia&#39; s Top Searches 2008.
http://malaysia. promo.yahoo. com/topsearches2 008

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

 














      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke