Help Palestine [hidayahnet] Batu Nisan Putih Politik Pak Lah

2008-05-24 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/05/batu-nisan-putih-politik-pak-lah.html
Batu Nisan Putih Politik Pak Lah
Tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan sempadan tanah milik negara 
merupakan peranan pokok sesebuah kerajaan. Makanya, apabila hilang hak negara 
atas Pulau Batu Putihkepada seteru lama yang ganas walaupun kerdil, Singapura, 
sekali lagi ia membukti kelembapan pada pihak Pak Lah dan kepimpinannya dalam 
menjalankan tanggungjawab asas sekalipun.

Makanya bertambah lagi perkara yang perlu dibimbangkan rakyat selagi Pak Lah 
berkuasa. Kalau memang sudah sedia rakyat bimbang tentang

1. keselamatan dalam negeri, yang kini dimenterikan bekas Menteri Luar 
yang patut duduk tertuduh bersama Pak Lah sebagai menteri yang gagal dalam kes 
Pulau Batu Putih. Patut lah Syed Hamid Albar, teman setia anak-anak Pak Lah, 
cepat-cepat tukar kementerian yang diserah kepada saingan lama Pak Lah, Datuk 
Rasi Yatim... Pak Lah dah lama dah tahu ke nak kalah? 
2. kenaikan harga barang, kini dimenterikan seorang menteri yang dahulu 
memerlukan pertolongan kakak bos lamanyauntuk memanjangkan kerjaya politiknya 
3. masa depan UMNO, yang kini 'diterangkan' seorang yang hanya selamat 
dari dipenjarakan akibat membawa wang berjuta ringgit kehulu-hilir seberang 
laut kerana mampu mengaku dirinya tak tahu cakap orang putih 
4. pertelingkahan yang memanjang tentang kedudukan agama Islam sehingga 
terseret nama baik agama dan dipergunakan nama besar Allah sebagai alat kempen 
masuk agama lain... sementara Pak Lah tak sudah-sudah berIslamkan yang ada Had 
harinya... 
5. dan seorang anak muda yang naik sebagai wakil rakyat atas dasar 
tauliah sijil nikah sahaja... dan yang bersekutu dengannya... si KJ la! 
6. dll 
7. dll 
8. ...
Kini rakyat harus bimbang pula yang dalam menangkis serangan perundangan dari 
sang Singa yang ber Pura-pura sekalipun, Pak Lah tidak mampu mempertahankan hak 
Malaysia, yang baru malam sebelumnya dipaparkan di kaca TV, jauh lebih 
berhak-milik terhadap Pulau Batu Putih. 
Ternyata kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Putih teruk sekali ke tahap 
kalah-kalah, sebab kalau menang-menang seperti dipaksa Datuk Rais Yatim 
isytiharkan, kenapa Pak Lah tak sambut sama? Kenapa dirakam pula di RTM konon 
Pak Lah menyangkal tuduhan dari Amerika yang tak ketahuan pun? Hebat sangatkah 
tuduhan sehingga PM yang harus menyangkal? Pakar sangatkah Pak lah sehingga 
"terpaksa" melepaskan tanggungjawab hal Pulau Batu Putih?
Dah la tu, semakin kalah-kalah Malaysia bila RTM tunjuk konon rakyat kebanyakan 
'menerima keputusan'. WOI! Tak malu ka! RTM tu orang tengok la di Singapura! 
Apa, Pak Lah nak tunjuk rakyat Malaysia mengaku kalah macam dia kah? Oh ya 
lupa... Pak Lah mungkin terasa dia menang...
Mungkinkah ada orang Johor yang berani menyaman Pak Lah dan kerajaannya, 
terutama sekali bekas Menteri Luar yang bertanggungjawab kemudian cabut 
kementerian, Syed Hamid Albar, kerana terlalu lembap dalam mempertahankan bumi 
Johor... dari IDR hingga kini Pulau Batu Putih? Oh ya juga... Pak Lah yang 
besar macam IDR pun sanggup bagi free ke Singapura, apatah lagi pulau... ada 
nasihat anak angkat Singapura dari Oxford kut! 
Moga-moga hikmahnya adalah kini, sudah tersedia Batu Nisan Putih untuk kubur 
politik Pak Lah...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/


  __
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Help Palestine [hidayahnet] Kuasa Diketagihi Pemimpin, Lina Joy & Musuh Melayu Yang Untung Lagi

2008-05-19 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/05/kuasa-diketagihi-lina-joy-musuh-melayu.html
Kuasa Diketagihi Pemimpin, Lina Joy & Musuh Melayu Yang Untung Lagi 
Pemimpin Melayu terlalu pendek fikiran. Yang Anwar terkejar cara menidakkan 
dosanya, Pak Lah pula merebut peluang mengaibkan musuhnya. Yang rugi umat 
Melayu Islam akhirnya. 

Gara-gara kedua-dua 'pemimpin Melayu' ini bersekongkong memperagakan, 
memperbicarakan DVD Lingam yang mencelakakan, seorang Ketua Menteri Cina sudah 
bersuara supaya kes-kes lama hakim-hakim Melayu yang telah dimalukan dibuka 
semula. 

Yang kes si Lim yang dipasang oleh Chin abad lepas Melayu nak peduli apa? 
Masalahnya, kes Lina Joy pun mungkin dibuka semula! Selepas Tun Fairuz berjasa 
menutupnya, kerja Pak Lah dan Anwar membukanya semula! Astaghfirullah!

Mungkin ada Melayu yang ingin mengesyorkan diri bahawa kes Lina Joy diputuskan 
ikut prinsip undang-undang dan tiada pengaruh lain yang boleh mengubah 
keputusan tersebut. Memang betul juga yang penting adalah rakyat ingin Mahkamah 
bebas dari tuduhan tidak telus dan penuh rasuah.

Namun tidakkah terfikirkah Melayu kenapa Bar Council yang sememangnya sekular 
dan sentiasa mencabar ketuanan Melayu turut mencanang kejatuhan Fairuz hasil 
paparan DVD durjana tersebut. Ini sejak Fairuz menolak tuntutan Lina Joy yang 
memaksa Melayu subahat dalam murtadnya. Ini sejak Fairuz mengisytiharkan 
keinginnya membawa undang-undang negara merapati lunas-lunas Islam & menjauhi 
Common Law tingalan penjajah?

Pada masa musuh-musuh Melayu dalam gembira, haruskah Melayu bersorak sama? 
Belum tiba lagikah masa menolak pemimpin yang durjana?!

Seperti kata seorang temanku yang setia,"Masalah melayu berputar kepada 
kegilaan kuasa. Mudharat orang melayu datang dari pemimpin yang hanya 
mementingkan diri sendiri. Sekarang semakin suntuk masa untuk orang melayu 
mempertahankan hak kita. 

Dari Melaka ke Malayan Union negara kerap digadaikan oleh pemimpin dan raja, 
hinggalah semua tersedar dan bersatu menentang musuh bersama. Terpulanglah 
kepada semua kaum melayu untuk membela nasib bangsa. Kepimpinan yang suci 
datang dari keikhlasan. Keikhlasan datang dari kebenaran."
http://thoughtsintangents.blogspot.com/


  __
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Help Palestine [hidayahnet] UMNO Post Resignation Of Che Det: Early Observations

2008-05-19 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/05/umno-post-resignation-of-che-det-early.html
UMNO Post Resignation Of Che Det: Early Observations 
A friend tried to alert me as I was driving back from the East Coast that Tun 
Dr Mahathir or 'Che Det'the blogger has quit Umno! As I could only call my 
friendback proper a couple of hours later, I'm a little off the pace, but some 
early observations can already be made based on the e-mails, comments, 
blog-postings and smses flying around. 
The most immediate material impact to Che Det's resignation would be the 
departure of many of his stalwarts or those similarly disgusted at the 
continuing nonsense that passes for 'running the country' under Pak Lah and the 
4th floor. And yes, my Ayah's gone and resigned too...
There are some interesting things that may develop though now that Che Det has 
launched this surprise move. Among them: 
1. Che Det has provided a formula for UMNO MPs to leave the BN side of 
the Parliament and still stay loyal to the party - by resigning their party 
posts but crossing over as independents! This would be a far more doable and 
dangerous threat to Pak lah's government than Anwar's cross-over threat ever 
was (since not many people believe Anwar would be credible as a PM anyway!). 
2. Pak Lah's denials of an on-going rift with Che Det, especially 
effective in the rural areas where the government controlled media still holds 
sway, are now clearly empty words to all. What spin can be done to mitigate 
this act, one cannot know, but by tomorrow, via the sms network, it would be 
clear to the majority of Malaysians that as far as Che Det was concerned, Pak 
Lah has ripped UMNO far from its roots; and as one of UMNO's surviving 
founders, Che Det would know! 
3. With the first UMNO Branch or Cawangan meetings less than a month 
away, it would only take a few to begin a trend of mass resignation of members 
and closure UMNO branches such as to leave the party in disarray. These mass 
resignations are also a much more doable act than the recent feeble attempt to 
call an EGM at the Bahagian level. The Cawangan are still controlled by the 
grassroots, with a large majority still angry at Pak Lah and are easily stoked 
by the memory of Che Det. 
4. Worst of all for Pak Lah, early excitement at his 'enemies' leaving 
the party, hence 'strengthening' him, would prove a poison chalice, but 
unfortunately he and his key advisers on the 4th floor may be too incompetent 
to realise it! Hah! 
The way Che Det has phrased his resignation has also helped UMNO in another 
way. In his actions, he has proven that UMNO under Pak Lah is not UMNO, that 
UMNO is not directly responsible, if momentarily still culpable, for Pak Lah's 
decisions to:
* deviate from Islam with his Hadhari concept 
* clash with the Sultans on appointing leaders and on simple issues of 
etiquette 
* abuse the DEB so much, then threaten to dismantle it despite the 
nation still needing it 
* excessively favouring his friends and family above the more deserving 
Malays and Malaysians, especially on fiscal decisions 
* the list goes on... ad nauseum... 
A more tangible signal to UMNO members and the nation that Lah has deviated 
cannot be given. Now UMNO members have a choice to make... kick Lah out, or 
leave ourselves... I am still deciding. Care to help me decide anyone? Your 
(sensible) words are welcome...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/


  __
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Help Palestine [hidayahnet] Hah, Tun Salleh? Siapa Tu? Melayu Macam Mana?

2008-04-25 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/hah-tun-salleh-siapa-tu-melayu-macam.html
Hah, Tun Salleh? Siapa Tu? Melayu Macam Mana?
Gebung-gebang dalam media baru-baru ini tentang Tun Salleh Abas lah, betapa Pak 
Lah nak bayar duit 'ampun' lah, nak betulkan salah-silap akhir dekad 80'an 
lah... apa ni? Anak-anak muda sekarang ramai tertanya-tanya, apalah penting 
sangat soal menyelesaikan perkelahian lebih 20 tahun lalu, sehingga masalah 
masyarakat kurun ke-21 ini tidak terlihat diutamakan dahulu?

OK lah, Pak Lah nak sangat kita bincang tentang perubahan kehakiman, kita 
bincang. Sekarang akan diadakan suruhanjaya untuk mencalonkan nama hakim. 
Tetapi calon-calon hakim tersebut masih harus dipertimbangkan untuk dicadangkan 
oleh PM bagi diperkenankan perlantikan oleh DYMM YDP Agong kan? Jadi perbezaan 
BESAR dalam proses ini apa sebenarnya?

Mungkin yang bezanya adalah siapa yang mencalonkan hakim? Tapi yang mencalonkan 
hakim sekarang adalah Ketua Hakim Negara. Itu pun pasti dengan dibincangkan 
dahulu bersama-sama para hakim tertinggi yang lain. Tak layak ke hakim-hakim 
yang sedia ada mencalonkan hakim-hakim baru? Yang dimasukkan sebagai 
orang-orang baru untuk mencalonkan hakim ini siapa?

Kawan saya membuat pemerhatian yang pada majlis bersama Tun Salleh Abas dan 
Dewan Peguam di mana pengumuman tentang suruhanjaya tersebut dilakukan, 
terlihat begitu ramai hadirin yang ada merupakan ahli Dewan Peguam, 
kebanyakannya berbangsa India dan Cina. Yang Melayunya beberapa kerat sahaja. 
Jadi kenapakah peguam-peguam bukan Melayu tersebut begitu bertepuk-sorak 
gembira apabila Pak Lah mengumumkan penubuhan suruhanjaya tersebut?

Oooh, cakap sahajalah Pak Lah... Pak Lah nak beri lebih banyak hak memilih 
calon hakim kepada peguam-peguam bukan Melayu. Nak kurangkan sedikit pengaruh 
para hakim Melayu yang beragama Islam dalam memilih hakim-hakim di masa akan 
datang. Sebab itulah Dewan Peguam begitu meraikan pengumuman Pak Lah. Dengan 
cara ini, boleh lah mereka mempengaruhi pemilihan calon yang sealiran dengan 
mereka, yakni sekular, anak buah firma besar, Hadhari...

Bukankah Dewan Peguam sama yang dengan begitu keras membantah cadangan bekas 
Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Halim supaya diserapkan lebih banyak 
pendekatan syariah Islam ke dalam undang-undang negara sempena 50 tahun 
Merdeka? Dewan Peguam inilah yang menyokong sangat kes Lina Joy dulu dan 
macam-macam lagi lah.

Jadi di manakah generasi Muda Melayu dan umat Islam Malaysia dalam mempengaruhi 
perubahan dalam sektor guaman, kehakiman, perundangan dan menegakkan keadilan 
di Malaysia? Tergadai teruskah kuasa kita? Semata-mata kerana asyik memerhati 
atau terlalu melulu taksub bersorak di tepi gelanggang perkelahian tokoh-tokoh 
tua tentang hal-hal yang semakin tiada makna?

Di manakah suara kita yang seharusnya membantah hakisan kuasa dan 
pengaruh Islam pada badan kehakiman, yakni salah satu dari 3 tiang kekuasaan 
Melayu di Malaysia? Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/


  __
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Help Palestine [hidayahnet] Terima Kasih Karpal Singh...

2008-04-16 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/terima-kasih-karpal-singh.html



Terima Kasih Karpal Singh... 
Apakah antara iktibar dari peristiwa Adam dan Hawa dijerat oleh syaitan 
sehingga dihukum keluar dari syurga ke alam fana ini? Antara iktibar yang 
paling berkait dengan tindak-tanduk Karpal Singh baru-baru ini adalah... jangan 
diterima nasihat musuh, nescaya niatnya tidak ikhlas semata-mata untuk membawa 
padah.

Karpal Singh kelihatan begitu menyokong Pak Lah dengan membidas Tun Dr M 
baru-baru ini. Ini adalah perbuatan yang agak pelik. Bukan sahaja 
tindak-tanduknya tidak selari dengan nalurinya sebagai pembangkang yang 
seharusnya dengan agresif menyerang Pak Lah, kata-kata dan ungkapan sejarahnya 
pun berbelit-belit! Contohnya:

Dimintanya Dr M berhenti menyerang Pak Lah kerana beliau sudah bersara dan 
patut kekal dalam persaraan. Namun beliau memetik kata-kata arwah Tun Hussein 
yang membidas kepimpinan Tun Dr M dari persaraan.

Dimintanya Dr M menjauhkan diri dari kemelut dalaman parti UMNO, padahal Karpal 
bukan ahli UMNO, tidak layak pun untuk memohon keahlian UMNO, malah merupakan 
musuh ketat UMNO sepanjang riwayat politiknya!

Karpal menuding jari ke arah Tun Dr M kerana merestui Operasi Lalang, namun 
tidak mengakui tanggungjawab beliau mengapi-apikan suasana sehingga keharmonian 
antara kaum begitu terancam sekali pada masa itu.

Karpal menuduh Tun Dr M sebagai orang yang mengharamkan pendaftaran UMNO pada 
tahun 1988. Tetapi beliau sebagai seorang peguam mesti tahu yang para hakim 
pimpinan Tun Salleh Abas-lah yang mengharamkan UMNO atas dorongan Radzi Sheikh 
Ahmad. Tun Dr M menghidupkannya semula.

Beliau juga berbelit-belit mengatakan pihak pembangkang tidak memerlukan Tun Dr 
M untuk 'membantu' pemantauan tindak-tanduk Pak Lah. Alah, mengaku sahajalah 
Karpal, pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM!
Tetapi kenapakah pembangkang mahu Pak Lah kekal? Tak mungkin demi kesejahteraan 
negara dan rakyat. Jelas suasana negara semakin merudum dari pelbagai segi 
semenjak 8 Mac, baik dari segi ekonomi, keselamatan mahupun kestabilan politik.


Pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM kerana mereka percaya dengan itu, 
lebih cerah peluang mereka untuk merebut kuasa dari BN dan UMNO menjelang 
pilihanraya ke 13 kelak. Inilah iktibar di sebalik tindak-tanduk Karpal. Tak 
kiralah walaupun negara ini hancur sekalipun di bawah kepimpinan berterusan Pak 
Lah dan Khairy, yang penting, Pakatan Rakyat mahu merebut kuasa 4-5 tahun lagi.

Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, 
berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? 
Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini juga mungkin Karpal begitu 
sayangkan Pak Lah?

http://www.thoughtsintangents.blogspot.com


  ___ 
Yahoo! For Good helps you make a difference  

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Help Palestine [hidayahnet] Antara Dua KJ

2008-04-05 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Dalam masyarakat Malaysia serta bangsa Melayu khususnya menumpukan segala 
kemarahan terhadap KJ muda dan bapa mertuanya, jangalah pula dilupakan peranan 
KJ tua...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/antara-dua-kj.html
Wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S
Antara Dua KJ 
Dalam keghairahan kita mewar-warkan pengaruh seorang KJ, Khairy Jamaluddin, 
dalam mencatur jahanamnya pengaruh Melayu di tanah sendiri, kita harus waspada 
akan hadirnya seorang lagi insan 'seabjad' sebagai pendukung kehancuran 
negara-bangsa. Siapakah gerangan KJ yang lagi satu ini jika bukan Kamaruddin 
Jaafar, teman setia Anwar Ibrahim.

Kamaruddin Jaafar? Bukankah beliau Setiausaha Agung PAS sekarang? Kalau beliau 
benar-benar setia kepada Anwar Ibrahim, kenapakah beliau tidak menyertai PKR? 
Tidakkah tindakan menyertai PKR juga lebih sesuai dengan naluri KJ ini yang 
juga seorang 'intelek' dan pemacu Institut Kajian Dasar suatu masa dahulu? Ini 
profilnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamaruddin_Jaafar

Anwar Ibrahim mungkin ada pelbagai kepincangan, tetapi kalau tidak licik 
berpolitik, tidak mungkin beliau dapat menghinggapi sebentar kedudukan Timbalan 
Presiden UMNO dahulu. Masuknya Kamaruddin Jaafar ke dalam PAS sebenarnya 
sebahagian dari usaha Anwar untuk memastikan pengaruh beliau tetap tegar dalam 
PAS mahupun UMNO selepas kejatuhannya.

Lihat sahaja betapa ramai kuncu-kuncu Anwar yang tidak lari dari UMNO, malah 
mengisytihar 'taubat' sekuat-kuatnya semata-mata untuk kekal menghendap di 
PWTC. Malah, ramai juga penyokong kuat dan 'fan-club' Anwar dari zaman 
reformasi yang kemudiannya menyertai UMNO, seperti Khairy Jamaluddin 
bersama-sama puak-puak yang kini dikenali sebagai penghuni Tingkat 4.

Persamaan antara KJ tua (Kamaruddin) dan KJ muda (Khairy) ini ketara sekali. 
Mereka berdua-dua tetap taksub Anwar tetapi cukup handal bermuka-muka. 
Kedua-duanya kaya hasil usaha mengkroni (KJ tua) atau menepot (KJ muda). 
Katanya kedua-duanya pandai-pandai belaka, dengan IKD lah, dengan Oxford lah.

Kini mereka juga bersatu dalam suatu misi, iaitu pemusnahan UMNO demi menaikan 
Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boneka Yahudi pertama Malaysia.

KJ tua melakukan ini secara langsung dan sengaja. Dengan kedudukan kuatnya 
sebagai Setiausaha Agung PAS serta antara penyumbang wang terbanyak kepada 
parti tersebut, beliau telah menolak usaha pembentukan kerajaan BN-PAS, 
bermajoriti Melayu serta Islam, di negeri-negeri Selangor dan Perak mahupun di 
Parlimen. Ini walaupun usaha tersebut direstui Tok Guru dan sekaligus 
membatalkan 2 kedudukan Menteri kabinet pusat serta MB Selangor untuk PAS.

KJ muda pula mendukung Anwar secara tidak langsung dan tak sengaja. Dengan 
kedudukan kuatnya sebagai menantu Pak Lah, beliau tak putus-putus mengesyorkan 
supaya bapa mertuanya kekal di tampuk kuasa, sekaligus menguatkan keupayaan 
Anwar bagi menarik ahli Parlimen UMNO untuk 'lompat pagar' ke dalam KeAdilan. 
Ini pula selepas calon-calon BN pilihan KJ muda untuk PRU-12 terlalu ramai 
kecundang di tangan calon PKR!

Menarik sekali, dalam sengaja dan tidak sengaja mereka, kedua-dua KJ kelihatan 
berganding tenaga dalam usaha merealisasikan cita-cita idola mereka, Anwar 
Ibrahim. Malang sekali bagi mereka, kerajaan PKR yang bakal dibentuk pasti lain 
sekali dari kerajaan BN berkepimpinan UMNO dahulu mahupun kerajaan PAS yang 
berlandaskan Islam.

Kerajaan Anwar Ibrahim bakal mirip kerajaan Bollywood di mana jalan kerja 
dihindari pertelagahan PAS-DAP, persengkataan PKR India Liberal-PKR Melayu 
'lompat pagar' dari UMNO, kepincangan kemampuan pentadbiran Anwar sendiri, 
namun tetap syok sendiri akibat kelincahan penarik tali boneka Yahudinya. 

Oh ya, pasti kerajaan Anwar juga akan ada 2 Menteri kabinet yang sering 
bersengketa, KJ tua dan KJ muda!

http://www.thoughtsintangents.blogspot.com


  ___ 
Yahoo! For Good helps you make a difference  

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Help Palestine [hidayahnet] Benarkah Sudah Berakhir Riwayat Politik Khairy?

2008-03-23 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/03/benarkah-sudah-berakhir-riwayat-politik.html
Benarkah Sudah Berakhir Riwayat Politik Khairy? 
Sudah pun dikemukakan petanda kekalnya pengaruh Khairy dari analisa Pak Lah 
akan sebab kekalahan BN. Pak Lah memberi gambaran ini kerana golongan muda 
Melayu menolak DEB/DPB, apabila sebenarnya Khairy dan pemesong DEB/DPB lain 
yang ditolak; lagi pun sudah lama disyaki Khairylah hipokrit pembenci serta 
musuh dalam selimut DEB/DPB. Di sini ingin diajukan sedikit 'bukti' kekalnya 
Khairy sebagai pengemudi pentadbiran Pak Lah berdasarkan susunan kabinet.

Melihat prestasi buruk BN pada PRU-12 dan berdasarkan desakan lantang menggesa 
perletakan jawatan beliau, Pak Lah beraksi dengan begitu licik sekali. Sudah 
kembali ahli politik yang berjaya hidup begitu lama dalam UMNO walaupun 
dikelilingi musuh yang berkuku-taring lebih tajam. Malang sekali yang 
kepintaran tersebut agak kurang dalam menangani pentadbiran negara, mahupun 
menguruskan pilihanraya umum, tetapi di dalam UMNO, Pak Lah tetap gagah.

Setelah menerima maklumat jelas bahawa perlindungan dan kuasa tidak rasmi yang 
dikurniakan beliau kepada Khairy merupakan antara tunas kekalahan BN, Pak Lah 
mengambil kesempatan terdekat untuk:

Mengelak dari melantik Khairy ke jawatan kabinet. 
Membenarkan propaganda menular yang nyawa politik Khairy sudah hampir hilang di 
media perdana serta halaman web pro-kerajaan seperti Malaysian Insider. 
Membenarkan Pemuda UMNO memutuskan supaya Mukhriz Mahathir tidak dikenakan 
tindakan disiplin atas tindakan beliau menulis surat memohon perletakan jawatan 
Pak Lah sendiri.
Ini menunjukan seolah-olah Khairy bukan faktor dalam pentadbiran kerajaannya 
sekarang. Tambah pula:
Menteri yang kurang popular seperti Rafidah Aziz dan Radzi Sheikh Ahmad 
digugurkan. 
General-general setia Pak Lah seperti Noh Omar diberi pangkat menteri sebagai 
persediaan perhimpunan agung UMNO. 
Panglima-panglima pemimpin lain seperti Shabery Cheek diberikan kedudukan 
menteri dalam usaha menarik sokongan mereka. 
Panglima-panglima yang sudah pasti tidak akan dapat ditarik kesetiaan kepada 
Pak Lah, seperti Tengku Adnan dan Jamaluddin Jarjis telah digugurkan, walaupun 
prestasi mereka yang lepas boleh tahan juga. 
Pemimpin UMNO yang sering lantang mengkritik dari luar seperti Shahrir Samad 
dan Zaid Ibrahim pula cuba didiamkan dengan kedudukan baru. 
Dibawa masuk juga sepahi upahan Muhamad Muhamad Taib sebagai menteri yang 
terjamin setia kerana kembalinya ke tampuk kuasa atas jasa Pak Lah.
Pemilihan kabinet Pak Lah tepat dengan tujuan mempertahankan kedudukan beliau 
dalam UMNO. Namun, Pak Lah mungkin terlalu sayangkan Khairy hingga tidak upaya 
beliau menidakkan pengaruh Khairy sama sekali. Contohnya:
Wan Ahmad Farid, teman setia Khairy yang melicinkan pengagihan projek di 
Terengganu suatu masa dahulu kini dilantik menjadi Timbalan Menteri. 
Azalina, rakan sejawat Khairy semasa beliau menjadi pengacara TV dahulu, 
menonjol sebagai satu-satunya wakil Wanita UMNO di kabinet. Adakah ini petanda 
beliau bakal merampas kuasa kepimpinan wanita kelak? Khairy masih terhutang 
budi kepada Azalina yang lebih berhak menjadi wakil rakyat di Rembau, kampung 
asal-usul bapanya.
Perlantikan kabinet menunjukkan Pak Lah, dalam usaha mempertahankan hidup 
politiknya, sedia mengenepikan sedikit Khairy. Namun pengaruh Khairy terlihat 
kekal walaupun hanya ala-kadar. Mungkin perlantikan pada peringkat 
agensi-agensi kelak akan menonjolkan lagi tahap pengaruh Khairy pasca PRU-12; 
benarkah sudah dikekang, atau hanya sekadar wayang kulit sahaja beliau 
diketepikan dari kabinet.

A M Ubaidah S

http://www.thoughtsintangents.blogspot.com


  ___ 
Rise to the challenge for Sport Relief with Yahoo! For Good  

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Help Palestine [hidayahnet] Holier Than Thou? Prove It!

2008-03-04 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Holier Than Thou? Prove It! 
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/03/holier-than-thou-prove-it.html

The recommendation by our former PM Tun Dr M that voters "vote for the 
candidate, not for the party" on this 8-3-8 election, has some interesting 
implications; besides the immediate memory trigger to some 'old' hacks like me 
on how it's an about turn from his old campaign that voters should "vote for 
the party, not for the candidate".

The old slogan (vote for the party) was to encourage voters not to vote for the 
opposition just because they are of the same race when the BN candidate is not. 
Anyway, that was the old story, but the reason why Tun Dr M is asking people 
not to vote the party but to carefully choose based on the quality of 
candidates these days are for some rather 'simple' reasons:

He didn't choose the candidates in this election, so I can't expect him to 
think Pak Lah's choices were perfect! 
Tun Dr M may still be quite annoyed with a number of the BN candidates this 
year, including the AP dispensing lady, the current UMNO Sec-Gen who caused 
UMNO to be declared illegal 2 decades ago, a certain boy from Oxford that 
married well, some of his back-stabbing former assistants in Kubang Pasu, among 
others. All this is second guessing though, as as he is an old wise man, he may 
well be quite zen about all these people actually! 
The third reason is a bit like the first two but with a twist. Tun Dr M thinks 
the BN candidates list is awful but he still wants BN to win. He thinks this 
can only be done by getting voters to see beyond the failings of some BN 
leaders and choosing the best of those available from BN; which, lets face it, 
is probably far superior to the bad blend of the ancient, quirky, strange and 
baby-faced offerings from the opposition!
However, in doing so, he has implicitly thrown down the gauntlet to Malaysians 
to prove that they are indeed Holier than Thou! He has great hopes that the 
indignant crescendo that led to the resignation of a certain philandering 
DVD-sex minister would be repeated across the broad section of the voting 
public on 8-3-8, leading to a cleansing of the nation's leadership by the 
electorate!
On the surface, Tun Dr M's urgings that voters choose the right candidates may 
appear to favour the opposition. Certainly if there were any corrupt leaders to 
be found, they would more likely be among BN candidates, as it is the party 
that is in almost total control of the country. Typically, it is such power and 
control that breeds corruption and poor morals to the extent that cannot be 
ignored.
There are any number of BN leaders that should be voted out for corruption - 
mostly suspected, but some rather blatantly evident to the electorate, what 
with large houses, cars, diamonds on wives' fingers or just plain sliminess. 
Some are disturbing in that they are addicted to skirts. Some must be found 
stupid (for instance from having MBA's from fake US universities) or are just 
plain rude.
Quite a number of incumbent MPs need to be taught a lesson as they may have 
ignored the electorate. Some, even veteran ones, may have shown themselves to 
be 'too good' or 'too busy' for the people, by doing silly things like not 
helping when voters were suffering from floods. The saddest types of candidates 
though appear to be proxy-candidates for their parents.
For instance, the DVD-sex minister has succeeded in getting his son to run in 
his place for MP. Another interesting case is the 'Klang Palace' MP, who 
managed to get his daughter-in-law to run in his place. Surely these candidates 
should feel the heat of the electorate if it is clear that they are not running 
for themselves but as proxies to parents that are too tainted for BN to 
consider running!
Of course, these proxy candidates are in good company, as there is this 
daughter of a glamarous ex-con opposition leader also running as a proxy in KL!
Now, Tun Dr M is not a stupid man. Surely when he said what he said, he didn't 
intend for the opposition to gain such a big advantage against BN. In his heart 
he probably realised that the opposition had hopeless candidates too. In fact, 
the opposition's weakness is most evident at the top, among its leaders!
The DAP's Lim Kit Siang likes to accuse BN of race-based politics, but does 
this whilst allowing his party to be disproportionately Chinese in agenda and 
leadership. In contrast, BN till now remains the party that fields the most 
candidates differing from the majority race in a constituency. Perhaps Kit 
Siang is still living down the legacy of his screaming for Malays to leave KL 
and pissing on the Malaysian flagpole at the Selangor MB's house in 1969? 
PAS on the other hand is led by a Malay leader that on one hand declares the 
need for an Islamic state, but on the other condemned some Muslims as being 
deviant based on party affiliation. He thinks sins hence can be done against 
Muslims who are not PAS members! You'd think tha

Help Palestine [hidayahnet] IIUM/UIAM Ummatic Week: Dr Mahathir Speaking On 16th Feb

2008-02-15 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum and Good Day,

The President of International Islamic University Malaysia (IIUM) has extended 
a special invitation to all professionals, opinion-makers on the web and 
interested individuals to attend the IIUM Ummatic Week, featuring presentation 
of a Keynote Address on Global Peace by Tun Dr Mahathir Mohamad, former Prime 
Minister of Malaysia.

Special Event: Keynote Address By Tun Dr Mahathir Mohamad on Global Peace

Time: Saturday, 16 Feb, 11 am (attendees advised to arrive by 10.30 am)

Place: Cultural Activity Centre (CAC), International Islamic University 
Malaysia (IIUM/UIAM), Gombak, KL

This invitation is open to the public.

Thanks and wassalam ...


  __
Sent from Yahoo! Mail - a smarter inbox http://uk.mail.yahoo.com

Help Palestine [hidayahnet] Morality Or Dogma: Religous Poli-Posturing Revealed Post DVD Sex-Scandal?

2008-01-05 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum and Good Day,
It would appear the saga continues.. to a form. Seems hardly fair not to 
continue our commentary...

http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/01/morality-or-dogma-religous-poli.html

Thanks and wassalam ...

Sincerely,
A M Ubaidah S
http://thoughtsintangents.blogspot.com/
Morality Or Dogma: Religous Poli-Posturing Revealed Post DVD Sex-Scandal?
The saga of Datuk Seri Chua Soi Lek's DVD Sex Scandal may appear to have come 
to a satisfying end with his resignation on 2 Jan 2008. However, there now 
comes an aftermath that is providing us with further insight on how our 
political leaders seem to be confused between the truth held by all religions 
on the necessity of the practice of high morals vs. the political need to 
defend religion.

We begin with Datuk Seri Chua Soi Lek's own continuing contribution, 
encapsulated by his own view that his downfall was not due to unacceptable 
loose morals, but rather as, "Some Malaysians can be said to be “holier than 
thou”.Oh, and here I thought Malaysians just had high morals! Isn't that why we 
are so passionate about religion?

And he continues by inferr his downfall was due to the DVD, urging,"... the 
Government .. investigate the source and who is behind the tape so that it does 
not become a practice to cause the downfall of anyone." Sorry la Datuk Seri, I 
think the loose morals you practice have brought you down, the video recording 
was just the mechanism.

The MCA also seems a little confused. From a party that supposedly represents 
the religious interest of Malaysian Chinese in cabinet as so recently 
instructed by Pak Lah to its president, it is, "accepting (Chua Soi Lek's) 
resignation with regret". Regret! I would have thought with relief! Is the 
president of MCA saying that the poor morals of any of his party's leaders are 
acceptable, as long as, "...He is a very effective and hardworking leader"?!?

Ya la, leaders like the good Datuk Seri Chua Soi Lek may be hard working, but 
how can the people TRUST him, if he cheats on his own wife!

The MCA is now condemning the DVD culprits, and unfortunately, the police have 
responded in a funny way. Muar police chief Asst Comm Mohammad Nasir Ramli has 
indicated police in Batu Pahat and Muar will launch a massive operation to nab 
those involved in distribution and in possession of the sex DVDs of Datuk Seri 
Dr Chua Soi Lek. They would even go 'door-to-door'.

WHY?? Please tell me it is part of a wider investigation behind potential 
blackmail or extortion of Datuk Seri Chua Soi Lek. If not, what is so special 
about the DVDs? I know it would probably qualify as a somewhat bizzare form of 
pornography, but then why not focus on Petaling Street (or the equivalent in 
Muar and Batu Pahat). Better still, why not focus on catching Nurin's killers 
or some other criminals first! (Nurin's body was found >100 days ago by the 
way...)

The opposition is of course now commenting on this issue with some glee, but 
they seem to have a similarly bizzare take. PAS' Information Chief, Mahfuz 
Omar, in what I assume is a formal view, has urged the police to investigate 
and charge Chua Soi Lek and his 'personal friend' for Oral Sex!

Oral Sex? How does investigating an unknown young lady and her a discgraced 
former federal minister for Oral Sex fit in PAS' nation-building agenda.

Besides, Oral Sex is not forbidden in Islam. In one aspect, it is frowned upon 
(makruh), but it isn't haram. So, why is PAS, a party that is espousing a move 
to Syariah Law asking for non-Muslims to be charged according to 'secular' laws 
for a private act not forbidden by Islam? Isn't that... hypocracy? What... PAS' 
information chief being hypocritical!? But his is a religion based party! 
Morals...

I suppose PAS is acting a little better than the DAP, which had earlier 
dismissed the issue as a 'private matter'. Such conclusions sort of explain the 
rut they've politically been in for decades...

It is both disconcerting and a relief hence to find Pak Lah getting it right 
this time when he advised,"The rakyat not only want us to carry out our 
responsibilities well and with honesty, they also want their leaders to be 
individuals of good moral standing".

Actually, the 2 wants are indivisible, but at last... some good sense! Now Pak 
Lah has shown he does have an inkling of what the rakyat wants, maybe he can 
also address some confusion in the UMNO ranks, beginning with the local UMNO 
leader who earlier endorsed the acceptance of Chua Soi Lek's apology without 
resignation!

Well my fellow 'hollier than thou' Malaysians... lets hope we remain moral and 
have such morals inherited by subsequent generations... for with leaders like 
these...


  ___
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Try it
now.
http://uk.answers.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Gara-Gara Kesombongan Menteri, Bakal Putus Talian Rumpun Akibatnya?

2007-09-04 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum,

Bulan Ulangtahun kemerdekaan sudah lepas. Kini masa untuk meneruskan pengisian 
kemerdekaan. Perjuangan belum selesai...

http://thoughtsintangents.blogspot.com/

Sekian, wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S

http://thoughtsintangents.blogspot.com/2007/09/gara-gara-kesombongan-menteri-bakal.html

Gara-Gara Kesombongan Menteri, Bakal Putus Talian Rumpun Akibatnya?

Saya baru kembali dari kenduri meraikan pernikahan seorang sepupu di Jakarta. 
Dalam kemeriahan sambutan, tiada seorang pun dari wakil rumpun keluarga kami 
dari Malaysia yang bisa lari dari persoalan yang kini menjadi tanda-tanya 
kebanyakan rakyat Indonesia,”Kenapakah orang Malaysia begitu sombong terhadap 
orang Indonesia?"

Dalam selok-belok bicara yang merapatkan silaturahim keluarga, sudah tentu 
soalan tersebut di utarakan dengan penuh sopan dan kebingungan yang ikhlas. 
Namun, di sekitar Jakarta pada hujung minggu, rata-rata terlihat sepanduk, 
lakaran di dinding malah sayup-sayup masih terdengar pekikan yang mengutuk 
sikap sombong Malaysia terhadap Indonesia dengan nada yang lebih perit.

Mungkin ada yang menuding jari kearah kejadian pemukulan hakim karate dari 
Indonesia oleh anggota Polis DiRaja Malaysia tempohari sebagai punca kemarahan. 
Mungkin ada juga yang percaya rasa tidak puas hati jiran serumpun kita adalah 
hasil dari pemaparan media Indonesia akan pelbagai kes yang kurang enak seperti 
pemukulan Nirmala Bonat, isu Ambalat atau pembuangan pekerja haram Indonesia.

Walaupun benar mungkin terlalu banyak insiden kurang enak yang sudah berlaku 
terutama sekali dalam tempoh beberapa tahun ini di antara dua Negara. 
Semestinya benar juga yang pemukulan Donald Luther telah menjadi tunas 
kemarahan yang baru. Namun, yang menimbulkan kemarahan meluap-luap hingga hari 
ini, hampir 2 minggu selepas kes pemukulan tersebut bukanlah kejadian tersebut.

Yang menjadi punca kemarahan tidak terhingga masyarakat Indonesia terhadap 
Malaysia hingga ke hari ini tidak lain dan tidak bukan, kesombongan Menteri 
Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang dengan angkuhnya, enggan 
memohon maaf secara rasmi bagi pihak kerajaan Malaysia atas kejadian tersebut!

Rakyat Indonesia majoritinya serumpun Melayu dengan majoriti rakyat Malaysia. 
Malah, hubungan kekeluargaan juga wujud di antara rakyat bukan pribumi 
kedua-dua Negara. Maka seharusnya nyata pada hemah Datuk Seri Syed Hamid yang 
rumpun Melayu sedia bermaaf-maafan.

Pada masa yang sama, Melayu pantang dilayan sombong. Kalau ada salah dan silap, 
terutama sekali antara keluarga, yang bersalah haruslah terus memohon maaf, 
walaupun jika kesilapan tersebut tidak disengajakan. Yang penting tata-susila, 
sopan-santun dan budi-pekerti antara kita. Ketua Polis Tan Sri Musa Hassan 
sendiri mengakui kesalahan polis kita dan sudah pun meminta maaf kepada Donald.

Apa yang nak ‘eksyen’ sangat Datuk Seri Syed Hamid, bukankah ternyata kita pada 
pihak yang salah. Bukannya Indonesia itu Negara yang tidak berkait dengan kita. 
Indonesia bukan sahaja jiran terdekat, malah tunas rumpun Melayu berlegar di 
antara kepulauannya berpantulan bumi Champa. Rakyat Indonesia juga tak 
habis-habis berbudi kepada Malaysia dan pembangunannya.
Sekarang akibat angkuh, bongkak sombong dan eksyennya Datuk Seri Syed Hamid, 
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) sudah mempertikaikan silaturahim Indonesia 
terhadap Malaysia sebagai Negara ‘serumpun’.



Sewaktu Singapura membantah pembinaan Jambatan Bengkok mengganti Tambak Johor, 
Datuk Seri sedia akur kehendak Singapura, walaupun darah bapa Datuk Seri 
mungkin panas sebentar. Ya lah, kalau dengan Singapura tu, mungkin akur bukan 
kerana bebal atau dayus seperti ada yang menuduh, tetapi akibat Datuk Seri Syed 
Hamid merasakan hormat sekali terhadap Lee Kuan Yew. Mana boleh sombong.

Ada yang mengatakan usaha Datuk Seri Syed Hamid mengetengahkan calon Malaysia 
sebagai Setiausaha Agung OIC dan Komanwel gagal sebab Datuk Seri sombong hingga 
tak merujuk betul-betul pendapat semua pihak. Tapi ini mungkin tidak benar, 
mungkin Datu Seri ikhlas memilih, cuma kurang bernasib baik.

Ada yang menuduh yang dengan kebebasan yang diberikan Pak Lah, Datuk Seri Syed 
Hamid terlalu bersedia mengampu Amerika Syarikat dan kian mangabai teman-teman 
lama dan setia di ASEAN, OIC dan Komanwel. Sombongnya terserlah apabila beliau 
lebih bersedia mengutuk Palestin dari membantu. Mungkin Datuk Seri terlalu arif 
akan kelebihan mengampu kuasa besar lebih dari menngamankan kawan.

Sewaktu Banjir di Kota Tinggi dahulu, Datuk Seri seolah-olah sombong tak 
melawat, hinggalah hari Pak Lah sendiri melawat kawasan parlimen Datuk. Ya lah 
kita faham yang Datuk Seri Syed Hamid lebih mementingkan Perdana Menteri dari 
rakyat kawasan parlimennya. Mungkin bukan kerana sombong, tapi menurut 
kepentingan.
Apakah ongkos sombong-tidaknya Datuk Seri Syed Hamid dalam insiden yang lain 
ini?


Mungkin maruah Negara tergadai sedikit dalam hal Jambatan Bengkok. Tapi tak 
apa, mungkin Datuk Seri Syed Hamid 

Help Palestine [hidayahnet] Antara Ijok, Telefon Bimbit Dan Perjuangan

2007-04-18 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum,

Sekadar teladan... 

http://thoughtsintangents.blogspot.com/2007/04/antara-ijok-telefon-bimbit-dan.html

Wassalam...

Ikhlas,
A M Ubaidah S

Antara Ijok, Telefon Bimbit Dan Perjuangan

Saya baru melawat halaman http://nursamad.blogspot.com/ dan melihat paparan 
sambutan ulangtahun kelahiran seorang pendekar Melayu yang masyhur Tan Sri A 
Samad Ismail, atau Pak Samad. Melihat gambaran zaman muda Pak Samad, sebelum 
beliau mula berentap mengasak kroni sang penjajah Inggeris, si Lee Kuan Yew, 
teringat saya akan kisah pertemuan beliau dengan Pemuda UMNO. Begini kisahnya...

Pak Samad dijemput berbicara dengan para pemimpin Pemuda UMNO pada awal zaman 
kepimpinan Dato' Hishamuddin. Pada sesi soal-jawab, beliau ditanya oleh seorang 
Pemuda, apakah perbezaan antara Pemuda UMNO sekarang dan Pemuda UMNO pada zaman 
Pak Samad. 

Memang sesuai soalan ini diajukan kepada Pak Samad, selaku bekas pemimpin muda 
Melayu yang hebat di Singapura, beliau diantara pengasas Gerakan Angkatan Muda 
(Geram) dan PAP (People's Action Party). Beliau juga tidak putus usaha 
memperjuangkan kemerdekaan serta mempertahankan hak masyarakat Melayu pada era 
kelahiran Malaysia.

Namun selepas berfikir sejenak, jawapan Pak Samad ringkas,"Handphone". 
Perbezaan perjuangan Pemuda UMNO dahulu dan sekarang pada hemah Pak Samad 
adalah 'Handphone', Telefon Bimbit. Telefon Bimbit?

Bingung sejenak anak-anak muda UMNO tersebut, apabila tiba-tiba, seolah-olah 
dikurniakan Allah S.W.T. peluang menimba lagi ilmu dan pengalaman Pak Samad, 
berdering kedengaran bunyi telefon bimbit. Tergesa-gesa lebih separuh peserta 
majlis menoleh ke kocek, beg, meja, kerusi atau pautan lain telefon bimbit 
masing-masing. Ternyata seorang sahaja yang menerima panggilan, lalu peserta 
tersebut menjawab, dan tak sempat beredar dari bangkunya, sudah mula berbicara 
mesra (dengan taukeh mungkin) melalui telefon bimbitnya.

Pak Samad sambil tersenyum mengulanginya,"Handphone". Telefon Bimbit.

Kemudian dengan nada separa sinis, separa nasihat, Pak Samad menghuraikan 
pernyataannya, lebih kurang begini, kerana saya sendiri tidak hadir, tetapi 
tersampai juga bicara-katanya: 

Pada zaman Merdeka dahulu, apabila Pemuda Melayu dan UMNO berbicara tentang 
perjuangan, tidak ada "Handphone" (Telefon Bimbit) yang mampu mengalihkan 
tumpuan perhatian dari prinsip, usaha dan matlamat perjuangan tersebut!

Retakan jantung-hati para pejuang kemerdekaan seperti Pak Samad dari melihat 
betapa deringan Telefon Bimbit berupaya mengalih perhatian mereka yang kononnya 
generasi baru pemimpin bangsa merupakan suatu papan-tanda bahaya kian melanda 
UMNO, Islam, Melayu dan Malaysia. Ternyata juga gejala Telefon Bimbit ini kian 
menjadi-jadi, terutama apabila Pemuda dukungan Tingkat 4 zaman Lah bukan sahaja 
kini tak ingin mengamati malah berupaya mengherdik dan sangsi akan nilai-nilai 
perjuangan generasi merdeka seperti Pak Samad. 

Dan bukan yang Muda sahaja yang menghidapi penyakit Telefon Bimbit, yang baru 
habis Muda dan yang perasan masih Muda pun dijangkiti bersama hingga menular 
disegenap lapisan kepimpinan negara kita. Lihat sahaja gelagat kaum politik 
Malaysia di sekitar pilihanraya-pilihanraya kecil Batu Talam, Machap dan kini 
Ijok.

Di Batu Talam, masyarakat di alih perhatian dari isu-isu penting melalui 
gembar-gemburan 'boikot' PAS sambil UMNO berbisik-bisik di sebalik tabir akan 
kecundangnya Dato' Najib sekiranya kerusi UMNO tersebut gagal dipertahankan. Di 
Machap pula, suasana kempen diperhangatkan lagi dengan terbitnya cahaya yang 
kian malap, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kini di Ijok, Anwar terus timbul, 
menunggang kuda barunya, Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang wira yang telah 
dialihkan perhatian dari perjuangannya untuk bangsa.

Di sebalik jentera dan percaturan pilihanraya-pilihanraya kecil ini, wujud 
perangkaan, jalan-cara, usaha mempertingkatkan imej kekuatan Dato' Seri Anwar 
Ibrahim dan perlecehan kedudukan Dato' Najib Tun Razak. Kenapa? Sebab Anwar 
ingin merebut kuasa! Kenapa? Telefon Bimbit...

Dengan kuasa, nombor Telefon Bimbit sentiasa dicari orang. Dengan kuasa, 
terbitnya nombor Telefon Bimbit pada telefon yang berdering pasti menyegerakan 
jawapan. Telefon Bimbit...

Mana perginya perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara? Manakah usaha 
meleraikan pertelingkahan di antara dan dikalangan kaum? Tertinggal di luar 
perkiraan jika dilihat pemilihan calon Ijok, baik pembangkang mahupun kerajaan. 
Yang PKR menusuk usaha mendirikan parti bukan perkauman dengan memilih calon 
berdasarkan kaum untuk memastikan kemenangan. Yang MIC mengancam harmoni parti 
untuk menjamin kekalahan.

Ijok untuk menguatkan Telefon Bimbit Anwar...

Machap kelihatan sebagai sandiwara sambilan di antara Batu Talam dan Ijok, 
tetapi dengan memilih calon yang tak bisa menang, ternyata Lim Kit Siang 
menjamin kekuatan Telefon Bimbit anaknya di Melaka... Anwar pun pandai, 
perginya perkempen di penghujung pilihanraya kecil Machap semata-mata sebagai 
persediaan untuk Ijok.

Help Palestine [hidayahnet] Kenapakah Pilihanraya Harus Diadakan Pada Tahun 2007... BUKAN Kerana Anwarlah!

2007-03-27 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum,

Sekadar pendapat untuk dikongsi @ oops I did it again!
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2007/03/kenapakah-pilihanraya-harus-diadakan.html

Sekian, wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S

Kenapakah Pilihanraya Harus Diadakan Pada Tahun 2007... BUKAN Kerana Anwarlah!

Dewasa ini telah diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat yang pilihanraya 
umum bakal diadakan pada akhir tahun ini. Ini walaupun Pak Lah tidak perlu 
mengisytiharkan pilihanraya sebelum tahun 2009 memandangkan mandat teguh yang 
dipegang oleh beliau hasil kemenangan besar pada awal tahun 2004.

Lazimnya dikatakan yang Pak Lah ingin mendahulukan pilihanraya tersebut kerana:


Bimbangnya beliau yang menjelang awal tahun 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan 
berupaya bergiat dengan lebih aktif dalam politik selesai tempoh penggantungan 
hasil pemenjaraan DSAI kerana jenayah rasuah. 
Berita 'kekuatan ekonomi' yang digembar-gemburkan oleh media di bawah 
penguasaan Tingkat 4. 
Pengagihan dana RMK9 kepada para penyokong UMNO serta BN yang berterusan secara 
langsung dan tidak langsung sejak akhir tahun lepas.
Ini semua dikatakan membawa petanda yang pilihanraya akan diumumkan sejurus 
selepas pengumuman belanjawan 2008, apabila pengagihan dana kepada rakyat pula 
akan diadakan, mungkin sekali di penghujung atau selesainya Syawal.

Walaupun saya bersetuju yang ada kemungkinan besar Pak Lah berniat demikian, 
Tangen yang ingin saya ambil adalah 3 sebab di atas bukanlah sebab kenapa Pak 
Lah ingin mengisytiharkan pilihanraya menjelang akhir 2007.

Sebenarnya, apalah sangat yang perlu ditakutkan oleh Pak Lah tentang 
menjelmanya semula Anwar Ibrahim ke arena politik. Walaupun Anwar mungkin lebih 
berupaya memangkinkan usaha dan meningkatkan prestasi pihak pembangkang, tetapi 
dari segi jentera politik, pihak pembangkang tetap mengalami kelemahan terutama 
di luar kawasan di mana mereka sudah sedia aktif selama lebih setengah abad. 

Anwar tanpa jentera UMNO untuk mendukungnya bagaikan singa yang telah dikasi.

Yang sepatutnya lebih membimbangkan Pak Lah adalah prestasi ekonomi dan 
kenaikan kos hidup rakyat yang semakin menghimpit, terutama bagi golongan makan 
gaji dan berpendapatan rendah. Golongan ini lazimnya dari kalangan bangsa 
Melayu, dan initiatif-initiatif kerajaan, walaupun manis dimulut, ternyata 
menanduskan kocek, dengan naiknya kos tol, api serta minyak, dan memeritkan 
hati, apabila kemudahan DEB diancam oleh "jaguh Hitam" Pak Lah sendiri.

Mana tidaknya Tingkat 4 merasakan perlu untuk menggembar-gemburkan, malah 
sedikit-sebanyak me-reka berita yang ekonomi negara sekarang kian kukuh. 
Mungkin penduduk Tingkat 4 perlu melindungi diri dari tuduhan bahawa nasihat 
dan daya-fikir OxBridge yang mentah tidak ubah liat-hanyirnya berbanding 
pandapat anak muda lepasan universiti lain yang sama kurang berpengalaman.

Orang-orang lama lazimnya tahu yang niat disebalik azam Pak Lah memajukan 
tarikh Pilihanraya ke akhir 2007 adalah semata-mata untuk menguatkan kedudukan 
politiknya di dalam UMNO. Ternyata pemimpin yang paling kuat dalam UMNO 
sekarang adalah Dato' Seri Najib Tun Razak. Inilah sebabnya Anwar menumpukan 
serangannya bertubi-tubi kearah Najib, bukan Pak Lah. Kalau ada komplot lain 
tu, tak tahu lah, tetapi ternyata Najib lebih penting kepada UMNO.

Ini adalah kedudukan yang kurang selesa untuk Pak Lah, kerana beliau lebih 
memerlukan Najib dari sebaliknya untuk kekal berkuasa. Adakah patut ketua harus 
mengharapkan sokongan nombor dua sebegini rupa... tidak terancamkah Pak Lah? 
Mungkin Najib datang dari darah bangsawan yang terbukti setia kepada ketua 
walaupun beliau lebih berpengaruh, seperti bapanya juga. Tetapi ingatlah yang 
bapanya juga sedia dan lekas mengambil alih apabila ketuanya rebah...

Maka Pilihanraya Umum kelak akan membolehkan Pak Lah melakukan beberapa perkara:
Mengalihkan kerusi pencalonan dari penyokong-penyokong Najib atau pemimpin UMNO 
lain, seperti penyokong Tun Dr. M dan Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi). Ini 
memberi peluang para pemimpin tersebut diberikan kedudukan yang mampu 
dipergunakan untuk pertandingan dalam parti. 
Pengalihan kerusi ini digandingkan dengan pengagihan dana sempena 'persiapan 
Pilihanraya Umum', yang sebenarnya untuk mengukuhkan kedudukan penyokong Pak 
Lah untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian 
kelak. Ini terutama sekali di Bahagian-Bahagian yang mana UMNO tidak memegang 
kerusi Wakil Rakyat atau ADUN dan dikuasai pemimpin yang kuat mengkritik 
seperti Seremban dan Cheras. 
Memberi peluang untuk jentera jaguh-jaguh Pak Lah dengan senyap 'mengalahkan' 
calon UMNO yang 'kurang sesuai' pada hemah para penasihat politik beliau semoga 
kekalahan tersebut memincangkan kedudukan para pemimpin tersebut di kaca-mata 
ahli-ahli Bahagian.
Tidak hairanlah yang Pilihanraya 2007 bakal diadakan sekitar setahun sebelum 
Perhimpunan Agung UMNO. Sebelumnya, pemilihan pemimpin UMNO pada peringkat 
Cawangan serta Bahagian mesti diadakan. Makanya ra

Help Palestine [hidayahnet] Crunch Points Of 2007, With Q1 Leading To Initial Conclusions

2007-03-26 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum,

My latest installment. Enjoy!

http://thoughtsintangents.blogspot.com/2007/03/crunch-points-of-2007-with-q1-leading.html

Thanks and wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S

Crunch Points Of 2007, With Q1 Leading To Initial Conclusions

I had a gathering with a few friends on New Year's Day to discuss the potential 
crunch areas facing the nation this year, 2007. It was partly in reaction to 
the on-going number of issues, many unresolved till today, and many more 
arising continuously, almost swamping us to the point where many have stopped 
caring. We thought it was important to focus on the key issues that may place 
the nation in danger, in the eve of our 50th Merdeka celebrations.

By far the most critical item was agreed as being the impending USFTA. The 
group believed this was the biggest issue, though surprisingly the issue the 
rakyat were least aware of, as:

If miss-handled, it had the potential of being the most damaging agreement the 
country has ever agreed upon since independence, to the risk of even 
sacrificing out sovereign rights to the US, a power that has shown itself to be 
selfish and unsympathetic to other, closer, past partners. 
The recent JapanFTA with Malaysia has indicated a degree of incompetence of the 
current government in concluding such agreements, resulting in an agreement 
clearly NOT in Malaysia's favour, when a better agreement would have been easy 
as Japan is a country that has a long-standing, cooperative and benign 
relationship with us. 
Worryingly, there has recently been anecdotal evidence from the behaviour of 
MITI, especially the long serving minister, that the Japan FTA was not signed 
with the ministry's full endorsement, but an agreement was forced by 'other 
forces', much as being seen recently for the USFTA.
Compared to the USFTA, the other 2 'crunch' events seen then are more benign, 
but are themselves major events were it not for the presence of the USFTA. The 
second highest ranked issue for my part was Proton, or rather what the 
government was going to do about it. 

The Proton issue is a long-standing one, but is critical in demonstrating the 
seriousness of this administration in establishing good corporate governance 
and the building of a progressive Malaysia. Continued misshandling of Proton, 
by rewarding its ownership to the wrong parties, or denying its success by 
turning it into a second-rate subsidiary of a foreign rival, would be seen as 
confirming that corporate corruption and the culture of mediocrity is alive an 
well in Malaysia.

As mentioned on occassion by this blogger, my book of writings on Proton is 
coming along nicely, with materiel from former leaders and internal sources 
from bidding companies, hopefully, shedding more light to the whole mess so 
far, though we hope (naively?) nevertheless leading to a good outcome.

Finally, the issue we thought would be of interest moving later into the year 
was Synergy Drive and the amalgamation, and re-allocation (as there must be), 
of the assets of the major Plantation GLCs in the country. Synergy Drive is 
seen as a larger and potentially bigger test case of the extent of corporate 
corruption and mismanagement has progressed than Proton. 

Of particular additional interest also is the way the merger will change the 
power-structure in Malaysia's corporate landscape, with the plantation 
companies wielding so much power even whilst apart, second only to Petronas in 
the GLC ranks. Will our plantations continue to be steered by Nationalists like 
those in PNB, with Nation-Building agendas, or new-age Economic Hit-men like 
many in Khazanah, with KPI's on their minds, and little else?

We are coming into the end of Q1 2007, and I believe the above to still be 
pertinent, so many may ask, where is the 9MP and Singapore's Johor Economic 
Rape (SJER), now better known as the IDR (Iskandar Duped Repeatedly). Well, I 
believe the 9MP to be nothing more than a poor man's PR trick (I mean really, 
do you remember the 8th, 7th, 6th... MPs?). And the IDP, the biggest 
real-estate auction in history, deserves a separate category altogether...

As for the coming elections... well, I think the handling of USFTA, Proton and 
Synergy Drive should probably be guiding lights for Young Professional voters 
in Malaysia on how they cast their votes in any case. On these issues we can 
decide if the government is guiding us and our country where we think we 
deserve to be driven, in a decent Proton running along in 'synergy' with our 
nature and desires, and without some stupid American as a backseat driver!



___ 
Web email has come of age. Don't settle for less than the All New Yahoo! Mail 
http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Help Palestine [hidayahnet] Some Humbling Reflections

2007-03-16 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum and Good Day,

Please enjoy my returning efforts to the pages of 
http://thoughtsintangents.blogspot.com/.

Thanks and wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S

Some Humbling Reflections

I've been busy at work, and then chose to take time to reflect and reassess, 
whilst resisting to respond to stupidity such as these:

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/28/business/16996639&sec=business
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/5/nation/17047430&sec=nation
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/10/bizweek/17073462&sec=bizweek
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/13/nation/17119560&sec=nation

And hypocracies like these (however welcome any voice may be against notions 
like a USFTA and for notions like the GLCs' role in nation-building):

http://www.bilaterals.org/article.php3?id_article=7329
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/11/nation/17113577&sec=nation

And just plain naivety/ignorance, unworthy of the reputation of an Oxford PPE 
degree, such as this:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0225&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

In the period, this site still received a modest number of hits, for which I 
must thank http://rockybru.blogspot.com/, http://www.mykmu.net/ and some new 
notoreity from this http://www.umno-reform.com/urnews1/blog_attack_pm.htm site.

In my time to reflect I remain convinced that the biggest danger facing 
Malaysia as a nation this year is

which you can find out more on http://www.usftamalaysia.blogspot.com/ and that 
Uncle Kali

remains the country's best puppet-master with Yang Angkuh Bongkak (YAB)

as described here http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=NaibKetua being 
by far his most dangerous puppet.

Just a note. BursaMalaysia collapsed the week after YAB KJ opened his mouth on 
the soundness of our economy in the Utusan. Not saying that YAB has strong 
influnce on the markets, only that he probably shouldn't confess his ignorance 
so loudly. Its so embarassing for those in the generation he (wrongly) claims 
to be representing!

I'm back... with some humbling reflections...





___ 
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more at 
the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes. 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk 

Help Palestine [hidayahnet] USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21?

2007-02-04 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Agihkanlah usaha ini kiranya sudi... dari... 
http://usftamalaysia.blogspot.com/2007/01/usfta-malaysia-malayan-union-abad-ke-21.html
Sekian, wassalam...

Ikhlas,
http://usftamalaysia.blogspot.com/
USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21? 
Suatu cabaran yang diterima oleh Gabungan Rakyat Pemantau USFTA-Malaysia dari 
para pemimpin pelajar Malaysia di UK adalah untuk menjelaskan kenapakah USFTA 
atau Perjanjian Perdagangan Bebas dengan US ini dikatakan seakan-akan ancaman 
Malayan Union yang ditentang oleh nenek-moyang kita dahulu. Izinkan kami 
menjelaskan sedikit hujah di sebalik pendapat ini.

Pada zaman kemenangan sistem kapitalis Barat ini, sistem kapitalis ini sendiri 
menjadi senjata utama dalam usaha membelenggu negara-bangsa lain di dunia. 
Amalan ini mungkin tidak didukung oleh semua negara Barat, tetapi Amerika 
Syarikat, sebagai kuasa besar utama di dunia sekarang dari segi ketenteraan, 
mahupun saiz ekonominya, tetap mengamalkan penjajahan kapitalisma, atau 
Colonial Capitalism.

Namun, penggunaan kekuatan ekonomi dan perdagangan sebagai senjata bukanlah 
amalan baru. Seawal kurun ke 16 sekalipun, para penjajah Portugis telah 
menjelajah ke India dan Asia Tenggara dengan laungan God, Gold and Glory, atau 
Tuhan, Emas dan Keagungan. Usaha mereka berdasarkan kehendak untuk menggoncang 
kekuatan ekonomi para saudagar Islam di laut Mediteranian pada masa itu yang 
berupaya menyekat usaha penjajahan negara-negara Islam oleh kuasa-kuasa Eropah. 
Mereka diikuti kelak oleh penjajah Belanda, Sepanyol, Perancis dan Inggeris.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. sendiri, sektor ekonomi merupakan tumpuan baginda 
sejurus selepas membangunkan Masjid di Madinah. Baginda berusaha membuka jalan 
aktiviti perniagaan oleh pengikut-pengikutnya, dan membebaskan masyarakat dari 
belenggu riba para pemiutang yang lazimnya dari golongan Yahudi. Malah, 
kemajuan Madinah sebagai pusat perniagaan yang kian bersaing dengan Mekahlah 
antara sebab tercetusnya perang Badar di antara masyarakat Islam Madinah dengan 
Kaum Quraish Mekah.

Merujuk kepada buku The Principles Of Islamic Economic System oleh Yusuf Kamal, 
jelas dalam Islam bahawa aktiviti ekonomi tidaklah dilakukan secara 'bebas', 
tetapi haruslah menurut garis-panduan agama. Menurut prinsip Islam, sistem 
ekonomi haruslah memberikan manfaat kepada seluruh pelusuk masyarakat dan 
melindungi dari ketidak-seimbangan ekonomi. Ini kerana kemakmuran sejagatlah 
jalan cara memastikan seluruh masyarakat berupaya menunaikan tanggungjawab 
agama tanpa dibelenggu oleh kesempitan hidup.

Maka, Islam tidak membolehkan sistem ekonomi yang menyebabkan kepapaan sesuatu 
golongan masyarakat. Antara lain, ini kerana:

Golongan yang tersepit di jurang kemiskinan mungkin tiada masa dan tenaga untuk 
menunaikan ibadah asas sekalipun, seperti sembahyang, kerana hidup kais 
pagi-malam yang tidak berkesudahan. 
Golongan tersebut juga mungkin terpaksa melakukan perkara yang berdosa seperti 
pencurian, pelacuran, mahupun pembunuhan, sekiranya dibiar tersepit, dan ini 
mungkin juga akan menghindar masyarakat secara amnya dari melakukan ibadah 
sebanyak yang mungkin.
Berdasarkan prinsip mudah dan indah ini sahaja, konsep USFTA-Malaysia, yakni 
perjanjian perdagangan bebas tidaklah sesuai menurut lunas-lunas Islam dari 
segi prakatanya sekalipun. Dari segi intipati, ia juga menimbulkan kebimbangan, 
kerana beberapa fakta sejarah dan perundangan tentang kesan USFTA ini. Antara 
lain:
Ia memberi kebebasan bagi syarikat US untuk melakukan aktiviti ekonomi dan 
perdagangan di Malaysia secara bebas seakan-akan syarikat tempatan. Ini memberi 
kelebihan besar kepada syarikat US, kerana syarikat-syarikat gergasi mereka 
lazimnya berupaya menindih-lumatkan syarikat-syarikat tempatan, baik yang 
kerdil mahupun yang besar oleh kerana kekuatan kewangan dan sokongan syarikat 
induk mereka yang berpaut kepada pasaran besar di US. 
Walaupun syarikat-syarikat US mungkin kemudian perupaya mengambil tempat 
syarikat tempatan yang sudah ditewaskan, bagi meraih keuntungan, pastinya 
syarikat-syarikat US tersebut akan bertindak mengurangkan kos dari segi jumlah 
pekerja, mengurangkan gaji, pemindahan aktiviti seperti pembuatan, akaun dan 
sebagainya ke negara yang kosnya lebih rendah dan kemungkinan sekali menaikkan 
harga barangan sesudah kesemua saingan tempatan berjaya ditewaskan. 
Hasil dari penguasaan ekonomi oleh syarikat US ini mungkin termasuk penurunan 
harga barang. Tetapi, pada masa yang sama, kadar pengangguran juga akan 
meningkat hasil pengurangan jumlah pekerja dari sektor yang diambil alih oleh 
syarikat US tersebut. Ini mungkin memberi keuntungan kepada majoriti rakyat, 
tetapi ia tidak memastikan atau mengesyorkan akan berlaku keadilan ekonomi 
sejagat seperti dituntut Islam. Di negara-negar Amerika Selatan, terlihat 
jurang miskin-kaya mendadak meluas selepas USFTA. 
Pada peringkat yang paling ekstrim sekali, syarikat US juga berupaya 
meninggalkan Malaysia dan men

Help Palestine [hidayahnet] Can Pak Lah Afford To Be Partisan Against Us Wee Bloggers?

2007-01-29 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum and Good Day,

Sorry Jeff, Rocky, I couldn't help but take a Tangent. Hope it doesn't screw up 
your defence...

Thanks ans wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S

http://thoughtsintangents.blogspot.com/2007/01/can-pak-lah-afford-to-be-partisan.html

Can Pak Lah Afford To Be Partisan Against Us Wee Bloggers?

I'm taking a Tangent here of course on the matter of the bloggers (Jeff and 
Rocky) vs NSTP case which is running rabid on the Malaysian blogosphere and 
apparently infecting much of the world's on-line and traditional media.

The Tangent I'm taking is actually on this:

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/24/nation/16663444&sec=nation

Am I reading this right? Is Pak Lah really taking sides here, against Jeff and 
Rocky, in what is really a civil suit? I mean I know-lah that NST is an UMNO 
paper and that Kalimullah is Pak Lah's chum (due to Pak Lah mistakenly thinking 
that Kalimullah helped him secure the DPM-ship - uncle Kali you sly old 
manipulator you...) as well as his son-in-law Khairy's boss and once(?) 
business partner, but isn't this going a little too far?

It would be far fairer of Pak Lah if he also added a comment in the lines 
of,"Traditional media also should take responsibility of their reporting, and 
responsible blogs then do have a role to play to check the excesses of such 
media, especially those with links to the establishment like the NST. Indeed 
traditional media like NSTP's publications that are linked to the ruling party 
must set the standard in responsible reporting ahead of blogs as any poor 
reporting risks embarassing the government."

The above line is not just more creditable for a leader gagging for world 
recognition (since local recognition is tough in the days of floods, boats, 
inflation and toll hikes), it is also good politics as:

Bloggers are voters too

Uncle Kali and gang are not really the most popular people in Malaysia at the 
moment

In Acheh recently, the winner of the race for Govenor was a surprise dark-horse 
ex-rebel/freedom fighter ex-con. The reason he and his block of the Acheh 
Liberation Movement (GAM) won? They printed out and distrubuted the 'best off' 
news about their block that was published in the net and blogs!
By the way, there may also be legal reasons why Pak Lah should refrain from 
commenting on this matter as the recent thorn in Dato' Rafidah's side, Michael 
Backman (http://www.michaelbackman.com/) once commented in his book...

...that (in his view) Malaysian courts are actually quite independent (contrary 
to popular opinion), but have this annoying habit of typically passing 
judgement in favour of or in line with what they percieve are the government's 
desires; the flip-flop on Anwar Ibrahim's conviction and subsequent release on 
appeal being the case in point.
Could Pak Lah be setting up grounds for an appeal for this case should the 
NST-fellows win? Pak Lah... I thought uncle Kali was your friend?





___ 
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more at 
the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes. 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk 

Help Palestine [hidayahnet] Ulasan Wakil Petani, Nelayan Dan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Pengesyoran Dato' Seri Rafidah Aziz Tentang USFTA

2007-01-28 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Sokongan berterusan saudara/i dalam mengagihkan maklumat ini amatlah dihargai. 
Sekian, wassalam...

Ikhlas,
http://usftamalaysia.blogspot.com/
http://usftamalaysia.blogspot.com/2007/01/ulasan-wakil-petani-nelayan-dan.html
Ulasan Wakil Petani, Nelayan Dan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Pengesyoran 
Dato' Seri Rafidah Aziz Tentang USFTA
JAWATANKUASA BERTINDAK MEMBANTAH US FTA (WILAYAH UTARA)
d/a 21, Lintang Delima 15, 11700 P.Pinang
Tel ; (6) 04 6596930 Fax ; (6) 04 6596 931 Email ; [EMAIL PROTECTED]
15 Januari 2007
Surat Kepada Pengarang

Penjelasan YB Dato’ Seri Rafidah Aziz berkenaan beras di USFTA di alu-alukan 
dan diharapkan isu-isu lain dalam US FTA dapat diperjelaskan kepada masyarakat 
Awam
Kami wakil petani, nelayan, pengguna, masyarakat luar bandar dan wakil-wakil 
NGO wilayah utara mengalu-alukan penjelasan YB Dato’ Seri Rafidah Aziz 
berkenaan isu beras di US FTA.

Walaubagaimanapun harus diperjelaskan bahawa permohonan berkenaan penjelasan 
ini bukan perkara baru kerana pelbagai pihak termasuk pihak jawatankuasa 
bertindak telah meminta pihak kerajaan lebih terbuka berkenaan perundingan US 
FTA bukan sahaja berkenaan isu beras tapi juga berkenaan isu-isu lain dalam 
perundingan USFTA kerana semuanya menyentuh kepentingan awam.

Walaubagaimana pun, jawatankuasa bertindak berhasrat meminta penjelasan 
daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tentang maklum balas US 
berhubung permintaan Malaysia untuk tidak memasukkan Beras dalam perundingan 
tersebut memandangkan perundingan masih ber-langsung dan tiada ketetapan yang 
jelas boleh dibuat sehingga perjanjian ditandatangani.

Dalam pemerhatian kami, USFTA bukan sahaja memberi kesan dalam bidang 
perdagangan tetapi juga memberi implikasi kepada mata pencarian dan kehidupan 
kami semua Rakyat Malaysia terutama masyarakat desa yang dijangka menerima 
kesan yang teruk. Sebagai contoh, syarat – syarat harta intelektual akan 
memberi kesan antara lain:
bahan kimia pertanian yang digunakan oleh petani-petani berkemungkinan menjadi 
lebih mahal;
kos sara hidup mungkin naik kerana barang-barang contohnya ubat-ubatan adalah 
diramalkan menjadi lebih mahal;
kos pendidikan dan buku-buku mungkin meningkatkan
Produk hasil desa juga tidak akan dapat dilindungi dan insentif kepada usahawan 
kecil desa boleh dilihat sebagai Halangan Bukan Cukai dalam USFTA ini.

Petani juga resah berhubung tekanan dari syarikat bioteknologi US melalui US 
FTA yang cuba melobi untuk membawa massuk barangan ubah suai genetik mereka ke 
Malaysia dimana kesan produk tersebut kepada kesihatan dan alam sekitar di 
pertikaikan dalam waktu yang sama ia mungkin meningkatkan kebergantungan petani 
kepada industri tersebut disamping meningkatkan kos pertanian.

Kami sangat bimbang bahawa Kerajaan Malaysia tidak membuat penelitian mendalam 
terutama pada kajian kos – faedah sebelum menandatangani USFTA dan apabila 
perundingan terbabit diadakan secara tertutup, tiada sebarang maklumat 
didedahkan pada awam dan tidak berlaku sebarang perbincangan telus dengan para 
petani dan masyarakat awam.

Kami menggesa semua pihak khususnya kerajaan Malaysia untuk menghentikan 
rundingan lanjut USFTA sehingga kita mengetahui bagaimana kesannya kepada 
petani, keselamatan pengeluaran makanan Negara dan kesannya kepada masyarakat 
terutamanya diluar bandar.

Ia adalah tidak mencukupi dengan hanya memberi jaminan-jaminan. Kita perlu 
didedahkan tentang kandungan sebenar perundingan terbabit dan mengetahui samada 
kerajaan kita telah membuat satu penilaian kos – faedah yang terperinci bagi 
menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia akan mendapat faedah yang sewajarnya.

Che Ani Mat Zain
Wakil Jawatankuasa Bertindak



___
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk 

Help Palestine [hidayahnet] USFTA-Malaysia Bakal Memincangkan Usaha Strategik Membangunkan Industri Asas-Tani?

2007-01-16 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum,
Edarkanlah, kiranya sudi.

Wassalam...

Ikhlas,
http://usftamalaysia.blogspot.com/
USFTA-Malaysia Bakal Memincangkan Usaha Strategik Membangunkan Industri 
Asas-Tani?


Perlu dipersoalkan sama ada pegawai-pegawai MITI dan Wisma Putra yang 
merundingkan FTA dengan para wakil Amerika Syarikat (AS) sudah lupa akan dosa 
AS melepaskan stok penimbal minyak kelapa sawit dan kempen anti-kelapa sawit 
terhadap Malaysia tidak berapa lama dulu. Ianya telah memberikan tekanan teruk 
dan menjejaskan eksport komoditi Malaysia yang sangat penting itu, mejejaskan 
secara langsung pendapatan kaum pekebun kecil, peneroka mahupun para perkerja 
syarikat-syarikat perladangan Malaysia.

Adakah sekarang Malaysia sudah bersedia mengampunkan dosa ini dan mempercayai 
akan keikhlasan AS untuk "bersaing secara terbuka", memandangkan juga yang 
mereka merupakan ekonomi yang paling besar dan antara terkuat di dunia?

Bagaimana agenda usahawan Malaysia, yang masih belum berjaya dibangunkan lagi 
oleh pelbagai agensi. Adakah usaha membantu akan dihentikan, kerana 
alasan-alasan remeh temeh yang lain pula? Bukankah sebenarnya USFTA akan 
mengikat kerajaan dari terus membantu usahawan tersebut bersaing dengan 
usahawan AS kelak? Bukankah usahawan Melayu kelak dipinggirkan seolah-olah 
nelayan akan mengharungi Tsunami USFTA dengan berbekalkan sampan yang kecil 
sahaja.

Bagaimana dengan aspirasi Tun Dr Mahathir untuk bangunkan industri pertanian 
negara yang kini dipanjangkan oleh Pak Lah termasuk perancangan strategik untuk 
industri tersebut dimajukan.

Untuk menjayakan cita-cita ini, negara perlu memperkukuhkan asas-asas utama 
kejayaannya iaitu:
Logistik
Pemasaran diperingkat global
Pengetahuan mengendalikan bahan mudah rosak (perishable goods)
Dengan diberikan usaha integrasi logistik, seperti landasan berkembar 
utara-selatan, hub kargo Senai dan PTP, kepada suatu kumpulan perniagaan 
tempatan yang telah membuktikan keupayaannya, keseluruhan sistem logistik 
berintegrasi mungkin berjaya diujudkan dan pengangkutan bahan-bahan pertanian 
yang lancar kelak membolehkan industri asas-tani dibangunkan.

Tetapi sekarang landasan berkembar sudah dibatalkan. Adakah dengan perjanjian 
USFTA ini akan kekal atau binasa keupayaan kerajaan Malaysia:
Untuk memberi kontrak pemulihan atau pembinaan infrastruktur bertujuan 
memantapkan ekonomi negara kepada syarikat tempatan yang lebih setia kepada 
agenda negara dari syarikat AS yang mungkin lebih murah, tetapi jelas akan 
lebih setia kepada agenda AS?
Untuk membangunkan infrastruktur dengan ciri-ciri yang khusus dibangunkan 
dengan niat memajukan kawasan pendalaman dan industri-industri asas negara? 
USFTA akan memberi jalan cara supaya infrastruktur dibangunkan lebih untuk 
kepentingan perniagaan AS.
Untuk membangunkan usahawan sama sekali secara langsung sepertimana sekarang, 
menerusi pelbagai agensi? Atau adakah USFTA akan memaksa kerajaan memberi hak 
pembangunan usahawan yang sama kepada usahawan-usahawan dari AS!
Ini adalah persoalan-persoalan penting yang perlu ditimbang oleh wakil-wakil 
Malaysia dalam perundingan USFTA ini. Kiranya jelas ini diketengahkan sebagai 
isu, nescaya perjanjian USFTA ini akan mampir kearah kegagalan dengan 
dipincangkan sedikit agenda tersirat AS untuk mendominasi ekonomi negara.



___
Now you can have your favourite RSS headlines come to you with the all new 
Yahoo! Mail. http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html


Help Palestine [hidayahnet] Gabungan Rakyat Pemantau USFTA-Malaysia

2007-01-14 Terurut Topik Akhramsyah Sanusi
Assalamualaikum dan Selamat Siang,
 
Teman-teman sekelian.
 
Malaysia bakal tersungkur ke juram penguasaan asing, tetapi rakyatnya masih 
lena. Menjelang pertengahan tahun 2007, kerajaan Malaysia bakal memetrai 
Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement - FTA) dengan Amerika 
Syarikat(US). Perjanjian ini kini dan kelak juga pasti dikatakan berpotensi 
merealisasikan impian Wawasan 2020 oleh mereka yang menjaguhinya. 

Namun rakyat Malaysia amnya, dan orang Melayu khususnya, mungkin kurang 
menyedari yang menjelang Malaysia menyambut 50 tahun Merdeka, perjanjian USFTA 
inilah sesuatu perjanjian yang bakal mengembalikan Malaysia ke belenggu 
penjajahan kuasa Barat, kali ini oleh Amerika Syarikat. 

Kami sekumpulan profesional bertekad menyertai gerakan menentang USFTA, dengan 
menumpukan usaha terhadap mencelikan mata masyarakat majoriti Melayu Malaysia 
yang harus digembeling daya serta pengaruhnya bagi memastikan kejayaan 
pembentengan ini.
 
Usaha kami yang tidak seberapa ini kini bertumpu kepada pengumpulan maklumat 
kadalam blog kami, dengan niat mengumpul sumber berbahasa melayu atau 
mengalih-bahasakan yang berbahasa Inggeris kelak. Oleh itu, kami ingin 
menjemput mana-mana kumpulan atau individu untuk memberi sumbangan yang sesuai 
untuk disertakan ke dalam blog kami, dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris 
sekalipun.
 
http://usftamalaysia.blogspot.com/
 
Adalah niat kami untuk kemudian mengagihkan maklumat ini dengan cara yang lebih 
sesuai kepada golongan yang lebih berpengaruh dengan harapan kedudukan rakyat 
Malaysia terpelihara dari belenggu USFTA yang sudah amnya terbukti durjana 
apabila dijangkiti oleh negara membangun lain sebelum ini.
 
Sekian, wassalam ...
 
Ikhlas,
b.p. Gabungan Rakyat Pemantau USFTA Malaysia
http://usftamalaysia.blogspot.com/

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com





___ 
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more at 
the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes. 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk