Saya juga tak pernah jumpa hantu, kecuali memiliki 2 jari hantu, ada waktu
kita terasa juga seram-seram, tapi saya amat jarang terlintas untuk hantu,
sehingga terbaca email kawan yang kini sengaja mencari tajuk baru, dari
duit, kepada hantu, lepas ni apa tajuk pula yang akan
dikupas........Silakan.

On 2/2/09, Ediramle Ismail <[email protected]> wrote:
>
>   Sdr. Hafiz, sesuatu yang menarik , hantu ada juga musim perayaan.
> Mungkin sdr boleh kongsikan sedikit sebanyak tentang rupa wajah
> hantu-hantu yang pernah dilihat tu. Apakah ianya seakan serupa yang kita
> lihat di Tv atau gambar-gambar hantu di internet ?
>
> Mata dalam tu mata ketiga yang terletak di cakra ajna tu ke?
>
> Terima kasih.
>
> > salam....
> > saya kerap tgk hantu mula2 takut jgk pastu dah jadi biasa.mendalami pula
> > bidang kebatinan menyebabkan mata dalam terbuka.lebih mudah
> > melihatlah.masa perayaan hantu bln 8 setiap bulan cukup ramai yang
> keluar.
> > macam2 rupa
> >
> >
> > --- On Sat, 1/31/09, Ediramle Ismail 
> > <[email protected]<ediramle%40pesisir.net>>
> wrote:
> > From: Ediramle Ismail <[email protected] <ediramle%40pesisir.net>>
> > Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
> > To: [email protected] <Pesisir%40yahoogroups.com>
> > Date: Saturday, January 31, 2009, 5:57 PM
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > Kebetulan ketika ke Kg. Laut hantar anak ke asrama sekolah
> > tadi saya terjumpa seseorang dan ketika itu saya terlintas
> > satu topik yang hendak dibincangkan dengan agak panjang lebar
> > kalau boleh di pesisir egroups. Bagaimanapun kita dengar dulu
> > cerita hantu sebelum buka tema baru yang saya terlintas tadi .
> > Saya kira tema baru itu nanti sangat menarik dan membabitkan
> > semua orang dan saya yakin tidak ramai yang tidak setuju
> > dengan tema itu nanti.
> >
> >
> >
> > Berbalik semula ke cerita hantu , setakat ni pandangan tentang hantu
> tidak
> > jauh berbeza dan nampaknya hampir semuanya seperti 'takut' dengan hantu .
> > Mungkin perkara yang paling mempengaruhi jiwa seseorang itu adalah
> > cerita-cerita tentang hantu yang didengar mereka.
> >
> >
> >
> > Saya tidak terkecuali dan merasa seram terutamanya pada waktu malam di
> > tempat-tempat tertentu antaranya kalau di tempat saya ni , di kawasan
> > kubur jerai, kawasan Gertak Selehor dan kawasan kok mesira (jalan antara
> > kok pasir dan kok keli) itupun kerana dengaar cerita kawasan-kawasan tu
> > seperti berhanti dan agak terpisah dari rumah orang. Satu lagi tempat
> yang
> > dirasakan seperti ada hantu adalah di tempat berlakunya kemalangan yang
> > menyebabkan kematian dan tumpahnya darah. Di rumah-rumah kosong yang
> > ditinggalkan penghuni dalam gelap gulita.
> >
> >
> >
> > Dari dengar-dengar cakap , dalam kalangan keluarga terdekat saya ada 2
> > orang yang tidak takutkan hantu , seorangnya adik saya dan seorang lagi
> > adik ipar saya. Mereka seperti tidak kenal istilah takutkan hantu. Sebab
> > tu adik ipar saya tu boleh bekerja di rumah mayat dengan selesa dan tanpa
> > merasakan apa-apa ketakutan dan kejijikan , dan adik saya juga boleh
> pergi
> > di tempat-tempat yang orang kata ada hantu , malah boleh bermalam dan
> > tinggal di situ. Sebaliknya saya begitu berbeza kalau waktu malam nak
> > lalu di kawasan tanah perkuburan sebolehnya kena cari alasan dulu untuk
> > tidak lalu.
> >
> >
> >
> > Edi
> >
> >
> >
> > ----- Original Message -----
> >
> > From: Manzaidi MohdAmin
> >
> > To: pesi...@yahoogroups .com
> >
> > Sent: Friday, January 30, 2009 7:30 PM
> >
> > Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
> >
> >
> >
> > Li, saya cadangkan... untuk menghidup, menceria dan merapatkan
> > persahabatan kita (rakan groups), adalah wajar kita berbincang dan
> > menceritakan pengalaman mengikut topik yang Li pilih atau sediakan.
> >
> >
> >
> > Sebagai contoh, walaupun saya sebenarnya TERAMAT SIBUK. SIBUK
> > SANGAT-SANGAT. ..bila buka emel groups pesisir, entah kenapa topik
> > sebegini yang menarik minat saya untuk tampil berkongsi. Selama ini
> > (sejak sebulan dua ini) saya rasa agak sepi bila menjenguk emel. Cuma
> > yang berkaitan pemergian rakan-rakan ke Rahmatullah sahaja yang saya
> > balas utk ucapkan takziah dan sedekahkan Al-Fatihah.
> >
> >
> >
> > Li, ini cadangan saja. Lagipun, kita perlu menceriakan groups ini.
> > Mana-mana yang rasa nak sertai, silakan. sekurang-kurangnya kita tau
> > siapa yang peka, siapa yang aktif dan siapa yang merasakan kita ini
> > kawan mereka. Tak gitu kekni Tuan Ipul?
> >
> >
> >
> >
> >
> > --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> menulis:
> >
> >
> >
> > Daripada: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net>
> >
> > Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
> >
> > Kepada: pesi...@yahoogroups .com
> >
> > Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 3:37 PM
> >
> >
> >
> > Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa
> > Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu
> > tentang cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan
> > juga tentang keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala
> > Krai yang mana ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi
> > merasakan sesuatu sedang menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat
> > kedengaran bacaan itu bergema seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan
> > malam itu kami banyak berbicara tentang makhluk halus . Saya seronok
> > dengan perbincangan dan cerita-cerita pada malam tu dan cerita-cerita
> yang
> > disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati dengan baik.
> >
> >
> >
> > Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi
> suara
> > atau pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu
> > ketika saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau
> > hantu. Ketika bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada
> > satu benda seperti gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya
> > dan terus berlalu. Jadi saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang
> > boleh menembusi objek lain tanpa terhalang.
> >
> >
> >
> > Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa
> > meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di
> > posisi pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi
> > mengelakkan daripada berada di posisi paling belakang yang boleh membuat
> > terasa seperti ada yang mengikut dari belakang.
> >
> >
> >
> > Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang
> > digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat,
> > kerana hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat
> > dengan tempat yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di
> > cina, di jepun atau sebagainya.
> >
> >
> >
> > Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi ,
> > sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya.
> > Hantu juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning
> keorenan
> > (kuning kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu
> > hantu.
> >
> >
> >
> > Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya
> > ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam.
> >
> >
> >
> > Edi
> >
> >
> >
> > ----- Original Message -----
> >
> > From: Manzaidi MohdAmin
> >
> > To: pesi...@yahoogroups .com
> >
> > Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM
> >
> > Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
> >
> >
> >
> > Ok, biar saya yang mula topik ini.
> >
> >
> >
> > Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin
> > telah dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004.
> >
> >
> >
> > Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga
> > beranak' yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu
> > ialah, ibu, bapa dan anak.
> >
> >
> >
> > Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga
> > berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan,
> > kemudian berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan
> > rumah ialah kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu
> > tidak pindah-pindah.
> >
> >
> >
> > Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah
> > dalam seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik
> > air, 'dia' tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu
> > dibuka tutup, buka tutup.
> >
> >
> >
> > Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang
> > bomoh itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa
> > kami perlu halau 'mereka'.
> >
> >
> >
> > Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di
> > rumah dan berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya
> > buat dono jer. Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya
> > tengok kawan saya itu dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima
> > minit kemudian minta diri nak pulang.
> >
> >
> >
> > Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka
> > pintu, pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar
> > ketika dalam bilik air)..
> >
> >
> >
> > Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di
> > ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya
> > dalam bilik air).
> >
> > Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak
> > yang menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia
> > ketakutan dan menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah
> > kawan saya itu selepas saya keluar dari bilik air).
> >
> >
> >
> > Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja
> secara
> > ringkasnya.
> >
> >
> >
> > Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu?
> > Jawabnya: Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu.
> >
> >
> >
> > Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang
> > menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu
> > roma. Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu.
> >
> >
> >
> > Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat
> > dan di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam.
> >
> >
> >
> > Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu.
> >
> >
> >
> > --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis:
> >
> >
> >
> > Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
> >
> > Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
> >
> > Kepada: pesi...@yahoogroups .com
> >
> > Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com,
> > perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com
> >
> > Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM
> >
> >
> >
> > Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit
> > untuk berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini.
> >
> >
> >
> > Saya nak tanya soalan berikut:
> >
> >
> >
> > 1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu?
> >
> >
> >
> > 2. Mengapa kita takut hantu?
> >
> >
> >
> > 3. Di manakah tempat kesukaan hantu?
> >
> >
> >
> > 4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu?
> >
> >
> >
> > Terima kasih.
> >
> >
> >
> > Ediramle
> >
> >
> >
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> >
> >
> >
> > Nama E-mel baru untuk anda!
> >
> > Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
> > @rocketmail yang baru.
> >
> > Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
> >
> > http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
> >
> >
> >
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> >
> >
> >
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> >
> >
> >
> > Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
> >
> > Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.
> >
> > http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
> >
> >
> >
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> >
> >
> >
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> >
> >
>
> Ediramle Ismail
> http://www.kokpasir.com
>
> 
>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke