Sdr. Hafiz, sesuatu yang menarik , hantu ada juga musim perayaan. Mungkin sdr boleh kongsikan sedikit sebanyak tentang rupa wajah hantu-hantu yang pernah dilihat tu. Apakah ianya seakan serupa yang kita lihat di Tv atau gambar-gambar hantu di internet ?
Mata dalam tu mata ketiga yang terletak di cakra ajna tu ke? Terima kasih. > salam.... > saya kerap tgk hantu mula2 takut jgk pastu dah jadi biasa.mendalami pula > bidang kebatinan menyebabkan mata dalam terbuka.lebih mudah > melihatlah.masa perayaan hantu bln 8 setiap bulan cukup ramai yang keluar. > macam2 rupa > > > --- On Sat, 1/31/09, Ediramle Ismail <[email protected]> wrote: > From: Ediramle Ismail <[email protected]> > Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu > To: [email protected] > Date: Saturday, January 31, 2009, 5:57 PM > > > > > > > > > > > > Kebetulan ketika ke Kg. Laut hantar anak ke asrama sekolah > tadi saya terjumpa seseorang dan ketika itu saya terlintas > satu topik yang hendak dibincangkan dengan agak panjang lebar > kalau boleh di pesisir egroups. Bagaimanapun kita dengar dulu > cerita hantu sebelum buka tema baru yang saya terlintas tadi . > Saya kira tema baru itu nanti sangat menarik dan membabitkan > semua orang dan saya yakin tidak ramai yang tidak setuju > dengan tema itu nanti. > > > > Berbalik semula ke cerita hantu , setakat ni pandangan tentang hantu tidak > jauh berbeza dan nampaknya hampir semuanya seperti 'takut' dengan hantu . > Mungkin perkara yang paling mempengaruhi jiwa seseorang itu adalah > cerita-cerita tentang hantu yang didengar mereka. > > > > Saya tidak terkecuali dan merasa seram terutamanya pada waktu malam di > tempat-tempat tertentu antaranya kalau di tempat saya ni , di kawasan > kubur jerai, kawasan Gertak Selehor dan kawasan kok mesira (jalan antara > kok pasir dan kok keli) itupun kerana dengaar cerita kawasan-kawasan tu > seperti berhanti dan agak terpisah dari rumah orang. Satu lagi tempat yang > dirasakan seperti ada hantu adalah di tempat berlakunya kemalangan yang > menyebabkan kematian dan tumpahnya darah. Di rumah-rumah kosong yang > ditinggalkan penghuni dalam gelap gulita. > > > > Dari dengar-dengar cakap , dalam kalangan keluarga terdekat saya ada 2 > orang yang tidak takutkan hantu , seorangnya adik saya dan seorang lagi > adik ipar saya. Mereka seperti tidak kenal istilah takutkan hantu. Sebab > tu adik ipar saya tu boleh bekerja di rumah mayat dengan selesa dan tanpa > merasakan apa-apa ketakutan dan kejijikan , dan adik saya juga boleh pergi > di tempat-tempat yang orang kata ada hantu , malah boleh bermalam dan > tinggal di situ. Sebaliknya saya begitu berbeza kalau waktu malam nak > lalu di kawasan tanah perkuburan sebolehnya kena cari alasan dulu untuk > tidak lalu. > > > > Edi > > > > ----- Original Message ----- > > From: Manzaidi MohdAmin > > To: pesi...@yahoogroups .com > > Sent: Friday, January 30, 2009 7:30 PM > > Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu > > > > Li, saya cadangkan... untuk menghidup, menceria dan merapatkan > persahabatan kita (rakan groups), adalah wajar kita berbincang dan > menceritakan pengalaman mengikut topik yang Li pilih atau sediakan. > > > > Sebagai contoh, walaupun saya sebenarnya TERAMAT SIBUK. SIBUK > SANGAT-SANGAT. ..bila buka emel groups pesisir, entah kenapa topik > sebegini yang menarik minat saya untuk tampil berkongsi. Selama ini > (sejak sebulan dua ini) saya rasa agak sepi bila menjenguk emel. Cuma > yang berkaitan pemergian rakan-rakan ke Rahmatullah sahaja yang saya > balas utk ucapkan takziah dan sedekahkan Al-Fatihah. > > > > Li, ini cadangan saja. Lagipun, kita perlu menceriakan groups ini. > Mana-mana yang rasa nak sertai, silakan. sekurang-kurangnya kita tau > siapa yang peka, siapa yang aktif dan siapa yang merasakan kita ini > kawan mereka. Tak gitu kekni Tuan Ipul? > > > > > > --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> menulis: > > > > Daripada: Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> > > Subjek: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu > > Kepada: pesi...@yahoogroups .com > > Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 3:37 PM > > > > Ketika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa > Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu > tentang cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan > juga tentang keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala > Krai yang mana ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi > merasakan sesuatu sedang menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat > kedengaran bacaan itu bergema seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan > malam itu kami banyak berbicara tentang makhluk halus . Saya seronok > dengan perbincangan dan cerita-cerita pada malam tu dan cerita-cerita yang > disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati dengan baik. > > > > Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, bunyi suara > atau pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun yang lalu > ketika saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau > hantu. Ketika bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada > satu benda seperti gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya > dan terus berlalu. Jadi saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang > boleh menembusi objek lain tanpa terhalang. > > > > Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya ketika waktu malam semasa > meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya sering berada di > posisi pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap bagi > mengelakkan daripada berada di posisi paling belakang yang boleh membuat > terasa seperti ada yang mengikut dari belakang. > > > > Saya kira apa-apa yang digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang > digambarkan di internet wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat, > kerana hantu-hantu yang digambarkan adalah berbeza antara satu tempat > dengan tempat yang lain. Hantu di Malaysia tidak sama dengan hantu di > cina, di jepun atau sebagainya. > > > > Saya pernah dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi , > sebaliknya mereka suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya. > Hantu juga gemar kepada warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan > (kuning kunyit) kerana itu orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu > hantu. > > > > Satu perkara lagi mungkin sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya > ketika kita merasa takutkan hantu adalah pada waktu malam. > > > > Edi > > > > ----- Original Message ----- > > From: Manzaidi MohdAmin > > To: pesi...@yahoogroups .com > > Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 AM > > Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu > > > > Ok, biar saya yang mula topik ini. > > > > Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin > telah dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004. > > > > Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga > beranak' yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu > ialah, ibu, bapa dan anak. > > > > Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga > berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, > kemudian berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan > rumah ialah kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu > tidak pindah-pindah. > > > > Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah > dalam seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik > air, 'dia' tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu > dibuka tutup, buka tutup. > > > > Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang > bomoh itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa > kami perlu halau 'mereka'. > > > > Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di > rumah dan berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya > buat dono jer. Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya > tengok kawan saya itu dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima > minit kemudian minta diri nak pulang. > > > > Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka > pintu, pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar > ketika dalam bilik air).. > > > > Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di > ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya > dalam bilik air). > > Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak > yang menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia > ketakutan dan menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah > kawan saya itu selepas saya keluar dari bilik air). > > > > Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara > ringkasnya. > > > > Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? > Jawabnya: Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu. > > > > Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang > menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu > roma. Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu. > > > > Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat > dan di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam. > > > > Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu. > > > > --- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis: > > > > Daripada: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> > > Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu > > Kepada: pesi...@yahoogroups .com > > Cc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ yahoogroups. com, > perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. com > > Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM > > > > Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit > untuk berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini. > > > > Saya nak tanya soalan berikut: > > > > 1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu? > > > > 2. Mengapa kita takut hantu? > > > > 3. Di manakah tempat kesukaan hantu? > > > > 4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu? > > > > Terima kasih. > > > > Ediramle > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > Nama E-mel baru untuk anda! > > Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan > @rocketmail yang baru. > > Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! > > http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! > > Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com. > > http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > Ediramle Ismail http://www.kokpasir.com
