RE: Help Palestine [hidayahnet] Anak Ir Nizar Jamaludin pejuang bahasa

2009-04-07 Terurut Topik Khamis B A Kadir (DD/PCSB)
W'kum salaam,
 
Cuba kamu perhatikan anak kamu, kalau ada anaklah. Kalau tak pun anak
saudara yang lebih berumur sekitar 10 tahun. Kalau dia merangkak-rangkak
belajar, perkataan dalam Sains dan Maths pun tak faham, apa yang kau
akan buat? Biarkan ? Suruh dia buat ikut kepandaian IQ dan EQ dia ? 
 
Jawapannya kan mudah, bukankah ia menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu
bapa untuk mencari jalan membantu dia contohnya cari guru, cari buku
terjemahan, ambil tuisyen dll. Apakah tindakan kita disini untuk
populariti, simpati atau tanggungjawab ?
 
Apalagi kalau kita sebagai pemimpin yang tahu pembelajaran Maths dan
Sains dalam English akan menurunkan taraf bahasa ibunda ke taraf bahasa
pasar yang kemudiannya (long term) akan menghilangkan identiti bangsa
Melayu itu sendiri, apakah kita berdiam diri sahaja? Pemimpin tu
termasuklah ahli politik (memimpin masyarakat) dan kita semua ibubapa
(memimpin keluarga).



From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of "abu samah"@petronas.com.my
Sent: Sunday, 29 March, 2009 1:00 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Anak Ir Nizar Jamaludin pejuang
bahasa



Assallamualaikum...
 
Saya bertanya dan mendapatkan jawapan sejujurnyaapakah 
seorang budak yang berumur 10 tahun dapat berfikiran secara
rasional dalam apa-apa hal terutama yang berkaitan masa akan
datang ?.
 
Apakah dia boleh dikategorikan pejuang bahasa ?.
Ataupun dia hanya bahan tarikan dan simpati dan digunakan 
untuk kepentingan politik ?.
 
Wassallam
 
 
 

- Original Message - 
From: Suara N9 
To: Ikhwanul Muslimun   
Sent: Monday, March 30, 2009 6:19 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Anak Ir Nizar Jamaludin
pejuang bahasa


Ada beberapa sebab utama kenapa Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin
mesti dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Yang paling utama
ialah beliau dan anak beliau adalah merupakan pejuang Bahasa Melayu.
Anak Ir Nizar berusia 10 tahun telah memfailkan saman berhubung isu
PPSMI. Ulasan lanjut di laman web Faizal Tehrani 


http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/memperakukan-dato-seri-ir-niza
r.html
  

Nizar fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan
Hokkien. Beliau juga dikhabarkan dapat berbahasa Arab. Namun beliau
mendaulatkan Bahasa Melayu.





DISCLAIMER: This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is
intended only for the use of the recipient(s) named above and may
contain confidential information.  You are hereby notified that the
taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission,
dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any
part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly
prohibited.  If you have received this Message in error, you should
delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail.
Opinions, conclusions and other information in this Message that do not
relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies
shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of
the companies within the Group.



DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is 
intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain 
confidential information.  You are hereby notified that the taking of any 
action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, 
distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone 
other than the intended recipient(s) is strictly prohibited.  If you have 
received this Message in error, you should delete this Message immediately and 
advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information 
in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its 
Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by 
PETRONAS or any of the companies within the Group.


Help Palestine [hidayahnet] Rugi wang rakyat saja bayar gaji ? Profesor/ Profesor Madya !!

2009-04-07 Terurut Topik Kholid Ali
Aswt,
 
    Apabila sesuatu pilihanraya diadakan sama ada yang kecil atau yang umum RTM 
akan jemputlah orang-orang universiti atau pun veteran-veteran dari parti-parti 
dalam komponen BN memberi ulasan. Ketika pilihanraya kecil di dua Bukit iaitu 
Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta satu lagi kerusi DUN di Sarawak tempoh 
hari ? RTM telah menjemput seorang ? Profesor untuk membuat analisis tapi tidak 
pasti dari universiti mana !! Antara komen beliau ialah pengundi ? Bukit 
Gantang terlalu emosional kerana memilih calun pembangkang dan menolak calun BN 
yang boleh membawa pembangunan. Jelas Profesor ini berfikir seperti orang 
kampong fikir 30 tahun yang lalu. Ketika itu kempen bermodalkan demi membawa 
pembangunan cukup laku !!
 
    Apakah sebagai orang bijak pandai mereka tidak dapat menilai bahawa rakyat 
bukan semuanya terlalu "kemarok" dengan pembangunan ?? Ramai kini ingin kembali 
kepada nilai-nilai murni seperti Bersih Cekap Amanah (BCA) terutama bagi 
penganut agama Islam. BCA ini adalah slogan yang dicanangkan ketika Mahathir 
menjadi PM tetapi hakikatnya slogan itu hanya meminta rakyat yang amalkan 
bersih cekap amanah tetapi pemimpin tidak terikat dengan BCA tajaan mereka itu. 
Kabarnya Mahathir pun turut kempen juga di Bukit Selambau maka saya pun jangka 
memang BN menempah kekalahan lah kerana rakyat ada yang mudah lupa tapi tidak 
semua !! Ketika dia berkuasa dulu selesai saja pilihanraya macam-macam 
penyelewengan yang mereka lakukan dan kerana agensi yang patut menyiasat pun 
dibawah ketiak mereka maka agensi-agensi ini bukan menyiasat tapi tolong 
bersihkan pula najis pada ekor-ekor mereka yang berkokok dengan slogan BCA 
tadi. Inilah yang membuatkan golongan muda
 sudah muak dengan UMNO/BN.
 
    Dalam pada kita bimbang dengan pelbagai gejala sosial di kalangan muda mudi 
kita sebenarnya masih ramai yang meletakkan pentingnya soal maruah dalam soal 
memilih kepimpinan negara. Mereka tahu siapakah pemimpin yang boleh mereka 
jadikan contoh dan memimpin mereka dan pemimpin mana pula yang cakap tak serupa 
bikin !! Jadi para Profesor janganlah masih dok canangkan soal membangunkan 
manusia dengan kebendaan, tolong-tolonglah fikirkan tentang maruah dan akhlak 
terutama akhlak pemimpin. Mana-mana pemimpin negara yang kurang diyakini akan 
"bersihnya" suruhlah letak saja jawatan !! Bimbang ianya akan jadi ikutan 
sesetengah muda mudi terutama yang Islam (tapi tidak ambil kisah sangat tentang 
Islamnya) sebaliknya dok sibuk tentang ketuanan Melayu !! Hakikatya 
akhlak mereka nak kata Melayu pun tidak nak kata Islam pun tidak !! 
Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 


  

Help Palestine [hidayahnet] Distressed Asses: Opportunities to Invest

2009-04-07 Terurut Topik Mohamed Fudzail
Places such as Hong Kong, Kuala Lumpur and Malaysia are markets that we have
found have picked up quicker than many others around the world.
One of the best performing and steadiest markets in Asia is Kuala Lumpur and
the reason they haven’t gone through rampant growth is because if you want
to buy in KL, you have to be able to purchase the whole thing and complete
on it before you can sell.

*HERE*


Re: Help Palestine [hidayahnet] Kegawatan Iman lebih teruk dari Kegawatan Ekonomi

2009-04-07 Terurut Topik Kholid Ali
    Pepatah Melayu dah ingatkan kita jangan biarkan yang dikejar tak dapat yang 
dikendong berciciran !! Kerana asyik dengan slogan ketuanan Melayu la itu la 
ini la (yang sebenar hanya slogan saja) untuk kepentingan ekonomi kononnya 
akhirnya Islam agama suci yang diterima tanpa susah payah (kerana lahir dalam 
keluarga Islam) tidak lagi menjadi keutamaan atau penghayatan dalam hidup. 
Apabila nilai agama Allah tidak diletak pada tahap sewajarnya maka pertolongan 
Allah tidak diperolehi. Sembah Allah sekadar main-main . Dalam solat ngaku 
segala keagongan Allah dan hanya Allah yang disembah tapi bila selesai saja 
solat macam-macam yang Allah tegah menjadi amalan rutin, pemerintah zalim 
ditaati dan disanjung !! Rakyat tidak akan berubah kalau pemimpin tidak 
berubah. Ramai pemimpin yang akhlak mereka dan iman mereka cukup gawat maka 
akhlak dan iman rakyat tentunya turut gawat.
 
 Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum tidak menjadikan ekonomi sebagai 
matlamat.Yang miskin masih mampu membantu yang miskin sedangkan pemimpin kita 
pula yang dah kaya pun dok sapu hak orang miskin. Ada sahabat Nabi tak makan 3 
hari masih terus berperang kerana mahu menyebarkan dan menegakkan Islam. Siapa 
yang didik mereka kalau bukan Rasulullah SAW sendiri ?? Rasulullah sendiri 
pernah tidak makan beberapa hari dan bukan untuk beberapa kali tetapi kerap 
kali !! Apa yang dimilikinya dan apa yang dihadiahkan kepadanya tidak ada yang 
kekal untuk dirinya melainkan diagihkan untuk pengikutnya yang miskin. Pernah 
Bilal ra. terpaksa berhutang untuk membolehkan Rasulullah membantu orang-orang 
miskin dan apabila suatu hari menerima hadiah dari ketua satu puak barulah 
hutang dapat dibayar dan selebihnya dipaksa nya Bilal r.a agihkan kepada semua 
yang memerlukannya. Bilal pernah dikutuk oleh pemberi hutang kerana lewat 
jelaskan hutang. Beginda
 Rasulullah tak balik rumah selagi harta itu tidak dibahagikan bahkan pernah 
bermalam di masjid kerana nak pastikan tiada apa yang tertinggal !!
 
    Bagaimana pula pemimpin kita yang berkuasa hari ini ? Kabarnya apabila 
membelanjakan wang kerajaan (wang rakyat) mereka perlu pula dibayar komisyen. 
Ada cerita beli kapal selam kapal jet dan macam-macam lagi yang komisyenya 
bukan ribuan ringgit tapi kabarnya ratusan juta !! Maka rakyat pun tak 
kuranglah hebatnya nak ikut jejak langkah pemimpin negara. Tak ada cara 
lain rasuah pun rasuahlah yang merompak cara merompak yang edar dadah cara 
dadah dan entah macam-macam jenayah lagi. Apabila pemimpin pembangkang 
bongkar kelakuan buruk pemimpin yang berkuasa polis akan ? heret mereka ke 
balai polis tapi macam-macam jenayah berlaku ? tidak mampu pula mereka nak 
selesaikan !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 

--- On Thu, 4/2/09, roz...@yahoo.com  wrote:

From: roz...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kegawatan Iman lebih teruk dari Kegawatan 
Ekonomi
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Thursday, April 2, 2009, 3:21 AM






Tak ada selera membaca berita-berita di akhbar sekarang ini. Tidak banyak 
berita yang menggembirakan, banyak dipaparkan kes jenayah, perceraian 
rumahtangga artis, kes penipuan, hiburan sana, hiburan sini, remaja melepak, 
remaja hidu gam. Inilah yang dipaparkan di dada-dada akhbar saban hari.

Cerita yang memberi keinsafan kepada manusia hanyalah menjadi bahan sisipan 
akhbar, kerana berita sebegini tidak dapat menjadi pelaris akhbar.

Akhbar perdana Malaysia harus berubah. Memaparkan kes jenayah, kes perceraian , 
kisah artis , mungkin dapat melariskan akhbar , tetapi ianya tidak dapat 
membina masyarakat.

Masyarakat hanya baca sekadar seronok, tapi lebih suka tunggu dan lihat dan 
berpeluk tubuh.

Masyarakat harus turun padang sekarang ini. Gerakkan jiran tetangga. Bagi umat 
Islam yang paling utama ialah solat. Penuhkan masjid dan surau dengan solat 
jemaah. Isteri-isteri harus “menghalau” suami-suami untuk solat di surau dan 
masjid.

Andaikata setiap surau dan masjid di negara ini penuh dengan jemaah bersolat, 
setiap isi rumah umat Islam bersolat, maka akan banyaklah kegawatan lain dapat 
diselesaikan dengan izin Allah.

Gawat ekonomi bolehlah dibantu dengan memberikan sumbangan wang ringgit, beras, 
keperluan makanan, biasiswa dan sebagainya.

Tapi gawat iman akan menyebabkan institusi keluarga dan masyarakat hancur.

Dalam tempoh sebulan di dada akhbar menceritakan tidak kurang 3 kes pembuangan 
bayi di atas jalan raya, pembuangan janin di tanah perkuburan dan pembuangan 
bayi di tapak pembuangan sampah berlaku di Senawang. Saya pasti perkara ini 
berlaku di mana-mana di Malaysia ini. Dan yang tidak dilaporkan lebih banyak 
lagi.

Cukuplah akhbar perdana menyiarkan berita-berita sebegini. Tidak akan ada 
kesudahannya kalau kita sekadar membaca. Kita harus bertindak.

Mulakan dengan yang paling mudah , iaitu solat.

Anak-anak menjelang senja, ayah-ayah dan ibu-ibu prihatinlah sikit. Panggillah 
anak-anak masing-masing pulang solat Maghrib berjemaah.

Cukup-cukuplah tu mencari rezeki, cuku

Re: Help Palestine [hidayahnet] [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali Lagi Bakal Dibuang Ke Longkang"

2009-04-07 Terurut Topik hilyah mohd khalid
Ada apa dengan isu PPSMI ??

Saya menyokong PPSMI tetapi kurang bersetuju dengan cara ia diterapkan dalam 
pendidikan. Saya berada di university, mengambil jurusan Sains dan banyak anak 
Melayu masih lagi berharap nota yang diterjemahkan kerana kegagalan memahaminya 
dalam Bahasa Inggeris. 

Assignment tidak dibuat dengan berkualiti kerana gagal merujuk buku yang tepat. 
Kebanyakan buku rujukan yang diterjemahkan samada lama atau terjemahan yang 
kebanyakannya silap.

Kalau anak Cina boleh skor A dalam pengajaran bahasa Melayu, kenapa anak Melayu 
tidak ?? Nak kata mereka lebih pandai, tak juga. Mereka lebih berusaha, rajin 
menghafal walaupun tidak faham.








From: "redz...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Tuesday, March 31, 2009 10:41:56 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali 
Lagi Bakal Dibuang Ke Longkang"


Nampaknya sebagai  seorang ibu yang punyai anak yang cemerlang puan begitu 
binggung mengapa PPSMI dibantah oleh ahli bahasa..Apa lagi anak puan mampu 
mencapai 5A dalam UPSR. mmg hairan bukan???Puan bertuah mempunyai anak yang 
bijak(mungkin) dan rajin.Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang sebilangan 
besarnya kurang pintar.??Mereka lebih mudah faham jika pelajaran matematik( 
ilmu hisab atau kira-kira) disampaikan dalam bahasa yang paling mudah mereka 
faham .iaitu bahasa ibunda mereka sendiri. 
Yang mahu diajar ialah ilmu matematik dan sains .Proses penyampaian ilmu mesti 
dilakukan dalam bahasa yang mudah difahami. Apakata kalau puan terpaksa belajar 
ilmu agama kita(islam) dalam bahasa arab???oleh kerana bahan rujukan peringkat 
tertinggi dalam agama itu ditulis dalam bahasa arab dan yang paling penting 
alQuran itu disampaikan dalam bahasa Arab maka puan diajar sembahayang, 
puasa,dan macam2 ilmu agama semuanya dalam bahasa arab.dan ketikan itu 
bayangkan puan adalah anak kecil yang tak tahu langsung bahasa arab> Adakah 
puan faham???tentu tidak bukan? oleh kerena segala pelajaran tentang islam itu 
disampaikan dalam bahasa ibunda kita maka barulah celik mata hati kita.Itu 
adalah asas2nya sahaja. sekiranya kita ingin mendalami alQuran barulah kita 
berlajar bahasa arab dengan lebih terperinci.Begitu jugalah dengan pelajaran 
bahasa Inggeris..bukannya tidak penting langsung tetapi jgnlah kerana bahasa 
inggeris bahasa antarabagsa maka kita mendera
 sebahgian besar anak-anak yang kurang pandai dalam bahasa inggeris untuk 
belajar sains dan matematik.
 
2. Puan mempersoalkan mengapa selama ini pakar bahasa tidak bertindak bila 
bahasa inggeris dimelayukan. Marah betul puan. Tetapi sebelum puan nak marah 
terlebih dahulu biarlah saya bagi tahu puan bahawa bahasa melayu yang asli 
hanya ada 3 perkataan sahaja yang tidak diceduk atau dimelayukan iaitu: BATU, 
BABI, UBI. Ya ini lah sahaja perbendaharaan asal milik orang melayu. Selebihnya 
yang kita guna sekarang adalah perkataaan2 yang diambil dari pelbagai  bahasa 
terutama bahasa sanskrit (hindu lama kalau tak silap saya) .Ini terjadi kerana 
sebelum kita menjadi melayu yang beragama Islam datuk nenek kita dahulu 
beragama hindu dan pengaruh  hindu meresap dalam bahasa dan budaya kita dalam 
banyak segi.dan apabila Parameswara memeluk Islam maka rakyat2 mula terdedah 
kepada pengaruh Arab, termasuklah bertambahnya perkataan arab dalam kamus 
bahasa melayu. Cth: TAAT, IBADAH, SOLAH, dan banyak lagi.kesan penjajahan 
Portugis, kita dapat perkataan seperti"jendela,
 sepatu" begitulah dengan penjajahan Belanda, apalagi Inggeris .Justeru itu 
tidak hairanlah semakin lama semakin bertambahlah kosa kata bahasa melayu dan 
proses ini merupakan satu proses yang sejagat dimana bukan bahasa Melayu sahaja 
melalui proses ini malah pada semua bahasa dunia yang ada sekarang. Mana2 
bahasa yang tidak melalui proses ini akan mengalami proses kematian dimana ia 
tidak dapat digunakan dalam kehidupan semasa. contoh yang paling nyata ialah 
bahasa sanskrit. bahasa ini tidak dibenarkan menerima perubahan dalam bentuk 
kosa kata kerana ia adalah bahasa kitab agama orang hindu.bahasa ini hanya 
digunakan semasa mengkaji kitab dan membaca mentera sahaja dan tidak digunakan 
dalam kehidupan seharian seperti ekonomi, politik, sains, ilmu hisab dsb.Dan 
orang india kini mengambil bahasa Tamil dan bahasa hindustan atau bahasa2 lain 
yang berkembang dlm masyarakat mereka.
 
3. tentang orang buddha berkahwin dgn orang islam ialah adalah soal 
akidah..Puan boleh mengemukakan aduan kepejabat agama sekiranya puan mendapat 
maklumat yang sahih.Ini tidak ada kena mengena dgn soal bahasa yang kita 
persoalkan kini 
4. Soal lulus atau gagal dalam UPSR, PMR atau SPM sama ada bahasa pengantarnya 
BM atau Inggeris bukanlah ukuran yang paling ampuh untuk mengukur kefahaman 
murid dalam matematik dan sains.bagi saya sejauhmana pelajar dapat menggunakan 
sedikit sebanyak pengetahuan mereka dlm mate dan sains dlm kehidupan seharian 
mereka.Pelajar yang berjaya menghafal segala formula sains dn ma

Help Palestine [hidayahnet] Liqa Silaturrahim Persatuan Tahfiz Negeri Selangor ke PAID

2009-04-07 Terurut Topik al-Alaq
Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor akan mengadakan lawatan silaturrahim 
ke semua Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di dalam negeri Selangor 
pada bulan April.  Semua pengusaha ma'had tahfiz didalam negeri Selangor, 
samada yang sudah menjadi ahli atau belum dengan PITAS adalah dijemput untuk 
bersama-sama dengan Exco persatuan pada tarikh-tarikh yang tertera didalam blog 
PITAS.  Lawatan ini adalah bagi memulakan langkah kearah 
perbincangan-perbincangan lanjutan dengan pihak MAIS/JAIS untuk memperkemaskan 
lagi pengurusan, penyeliaan dan kebajikan ma'had-ma'had tahfiz di dalam negeri 
Selangor.  Diminta bantuan semua untuk mewar-warkan maklumat ini.  JazakALLAHu 
khairan kathira.

http://tahfizselangor.blogspot.com/



  

Help Palestine [hidayahnet] Cian CT...

2009-04-07 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Salam...

Adois... sian ko CT... tak pasal2 di kaitkan dnegan politik... huhu. Pada OK... 
satu kesilapan CT... timing tak betul. Pergi Kelantan time PRK wakakaka. 
Patutnya hang pergi ke Bukit Gantang ke... Bukit Selambau ke...Takpun Batang 
Ai... wakakaka... Ni gi Kelantan time2 camni... apada... wakakaka...

Dahlah gi Kelantan... pergi plak jumpa Tuan Rumah. Huhu... Dah molek tu Jumpa 
Tuan Rumah... tapi... entah lah CT... nasib2... Balik Pahang lagi bagus CT...

ekekeke



Siti dan Datuk K nafi sertai PAS 
PERTEMUAN YANG MENGUNDANG KONTROVERSI..Menteri
Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati
daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung
ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim Rabu lalu. Turut sama
suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar
angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza
Tarudin menyertai PAS.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid
atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin
tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan
menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun
Razak," katanya ketika dihubungi Bernama. tujuan melawat Nik Aziz yang 
dikhabarkan tidak sihat.


"Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di
Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami
bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti
dalam majlis sebelumnya.
"Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang
untuk melawatnya lebihlebih kami diberitahu boleh melawat beliau di
pejabat," katanya.

Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu
adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah. BERNAMA



Help Palestine [hidayahnet] Kenapa Saya Masuk Balik UMNO dan dua bukit

2009-04-07 Terurut Topik Mohamed Fudzail
*SINI*


Re: Help Palestine [hidayahnet] Family Trees of Prophet Muhammad

2009-04-07 Terurut Topik saiful bahari
Bismillahhirahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg esa,

Kenapa susur jalur Nabi Isa diluar susur jalur Imran..?

On 4/4/09,  <> wrote:
> From: siti aishah 
> Subject: Family Trees of Prophet Muhammad
> Date: Thursday, April 2, 2009, 11:49 PM
>
>
>
>
>
> Family Trees of Prophet Muhammad
>   Please keep this in your permanent records.


Help Palestine [hidayahnet] KURSUS KAHWIN

2009-04-07 Terurut Topik hari khir
SIAPA YANG INGIN MENGHADIRI KURSUS KAHWIN SILA LA LAWAT LAMAN WEB

www.kursuskahwin-tepaksireh.blogspot.com

berhampiran stesen LRT setiawangsa

tel: 03-42534093



  


Help Palestine [hidayahnet] Kesalahan bahasa Melayu yang lazim - Bhg 3

2009-04-07 Terurut Topik studioperintis
Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa 
disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum 
tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa 
yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi 
meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.


3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan

Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata 
atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi 
kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat 
banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam 
bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang 
lazim berlaku.


3.1.3 Kata, frasa dan imbuhan kata kerja

i. Kata kerja transitif

a. Kata kerja transitif berjumpa dengan kata lain selain kata nama (objek)

Contoh:

Syarikat kami mempunyai banyak sebab untuk membatalkan lesen perniagaan tuan.
Pengalaman kerja saya sendiri melibatkan banyak komunikasi dengan pelbagai 
lapisan masyarakat.
Bagi menghangatkan lagi majlis ini, dipersilakan ahli-ahli Kelab Kebudayaan 
untuk mempersembahkan Tarian Rampai Sari. Dipersilakan.
Melalui bengkel ini, saya juga dapat mengetahui tentang produk yang bagus 
seperti Nora Kay.
Kebaya labuh berbelah diserikan oleh butang bungkus mengembalikan semula 
unsur-unsur tradisional.

Sepatutnya:

Syarikat kami mempunyai sebab yang banyak untuk membatalkan lesen perniagaan 
tuan.
Pengalaman kerja saya sendiri banyak melibatkan komunikasi dengan pelbagai 
lapisan masyarakat.
Bagi menghangatkan majlis ini lagi, dipersilakan ahli-ahli Kelab Kebudayaan 
untuk mempersembahkan Tarian Rampai Sari. Dipersilakan.
Melalui bengkel ini, saya juga dapat mengetahui produk yang bagus seperti Nora 
Kay.
Kebaya labuh berbelah diserikan oleh butang bungkus mengembalikan unsur-unsur 
tradisional semula.


b. Pengguguran imbuhan meN-

Contoh:

Sesiapa yang buang sampah di merata-rata tempat akan didenda.

Sepatutnya:

Sesiapa yang membuang sampah di merata-rata tempat akan didenda.


ii. Kata kerja tak transitif

a. Pengguguran kata sendi

Contoh:

Budak kecil itu duduk kaki lima kedai sambil menunggu ibunya membeli barang 
keperluan harian.
Ahmad berpura-pura pergi sekolah untuk menutup tembelangnya di hadapan ibu 
bapanya.

Sepatutnya:

Budak kecil itu duduk di kaki lima kedai sambil menunggu ibunya membeli barang 
keperluan harian.
Ahmad berpura-pura pergi ke sekolah untuk menutup tembelangnya di hadapan ibu 
bapanya.


b. ...bersama dengan surat ini ATAU ...bersama surat ini

Penggunaan bersama dengan surat ini adalah betul. Hal ini demikian kerana 
bersama ialah kata kerja tak transitif yang tidak boleh berjumpa dengan kata 
nama secara langsung. Oleh itu, kata dengan perlu sebelum kata nama.

Contoh:

Bersama dengan surat ini kami sertakan borang permohonan untuk tindakan pihak 
tuan.


c. ...bersama dengan kami ATAU ...bersama kami 

Penggunaan bersama dengan kami adalah betul. Hal ini demikian kerana bersama 
ialah kata kerja tak transitif yang tidak boleh berjumpa dengan kata nama 
secara langsung. Oleh itu, kata dengan perlu sebelum kata nama.

Contoh:

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana bersama 
dengan kami pada pagi yang mulia ini.


d. ...berharap agar khidmat tuan ATAU ...berharap khidmat tuan

Penggunaan berharap agar khidmat tuan adalah betul. Hal ini demikian kerana 
berharap ialah kata kerja tak transitif yang tidak boleh berjumpa dengan kata 
nama secara langsung. Oleh itu, kata agar perlu sebelum kata nama.


Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM 
BAHASA MELAYU ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila 
berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Penulis buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM BAHASA MELAYU ini 
juga menulis buku berikut:
i. Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis
ii. Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis

Re: Help Palestine [hidayahnet] Apabila nama Allah di gunakan oleh bukan Muslim

2009-04-07 Terurut Topik Kholid Ali
    Syabas saya ucapkan kepada Sdr Nazli. Sistem pendidikan memang perlu 
dirombak besar-besaran tapi dah 50 tahun apa yang dapat dilihat dan disaksikan 
pemerintah bukan berusaha membaikinya tapi berusaha untuk melumpuhkan sistem 
pendidikan Islam yang tidak sejajar dengan kepentingan nya. Bantuan kepada 
sekolah agama rakyat (SAR) ditarik balik sedangkan bilangannya saya rasa tak 
sampai 1% dibanding dengan jumlah sekolah/institusi pendidikan dibawah 
Kementerian Pelajaran. Walau pun sebahagiannya telah disambung semula bantuan 
tapi tindakan menghentikan nya beberapa tahun telah menjejaskan usaha murni 
memertabatkan pendidikan Islam.
 
 Jika sekolah yang dhaif itu pun dihentikan bantuan kerana takutnya mereka 
kepada sistem pendidikan Islam yang dilabel sebagai ? membahayakan ( ? 
mengancam UMNO ) apakah sistem pendidikan Islam di negara ini sanggup dirombak 
secara menyeluruh agar rakyat terutama orang Islam sendiri lebih mengenali 
Allah ?? Apabila Allah benar-benar dikenali maka segala aspek kehidupan akan 
berpaksikan al Quran dan al Sunnah sebagai ciri keimanan dan bersediakah UMNO 
melaksanakannya segala apa yang diwajibkan keatas pemerintah selain dari apa 
yang rakyat sendiri wajib amalkan secara individu ?? Apa pun teruskan lah 
perjuangan saudara kearah apa yang dilaungkan oleh saudara !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 

--- On Tue, 3/31/09, na...@yahoo.com  wrote:

From: na...@yahoo.com 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Apabila nama Allah di gunakan oleh 
bukan Muslim
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Tuesday, March 31, 2009, 3:22 AM










Rombakan besar-besaran sistem pendidikan Islam di Malaysia amat diperlukan di 
mana ajaran mengenal Allah dan akidah mestilah lebih detail supaya rakyat lebih 
memahami siapakah Allah itu. Tidak cukup setakat pendidikan dirumah kerana masa 
untuk bersama anak2 di rumah terlalu kurang. Kalau dulu ayah kerja mak didik 
anak skrg dua2 kerja. Dulu orang belajar ilmu agama dulu baru belajar ilmu lain 
sekarang ilmu agama di sekolah cuma berapa persen sangat. sekarang mak ayah nak 
ajar anak tapi mak ayah sendiri bukan tau sangat pasal agama. dulu godaan dunia 
kurang sekarang terlalu banyak, merosakkan minda anak2 dan menjejaskan 
penerapan ilmu agama.
Bila sudah jauh tersesat, memang susah untuk kembali ke pangkal. maka kita 
memilih untuk terus menebas hutan 'membunuh naga mencari jalan'.

http://www.jutawana utomatik. com/recommends/ mnazli

--- On Mon, 3/30/09, l...@yahoo.com  wrote:


From: l...@yahoo.com 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Apabila nama Allah di gunakan oleh 
bukan Muslim
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Monday, March 30, 2009, 11:07 AM








lebih dalami  kepercayaan dan ajaran Islam dan cuba untuk mengetahui ajaran 
ugama lain juga, ini boleh memberi kita lebih kefahaman. Tuhan ada banyak nama 
dan hanya 99 sahaja yang wajib kita tahu. hak asasi setiap penganut ugama Islam 
dan ugama lain haruslah di hormati, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan 
keluarga dan anak2 kita tidak keliru. Expect more issues in future and we hve 
to be open, ready and able to clear it for the sake of our generation and 
Muslim in general.

Iman

--- Pada Sel, 24/3/09, am...@yahoo. com  menulis:


Daripada: am...@yahoo. com 
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Apabila nama Allah di gunakan oleh 
bukan Muslim
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" 
Tarikh: Selasa, 24 Mac, 2009, 4:03 PM




Jika kita orang Islam melaksanakan tanggungjawab kita (1) meningkatkan ilmu 
agama masing2, (2) berdakwah kpd yg bukan Islam mengenai Islam, tak ada 
masalah. Yg keliru jadi cerah.

Masalahnya kita rata2 malas nak belajar dan tingkatkan ilmu.
Bila ilmu kurang, mudah ditipu dan disesatkan oleh yg bukan Islam.
Daripada berubah dan bersungguh2 dalami ilmu, kita lebih suka relaks seperti
sediakala, hanya kita beri amaran kpd bukan Islam: "Kau jgn sesatkan aku!"
Dan kita berharap mereka akan patuh!!! Boleh percaya ka?

AHMAD



2009/3/16 <>






Semua makhluk berhak menyebut dan mempergunakan nama Allah, kerana Allah tuhan 
Alam semesta.
Tetapi persoalan nya Allah yang di maksudkan Islam dengan Allah yang di 
maksudkan Kristian berbeza dan tidak serupa.Yang di maksudkan Allah oleh 
Kristian ialah "tuhan 3 dalam satu (Trinity)".
Dan bagaimana pula di kuil, gambar dan patung patung Hindu dan Buddha bila di 
panggil Allah? Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat Islam 
yang tipis Iman dan Ilmu nya.
Lihat di Indonesia nama Allah bebas di gunakan oleh agama bukan Islam.Hasilnya 
kedudukan agama Islam di sana jadi bercelaru.Satu contoh kecelaruan, orang 
Islam dan Kristian boleh kahwin tanpa perlu menukar agama kerana masing masing 
mengaku menyembah Allah.Lepas itu anak anak mereka boleh pilih agama mana 
hendak ikut.Agama bapa nya atau agama ibu nya.Tidak kah ini sudah jadi keluarga 
celaru?
Dari keluarga celaru terbina pula rakyat celaru dan akhirnya di peringkat 
negara bagaimana pula? Boleh kah kita sebut negara IslamKristian atau negara 
Krist

Help Palestine [hidayahnet] Re: Orang Putih pun suruh belajar Matematik dlm B Melayu

2009-04-07 Terurut Topik allcar.negotiator
Ada benarnya pendapat yang diutarakan Malcolm Gladwell tu.

Apa yang lebih dibimbangi, pelajar-pelajar Melayu, terutama yang di luar
bandar, hilang minat untuk belajar ilmu Sains dan Matematik disebabkan
tidak faham apa yang dipelajari.

Apa yang diharapkan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat satu
kajian menyeluruh tentang keberkesanan dan kebaikan tentang pembelajaran
ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

KR.
FREE ADVISOR. KLIK DI SINI 




--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Rozmal bin Malakan wrote:
>
> Malcolm Gladwell penulis buku Inggeris menyatakan adalah lebih baik
anak-anak belajar Matematik dalam Bahasa Ibunda mereka terutama orang
Asia. Dia kata orang Asia yang belajar Matematik dalam Bahasa Ibunda
lebih cepat pandai dari orang putih. Cerita lanjut pada pautan berikut
>
http://kembarapencintabuku.blogspot.com/2009/03/mengapa-tidak-belajar-ma\
tematik-dalam.html
>
> MANSUHKAN PPSMI !
> HIDUP BAHASA MELAYU !
>