Help Palestine [hidayahnet] Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama bersama DSAI

2010-02-11 Terurut Topik amri el wahab
Oleh Akhie Naim at 11:06
PM

 

Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi
perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang
bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di
sini)
Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan
yang berlanjutan hampir tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya
dan rakan-rakan agak kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan
dengan �mentaliti� dan �sikap� orang-orang politik. Saya rumuskan
perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara
penting yang saya senaraikan di bawah;

1)  Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang melihat
daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar sosio-budaya, ternyata
sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam itu yang rata-ratanya sudah
membuat keputusan masing-masing. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa
pemimpin politik yang memperlekeh pandangan intelektual, menolak pandangan
dari sudut falsafah bahasa dan mengenepikannya mentah-mentah ternyata
mengecewakan. Malah, lebih mengecewakan kerana majoriti pandangan yang
dikemukakan oleh orang-orang parti politik yang terlibat pada malam itu
lebih bersifat �pandangan� dan �pendapat� yang seolah-olah dibuat tanpa
melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan
mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk
mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2) Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam
perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas Al-Qur�an
dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang
agama atau tidak pernah mempelajari agama secara serius melalui sistem
pengajian yang serius (bukan melalui bacaan satu-dua buku, bukan melalui
kajian Internet, bukan melalui ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas
pengajian yang ada gurunya), membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang
digunakan, serta sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil
membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam, telah disentuh
oleh Mohd. Aizam bin Mas�od di dalam artikel bertajuk �Hujah Menolak
Penggunaan Kalimah �Allah� Oleh Kristian�.

3)  Pendirian �tidak rasmi� Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh DSAI
pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong penggunaan kalimah
Allah oleh orang bukan Islam di negara ini, antara lain � menurut DSAI �
dikukuhkan dengan pandangan yang diterima daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan
Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata mengecewakan dan membayangkan
seolah-olah orang-orang politik tersebut �miskin� dengan jaringan para
�ulama. Mendengar pandangan daripada dua orang tokoh tersebut, dan kemudian
terus membuat suatu keputusan (saya katakan keputusan kerana kenyataan telah
dikeluarkan dalam media) adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan
sebenarnya telah menutup pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya,
kedua-dua tokoh itu adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia
Islam mempunyai ribuan �ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu
ramai �ulama yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al-Maliki, sebagai contoh, seorang �ulama muda tempatan yang kitab-kitab
karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah ada di antara
kitab-kitab beliau yang digunapakai di universiti-universiti dan pusat-pusat
pengajian di Mesir.

4) Sesi perbincangan tersebut dilihat agak �tidak adil� dan bersifat �syok
sendiri�. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut tidak cukup �
diverse�. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan orang-orang parti
politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik yang menghadiri
perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama kepada para
pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan pandangan dan pendapat
mereka agak �reserved� dan terlalu berhati-hati. Agak mengecewakan kerana
banyak di kalangan individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal
agama, terutama di kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah Allah
oleh orang bukan Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah,
yang mereka iktiraf sebagai �ulama dan ilmuan hanyalah daripada
circlemereka sahaja. Sedangkan, ada ramai �ulama dan ilmuan yang mampu
memberikan
pandangan secara ilmiah dan bernas � dan jika benar mereka mahu menegakkan
semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya mereka dilibatkan
sekali.

5) Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal. Biarpun
sesi perbincangan tersebut � menurut yang difahamkan kepada kami � adalah
sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan isu tersebut
seca

Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9

2010-02-11 Terurut Topik Suara N9
OKU tagih janji pilihan raya kecil
Sinar Harian 7 Feb 2010

PORT DICKSON – Orang kurang upaya (OKU), Mohd Yusof Saad, 53, mendakwa, kecewa 
janji pelbagai pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) 
masih belum tertunai.

Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong, 
sekali gus membantutkan pergerakannya.

Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun 
ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan bagi 
mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji sahaja.

“Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat 
penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib saya 
akan bertambah baik daripada sekarang.

“Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung 
tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,” katanya.

Selain itu, Mohd Yusof berkata, sekalipun menyedari pelbagai bantuan disediakan 
kerajaan, namun dia masih tidak tahu cara untuk memperolehi bantuan terbabit.

Menurutnya, dia mendengar kewujudan bantuan dan fungsi Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM), tetapi tidak tahu cara membuat permohonan.

“Saya memang tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pusat 
kebajikan. Bagaimanapun, pada PRK Bagan Pinang lalu, baru saya tahu bagaimana 
cara hendak membuat permohonan bantuan.

“Itu pun selepas ramai menteri turun padang,” katanya ketika ditemui di Bandar 
Sunggala, di sini.

Kehidupan Mohd Yusof sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada 
kerusi roda berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Menurutnya, semua akibat alahan setelah makan durian dan se-luruh badannya 
membengkak dan bahagian kaki kirinya mengalami masalah serius dan terpaksa 
dipotong.

Sejak itu, kehidupannya bergantung kepada isterinya, Fatimah Syam Ayob, 50, 
untuk meneruskan kehidupan.

Wanita tabah itu baru dikahwini empat tahun lalu menganggap semua itu sebagai 
dugaan paling besar dalam hidupnya dan tidak pernah sesekali merungut.

“Ini adalah tanggungjawab perlu dipikul dan amanah Allah yang diberikan kepada 
saya dan saya yakin pasti perkara lebih baik akan menanti suatu hari nanti,” 
katanya.

Fatimah berkata, dia perlu menyewa kereta setiap kali suaminya menjalani 
rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital swasta dekat 
Seremban.

Menurutnya, kosnya tinggi dan pernah satu ketika dia terpaksa berhutang.

“Selain kos sewa kereta, sudah pastinya rawatan suami mencecah ribuan ringgit. 
Beberapa pembedahan dilakukan semuanya memakan kos ribuan ringgit. Yang pasti 
semua kos itu adalah hasil usaha berniaga barang pantai di kedai Batu 4, di 
sini.

“Kami ada menerima bantuan daripada Baitulmal RM1,000 untuk rawatan 
hemodialisis, tetapi beribu ringgit lagi terpaksa ditanggung sendiri untuk 
rawatan pembedahan dan sebagainya.

“Kerusi roda digunakan suami juga adalah kerusi roda arwah ayahnya. Walaupun 
sudah mengalami beberapa kerosakan kecil, tetapi masih boleh digunakan kerana 
kami tidak berkemampuan membeli kerusi roda baru,” katanya.

Ini kerana, suaminya turut menghidap penyakit buah pinggang tahap kritikal.

Keperluan juga perlu dipenuhi seperti lampin pakai buang, makanan dan sabun 
khas untuk rawatan penyakit ku:litnya.

Untuk menambah pendapatan dengan menambah waktu bekerja iaitu berniaga lebih 
masa, Fatimah mengakui tetap tidak boleh memberikan pulangan baik.

Menurutnya. sambutan terhadap barang diniaga juga bermusim, apabila cuti umum 
sahaja pembeli akan ramai dan jika hari biasa sukar mendapat pembeli.

“Kebiasaannya pada hari cuti kedai akan dibuka 15 jam sehari bermula jam 8 pagi 
berbeza dengan hari biasa kedai hanya dibuka jam 10 pagi.

“Untuk ke kedai, saya terpaksa menyewa kereta untuk membawa suami. Tidak 
mungkin saya meninggalkan suami bersendirian di rumah kerana dia tidak mampu 
mengurus dirinya sendiri. Saya tidak pandai memandu ditambah kami tidak 
mempunyai kereta,” katanya.

Fatimah mengakui suaminya adalah pemegang kad OKU dibekalkan JKM, sejak dua 
tahun lalu, tidak tahu mengapa tidak memperoleh bantuan selayaknya sehingga 
kini.

“Sekarang ini, saya berharap permohonan dilakukan sejak empat bulan lalu akan 
segera disalurkan untuk meringankan kesusahan ini kerana selain membiayai kos 
rawatan suami, kedai mereka berniaga juga perlu dibayar sewa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian 
memaklumkan bahawa permohonan dilakukan Mohd Yusuf telah diluluskan dan 
selewat-lewatnya bantuan akan disalurkan hujung bulan ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6766497.asp






Help Palestine [hidayahnet] Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 64

2010-02-11 Terurut Topik Dr. Adel Elsaie
Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 64

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.
1. Hadith on Good Manners:

 Putting a child on the thigh

Hadith 8.32Narrated by Usama bin Zaid (Radhiallah hu Taala anhu)

Allah's Apostle (sallallaahu alayhi wa sallam) used to put me on (one of)
his thighs and put Al-Hasan bin 'Ali on his other thigh, and then embrace us
and say, "O Allah! Please be Merciful to them, as I am merciful to them."

2. Converts to Islam Videos:

Interview with a Convert to
IslamInterview with a
Convert to Islam

German christ. convert to Islam
German Portuguese
Christian. is telling why he convert to Islam.
www.diewahrereligion.de

3. Coverts to Islam:

* Aminah Assilmi*  *"I couldn't
be a Muslim! I was American and
white!"*
* *

*Asiya Abd al-Zahir*,Australia, "..the only religion I have ever been
completely sure of.." 

4. WMD : Beware of their Weapons of Missionary Deception:

Missionaries are trained to convert Vulnerable Muslims with $6.8 Budget a
year. Simple Ways to answer them back with 0 Budget

Which Jesus ? Was
Jesus very merciful and Muhammad was not? Read the lies of missionaries.

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code
of Honor

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah
Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/


Re: Help Palestine [hidayahnet] Wanita di Melaka ini perlu dibantu, simpatilah

2010-02-11 Terurut Topik idrissahmad
Sepatutnya Ali Rostam kena bantu rakyat Melaka dulu sebelum bantu YBK Selangor. 
Kera di hutan Ali susukan anak di kandung dipinggirkan
Sent from my BlackBerry� wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-Original Message-
From:Rozmal bin Malakan 
Date: Fri, 29 Jan 2010 06:41:42 
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Wanita di Melaka ini perlu dibantu, 
simpatilah

Kalau tak mampu beri bantuan kewangan, berdoalah serta sebarkan maklumat ini 
secara meluas. Sebarkanlah kasih sayang.

** 
Puan Suhaiza, 42 seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang tinggal di 
Taman Ayer Keroh Height, Melaka.

Suaminya meninggal dunia kira-kira 6 bulan lalu kerana sakit jatung. 

Beliau pula mengidap sakit pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat 
bantuan pernafasan 24 jam. 

Beliau tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah tersebut. 
Anaknya yang berumur 11, 9 dan 5 tahun semuanya bersekolah.

Ibunya pula terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana sakit 
buah pinggang.

Alat pernafasan beliau itu pula terpaksa di'servis' dengan perbelanjaan RM400 
sekali 'servis'.

Menurut Puan Suhaiza setakat ini beliau telah mendapat bantuan dari beberapa 
pihak antaranya JAIM, PAS dan badan-badan lain tetapi ianya tidak mencukupi. 

2 hari lepas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada membuat tinjauan ke 
rumah setelah dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh beberapa hari lepas. Sebelum ini 
laporan yang dibuat kepada JKKK tidak mendapat maklum balas yang baik. 

Seperkara Puan Suhaiza juga amat mengharapkan manfaat dari skim Takaful arwah 
suaminya akan dilunaskan oleh pihak Takaful Ikhlas cepat mungkin. 

Kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang derma dan pertanyaan sila hubungi 
Che Saidi Ismail , AJK PAS Kawasan Bukit Katil, di talian 0123348412. 

Maklumat lanjut di laman Blog Ketua Penerangan PAS Melaka di 
http://mutaligat.blogspot.com/2010/01/bantulah-insan-tidak-bernasib-baik-ini.html
 



  



Help Palestine [hidayahnet] JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD

2010-02-11 Terurut Topik Azman Al Khereed

JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD


1) DI MASJID AL-FALAH USJ 9
Khamis , 25 Feb (11 R' Awal)
6.30 petang

2) DI MASJID AL-BUKHARY ,
JLN HANG TUAH, KL
(Berhampiran Stesyen Monorel
Jln Hang Tuan, KL)
Jumaat , 26 Feb (12 R' Awal)
Lps Maghrib
info : 012-343 8074 (Imam Mohd)

3) KOMPLEKS AL-JENDERAMI,
KG JENDERAM HILIR, DENGKIL.
Sabtu, 27 Feb (13 R' Awal)
Maghrib

4) RUMAH BEN ALAWI ,
KEMENSAH HEIGHTS , HULU KLANG
Ahad, 28 Feb (14 R' Awal)
Maghrib
info: 019-669 3887 (Ben Alawi)

5) KG KUALA TEKAL ,
TEMERLOH, PAHANG .
Isnin , 1 Mac (15 R' Awal)
http://pondokhabib.wordpress.com



�


  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Syarat Minimum Ke Syurga

2010-02-11 Terurut Topik Lynn Zarina
1- mengapa setiap amalan yang kita lakukan mesti dibalas dengan syurga?
2- mengapa kita berharap yang setiap amalam yang kita lakukan itu dibalas 
dengan syurga? bukan kah amalan itu perbuatan yang ikhlas
3- apa yang menanti kita dalam syurga nanti?
4- mengapa kita tidak boleh beramal tanpa balasan? adakah ini bermaksud jika 
kita tidak dimasukkan ke syurga kita tidak mahu beramal?
5- mengapa tidak kita melakukan sesuatu yang baik itu dengan sebab2 kemanusian 
bukan sebab2 nak masuk syurga.
 
sila bantu saya dalam hal di atas sebab saya amat keliru dalam hal2 macam ni.
 


--- On Tue, 26/1/10, a...@yahoo.com  wrote:


From: a...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Syarat Minimum Ke Syurga
To: "Ikhwanul Muslimun" , "Abu Heakal" 

Date: Tuesday, 26 January, 2010, 7:00 AM


 





Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansari r.a., (beliau meriwayatkan) 
: Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: 
Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahya ng fardhu, aku 
berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku 
mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih 
daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

(Riwayat Muslim)









  

Get connected with chat on network profiles, blogs, or any personal websites! 
Yahoo! allows you to IM with Pingbox. Check it out! 
http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Help Palestine [hidayahnet] UiTM Survey Invitation: A Survey on Trust and Perceptions of Islamic Web Based C

2010-02-11 Terurut Topik uitmsurvey
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
Dear Brothers and Sisters, 

I'm sorry but I have to spam to get the data from all of you.

I am conducting a survey on trust and perceptions of the Muslims in
the issue of Islamic Web Based Content to complete my Master study.
 
You are invited to take the survey located here:
http://inforec.uitm.edu.my/perseus/se.ashx?s=0B7FD90F6BA6390E 
 
Please be reminded that participation is open to :

MUSLIMS from MALAYSIA AND WORLDWIDE either
1. STUDENTS at POSTGRADUATE level or 
2. LECTURERS with at least DEGREE QUALIFICATION from ANY FACULTY.

For your information, the data collected in this study will be summarized and 
reported only in anonymous form. This is to ensure that there is no foreseeable 
privacy risks associated with this study.
 
Thank you for your time and consideration. Wassalam.
 
Regards,

Postgraduate Student,
Faculty of Computer and Mathematical Sciences,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA.



Help Palestine [hidayahnet] Iraq On War... Devastating Moments For Iraq Or Americans Army ?

2010-02-11 Terurut Topik Sleeping Beauty
 Iraq On War... Devastating Moments For Iraq Or Americans Army
?


Thursday





























-- 
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~WithluvMyfairlady~~~


Help Palestine [hidayahnet] Di China: Rupanya muka 'release' selepas sholat.

2010-02-11 Terurut Topik hamdy
  Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.bukan mudah untuk kita menegakkan sholat apabila kita dlm pengembaraan. Di
 tambah pula apabila tuan rumah yg mengendalikan kita atau entertain kita tidak dapat memahami ada perkara2 tertentu adalah non-compromi.Perjalanan dari beijing keselatan dgn menaiki bullet train adalah memenatkan. Apabila sampai jam 2 petang, kami dibawa kesebuah restoran. Waktu zohor disana adalah 1230, asar 1515 dan maghrib 1730. Direstoran kami dijamu sambil menunggu seseorang datang untuk membawa kami ke hotel. Perkara utama yg perlu kami buat pada masa itu ialah bagaimanakah nak sholat. Jam 3 tiada org datang menjemput, jam 4 masih juga tiada. Kami mula resah. Akhirnya kami mengambil keputusan utk mengambil wudhu dahulu. seorang demi seorang keluar dari bilik jamuan kami untuk kebilik air. Masalah disana dalam toilet tiada paip. Kami akan menggunakn air dari tangki toilet atau menyediakan cawan kertas kecil. Cawan kertas kecil ini selalunya memang ada dalam kocek seluar saya. Kpd kawan2 selalu saya katakan, tindakan sedemikian
 adalah menggunakan konsep 'just in case management".Pada masa ini, beijing adalah bercuaca sejuk dan dlm transition dari musim sejuk kepada musim bunga. Musim sejuk berakhir minggu lalu. Dari pengalaman diaustralia saya mengetahui masa transition ini cuaca boleh menjadi extreme. Pada hari ahad, salji telah turun pada malamnya, menjadikan cuaca amat sejuk.Untuk pengetahuan, apabila cuaca sejuk begini dan dalam keadaan mengembara, saya masih mengambil airsembahyang. Cuma saya masih belum pernah menggunakan kaedah tayammum dgn menepuk dinding.. . Tapi jika saya tahu saya akan menggunakan stokin dari pagi hingga kemalam, saya tidak membuka stokin apabila membasuh kaki. Saya menggunakan kaedah menyapu air pada stokin dibahagian atas kaki. (jarang saya share dgn publik apabila saya menggunakan rukhsah2 begini) Boss saya tetap membuka stokin... dan dia merasa nikmatnya menyapu air yg sg
 sejuk di sebuah masjid dibeijing pada hari sabtu lalu. & sejuk itu bukan sejuk main main...Berbalik ada cerita direstoran tadi, bila jam sudah 1615, kami sudah tidak boleh mengambil risiko lagi. Maghrib pada jama 1715. Saya masuk kebilik jamuan tersebut. (chinese restoran ada byk bilik jamuan sebab itu cara mereka entertain org) . Dimasa itu yg tinggal, seorang professor penyakit kanser dan seorang lagi counsellor. Saya memohon kebenaran utk sembahyang disitu juga dan berkata "only 5 minutes". Mereka bertanya, perlu ke mereka keluar..saya katakan tidak perlu.Saya membentang baju sejuk saya dan bersembahyang ringkas...selepas itu saya duduk depan mereka.Yg menariknya, cancer professor yg tidak boleh bertutur b inggeris itu berkata, yang diterjemahkan oleh kawan kami"  bahawa dia nampak muka saya 'release' sebaik sahaja sudah sembahyang. Dia menambah "memang ada baiknya apa yg saya buat itu kerana dalam seharian kesibukan
 kita meletakkan beberapa minit utk melupakan kesibukan kita dan fokus pada benda lain" Dua kawan saya pula sembahyang dibilik lain yg tiada org.Apa yg nak saya sampaikan ialah "rupanya apabila kita yg biasa sembahyang, kita akan rasa cemas jika kita belum menunaikannya dan org boleh nampak riak muka kita. Dan apabila kita sudah selesai sembahyang ada riak muka tenang yg keluar"Saya katakn kepada mereka "byk benda yg kita tidak boleh control dalam kehidupan, itu sebab kita perlu sembahyg supaya kita boleh memohn pertolongan". Saya juga sempat menerangkan bhawa kami boleh kumpulkan sholat semasa kami dlm perjalanan. Dalam learning adventure saya pada kali ini memberi peluang utk sholat dimerata tempat spt dibilik meetg, di airport, di restoran Apa yg saya ingin ingatkan, jika pengembaraan 'mudah' begini kita tidak sholat atau mengambil kaedah qadha' yg tidak jelas betulnya, percayalah kita tidak mudah sholat jika
 kita jatuh sakit dan terlantar dikatil. Itulah yg berlaku kepada ramai org islam hari ini. Pelbagai alasan diberi utk tidak sholat semasa terlantar sakit. Sholat tidak menjadi wajib, hanya apabila otak atau minda kita tidak ingat lagi atau kewarasan kita telah hilang...(bukan bermaksud gila). Dan juga qadha hanya dibenarkan apabila kita tertidur. Jika kita sakit, mengembara dan sebagainya, ada pelbagai kaedah sholat yg ada, yg menunjukkan sholat itu perlu dilakukan pada setiap waktu, dan qadha' bukan satu dari kaedahnya.wallahualam.Salam Perjuangan hamdy 013 3696712 lawati www. rancanghidup.blogspot. com & www.satuAllah3aqidah.blogspot. com Buku Saya:1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm32. Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm33. Miang Miang
 Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM24. RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2

   

  

Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana langsing tanpa mengambil produk!

2010-02-11 Terurut Topik faisalmn
Tq Tn Mod,

Salam Para Sahabat, 

PER : Bagaimana Menguruskan Badan Secara HOLISTIK!


Adakah
anda mengalami masalah berat badan yang berlebihan? Sudah mencuba
perlbagai produk kesihatan tetapi tidak nampak sebarang hasil? Tiada
masa untuk bersenam kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja dan
keluarga? Selalu menjadi sindiran rakan-rakan serta keluarga kerana
memiliki saiz badan yang agak besar? Kurang berkeyakinan di khalayak
ramai disebabkan bentuk badan yang tidak menarik? 


Usah risau! Mari saya tunjukkan anda.. "Bagaimana Anda Boleh 
Menguruskan Badan & Memiliki Tubuh Badan Yang Sihat!"
CARA MENGURUSKAN BADAN
Apabila seseorang menghadapi masalah berat badan, perkara 
pertama yang selalu dilakukan ialah.. (1) DIET!.
Mereka akan mula mengurangkan makan nasi, kurangkan makan daging,
kurangkan makan-makanan berlemak dan sebagainya. Kemudian, mereka akan (2) 
BERSENAM.
Tujuannya adalah untuk membakar kalori serta lemak yang banyak
tersimpan di dalam tubuh. Langkah seterusnya, mereka juga akan cuba (3) 
MENDAPATKAN DAN MENGGUNAPAKAI PRODUK-PRODUK PELANGSINGAN , seperti makanan, 
minuman mahupun alat mengempiskan perut. Jika semua ini tidak berhasil, (4) 
MENDAPATKAN RAWATAN DI PUSAT PELANGSINGAN adalah pilihan yang terakhir dan 
kosnya pula boleh mencecah ribuan ringgit.
Dapatkan maklumat lanjut di http://anizanwar.com/jomlangsing
Ikhlas,
Aniz Hj. Anwarhttp://anizanwar.com/jomlangsing





  

Help Palestine [hidayahnet] MUDAHNYA UNTUK DAPAT GANJARAN ALLAH

2010-02-11 Terurut Topik Shahmuzir Nordzahir
Dipetik dari:
http://muzir.wordpress.com/2009/08/07/mudahnya-untuk-mendapat-ganjaran-allah/

Mudahnya Untuk Mendapat Ganjaran ALLAH
Posted on August 7, 2009 by shahmuzir
 
Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan samada untuk berbuat 
kebaikan atau keburukan. 
 
Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, 
menuntut ilmu, menyebarkan  seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat 
saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah 
pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH 
subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala.
 
Sebaliknya, seseorang yang tidak solat, menderhakai ibubapanya, tidak amanah, 
menyakiti hati jiran dan rakan, mengumpat, menfitnah dan bermacam lagi 
perbuatan tidak bermoral lain, sudah tentu akan  mengundang kemurkaan ALLAH 
dan berdosa.
 
Pilihan di tangan kita.  Sangat beruntung orang yang memilih untuk membuat 
kebaikan.  Bukan sahaja akan disukai oleh makhluq, malah mendapat ganjaran yang 
berganda-ganda dari Tuhan yang Maha Pemurah.
 
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi 
wasallam bersabda:
 
>“ALLAH Azza wa Jalla berfirman:  Jika hambaKu hendak melakukan suatu 
>kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya.  Jika dia 
>melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama.  Jika dia 
>meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu 
>kebaikan.  Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak 
>melakukannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan.  Jika dia melakukan 
>kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh 
>ratus kali.”  (HR Muttafaq ‘Alaih)
 
SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, mudahnya untuk kita mendapat pahala.  Dengan 
hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun, sudah diberi pahala.  
Apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan.  Berganda-ganda lagilah 
pahala.  Susahkah?
 
Maha Pemurahnya ALLAH.  Sayangnya DIA kepada kita.  Kasihnya DIA kepada kita.  
DIA tidak lokek untuk mengurniakan pelbagai ganjaran kepada hambaNYA.  Asalkan 
kita memilih untuk membuat kebaikan.
 
Tetapi sebaliknya, apabila kita berniat untuk melakukan perkara kejahatan, dosa 
hanya akan diberi jika kita melakukannya.  Itulah yang telah    disabdakan Nabi 
sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Bagi orang yang sihat imannya, hadith di atas sudah cukup memberikan harapan 
yang besar kepadanya untuk sentiasa membuat kebaikan.  Ia cukup untuk 
memotivasikan diri agar sentiasa memikirkan dan mengusahakan kebaikan dalam 
setiap masa kehidupannya.
 
Ayuh muslimin sekalian, berlumba-lumbalah kita dalam mengejar pahala dan 
ganjaran yang bakal tersedia di akhirat nanti.
 
Memang ALLAH subhanahu wata’ala nak beri kepada kita bermacam nikmat 
keseronokan di syurga nanti.  Tetapi, terlebih dahulu kita hendaklah sentiasa 
berlumba-lumba membuat kebaikan.
 
Hari-hari yang kita tempuhi, tersedia di hadapan peluang dan ruang untuk kita 
melakukan perkara kebaikan.  Jangan kita katakan perbuatan baik yang kita 
lakukan sia-sia.  ALLAH nampak.  ALLAH tahu.  ALLAH dengar.  Dan pastinya 
setiap kebaikan yang kita lakukan akan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala 
dengan pahala yang berganda-ganda.
 
Jangan kita remehkan setiap perbuatan baik yang hendak kita lakukan.  Walau 
hanya dengan memberikan senyuman pun, ia dikira sebagai suatu kebaikan.
 
Semoga tulisan yang ringkas ini bisa memberikan kita semua sedikit peringatan 
bahawa  ALLAH Maha Pemurah dengan nikmat, rezeki dan pahala untuk dikurniakan 
kepada hamba-hambaNYA.  Mudahnya untuk mendapat pahala…
 
WAllahu Ta’ala A’lam. 
 
SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
7 Ogos 2009
 
 
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  shahmu...@yahoo.com

www.takafulonline.net 


  

Help Palestine [hidayahnet] ISLAM AND FREEMASONRY

2010-02-11 Terurut Topik Mohamed Fudzail
*ISLAM AND FREEMASONRY* by *W.Bro. Shaikh Hatim Fidahussein Nakhoda
PM* Research
Lodge St. Michael No. 2933, Singapore
District Grand Lodge of the Eastern Archipelego, UGLE.


 Presented in The Lodge St. Michael No. 2933 on 29th July, 2006.
W. Bro. Shaikh Hatim Nakhoda is a Past Master of Lodge St. Michael No. 2933
and a Past District Senior Grand Warden of the District Grand Lodge of the
Eastern Archipelago. He is also a Past Master of Lodge Singapore No 7178. In
addition, he holds the rank of Past Asst. Grand Director of Ceremony in the
Grand Lodge of Mark Master Masons of England and Wales and its Districts
Overseas. He also carries the title Shaikh which was conferred on him, for
his knowledge on Islam.
This paper has been first published on The District Grand Lodge of the
Eastern Archipelego website 

Assalaamo Alaikum, that is, peace be with you!

Worshipful Master, distinguished brethren and brethren: I am pleased to
submit my dissertation with some trepidation, as I feel unequal to doing
justice to this complex subject in a space of 20 odd minutes. But, I was
persuaded to take up the challenge by the encouragement and assistance of W
Bros Shiva Banerjee and Ronald Ng, whom I could not disappoint.

Islam has been much in the limelight these days. I have been diligent in
attending to my duties as both, a mason and a Muslim and have come to
realise that Islam and masonry are indeed compatible. Freemasonry may even
be considered complementary to Islam as its principles only go to reinforce
a Muslim brother�s own faith; contrary to the misconceptions widely held
among my Muslim brethren from various sects. The distrust perhaps arises
from the fact that masonic symbols are derived from segments of the Old
Testament such as the Temple of King Solomon, which gives the uninstructed
world the erroneous impression that masons are Zionists. It is serious
enough for masonry to have been brought into question in Malaysia in the
late 70s. Yet, the Old Testament is not excluded from the beliefs of Islam.
On the contrary, King Solomon is considered to have been a follower of Islam
*1* ! More of this later � Anyway, masons are obligated to submit to the
laws of the VSL, which, in the case of the Muslim brethren in the Craft, is
the Holy Quran, if they so desire.
*HERE* 


Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Dosa Besar

2010-02-11 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Antara perkara-perkara Yang Menyebabkan dosa besar :

1. Syirik jali, kufur dan murtad.

2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.

3. Zina.

4. Liwat.

5. Merogol binatang.

6. Meminum minuman yang memabukkan.

7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong
tangan.

8. Menuduh seseorang yang baik berzina.

9. Menjadi saksi dusta.

10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya
berbuat demikian.

11. Lari daripada medan peperangan jihad.

12. Makan riba.

13. Memakan harta anak-anak yatim.

14. Mendurhaka kepada ibu bapa.

15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.

16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran,
sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.

17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.

18. Bersumpah dusta.

19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan
solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa
keuzuran syarie.

20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan
kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.

21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau
melebihkannya.

22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.

23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di
benarkan oleh syarak.

24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

25. Memberi dan menerima rasuah.

26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.

27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam
suatu majlis yang di tegah oleh syarak.

28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil
tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.

29. Enggan mengeluarkan zakat.

30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.

31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.

32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang
bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang
lain.

33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan
dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia
berkemampuan melakukan
perkara tersebut.

34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau
isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh
syarak.

35. Putus asa dengan rahmat Allah.

36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan
maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.

37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi
fizikal.

38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab
yang diharuskan oleh syarak.

39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.

40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya
bergaduh.

41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan
menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh
kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari
pengalaman.
Wallahu a'lam.

Hj. Ahmad b. Hj. Che Din
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
1hb Ogos 1997.
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/08/2010 03:59:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Nak minum arak, tunggu di akhirat

2010-02-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kuliah Maghrib pada Jumaat 6 Februari 2010 di Surau Taman Alamanda, Senawang 
telah disampaikan oleh Ustaz Dato Arshad Abd Samad , bekas Ketua Hakim Syariah 
N.Sembilan menghuraikan Kitab Hadith 40.

Pada mukasurat 107 Ustaz menceritakan siapa yang minum arak di dunia ini tak 
dapatlah hendak merasa nikmat minum arak di akhirat iaitu dalam syurga.

Kepada peminum arak , sabarlah. Menyesal dulu pendapatan, menyesal di akhirat 
tiada gear reverse. Nak minum arak , tunggulah di akhirat. Buat semua yang 
Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah 
seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa 
dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta 
beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga 
beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana 
segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang 
yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti 
orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang 
menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak 
sama)! ( Surah Muhammad : 15 )

Kemudian Ustaz Arshad menceritakan satu kisah seorang yang telah menunaikan 
haji 3 kali, tapi dia merasakan dan bermimpi hajinya tidak diterima. Resah 
gelisah orang tadi tak tahu kenapa hajinya tak diterima walaupun sudah 3 kali 
menunaikan haji dan dia ingin pergi menunaikan haji lagi. Satu hari dia terbau 
jirannya membakar daging yang sangat enak baunya.

Lalu ditanya pada jirannya daging apa yang dibakar. Jiran dia kata, tuan tak 
boleh makan daging ni, haram. Ini daging anak harimau, kami tak mampu nak cari 
makanan lain. Lelaki tadi baru sedar jirannya yang susah, sejak dari hari itu 
dia membantu jirannya. Kemudian dia bermimpi bahawa hajinya yang terdahulu 
telah diterima.

Nak tahu lebih lanjut hadirlah solat jemaah di Masjid Bandar Baru Senawang, 
tanya pada Dato kerana Dato imam di sana.



  


Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Dato Tuan Ibrahim 18 Feb N9

2010-02-11 Terurut Topik Suara N9
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis 
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan

Penceramah :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS 
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang 
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Rantau

Maklumat lanjut hubungi Hj Shukri 019-6210677

 
JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu : 
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS 
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri 
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi 
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis 
Masa : 8.00 malam 
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang 
Kupon RM 30 seorang 
Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi : 
Hassan 019-2171942 
Sufian 013-3589328 




  


Help Palestine [hidayahnet] Gaji Polis, Bonus TH, Saham Akhirat

2010-02-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Sempena bulan Maulid Nabi , polis naik gaji dan dapat tunggakan sejak Januari 
2009, pendeposit Tabung Haji pula dapat Bonus 5%.

Tempat yang paling baik untuk melabur yang menjanjikan pulangan berganda-ganda 
ialah Amanah Saham Akhirat, insyaALLAH.

Banyak tempat boleh dilaburkan untuk Amanah Saham Akhirat. Kalau tak tahu mana 
nak melabur, mereka di Negeri Sembilan bolehlah melabur di mana-mana tempat 
yang menyediakan Saham di bawah ini. Yang luar Negeri Sembilan pun dialu-alukan 
, Ahlan Wa Sahlan.

Mereka yang bijak , ialah mereka yang Banyak mengingati Mati, dan membuat 
persiapan untuk bekalan selepas Mati.

Isteri atau isteri-isteri belum pasti dapat menyelematkan kita dalam kubur. 
Anak-anak belum pasti dapat menyelamatkan kita dalam kubur.

Selamat Menyambut Maulid Nabi

*** 
SURAU MAAHAD AHMADI , GEMENCHEH
Nama Akaun : Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi 
Nama Bank :  Maybank 
No Akaun : 555078135419
Info lanjut di 
http://maahad-ahmadi.blogspot.com/2010/01/rayuan-derma-surau-maahad-ahmadi.html 

SURAU SEK MEN AGAMA PERSEKUTUAN , LABU
Nama Akaun : JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU BARU SMAP LABU Nama Bank : BANK ISLAM
No Akaun :  05-012-01-006384-5 
Info lanjut di 
http://9002jeddah.blogspot.com/2009/07/cadangan-membina-sebuah-surau-baru.html 

BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ ASSAIDIYYAH , SEREMBAN
Nama Akaun : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
Nama Bank : Maybank (Senawang)
No. Akaun : 5551 2610 6603
Info lanjut di http://www.saidiyyah.com/sumbangan.html 

RUMAH ANAK YATIM PEYAKIN , REMBAU
No. Akaun : 0501-019-10-8
Nama Bank : CIMB Islamic Bank Bhd Cawangan Rembau
Info lanjut di 
http://peyakinns2u.blogspot.com/2009/11/rayuan-derma-dan-sumbangan.html 

YAYASAN SOFA , CHENGKAU
Nama Akaun : Yayasan Sofa Negeri Sembilan 
No. Akaun : 1443-025-10-8
Nama Bank : CIMB Islamic Bank Berhad-Caw. Gleneagle, KLdiatas nama
Info lanjut di 
http://ysofakl.blogspot.com/2009/05/sumbangan-bagi-pembangunan-ysns.html 

YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
Nama Akaun : YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN. No Akaun No. No. Akaun : 
5021010019276
Nama Bank :Bank Islam
Info lanjut di http://yksn9.blogspot.com & 
http://yksn9.blogspot.com/2009/12/masjid-tok-muar.html 

BANGUNAN ISMA SEREMBAN
Nama Akaun : Dana Bangunan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Seremban
No. Akauan : 05012010072890 
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Info lanjut di 
http://isman9.wordpress.com/2009/12/22/hebahan-projek-wakaf-lot-bangunan-isma-seremban
  



  


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Menjual Diri Diwaktu Pagi?

2010-02-11 Terurut Topik sit sab



- Forwarded Message 
From: "a...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun ; Abu Heakal 

Sent: Wednesday, 27 January 2010 7:00:01
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Menjual Diri Diwaktu Pagi?

 


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: 
Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan 
zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan 
al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang 
itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. 
Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar 
waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada 
pula yang mencelakakan dirinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)




  Open emails faster. Yahoo! recommends that you upgrade your browser to 
the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! Get it here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Help Palestine [hidayahnet] Awan Maut di Negeri Sembilan

2010-02-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Pada pagi Sabtu 6 Februari 2010 telah diadakan gotong royong mencegah bala 
demam denggi yang melanda Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Apabila saya membeli peralatan gotong royong di sebuah kedai di Matahari 
Height, pemilik kedai berkenaan berkata bahawa pagi tadi sebuah pencawang 
elektrik sebelah Family Store Senawang telah meletup. Beberapa rumah di Taman 
Desa Dahlia mengalami bebanan elektrik berlebihan , menyebabkan banyak 
peralatan elektrik rumah yang meletup dan terbakar.

Sekembali dari kedai tersebut saya perhatikan garisan awan yang pelik di atas 
langit Surau Alamanda. Adakah garisan awan pelik ini sebahagian daripada ujian 
Chemtrail atau Contrail oleh pihak tertentu yang boleh mengubah cuaca yang juga 
dipanggil awan maut ?

Sila ke pautan berikut untuk melihat gambar awan yang diambil pada langit atas 
Surau Alamanda pada 6 Februari 2010 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/awan-maut-di-negeri-sembilan.html 

Untuk melihat artikel mengenai Awan Maut sila ke 
http://amkns.blogspot.com/2010/01/perhatikan-awan-maut-sekeliling-kita.html 

Sebelum ini saya menyaksikan sendiri puting beliung kecil di hadapan Surau 
Alamanda. Untuk melihat artikel mengenai puting beliung sila ke 
http://waghih.blogspot.com/2010/01/nsembilan-dilanda-puting-beliung-tahun.html 

Pada 7 Februari 2010, Sabah mengalami gempa bumi kecil. Sabah boleh mengalami 
gempa bumi besar sehingga 6 pada skala Richter, sila lihat pautan berikut 
http://rozmal.blogspot.com/2010/02/gempa-bumi-di-malaysia.html 

Hanya pada Allah kita berserah. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua 
yang Allah larang.

Solat jangan tinggal, utamakan solat jemaah di masjid.

 
Ahad Februari 7, 2010 
Gempa Bumi Lemah Di Sabah Awal Pagi Ini 

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di 
Sabah, awal pagi ini.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 
Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 
2.07 pagi ini.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan 
Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_berita/20100207101753&sec=mstar_berita
  



  


Help Palestine [hidayahnet] Indian Chillies

2010-02-11 Terurut Topik Sleeping Beauty
[image: Chilli Whole]

*Family name :* Solanaceae,*Botanical name :* Capsicum Annum
*Arabic name :* Filfil Ahmar, *Part used : *Fruit

Indian Chillies and chili powder are one of the famous in the world and have
huge demand in the overseas market. India continues to be the main producer
and exporter of most varieties of Chillis and chili powder to countries like
Sri Lanka, Bangladesh, Middle East, South Korea, U.K. and USA & Latin
America. Chillies have two characteristics, one their colour because of the
pigment called Capsanthin in it and two the biting pungency because of
Capsaicin, on the basis of which the varities differ and so its demand.
Chilies form an important part of curries and various popular dishes.


[image: Chilli Whole]





Chilli Whole

*Guntur Sannam- S4 Type*
Guntur Sanam S4 type is the most famous type among the chillies and has a
huge
demand through out the world. It widely grows in Guntur,Warangal, and
Khammam
districts of Andhra Pradesh. The skin of crushed chili is thick,red & hot &
has its peak
harvesting season from December to May.The annual Production of this type is

approximately 2,80,000 tonnes. It has an ASTA Colur value of 32.11 and
Capsaicin
Value of 0.226%.

Some of the other varities of crushed red chili are,Byadgi, Nalchetti (Semi
Bird Eye),
Kashmiri (Annigira), S9 Mundu (Round), Wander Hot, Tomato Chilli,Madras Pari
& Tejapuri (Bird Eye).

*Producing Centers : *AndhraPradesh, TamilNadu,Maharasht ra, Karnataka,
Rajasthan & Assam.
*Harvesting Seasons :* January To April
*Standard Packing :*25 Kgs/40 Kgs. In New Single Gunny Bags. *
*ASTA Colour Value : *32.11 Capsaicin: 0.226%

*Capsaicin Values of some of the well-known & accepted varieties are.

*[image: http://images.inmagine.com/img/pixtal/pt055/CD055039.jpg]


*Chillies* *Capsaicin value*Guntur Sannam - S4 Type0.226% Byadagi (Kaddi)
NegligibleNalchetti (Semi Bird Eye) 0.12%Kashmiri (Annigira)- S9 Mundu
-Wanderhot
(Warangal) -Tomato Chilli (Warangal)- Madras Pari 0.206%



   - Professor Paul Bosland displays the official certificate received from
   the Guinness Book of World Records.
   - Image Credit: AP



The bhut jolokia�also known variously by other names in its native region
(see below), most commonly Naga jolokia� is a chili
pepper

commonly recognized as the hottest in the world.

The Bhut Jolokia is a naturally-occurring interspecific
hybridfrom
the
Assam  region of northeastern
India.[1]
[2]It
grows in the Indian
states

of Nagaland  and
Manipur,
and the Sylhet  region of
Bangladesh.
There was initially some confusion and disagreement about whether the

Bhut was a *Capsicum
frutescens
*[3]or
a
*Capsicum chinense * pepper,
however DNA  tests demonstrated it is an
interspecies hybrid,

mostly *C. chinense* with some *C. frutescens*
genes.[4]In
2007,
*Guinness World Records
* certified the Bhut Jolokia as the world's

hottest chili pepper, replacing the previous record holder, the Red
Savina,
a particularly hot strain  of habanero
chili .



[image: http://z.about.com/d/goindia/1/0/1/E/-/-/sb10066387f-001.jpg]


[image:
http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/47235000/jpg/_47235657_india_ap.jpg]

--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~WithluvMyfairlady~~~