Help Palestine [hidayahnet] Fast the white days of sha`ban

2009-08-08 Terurut Topik af_feirays
Bismillah, walHamdulillah , wasSalaatu wasSalaamu Alaa Rasoolillah


Fast the white days of Sha`ban


I would like to remind you of fasting the white days as indicated below:

Tuesday -   04 / 08 / 2009 - 13 / sha`ban / 1429
Wednesday -  05/ 08 / 2009 - 14 / sha`ban/ 1429
Thursday - 06 / 08 / 2009 - 15 / sha`ban / 1429

Abu Tharr Al-Ghefari said: The Messenger of Allah, salla Allahu alaihi
wa sallam, said O Abu Tharr! if you fast three days of every month,
then fast the 13th, the 14th and the 15th [these are call the al-ayaam
al-beedh, the white days]. [Ahmad, an-Nasaa'i and at-Tirmithi; Sahih]

Sha`baan is the month before Ramadan Sha`baan `Aa'isha said: I have
never seen the Messenger of Allah, salla Allahu alaihi wa salam,
completing the fast of a month as he did for Ramadhan, and I have never
seen him fasting so much as he would in Sha`baan. [al-Bukhari and
Muslim]

Fasting in general and voluntary fasting in particular is a great
worship of all time. Fasting is not restricted to Ramadhan, it is an
act of worship that can be [and should be in some cases] performed at
any time and at any place except when not recommended. Indeed, it is a
worship that draws the believer closer to Allah and closer to
perfection.

So my dear brother and siser ,fast an extremely hot day, to avoid an even hotter
day .. and prepare yourself for a time when no food or water will be
there.


Multiply your reward by reminding your friends


Help Palestine [hidayahnet] Majlis Ilmu: Ta'lim Sunnah 2: Golongan-Golongan Yang Menyimpang

2008-09-12 Terurut Topik af_feirays
Assalamualaikum WBT.

Ta'lim Sunnah Siri 2

Tajuk:
Golongan-Golongan Yang Menyimpang Dari Sunnah

Isu:

a) Bahaya Syiah

b) Khawarij Moden

Speaker:

Ustaz Hussein Yee Abdullah

Dr. Azwira Bin Abdul Aziz

Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah

Tarikh/Hari: Sabtu, 20 Ramadhan 1429 Hijrah/ 20 September 2008

Masa: 8.00 Pagi - 10.00 Malam

Lokasi: Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay

Penyertaan: TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPT SAHAJA

Yuran: RM 5 sahaja

Urusan Pendaftaran/Persoalan, Hubungi:

Muslimin: Mohd Masri 0132506391 atau Syarief 0176678139

Muslimah: Naimah 0179054237 atau Sajida 0199577685


  Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Help Palestine [hidayahnet] al-Qaradhawi: Nisfu Sya'ban

2008-08-15 Terurut Topik af_feirays
Fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban,
beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan
para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam
nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang
kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian
negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in)... (Dr.
Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli
al-Nuha) ..http://drmaza.com/home/?p=357


  

Help Palestine [hidayahnet] Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

2008-06-10 Terurut Topik af_feirays
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang
miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah
engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya
orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang
syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). 
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi
(631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk
memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk
digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.
Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman
musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan
mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat
sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu
pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau 
menjawab: Setahu
saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian
Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang
raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka
memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus
hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika
engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya
memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai
baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta
dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil
harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah
penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd 
al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas
ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen
akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz,
ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- 
akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari
cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat
dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba
menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- 
bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang 
membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal
atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.
Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan
kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk
mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada
empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. 
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang
ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang
melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu,
mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada
sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya
yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya
antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan
pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di
kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. 
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi 
soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah
agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan
menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga 
minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak
usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja
untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi
krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari
sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya
bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan
jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran
tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan
syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. 
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah
kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan
haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran
yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah
saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada
Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). 
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan
pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan 

Help Palestine [hidayahnet] Defending al-Quran Campaign: Kempen Mempertahankan al-Quran

2008-04-03 Terurut Topik af_feirays
- Forwarded Message 
From: Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli [EMAIL PROTECTED]
Sent: Tuesday, April 1, 2008 6:45:44 PM
Subject:  Defending al-Quran Campaign: Kempen Mempertahankan al-Quran

FW: Defending al-Quran Campaign: Kempen Mempertahankan al-QuranAssalamualaikum 
WBT.

Sayamenyeru kepada blogger-blogger semua supaya menggunakan kemudahanblogger 
yang ada untuk melancarkan kempen Pertahankan Al-Quran.

Bagaimana?

Jikaanda seorang yang berkemampuan untuk mengolah dan menjawab 
sendirituduhan-tuduhan dan fitnah ke atas al-Quran, maka anda boleh 
menulissendiri.

Jika anda seorang yang tidak berkemampuan, maka anda boleh menggunakan 
tulisan-tulisan para ilmuan Islam yang boleh didapati di
Islamonline
Islam Question and Answer
Islamtoday
IslamTomorrow

danberbagai-bagai lagi sumber yang ada. Sudah cukup agaknya kitamembincangkan 
isu keputusan PRU baru-baru ini. Tinggalkan PRU,pertahankan Al-Quran melalui 
blog-blog anda.

Sebarkan seruan ini kepada blogger-blogger yang anda kenali mahupun tidak 
kenali.

Selepas membaca seruan ini, pastikan anda mencari jawapan-jawapan ke atas 
tuduhan-tuduhan ke atas al-Quran.

Selepas membaca jawapan-jawapan itu, anda fahami.

Selepas fahami, klik copy dan paste ke dalam blog-blog anda.

Selepasitu copy link untuk jawapan itu dan sebarkan pula kepada 
semuarakan-rakan di dalam Yahoo Messenger. Selepas itu sebarkan pula jawapanitu 
melalui ruangan bulletin di friendster. Sekali sahaja andamenulis di buletin 
friendster, maka bulletin itu akan terpapar difrenster rakan-rakan yang anda 
sudah add'. (Moralnya, add seramaimungkin rakan yang dikenali mahupun tidak 
supaya senang maklumattersebar). Jika jawapan terlalu panjang, letakkan link ke 
jawapan didalam blog anda di dalam bulletin frenster itu.

Selepas itu,buka emel anda, pastekan pula jawapan itu ke dalam emel dan hantar 
emelitu kepada semua alamat emel yang ada di dalam akaun anda. 
(Peringatan:Jangan menghantar terlalu banyak emel dalam satu hari kerana ia 
akanmenjadikan inbox rakan-rakan anda seperti tong sampah dan mereka akanmalas 
membacanya).

JANGAN!!!

JANGAN menulis dengangaya-gaya penuh keganasan kerana ia akan menakutkan orang 
bukan Islamhatta menyebabkan mereka yang menyokong orang Islam ini akan 
membenciIslam.

JANGAN menyeru untuk memboikot barangan Belanda kerana rakyat Belanda turut 
menentang pembikinan filem ini.

JANGAN hanya membaca seruan ini dan tidak berbuat apa-apa.

BANGKITLAH WAHAI BLOGGER SEKALIAN!!!

abu_usamah


  


Help Palestine [hidayahnet] Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

2008-03-25 Terurut Topik af_feirays
Pengampu
Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan 
Rebahhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008dt=0323pub=Utusan_Malaysiasec=Bicara_Agamapg=ba_01.htm
 Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat 
Syaibanal-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau
bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau
merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau
rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya 
Harunal-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. 
 Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada
engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik
dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu,
kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga merekayang 
berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. 
 Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya
bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya
menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada
kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adabal-Syar‘iyyah, 
1/198, Beirut :Muassasah al-Risalah). 
  Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat
yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untuk
seseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia buta
dengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahu
hakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semua
di hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorang
pemimpin. 
 Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutan
akan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demi
kepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, maka
mereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpi
indah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indah
sahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan buta
hakikat sebenar rakyatnya.
 Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaan
kanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yang
cantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya boleh
menghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Mereka
meminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malam
raja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka. 
 Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil,sebaliknya 
hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap:“jika 
tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yang
merbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya,
saya nampak, alangkah cantiknya”. 
 Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengaku
perkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yang
dijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkan
secara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memuji
keindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang. 
 Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan 
mulutternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. 
Tiba-tibabeberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang 
bertelanjang”.
Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu 
oleh‘taukeh-taukeh’ tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun 
masatelah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.
 Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam dunia
politik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang 
jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan oleh
rakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya,
kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dan
sukakannya. 
 Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang 
buruk,jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘dua
puluh lima
persen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orangyang dinasihati 
itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati denganpara penasihat 
kalian!”.
 Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila 
Khalifah‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan 
‘fitnah’
seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauanatau 
hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebah
dengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adabal-Syar‘iyyah, 
1/201). 
 Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Jangan
pemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata.
Tangisan rakyat dan tidak 

Help Palestine [hidayahnet] makluman kuliah2 (updated)

2008-01-05 Terurut Topik af_feirays
quoted from sms:

askm. harap maklum. klh SS Mufti Perlis Dr Mohd Asri pd 06/01/08 d tangguhkan 
atas sebab yang tidak dapat d elakkan. tarikh baru akan diumumkan kelak. 
kuliah2 lain kekal tanpa ada perubahan. jazakumulLah khair..

wslm
 
www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul





  

Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs

Help Palestine [hidayahnet] keinginan berpasangan dan ber'couple'.. ;)

2007-12-01 Terurut Topik af_feirays
var YAHOO = {'Shortcuts' : {}};
YAHOO.Shortcuts.hasSensitiveText = true;
YAHOO.Shortcuts.sensitivityType = [adult];
YAHOO.Shortcuts.doUlt = false;
YAHOO.Shortcuts.location = us;
YAHOO.Shortcuts.document_id = 0;
YAHOO.Shortcuts.document_type = ;
YAHOO.Shortcuts.document_title = best dpt couple.. ;);
YAHOO.Shortcuts.document_publish_date = ;
YAHOO.Shortcuts.document_author = [EMAIL PROTECTED];
YAHOO.Shortcuts.document_url = ;
YAHOO.Shortcuts.document_tags = ;
YAHOO.Shortcuts.annotationSet = {
lw_1196121569_0: {
text: Yahoo! Mail,
extended: 0,
startchar: 22848,
endchar: 22858,
start: 23006,
end: 23016,
extendedFrom: ,
predictedCategory: PLACE,
predictionProbability: 0.359706,
weight: 0.35,
type: [shortcuts:/us/instance/organization/company/yahoo_property],
category: [ORGANIZATION],
context: or chat with friends inside Yahoo Mail See how Get easy one-click,
metaData: {
yprop_name: Yahoo! Mail,
yprop_url: http://mail.yahoo.com/;
}
 }
};

!-- DIV {margin:0px;}--
!-- DIV {margin:0px;}--

COUPLE
??
 

Oleh:Yussamir yusof

26 November 2007

Cyberjaya


http://www.yussamir.com/








Nak couple boleh
tak?
 

  
 

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang
tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. 
Mungkin ada
yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi,
lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.






 

Apa Itu Ber ‘couple’?
 

  
 

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan
mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan
cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk
line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS
digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling
suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan
kemudian ber‘couple’.


  
 

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka
serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion.
Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan
dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan
dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada
saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


  
 

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik
dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak
kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti
‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian
ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia
yang datang bertandang ke hati. Ada 
pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup
bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada 
juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya.
Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang
ber‘couple’ ini. Ada 
yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang
kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.






 

Mengapa Ber’couple’ Haram?
 

  
 

Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di
sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber‘couple’, sudah
tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin
dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.


  
 

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita
perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah
S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada
kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi
pegangan hidup kita.


  
 

 Ada 
yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan
perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak
dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36)
ayat 36:


  
 

“Maha Suci
Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang
ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka
ketahui.”
 

  
 

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:


  
 

“Hai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
 

  
 

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita
boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang
hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula 

Help Palestine [hidayahnet] Bipolar Disorder: Bersangka Baik Secara Pelik

2007-11-01 Terurut Topik af_feirays

“Akak dah tak tahu nak buat macam mana ustaz. Memang rasanya kami ni
dah di ambang penceraian”, keluh seorang isteri, yang bersuamikan
sahabat saya.



“Apa lagi yang dibuatnya kebelakangan ini?”, saya mahu dapatkan lebih banyak 
maklumat.



“Entah kenapa siang malam pagi petang asyik bersyarah pasal agama
sahaja. Rasa macam semua yang akak buat ni tak betul. Segala-gala
diungkitnya. Dari cara akak berwudhu’ dan solat, sampailah kepada
hal-hal yang akak sendiri tak faham. Pulak tu, bukan boleh ditegur,
mesti dia melenting”, cerita akak itu semasa mengunjungi kami
sekeluarga.



Saya terdiam. Sahabat yang saya kenali ini semacam sedang melalui
suatu episod yang tersusun mengikut buku teks. Melengkapi segala
simptom masalah Bipolar Disorder.



Saya cuba sabarkan  isteri yang malang itu.





“Akak, izinkan saya memberi pandangan. Saya bukan doktor. Cuma
menumpang sikit-sikit ilmu dari isteri dan pembacaan. Apa yang suami
akak buat tu, saya dah jumpa beberapa kali sebelum ini. Saya rasa,
suami akak sedang menempuh episod Bipolar Mania”, saya cuba berkongsi
cerita.



“Kenapa Rizal cakap begitu?”, tanyanya kehairanan.



“Minggu lepas suami akak berbual dengan saya. Jiwanya sungguh tidak
tenteram. Putus asa belaka dengan semua benda yang dirancangnya dalam
hidup ini. Rasa berdosa, rasa bersalah, asyik menangis, malah katanya
jin tak habis-habis datang memukul tangannya”, saya memberitahu.



“Akak tahu cerita itu. Tapi minggu ni dia jadi pelik pulak. Sungguh berlawanan. 
Over confident,
pandai semacam. Tapi kadang-kadang cakap kotor sampai malu akak
mendengarnya. Sampai akak dengan anak-anak dah tak tahan. Kadang-kadang
naik juga tangan dia kepada kami”, sambungnya lagi.



Saya yakin, sahabat saya yang juga suami akak ini, mengalami masalah
kemurungan yang teruk. Segala simptom ada padanya. Saya sudah berdepan
dengan kes yang sama sebelum ini, dan mereka ini semuanya memiliki
corak yang sama.








PENGALAMAN SILAM



Lama sebelum itu, seorang pelajar datang ke rumah saya. Beliau mahu
mencadangkan kepada saya plan latihan ketenteraan yang beliau rangka.
Saya hanya mampu mengangguk. Selama 6 jam beliau bersyarah di hadapan
saya. Dari isu plan ketenteraan tersebut, sampailah kepada perancangan
Yahudi di sebalik animasi Pokemon dan kesukaannya terhadap Doraemon.
Bercakap tidak berhenti-henti, penuh semangat, tetapi tiba-tiba
menangis seketika sebelum menyambung kembali syarahannya kepada saya.



Secara jujurnya, tepat jam 4 pagi, saya sudah menjadi demam akibat ‘torture’ 
syarahan pelajar ini.

Semasa itu, saya hanya terfikir satu perkara. Mungkin pelajar ini dirasuk jin!



Tetapi apabila plan ketenteraannya saya berikan kepada isteri,
beliau dengan segera memberikan komen, “abang, rasanya budak ni ada
masalah bipolar disorder. Lengkap belaka”



Saya terdiam.



Hasil pembacaan buku dengan panduan isteri, serta bacaan di
internet, saya dapat memahami serba sedikit tentang masalah Bipolar
Disorder ini.


PERINGKAT HIPERMANIA


Semasa seseorang itu berada di tahap mania, dia itu sering menunjukkan 
simptom-simptom berikut:

Bertenaga secara berlebihan, aktif dan menolak rehatMempunyai perasaan yang 
begitu tinggi bahawa dirinya itu ‘bagus’Komunikasinya sungguh merimaskan dan 
menggangguBerfikir dengan laju dan ekstrim, bercakap dengan begitu pantas dan
melompat dari satu idea ke satu idea. Ideanya boleh difahami tetapi
tidak berkait di antara satu sama lainMudah terganggu dan sukar menumpukan 
perhatianTidak tidur kecuali sedikit atau tiada langsungMempunyai kepercayaan 
berlebihan secara tidak realistik terhadap kuasa dan keupayaan seseorangLemah 
dalam membuat keputusanBerbelanja secara yang sangat borosKelakuan melampau 
yang berpanjangan lebih dari kadar yang biasaKeinginan seks yang meningkatBoleh 
terjebak ke dalam penggunaan dadah terutamanya kokain, juga minuman beralkohol 
serta pil tidurProvokatif, intrusif dan sikap yang amat agresifSangat menafikan 
yang dirinya itu di pihak yang salah
Sudah beberapa orang yang jangkakan dirinya mengalami Bipolar
Disorder ini menunjukkan hampir kesemua simptom itu. Tentu sahaja jika
orang yang mengalami masalah ini merupakan suami, atau majikan kita,
mereka akan sungguh menyeksa kehidupan kita.



MENCETUS KEHANCURAN SOSIAL



Inilah yang membimbangkan saya. Tanpa pengetahuan tentang masalah
psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur,
berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan, dan berapa banyak
syarikat yang musnah, apabila suami di dalam rumah tangga, atau majikan
di dalam sebuah syarikat, mempamerkan sikap yang sangat agresif.



Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit
seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan
lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah
kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan
mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.



Siapa yang tahan dengan manusia sebegini?




Help Palestine [hidayahnet] Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

2007-10-30 Terurut Topik af_feirays












Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

Posted By Abu Saif On October 29, 2007 
@ 1:00 am In Keluarga | No Comments



Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?, tengking seorang wanita kepada 
anaknya.

Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu.

Ia tidak muncul sentiasa, tetapi sekejap ada sekejap tiada. Wax and wane, kata 
orang putih.

Pengidap sindrom Tourette ini juga sering diejek oleh kawan-kawan,
atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mengganggu! Itu yang
lazim dilabel kepada mereka. Bukan sahaja dibenci kawan-kawan, malah
boleh juga dibenci oleh ibu bapa sendiri, andai mereka tidak memahami
atau lupa kepada Ilahi.


Tetapi menonton video klip tentang bagaimana masyarakat Barat
mendidik kanak-kanak untuk mengenal dan memahami Sindrom Tourette ini,
sungguh menyentuh hati saya.




Dari segi definisi,  Tourette syndrome (also called Tourette's syndrome, 
Tourette's disorder, Gilles de la Tourette syndrome, GTS or, more commonly, 
simply Tourette's or TS) is an inherited neurological disorder with onset in 
childhood, characterized by the presence of multiple physical (motor) tics
and at least one vocal (phonic) tic; these tics characteristically wax
and wane. Tourette's is defined as part of a spectrum of tic disorders, which 
includes transient and chronic tics. [wikipedia]



Ia boleh difahami sebagai masalah saraf yang diwarisi sejak usia kanak-kanak 
yang muncul dalam bentuk beberapa kenan fizikal, dan sekurang-kurangnya satu 
kenan vokal. Mudahnya, orang Melayu menggelar penyakit ini dengan subjek 
utamanya iaitu KENAN.



Saya teringatkan Sindrom Tourette ini, apabila isteri
saya berkongsi cerita tentang pengalamannya berdepan dengan pesakit
yang mengalami hal ini. Syukur Alhamdulillah pesakit tersebut mempunyai
keluarga yang amat membantu. Saya tidak tahu berapa ramai pesakit
seperti ini yang dihukum dengan kebodohan lantas diabaikan begitu
sahaja di dalam masyarakat.




PENTINGNYA PENDIDIKAN



Inilah pentingnya pendidikan. Lebih berpendidikan
masyarakat kita, lebih banyaklah masalah yang dapat dikenal pasti dan
dirawat. Terdahulu saya pernah menulis tentang  nasib anak murid saya di Belfast
yang mengidap masalah dyslexia. Begitu juga dengan masalah Autism yang
menjadi ujian kepada beberapa orang kenalan saya apabila anak-anak
mereka mengidap sindrom ini.



Saya pernah menghantar email ke rancangan Medik TV
supaya lebih menumpukan subjek kepada mendidik masyarakat, berbanding
mempamerkan kepakaran doktor pakar, yang tidak begitu bermanfaat untuk
diketengahkan. Siapakah yang ada mempertikaikan kepakaran mereka?
Lantas apa yang diperlukan adalah mendidik masyarakat.



Kefahaman masyarakat tentang penyakit-penyakit,
mengenal pasti sindrom dan tahu berkenaan dengan apa tindakan yang
patut diambil, akhirnya akan memudahkan lagi kerja pihak hospital.



Sehingga kini, masyarakat masih lagi mengamalkan
beberapa kepelikan yang menyusahkan. Misalnya, apabila berlaku
kemalangan yang serius, masih menjadi kecenderungan majoriti masyarakat
untuk membawa mangsa ke klinik, dan bukannya terus ke hospital.
Manakala ramai pula pesakit yang selepas beberapa hari sukar membuang
air besar, atau demam panas semalaman, datang ke jabatan kemalangan dan
kecemasan sedangkan kes yang dirujuk bukan kemalangan dan langsung
tidak mencemaskan.



Mengapa hal ini berlaku? Ia berkait rapat dengan pendidikan.



Berbalik kepada soal sindrom Tourette, saya ingin
mengambil peluang untuk menghulurkan sokongan saya kepada anda, dan
dapatkanlah sokongan daripada persatuan seperti  Tourette Syndrome Awareness 
Malaysia atau dengan merujuk kepada hospital berdekatan.



Bagi ibu bapa yang berdepan dengan anak-anak yang ada
ciri-ciri seperti yang saya sebutkan di atas, janganlah dimarah atau
dibenci anak-anak itu. Dapatkanlah bantuan seawal yang mungkin, kerana
dengan sokongan pendidikan dan mungkin juga perubatan, anak-anak ini
boleh hidup seperti orang lain.



I have Tourette's but Tourette's doesn't have me!



ABU SAIF @ www.saifulislam. com

56000 Kuala Lumpur







© SAIFULISLAM. COM (1998 – 2007)



Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam. Com
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca
bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun
alamat Saifulislam. Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan
proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan
komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain,
sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM. COM terlebih dahulu.



Erti Hidup Pada Memberi



ABU SAIF @ www.saifulislam. com

56000 Kuala Lumpur





__
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam 

Help Palestine [hidayahnet] Perlis pengamal mazhab Syafii tulen

2007-10-29 Terurut Topik af_feirays
Perlis pengamal mazhab Syafii tulen
 
MUKADIMAH 



PERBINCANGAN
mengenai mazhab di negara ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat.
Sebarang cubaan memperkenal atau memperbetulkan perkara yang sejak
turun-temurun diamalkan mempunyai risiko yang besar.



 
Begitulah yang
berlaku kepada Perlis. Sebuah negeri paling kecil di Semenanjung
Malaysia tetapi sering mendahului dalam segi membuat tajdid
(pembaharuan) terutama dalam bab munakahat.



 
Ini bukanlah sesuatu
yang asing memandangkan kedudukannya sebagai negeri paling hujung di
utara semenanjung menjadikan ia persinggahan kepada pasangan yang mahu
bernikah di sempadan Thailand. Ini menyebabkan Perlis meminda beberapa
enakmen syariah bagi memudahkan pasangan berkahwin di negeri ini untuk
membendung pernikahan di negara jiran.



 
Dalam masa yang sama,
Perlis juga unik kerana tidak mempraktikkan beberapa amalan yang sudah
sebati dengan masyarakat bermazhab Syafii di kebanyakan negeri.
Antaranya, tidak membaca bismillah secara jahar (kuat) pada al-fatihah,
tidak membaca qunut pada solat subuh, tidak ada tahlil dan talkin.
Perbezaan ini menyebabkan ada pihak menuduh Perlis mengamalkan fahaman
wahhabi.



 
Kepada wartawan MOHD.
RADZI MOHD. ZIN dan JOHARI SHAWAL, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri
Shahidan Kassim menjawab pelbagai persoalan mengenai persepsi
masyarakat yang mengaitkan negeri ini dengan fahaman wahhabi.



 
Dalam pertemuan di
pejabatnya di Kangar, Khamis lalu, beliau dengan tegas memberitahu,
“Saya dan Perlis adalah pengamal mazhab Syafii yang tulen.”



 
Beliau juga mempelawa
pihak yang membuat tuduhan sedemikian akan bermuzakarah dengan para
ulama Ahli Sunah waljamaah untuk mengenal pasti benarkah Perlis
mengamalkan fahaman sedemikian?

 
“Perlis tidak pernah
bimbang untuk bermuzakarah dengan sesiapa pun dalam bab agama. Kalau
ada undang-undang Perlis yang dikatakan menyeleweng dari al-Quran dan
sunah, tunjukkan kepada saya supaya saya boleh membuangnya serta-merta.
Tetapi kalau ada amalan salah yang diguna pakai di tempat lain, saya
ingin betulkan,” tegas beliau.



 
MINGGUAN: Tuduhan yang acapkali kedengaran ialah Perlis mengamalkan fahaman 
wahhabi. Adakah ia berasas Datuk Seri?

 

 
SHAHIDAN: Pasal
Wahhabi ini, ia hanya diuar-uarkan oleh dua pihak. Kami di Perlis tidak
tahu-menahu bahawa kami wahhabi. Yang kami tahu kami Ahli Sunah
waljamaah dari segi akidahnya dan dalam fikah kami tidak terikat dengan
hanya satu mazhab.


 
Dalam erti kata lain,
kami bersifat terbuka mengambil manfaat ilmu daripada semua tokoh Ahli
Sunah waljamaah tanpa taksub kepada satu-satu mazhab. Kami hormati
kesarjanaan dan keilmuan semua tokoh ulama. Ini yang dituntut dalam
Islam



 
Oleh itu, saya ingin bertanya apakah fahaman wahhabi itu? Adakah ia sesat dan 
terkeluar daripada Ahli Sunah waljamaah?



 
Masyarakat Islam di
Malaysia jangan jumud, cubalah berfikiran terbuka. Wahhabi ini
diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang
lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi.



 
Beliau adalah ulama
yang berpegang kepada aliran Imam Ahmad Ibn Hanbal iaitu salah satu
mazhab yang diiktiraf di bawah Ahli Sunah waljamaah. Gerakan ini adalah
gerakan jihad untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada
ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Sebabnya pada masa itu, umat Islam
di situ banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan
keislaman serta percaya kepada perkara khurafat dan melakukan amalan
bidaah.



 
Perlis adalah negeri
yang berpegang kepada al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang
cuba kita buat ialah membersihkan segala amalan yang bidaah (melakukan
perkara baru dalam agama yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah,
sahabat dan para tabiin).



 
Bagi kita di Perlis, hatta dalam ibadat pun tidak ada bidaah hasanah (baik).



 


 
Ada juga tuduhan mengatakan Datuk Seri juga adalah wahhabi?

 

 
SHAHIDAN: Saya ingin
menjelaskan bahawa saya sebagai pemimpin kecil di Perlis, dan negeri
ini adalah pengikut Imam Syafii yang tulen, bukan wahhabi. Saya
menjadikan buku Manhaj ‘Aqidah tulisan Imam as-Syafii sebagai rujukan.

 

 
Malah, Perlembagaan
Negeri Perlis juga menetapkan bahawa Duli Yang Mulia Raja, Menteri
Besar, Penasihat Undang-undang, ahli exco, mufti, Setiausaha Kerajaan
Negeri, Ketua Hakim Syarie dan Pengarah Jabatan Agama berpegang kepada
pegangan Ahli Sunah waljamaah. Selepas ini, saya nak perluaskan skopnya
kepada semua Jawatankuasa Bahagian UMNO Perlis.

 

 
Perlis ialah negeri
Sunah waljamaah. Rujukan kami adalah sumber asli imam-imam Ahli Sunah,
al-Quran dan al-hadis. Itulah jalan nabi dan para sahabat.



 
Tetapi kenapa di
Perlis tidak ada amalan membaca Yasin setiap malam Jumaat, tidak ada
talkin, tidak ada tahlil arwah dan tidak ada qunut semasa solat subuh?

 

 
SHAHIDAN: Sebabnya
Rasulullah tidak berbuat demikian. Kalau nak baca Yasin bacalah tetapi
kenapa dikhususkan malam Jumaat sahaja. Talkin yang diajar oleh Nabi
Muhammad ialah talkin sebelum mati iaitu ketika orang itu sedang 

Help Palestine [hidayahnet] IMPORTANT DATES 4 IIUM STUDENTS!!

2007-07-01 Terurut Topik af_feirays
Jul 4, 2007 – Jul 13, 2007
(Wednesday – Friday)
Web Based Add/Drop and Adjustment of Courses for Semester 1,
2007/2008

Jul 9, 2007 (Monday) Classes Begin
(Commencement of Semester 1, 2007/2008)

Jul 9, 2007 – Jul 13, 2007
(Monday – Friday)
Application For :
- Resit Examination (For Graduating Students)
(Payment of RM100.00 Per Course);
- Special Examination
(Payment of RM100.00 Except on Medical Reason);
- Appeal for Rechecking of Examination Answer Script
(Payment of RM50.00 Per Course);
- Readmission
(Payment of RM150.00);
- Independent Study;
- Audit Courses.

Jul 9, 2007 – Sep 2, 2007
(Monday – Sunday)
Lectures

Jul 9, 2007 – Sep 28, 2007
(Monday – Friday)
Application for Leave of Absence (Study Leave)
(Payment of RM5.00 Processing Fee)

Jul 13, 2007 
(Friday) 
Last Day For Change of Status from ‘Registered’ to ‘Audit’ or Vice
Versa Subject to University Regulations

Jul 16, 2007 – Jul 27, 2007
(Monday – Friday)
Submission of Graduation Form (For Graduating Students)

Jul 16, 2007 – Aug 3, 2007
(Monday – Friday)
Drop Only Period

Jul 23, 2007 – Aug 3, 2007
(Monday – Friday)
Tentative Period for Resit/Special Examination
(For Graduating/Senior Students)

Aug 6, 2007 – Sep 14, 2007
(Monday – Friday)
Withdrawal Within Period
(Penalty Of RM300.00 Per Course)

Sep 3, 2007 – Sep 5, 2007
(Monday – Wednesday)
Mid-Semester Break

Sep 11, 2007 – Sep 16, 2007
(Tuesday – Sunday)
Tentative Dates for Web-Based Pre-Registration of Courses for Semester 2, 
2007/2008 Session

Sep 17, 2007 – Oct 5, 2007
(Monday – Friday)
Withdrawal After Deadline
(Penalty Of RM500.00 Per Course)

Oct 11, 2007 – Oct 17, 2007
(Thursday – Wednesday)
‘Eidul-Fitr Break

Oct 18, 2007 – Oct 24, 2007
(Thursday – Wednesday)
Lectures

Oct 25, 2007 – Oct 28, 2007
(Thursday – Sunday)
Revision Period

Oct 29, 2007 – Nov 13, 2007
(Monday – Tuesday)
Final Examination Period

Nov 14, 2007 – Dec 2, 2007
(Wednesday - Wednesday)
Inter Semester Vacation

IMPORTANT DATES
(All Students)
SEMESTER 1, 2007/2008 SESSION

Nov 26, 2007
(Monday)
Announcement of Semester 1, 2007/2008 Examination Results Nov 27, 2007 – Dec 7, 
2007

(Tuesday – Friday)
Web Based Add/Drop and Adjustment of Courses for Semester 2, 2007/2008 Session

Dec 3, 2007
(Monday)
Classes Begin
(Commencement of Semester 2, 2007/2008)



Help Palestine [hidayahnet] kata-kata hikmah

2007-04-30 Terurut Topik af_feirays
Apa Ibn Kathir kata tentang Imam al-Ghazali:-

Menurut Ibn Kathir : (pada hari hayat) dia telah pulang ke negerinya Thusi dan 
tinggal disana, membentuk perhubungan, mengadakan rumah yang baik, menanam 
tanan-tanaman di kebun yang indah, membaca al-Quran dan menghafal hadith-hadith 
sahih. dikatakan pada akhir hayatnya, beliau lebih cenderung kepada 
mendengar hadith-hadith al-Bukhari dan Muslim dan menghafalnya. (al-Bidaayah wa 
al-Nihaayah 12/174)

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul

   
-
Ahhh...imagining that irresistible new car smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Help Palestine [hidayahnet] majlis ilmu-daurah aqidah khas untuk perempuan.daftar segera!

2007-04-27 Terurut Topik af_feirays



Majlis Taman Syurga, Ke Arah Pemantapan Aqidah Mengikut Aqidah Rasulullah SAW 
dan Para Sahabat RA

   Daurah Aqidah Untuk Perempuan

   Tarikh: 5-6 Mei 2007 (Sabtu dan Ahad)

   Masa: 9:00 pagi (5 Mei)- 2:00 petang (6 Mei)

   Lokasi: Qiblah Resort, Bangi, Selangor

   Yuran: RM 30. 

   Kenderaan disediakan dari UIA.

   Untuk yang berminat sila hubungi:

   Ili Dalila, 012-2160194

   Penyertaan terhad. Sila daftar segera!

   Anjuran: Institut Imam asy-Syafie (INTIS) Consultant and Training.
   
 
 




www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul

   
-
Ahhh...imagining that irresistible new car smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Help Palestine [hidayahnet] Peringatan !!! KULIAH INTENSIF USUL AL-FIQH -bermula 24/4 (selasa)

2007-04-24 Terurut Topik af_feirays
  Program yang di tunggu-tunggu oleh semua 
pelajar telah tiba.


KULIAH INTENSIF USUL AL-FIQH (KITAB AL-WAJIZ FI USUL FIQH)


Sapa Yang Nak Ajar ?


AL-FADHIL USTAZ MASZLEE MALIK


Bila?


Setiap hari sepanjang Short Semester ... bermula 24  /4(selasa) -  hingga  
keberangkatan ust ke United Kingdom 

Sejurus Solat Asar hingga  6.00 PM


Kat Mana.?

Lecture Theathre   4,   Admin building, UIAM
(subject to change)



So mai la beramai-ramai .. bawak semua , ayah , mak ,tok , nenek , makcik , 
pakcik , jiran tetangga  dan sahabat handai ke kuliah ilmiah ..yang memang 
ilmiah .JOM  hebohkan seluruh UIA 

WWW.YAPIS.BLOGSPOT.COM





www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul

   
-
Ahhh...imagining that irresistible new car smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Help Palestine [hidayahnet] Mari Meramaikan Majlis Ilmu (Bulan Mei)!! Mai2!!!

2007-04-21 Terurut Topik af_feirays
  Assalamu'alaikum w.b.t
Majlis Ilmu - May 2007
Tempat: Surau al-Muhajirun, Taman Sri Ukay, Ampang Kuala Lumpur




1.  Majlis Ilmu Tafsir Al-Quran
  Penceramah: Ustaz Fadhlan Othman
  Tarikh: Rabu – 2/5/07
  Masa  : Selepas Solat Maghrib
   
  2.  Majlis Ilmu Sifat Solat Rasul
  Penceramah: Ustaz Abdul Rashid Idris
  Tarikh: Sabtu – 5/5/07
  Masa  : 10.00 pagi
   
  3.  Majlis Ilmu Aqidah dan Asma ulHusna
  Penceramah: Ustaz Fathul Bari Dato’ Mat Jahya
  Tarikh: Jumaat – 11/5/07
  Masa  : Selepas Solat Maghrib
   
  4.  Majlis Ilmu Ringkasan Hadith Sahih Muslim
  Penceramah: Ustaz Fathul Bari Dato’ Mat Jahya
  Tarikh: Sabtu – 12/5/07
  Masa  : 10.00 pagi
   
  5.  Majlis Ilmu Hadith
  Penceramah: Ustaz Mohd Arif Nazri
  Tarikh: Rabu – 16/5/07
  Masa  : Selepas Solat Maghrib
   
  6.  Majlis Ilmu Hadith Riyadhus Solihin
  Penceramah: S.S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin – Mufti Negeri Perlis
  Tarikh: Sabtu – 19/5/07 (akan dimaklumi)
  Masa  : 10.00 pagi
   
   
  Seterusnya, majlis-majlis ilmu khusus untuk kaum muslimat,
   
  7.  Majlis Ilmu Fiqh, Pengurusan Jenazah
  Penceramah: Ustaz Mohd Arif Nazri
  Tarikh: Isnin – 7/5/07(Fiqh)
: Selasa – 8/5/07 (Pengurusan Jenazah)
  : Khamis – 17/5/07 (Tafsir al-Quran)
  Masa  : 10.00 pagi
   
  8.  Majlis Ilmu Tafsir Al-Quran
  Penceramah: Ustaz Fadhlan Othman
  Tarikh: Isnin – 14/5  21/5/07
  Masa  : 10.00 pagi
   
  9.  Majlis Ilmu Tafsir Al-Quran
  Penceramah: Dato’ Dr Fatma El-Zahra
  Tarikh: Khamis – 3/5/07
  Masa  : 11.00 pagi
   
  10.  Majlis Ilmu Tafsir Al-Quran
  Penceramah: YB. Batuk Dr Mashitah Ibrahim
  Tarikh: Selasa – 15/5/07
  Masa  : 10.00 pagi
   
  11.  Majlis Ilmu Hadith dan Aqidah
  Penceramah: Ustaz Fathul Bari Dato’ Mat Jahya
  Tarikh: Rabu – 2, 9, 16  23/5/07
  Masa  : 10.00 pagi
   
  Jadual Kuliah Bulan Mei
   
  Isnin
 Selasa
 Rabu
 Khamis
 Jumaat
 Sabtu
  
  




   (1/5/07)
 Hadith 
   Aqidah
   10.00 pagi
   Tafsir
   Slps Maghrib
   (2/5/07)
 Tafsir
   11.00   pagi



   (3/5/07)
  




   (4/5/07)
 Sifat Solat   Rasul
   10.00 pagi


   (5/5/07)
 Fiqh
   10.00 pagi

   (7/5/07)
 Pengurusan   Jenazah
   10.00 pagi
   (8/5/07)
 Hadith 
   Aqidah
   10.00 pagi
   (9/5/07)
  


   (10/5/07)
 Aqidah 
   Asma’ alHusna
   Slps Maghrib
   (11/5/07)
 Sahih Muslim
   10.00 pagi

   (12/5/07)
 Tafsir
   10.00 pagi



   (14/5/07)
 Tafsir
   10.00 pagi



   (15/5/07)
 HadithAqidah
   10.00 pagi
   Hadith
   Slps Maghrib
   (16/5/07)
 Tafsir
   10.00 pagi



   (17/5/07)
  




   (18/5/07)
 Riyadhus Solihin
   10.00 pagi


   (19/5/07)
 Tafsir
   10.00 pagi

   (21/5/07)
  


   (22/5/07)
 HadithAqidah
   10.00 pagi
   (23/5/07)
  


   (24/5/07)
  


   (25/5/07)
  


   (26/5/07)
  
   (28/5/07)
  
   (29/5/07)
  
   (30/5/07)
  
   (31/5/07)
  
  
 
  

www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul

   
-
Ahhh...imagining that irresistible new car smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Help Palestine [hidayahnet] Mudahkan Laluan Perubahan Diri - saifulislam

2007-03-16 Terurut Topik af_feirays
  
  Sampai satu masa, kita akan berubah.
   
  Berubah pada pemikiran, gaya menyampaikan dakwah, manhaj dalam berilmu, malah 
sikap dan kelakuan.
   
  Perubahan itu adalah proses biasa dalam kehidupan, ada perubahan yang 
diusahakan atas pilihan, dan ada juga perubahan yang dilakukan kerana terpaksa. 
Pokoknya manusia berubah dari satu masa ke satu masa. Sesuai dengan pertambahan 
usia.
   
  
  Maka, dalam hidup ini, pada setiap peringkat yang kita berada, jangan 
sekali-kali kita lakukan perkara yang nantinya menyukarkan diri untuk berubah. 
Apabila kita sedar yang kita perlu berubah, tetapi kita elakkan diri dari 
berubah kerana hal-hal silam yang telah kita lakukan, maka kita akan mula tidak 
jujur kepada diri sendiri. Kita tetap berubah, tetapi kepada menjadi seorang 
penipu dan pengkhianat kepada diri sendiri.
   
   
  PANAS BARAN DI USIA MUDA
   
  Semasa saya di usia muda di alam persekolahan, saya seorang yang emosional 
dan panas baran. Semasa di tingkatan 5, saya sebagai Presiden Badan Dakwah dan 
Rohani (BADAR) dan juga seorang pengawas sekolah, saya pernah menampar seorang 
pelajar tingkatan 3. Saya menamparnya bukan kerana dia mendengar lagu rock. 
Tetapi kerana dia merakam semua lagu rocknya di dalam kaset nasyid!
   
  Tergerak hati saya untuk memasang semua kaset nasyidnya ketika spot check 
diadakan, dan Subhanallah! Semua kaset nasyidnya hanya nasyid pada kulit tetapi 
isinya semua lagu Rock.
   
  Saya tampar dia kerana kelakuan nifaq yang dibuat.
   
  Saya panas baran dan ada insan yang terluka kerana sikap saya itu.
   
  Saya panas baran, sehingga apabila saya disindir Pengetua, saya sanggup nekad 
berhenti sekolah serta merta sebagai protes.
   
  Ketika saya baru menerima Sijil Berhenti Sekolah, saya meminta nasihat dari 
guru sebelum meninggalkan sekolah. Beliau menasihati saya, ”kawal emosi, kamu 
akan berjaya”.
   
  Benar sungguh nasihat cikgu saya. Dan saya sedar yang panas baran saya tidak 
ke mana. Panas baran saya padam semasa saya kehilangan ayah. Semenjak itu saya 
lebih penyabar, walaupun dalam usaha untuk bersabar itu, saya seperti menelan 
bara api.
   
   
  BANGGA SEBAB CELUPAR
   
  Ada orang bangga yang dirinya panas baran. Bangga kerana mulutnya celupar. 
Laser, kata orang sekarang. Seorang dua kawan yang saya kenal memberikan 
alasan, beliau orang Negeri Sembilan, seorang lagi orang Melaka, seorang lagi 
orang Kedah.
   
  ”Apakan daya, kami memang bangsa yang celupar!”, kata mereka.
   
  Memang ada yang beralasan begitu.
   
  Tetapi mampukah kita memberikan alasan yang sama di depan Tuhan nanti, 
”ampunkan aku ya Allah. Aku celupar kerana aku orang Negeri Sembilan! Aku 
melawak brutal kerana aku orang Kedah! Aku suka laser orang sebab mak bapakku 
semua begitu!”
   
  Mahukah Allah melayan alasan-alasan itu?
   
  Sebelum laser jadi bencana di Sana, muhasabah dulu di alam Sini.
   
  Memang ramai yang bangga atas keceluparan mulutnya. Terasa macho. Terasa 
hebat apabila berjaya memangkah orang.
   
  Celupar adalah sifat yang ada pada kebanyakan kita. Tetapi berbangga diri 
kerana celupar, ini yang bahaya. Orang seperti ini sedang melakukan sesuatu 
yang menyukarkan dirinya untuk berubah.
   
  Mahu terus celuparkah, kalau celupar kita itu menghancurkan rumah tangga? 
Menyakitkan hati isteri dan anak-anak kita? Mahu terus laser mulutkah, kalau 
laser itu telah membunuh sekian banyak persahabatan kita? Sampai bila kita mahu 
terus menipu diri sendiri, berlaku ego semata-mata kerana tidak mahu dilihat 
tidak macho sebab sudah tidak secelupar dulu?
  Sampai masa, apabila usia meningkat dewasa, kita tersedar akan kebodohan 
silam. Jika kita hanya celupar di hari silam, kesedaran boleh mengundang 
perubahan. Tetapi jika kita pernah berbangga dengan keceluparan, dan melukiskan 
imej diri sebagai macho kerana laser dan celupar, terimalah balasannya. Ketika 
hari kita sedar yang kita kena berubah, selepas melihat kehidupan ini binasa, 
kita tersepit antara menguzurkan keceluparan diri, dengan hilang maruah diri 
yang selama ini telah memperkenalkan kita sebagai seorang yang hebat kerana 
celupar.
   
  ”Seorang Muslim yang sebenar, adalah seorang yang manusia lain terhindar dari 
kejahatan lisan dan tangannya” (Muslim)
   
  Itu soal mengubah sikap dan kelakuan.
   
   
  BERUBAH MANHAJ ILMU
   
  Dalam soal ilmu, isunya berbangkit juga.
   
  Ketika saya tiba di Jordan, saya tidak Salaf, tidak juga Khalaf. Hanya insan 
biasa.. seperti kebiasaan yang ada.
   
  Saya dan rakan-rakan menadah kitab mengaji Syarah Ibn Aqil dan Kutaib Kubra 
al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah setiap hari selepas subuh. Di peringkat itu, saya 
mengukuhkan kefahaman saya tentang apa yang telah saya pelajari semasa di 
Malaysia. Mengemaskan hujah-hujah dan cara berfikir sebagai seorang Khalaf.
   
  Tetapi walaupun ketika itu saya kira saya seorang yang selesa dengan manhaj 
Khalaf, syukur Alhamdulillah saya tidak mencaci Salaf. Saya tidak bernafsu 
besar membongkar dan mengumpul hujah bagi 

Help Palestine [hidayahnet] Kenapa Anda Berdakwah? -saifulislam- (hayatilah..)

2007-03-10 Terurut Topik af_feirays
Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah, 
tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format 
pertanyaan.
 Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke 
belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? 
Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.
 
 Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh 
kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi 
pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah 
melahirkan da’ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu 
mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah.
 Salahkah pemikiran seperti ini? Tentu tidak salah, tetapi ada kekurangannya di 
situ…
 Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan 
pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib. Kewajipan dakwah itu 
sangat rasional. Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam 
menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayat 
al-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam 
pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan.
 Apakah salah berpemikiran sebegini? Tentu sekali pemikiran ini adalah 
pemikiran yang lurus dan benar tentang dakwah. Tetapi di sana ada sesuatu yang 
kurang. Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang 
kemudian…
 Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau 
kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di 
luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam, 
kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri.
 “Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah”, 
pesan seorang naqib kepada anak buahnya.
 “Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib 
aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap”, monolog seorang siswa yang baru 
menerima panggilan telefon memanggilnya hadir ke mesyuarat Program Minggu 
Dakwah tidak lama lagi.
 Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. 
Tetapi sudahkah HATI merasainya?


 TAHU DAN MAHU
 Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita 
menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam ‘dunia akal ‘di kampus,  ia sudah 
cukup untuk membantu diri kita terjun ke medan dakwah. Dunia realiti bukan 
dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU.
 Sudah berkali-kali saya cuba buktikan, bahawa manusia tidak bertindak hanya 
berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia 
MAHU, dan mahu itu adalah soal hati.
 Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentang dakwah itu boleh dikesan telah 
terserap ke dalam hati menjadi MAHU? Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah 
itu kita mendapat KEPUASAN hidup.
 Bekas peserta kursus saya (rujuk artikel Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda), 
mengatakan bahawa beliau bersyukur dapat hadir ke kursus tersebut dan merasa 
rugi di pihak kawan-kawannya yang tidak hadir. Dalam keadaan baju masih dedah 
sana sini, dan lidah masih bertindik, beliau berkata, “saya mahu sampaikan apa 
yang saya dapat dalam kursus ini kepada kawan-kawan saya!”
 Tidakkah beliau sudah menerima konsep dakwah? Hatinya sudah mahu, sebelum 
akalnya tahu…


 ANALOGI 3 PEKERJA
 Analogikan sahaja kepada 3 pekerja. Pekerja pertama merampus-rampus dan 
merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. Pekerja 
kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya 
itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan. Manakala 
pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji 
diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian 
kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian 
dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, 
tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu 
nanti bahagia.
 Anda pendakwah kategori mana?
 Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda 
merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan 
pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh 
rungutan.
 Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda 
bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap 
kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat 
berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?
 Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila 
berdakwah untuk MENERIMA.
 Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. 
Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah 

Help Palestine [hidayahnet] adab-adab makan

2007-01-22 Terurut Topik af_feirays
Adab-adab Makan
   
  1- Mulakan dengan Bismillah
   
  #1608;#1593;#1606; #1593;#1575;#1574;#1588;#1577; 
#1585;#1590;#1610; #1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1606;#1607;#1575; 
#1602;#1575;#1604;#1578;: #1602;#1575;#1604; 
#1585;#1587;#1608;#1604; #1575;#1604;#1604;#1607; #1589;#1604;#1609; 
#1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1604;#1610;#1607; 
#1608;#1587;#1604;#1605;: #1573;#1584;#1575; #1571;#1603;#1604; 
#1571;#1581;#1583;#1603;#1605; #1601;#1604;#1610;#1584;#1603;#1585; 
#1575;#1587;#1605; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1578;#1593;#1575;#1604;#1609;#1548; #1601;#1573;#1606; 
#1606;#1587;#1610; #1571;#1606; #1610;#1584;#1603;#1585; 
#1575;#1587;#1605; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1578;#1593;#1575;#1604;#1609; #1601;#1610; 
#1571;#1608;#1604;#1607;#1548; #1601;#1604;#1610;#1602;#1604;: 
#1576;#1587;#1605; #1575;#1604;#1604;#1607; #1571;#1608;#1604;#1607; 
#1608;#1570;#1582;#1585;#1607;.(#1585;#1608;#1575;#1607;
 #1571;#1576;#1608; #1583;#1575;#1608;#1583;#1548; 
#1608;#1575;#1604;#1578;#1585;#1605;#1584;#1610;#1548; 
#1608;#1602;#1575;#1604;: #1581;#1583;#1610;#1579; 
#1581;#1587;#1606; #1589;#1581;#1610;#1581;)
  Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda,  Apabila seorang 
daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia 
terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi 
awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
   
   
  2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
   
  #1608;#1593;#1606; #1587;#1604;#1605;#1577; #1576;#1606; 
#1575;#1604;#1571;#1603;#1608;#1593; #1585;#1590;#1610; 
#1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1606;#1607; #1571;#1606; 
#1585;#1580;#1604;#1575;#1611; #1571;#1603;#1604; #1593;#1606;#1583; 
#1585;#1587;#1608;#1604; #1575;#1604;#1604;#1607; #1589;#1604;#1609; 
#1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1604;#1610;#1607; 
#1608;#1587;#1604;#1605; #1576;#1588;#1605;#1575;#1604;#1607;#1548; 
#1601;#1602;#1575;#1604;: #1603;#1604; 
#1576;#1610;#1605;#1610;#1606;#1603; #1602;#1575;#1604;: 
#1604;#1575; #1571;#1587;#1578;#1591;#1610;#1593; 
#1602;#1575;#1604;: #1604;#1575; 
#1575;#1587;#1578;#1591;#1593;#1578; ! #1605;#1575; 
#1605;#1606;#1593;#1607; #1573;#1604;#1575; 
#1575;#1604;#1603;#1576;#1585; ! #1601;#1605;#1575; 
#1585;#1601;#1593;#1607;#1575; #1573;#1604;#1609; 
#1601;#1610;#1607;. (#1585;#1608;#1575;#1607;
 #1605;#1587;#1604;#1605;)
  Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan 
kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: Makanlah 
dengan tangan kananmu. Lelaki itu berkata: Aku tak boleh. Baginda menjawab, 
Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! 
Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
   
  #1593;#1606; #1580;#1575;#1576;#1585;#1613; #1585;#1590;#1610; 
#1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1606;#1607; #1602;#1575;#1604;: 
#1602;#1575;#1604; #1585;#1587;#1608;#1604; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1589;#1604;#1609; #1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1604;#1610;#1607; 
#1608;#1587;#1604;#1605;: #1604;#1575; 
#1578;#1571;#1603;#1604;#1608;#1575; 
#1576;#1575;#1604;#1588;#1605;#1575;#1604;#1548; #1601;#1573;#1606; 
#1575;#1604;#1588;#1610;#1591;#1575;#1606; #1610;#1571;#1603;#1604; 
#1608;#1610;#1588;#1585;#1576; #1576;#1588;#1605;#1575;#1604;#1607; 
(#1585;#1608;#1575;#1607; #1605;#1587;#1604;#1605;)
  Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan engkau makan 
dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan 
(tangan) kirinya. (HR Muslim)
   
  3- Makan yang berhampiran.
   
  #1593;#1606; #1593;#1605;#1585; #1576;#1606; #1571;#1576;#1610; 
#1587;#1604;#1605;#1577; #1585;#1590;#1610; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1593;#1606;#1607;#1605;#1575; #1602;#1575;#1604;: 
#1603;#1606;#1578; #1594;#1604;#1575;#1605;#1575;#1611; #1601;#1610; 
#1581;#1580;#1585; #1585;#1587;#1608;#1604; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1589;#1604;#1609; #1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1604;#1610;#1607; 
#1608;#1587;#1604;#1605;#1548; #1608;#1603;#1575;#1606;#1578; 
#1610;#1583;#1610; #1578;#1591;#1610;#1588; #1601;#1610; 
#1575;#1604;#1589;#1581;#1601;#1577;#1548; #1601;#1602;#1575;#1604; 
#1604;#1610; #1585;#1587;#1608;#1604; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1589;#1604;#1609; #1575;#1604;#1604;#1607; #1593;#1604;#1610;#1607; 
#1608;#1587;#1604;#1605;: #1610;#1575; #1594;#1604;#1575;#1605; 
#1587;#1605; #1575;#1604;#1604;#1607; 
#1578;#1593;#1575;#1604;#1609;#1548;
 #1608;#1603;#1604; #1576;#1610;#1605;#1610;#1606;#1603;#1548; 
#1608;#1603;#1604; #1605;#1605;#1575; #1610;#1604;#1610;#1603; 
(#1605;#1578;#1601;#1602;#1612; #1593;#1604;#1610;#1607;)
  Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah 
Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan 
(ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 
'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir 
denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)
   
  4- Galakan guna tiga jari
   
  

Help Palestine [hidayahnet] riddle - Who has the fish?

2007-01-09 Terurut Topik af_feirays
QUESTION

   There are 5 houses that are each a different colour.
   There is a person of a different nationality in each house.
   The 5 owners drink a certain drink. They each smoke a certain brand of 
cigarettes and also have a certain pet. No owner has the same pet, smokes the 
same brand of cigarettes nor drinks the same drink.
The question is - Who has the fish?


CLUES

   The British man lives in the red house.
   The Swedish man has a dog for a pet.
   The Danish man drinks tea.
   The green house is to the left of the white house.
   The owner of the green house drinks coffee.
   The person that smokes Pall Mall has a bird.
   The owner of the yellow house smokes Dunhill.
   The person that lives in the middle house drinks milk.
   The Norwegian lives in the first house.
   The person that smokes Blend, lives next to the one that has a cat.
   The person that has a horse lives next to the one that smokes Dunhill.
   The one that smokes Bluemaster drinks beer.
   The German smokes Prince.
   The Norwegian lives next to a blue house.
   The person that smokes Blend, has a neighbour that drinks water.
Good luck!




www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul

 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] jemputan SEMINAR SELANGKAH KE ARAH MEMAHAMI AS-SUNNAH

2006-12-03 Terurut Topik af_feirays
SEMINAR SELANGKAH KE ARAH MEMAHAMI AS-SUNNAH 
  
 
  
 
 TARIKH: 
 3 DISEMBER 2006 
 
 MASA: 
 8.00PG- 5.30PTG 
 
 
 
 PANEL UNDANGAN: 
 
 DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN 
 MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS

 
 
 PROF. MADYA DR FAUZI DERAMAN 
 JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (UM)

 
 
 PROF. MADYA DR SAYUTI ABDUL MANAS 
 KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE (IIUM)

 
 
 USTAZ ABD. RASHID BIN IDRIS 
 PRESIDEN INSTITUT AL-QAYYIM ( PENANG ) 
  


 Tempat:
Dewan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)

  Bukit Kiara, off Jalan Damansara
Peti Surat 1139, Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur.


 
Anjuran bersama:
Kumpulan Karangkraf
dan
Muslim Professionals Forum (MPF)
 
Tentatif:
 
8.00 a.m: Pendaftaran peserta 

8.30 a.m: Ketibaan tetamu  panelis 

8.45a.m: Ucapan alu-aluan: Prof. Madya Dr. Ahmad Farouk Musa
Muslim Professionals Forum (MPF)

9.00 a.m: Pembentangan Pertama:
“ Disiplin Ilmu As-Sunnah: Satu Pengenalan” 
~ Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman 
Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Malaya 

10.00 a.m: Minum pagi 

10.30 a.m: Pembentangan Kedua:
“Pendirian Para Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Membela As-Sunnah
~Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 
Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darus Sunnah 

11.30 a.m: Pembentangan Ketiga: 
“Kaedah-Kaedah Berinteraksi Dengan As-Sunnah”
~ Prof. Madya Dr. Suyuti Abdul Manas Kulliyyah Ilmu Wahyu  Warisan Islam, 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 

12.30 p.m: Rehat  Solat Zuhur 

2.00 p.m: Pembentangan Keempat:
“ Hadis Maudhu’ dan Kesannya Terhadap Pemikiran Masyarakat” 
~Ustaz Abdul Rasyid Idris 
Pengerusi, Dewan Pengajian al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah 

3.00 p.m: Minum petang

3.30 p.m: Forum  Sesi Soal Jawab 
Moderator: Ustaz Ramadhan Fitri

5.00 p.m: Bersurai 


Kertas kerja tambahan
Diberikan secara online kepada peserta yang berdaftar

1. Captain Hafiz Firdaus Abdullah
Juruterbang , Malaysia Airline System (MAS)
Tajuk: Selangkah Ke Arah Memahami As-Sunnah, Dua Langkah Ke Arah Memahami 
Akhlak As-Sunnah 

2. Ustaz Adlan Abdul Aziz
Guru, SMK Segambut Jaya
Tajuk: Beberapa Fakta Penting Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Hadis

Yuran Penyertaan - Pelajar RM10/Dewasa RM20
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TEMPAHAN PESERTA SILA HUBUNGI WAKIL-WAKIL DI SETIAP 
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ATAU HUBUNGI:


masri : 019 326 9091
syarief : 013 255 4947
Sdr Mohamad Salman: 016 499 6564
[EMAIL PROTECTED]




www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul


-
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.

Boycott Israel [hidayahnet] Jemputan ke Forum Gerakan Tajdid.. mari meramaikan majlis!!

2006-09-26 Terurut Topik af_feirays



  Forum Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar  Tarikh  7 OKTOBER 2006(SABTU)  Tempat  AUDITORIUM UTAMA(MAIN AUDITORIUM),   UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA( IIUM)  MALAYSIA, GOMBAK  Masa  3.00 PETANG HINGGA 10.00 MALAM   
Tajdid Satu Gelombang...   Tajdid, satu istilah yang kini menjadi topik Perbincangan hangat oleh masyarakat masa kini. Istilah ini kini tidak asing lagi di kalangan pendokong Islam kerana bukan sahaja tajdid telah menjadi satu identiti malah satu gelombang perubahan ke arah melaksanakan agama Islam sesuai dengan tuntutan Al]Quran dan As] Sunnah.  Menyedari hakikat dan kepentingan akan kebangkitan gelombang ini Pusat Psikologi Gunaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerja sama Majalah I dan Majalah Nur mengorak langkah menganjurkan forum berkaitan kebangkitan gelombang gerakan ini dengan memfokuskan perbincangan kepada arah dan hala tuju gerakan ini. Forum
 ini secara tidak langsung merupakan lanjutan Forum Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan Cabaran di Era Globalisasi anjuran Muslim Profesionals Forum (MPF) beberapa ketika yang lalu.  Secara umumnya, objektif program ini adalah untuk memberikan penjelasan secara ilmiah dan universal berkenaan cara mengubah pemikiran dan sikap yang lebih baik dan berkesan dalam mengikuti arus tajdid.  Antara lain, program ini juga diharapkan dapat membuka ruang diskusi ilmiah antara ahli panel dan para peserta. Di samping itu, pertemuan yang bakal diada kan nanti juga dapat mengeratkan ukhuwah antara masyarakat awam dan golongan belia, terutamanya mahasiswa sebagai pemangkin kepada gerakan tajdid.  
Aturcara Majlis 2.45 petang : Ketibaan audiens dan pendaftaran   3.05 petang : Kata]kata aluan pengerusi majlis   3.10 petang : Ucapan oleh Prof. Dr. Rahmattullah   Khan Abdul Wahab Khan, Pengarah   Pusat Psikologi Gunaan UIAM.   3.15 petang : Forum : GERAKAN TAJDID :GELOMBANG PERUBAHAN DI ALAF BARU( Sessi I)   Ahli Panel   1. Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus   2. Ustaz Tuan Hassan Tuan Lah   3. Ustaz Maszlee Malik   Moderator : Ustaz Anzaruddin bin Ahmad  4.30 petang : Solat Asar berjemaah  
5.00 petang : Forum (Sessi II)   Ahli Panel   1. Rosmalizawati Ab. Rashid   2. Prof. Madya Dr. Ahmad Farouk Musa   3. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin   Moderator : Ustaz Adlan bin Abd Aziz   6.15 petang : Sessi soal jawab  7.00 malam : Pembahagian kurma untuk iftar   7.10 malam : Iftar   7.25 malam : Solat Maghrib berjemaah   7.50 malam : Makan malam   8.20 malam : Solat Isyaf dan Tarawih berjemaah   10.00 malam : Bersurai 
   Maklumat Ahli Panel   PROFESSOR MADYA DR. AHMAD FAROUK MUSA   Ahli Pengasas MPF   Pakar Bedah Kardiotorasik merangkap Pensyarah Fakulti Perubatan UPM   Ahli akademik dan penyelidik yang banyak membentangkan kertas kerja di pelbagai peringkat  USTAZ MASZLEE MALIK   Pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM   Sering terlibat dalam seminar]seminar keagamaan   Banyak memberi ceramah dan menghasilkan karya berkaitan isu PALESTIN  DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN   Pensyarah merangkap Penyelaras Seketariat Falsafah Sains Islam
 USM   Mempunyai pengkhususan dalam bidang hadith dan sering terlibat dalam pembentangan kertas kerja dan kuliah]kuliah agama USTAZ TUAN HASSAN TUAN LAH   Pengurus, Strategi Perniagaan TM   Salah seorang pengasas laman web al]Ahkam (http:// al]ahkam.net), sebuah laman web yang membincang kan Islam secara konprehensif melalui internet.  USTAZ MOHD YAAKUB MOHD YUNUS   Naib Presiden, Bahagian Perbankan Perusahaan Affin Bank Berhad   Aktif menulis buku]buku agama   Antara buku yang ditulis beliau ialah eKaedah Memahami Nama]Nama dan
 Sifat]Sifat Allahf, eSembahyang Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah dan banyak lagi.  Program Ini Terbuka Untuk Semua GolonganYuran penyertaan adalah sebanyak RM 10. Bayaran termasuk kos pengurusan dan jamuan iftar. KEPADAPARA PELAJAR IPT, hanya RM 5 sahaja dikenakan.   Ahli]ahli professional, para pelajar IPT, pendokong dan penyokong gerakan tajdid, orang]perseorangan dan siapapun anda, pastikan peluang ini tidak dilepas   kan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi nama di bawah untuk urusan pendaftaran. Kehadiran anda amatlah
 dialu]alukan.1. MOHD MASRI BIN RAMLI (019]3269091)   [EMAIL PROTECTED]  2. NAZIFAH MUSTAFFHA (019]3022655)   [EMAIL PROTECTED]  3. ILI DALILA MOHD REDZUAN   [EMAIL PROTECTED]e Dan inilah jalanKu, jalan yang lurus; maka ikutlah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan yang lain itu
 memecahbelahkan   kamu dari jalan-Nya. f   (Al-Anfaam:153) 
	
		Get your own web address for just $1.99/1st yr. We'll help. Yahoo! Small Business.

__._,_.___





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged 

Boycott Israel [hidayahnet] sikap jabatan agama terhadap saudara baru...!!!

2006-09-18 Terurut Topik af_feirays
amat menyedihkan apabila pihak berwajib yg sepatutnya menjadi tempat rujukan 
saudara baru malah menjadi tempat yg menakutkan mereka. terdapat banyak kisah2 
dan pengalaman2 yg boleh dibaca berkisar isu ini. dan ia benar2 membuatkan kita 
rasa jelak dengan sistem pengurusan pihak2 berkuasa agama.

,,
Utusan Malaysia
13/9/06

Pengalaman pahit seorang mualaf di pejabat JAWI Labuan

SAYA telah memeluk agama Islam yang suci pada 2003. Saya menghadirkan
diri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan kerana
urusan penukaran nama dalam kad akuan memeluk Islam pada 23 Ogos 2006.

Penukaran nama itu dibuat untuk menyingkatkan nama yang terlalu
panjang dan menyukarkan saya untuk mengisi mana-mana borang.

Di samping itu, saya ingin mengekalkan nama asal saya yang ringkas
dengan sedikit penambahan bagi memudahkan urusan dokumen lama, malah
sebagai tujuan dakwah kepada keluarga saya yang belum lagi memeluk
agama Islam.

Nama lama yang panjang diberikan oleh rakan-rakan ketika saya mula-
mula memeluk Islam.

Pada masa itu saya masih terpinga-pinga dan tidak mempedulikan soal
nama, yang penting ialah saya telah selamat diIslamkan.

Saya telah merujuk kepada ramai ustaz dan ustazah tentang perkara ini
dan mereka telah menyatakan keharusannya, malah ada yang menyokong
tujuan saya itu.

Sejak memeluk Islam, saya bergiat aktif dalam aktiviti keagamaan
termasuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.

Saya juga amat rapat dengan ramai ustaz dan ustazah. Ada juga ustaz
yang merupakan bekas paderi telah menjadi keluarga angkat saya.

Latar belakang ini perlu saya jelaskan kerana layanan yang saya
terima di pejabat JAWI Labuan sungguh tidak wajar.

Belum pun berpeluang untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut
tentang sebab-sebab untuk menukar nama, tiba-tiba saya dilemparkan
dengan kata-kata kesat berbentuk penghinaan yang amat menyinggung
perasaan saya dan mencemar martabat.

Sehingga kini, apa yang dilalui masih terasa di hati saya.

Bayangkanlah seorang pegawai JAWI antara lain menuduh saya suka-suka
sahaja memeluk agama Islam...masuk Islam kerana tamakkan bantuan
dan menukar nama kerana berniat untuk murtad.

Beliau juga menganggap keIslaman saya tidak ada erti semata-mata
kerana saya tidak mengikuti kelas agama yang JAWI tawarkan sedangkan
saya mengikuti pengajian agama secara tidak formal di tempat lain.

Suka saya nyatakan bahwa saya masih seorang pelajar dan mempunyai
jadual pengajian yang ketat.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa penukaran agama seorang yang
bukan Muslim bukan suatu bahan mainan atau sendaan, apatah lagi jika
ia adalah benar-benar dari taufik dan hidayah Allah s.w.t.

Saya telah membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengubah jalan
hidup saya dengan memeluk agama Islam.

Bayangkanlah jika kata-kata itu dilemparkan ke atas mualaf yang tidak
kukuh akidah dan imannya. Lebih malang lagi kata-kata penghinaan itu
dilemparkan kepada saya di khalayak ramai.

Saya berharap, perkara yang saya alami itu tidak akan berulang lagi
kepada mualaf atau tetamu lain di jabatan tersebut.

Saya berpandangan bahawa jabatan agama adalah institusi yang
berfungsi mulia dan dipandang mulia oleh masyarakat Islam, maka
amatlah perlu setiap kakitangan jabatan tersebut bersikap profesional
dalam mengendalikan urusan tugas.

Sekian, yang buruk datang dari kita selaku hamba Allah yang lemah dan
yang baik itu dari Allah Yang Maha Berkuasa.

– NUR JESSICA ANTHONY,
Universiti Malaysia Sabah.

,

kisah2 lain berkaian saudara baru dan sikap pejabat2 agama..

http://the-authenthic.blogspot.com/2006/08/sedikit-cerita-tentang-seorang-amoi.html


http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/20531




-
 All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done 
faster. 




--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:

Boycott Israel [hidayahnet] Download Kuliah Puasa Ustaz Arif Nazri

2006-09-16 Terurut Topik af_feirays
  
   
  aslm wbt..
   
  audio rakaman kuliah puasa di UIA pada 11 September 2006 telah 
diupload..sudi-sudikanlah diri anda untuk mendownloadnya
  http://www.4shared.com/file/3683827/4cdd8411/kuliah-puasa.html
   
  speaker: ustaz arif nazri, pensyarah UKM, bekas Imam Masjid UIA, sedang 
membuat Phd di UIA
   
  dijemput juga semua minggu hadapan 18/9/06 hari Isnin, sambugan kuliah puasa 
di ADM lr5 level 3 jam 930 malam bersamaan hari Isnin.
   
   
  




--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Bismillah [hidayahnet] PAKSI ISLAM: SYAKSIAH ATAU HUJAH??

2006-05-04 Terurut Topik af_feirays



salam.. ha! menarik tak isu nih..? sebab apa isu nie timbul? sbb skrg nie ramai yang mula mempunyai kesedaran dalam kefahaman agama berdalilkan sumber2 yang diyakini kesahihannya dari kitab Allah dan Hadith nabi shallahu 'alaihi wasallam.. tapi, terdapat sebahagian di kalangan kita yang masih tidak dapat menerima penghujahan atas fakta yang telah diyakini kebenarannya di atas alasan tiadanya adab dan hikmah pada syaksiah mereka yang cuba menegakkan agama di atas panji sunnah ini berdasarkan dalil2 yang sohih.. hmm.. dua2pun aspek yang kritikal dalam dunia dakwah dan ilmu.. hujah dan syaksiah.. yang mana satu pilihanmu?? atau keduanya??artikel di bawah ini cukup menarik untuk kita kaji dan nilai bersama.. semoga bermanfaat.. andai sudi, boleh la dibincangkan..dipetik dari..http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modloadname=Newsfile=articlesid=14815~TIDAKsemua masalah Aqidah itu masalah Aqidah dan tidak semua masalah Fiqh itu masalah Fiqh!Sejauh manakah relevannya persoalan di atas? Kita biasa mendengar bahawa masalah terbahagi kepada dua iaitu masalah yang kelihatan
 (presented problem) dan masalah yang sebenar (real problem). Namun apakah polemik ini juga wujud dalam soal yang berkaitan dengan agama? Inilah persoalan yang ingin saya kupas melalui artikel ini. Seandainya dakwaan bahawa kebanyakan masalah Aqidah, Fiqh dan Akhlak kita ini bukan masalah Aqidah, Fiqh dan Akhlak, maka masalah apakah sebenarnya yang menghantui kita selama ini?  UJIAN PERTAMAKewafatan Rasulullah SAW adalah ujian yang besar kepada umat Islam. Ia adalah ujian kepada keupayaan umat Islam untuk bertahan tanpa wahyu yang selama ini telah menjawab permasalahan secara langsung. Ketika Abu Bakr r.a. dan Umar r.a. pergi memberitahu Ummu Ayman r.ah. tentang berita kewafatan Rasulullah SAW, Ummu Ayman r.ah telah menyambutnya dengan tangisan. Beliau menangis bukanlah kerana Rasulullah SAW itu pergi dari suatu keadaan yang baik kepada tidak baik, bahkan apa yang ada
 di sisi Allah itu lebih baik dan utama untuk Baginda s.a.w. Akan tetapi, Ummu Ayman r.ah menangis kerana padanya, berita kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah bencana kepada umat Islam. Puncanya adalah: terputusnya wahyu!Namun, ujian sebenar yang dihadapi oleh umat Islam melalui peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w. ialah ujian terhadap paradigma para Sahabat di dalam memahami agama. Inilah isu yang ingin dikembangkan melalui artikel ini supaya ia boleh menyuluh kepada persoalan asas yang membelenggu umat Islam hari ini.Nasihat Abu Bakar r.a. yang bertujuan mententeramkan Umar r.a. dan sahabat-sahabat yang lain, menjadi suluhan kepada kita untuk memahami tentang status hubungan di antara para sahabat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata:"Barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad itu telah mati. Bagi sesiapa yang menyembah
 Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak akan mati." Lalu Abu Bakr r.a. membacakan firman Allah s.w.t. :"Dan tidaklah Muhammad itu melainkan dia adalah seorang Rasul. Sesungguhnya (perutusan beliau) telah pun didahului dengan (perutusan) para Rasul yang lain. Apakah sekiranya beliau mati atau terbunuh, kamu mahu memalingkan leher (meninggalkan agama Allah)? Barangsiapa yang memalingkan lehernya (dengan meninggalkan agama Allah) maka (ketahuilah bahawa) ia tidaklah sekali-kali memberi sebarang mudharat kepada Allah. Bahkan Allah akan sentiasa memberikan ganjaran-Nya kepada orang-orang yang bersyukur" [Ali Imran 3: 144]Ayat ini terserlah di dalam sejarah apabila Abu Bakar r.a. membacanya pada masa yang sangat tepat, sehingga Umar r.a. berkata, "seolah-olah inilah kali pertama aku mendengar ayat tersebut
 dibacakan".Kenyataan Abu Bakar r.a. berserta ayat ini, membina suatu konsep yang besar dan penting di dalam Islam. Konsep yang dimaksudkan itu lazimnya disebut sebagai "ISLAM TERBINA DI ATAS HUJAH DAN BUKANNYA DI ATAS SYAKHSIAH".Ketundukan seorang Muslim kepada Islam adalah merujuk kepada sejauh mana seseorang ini menerima dan akur kepada kebenarannya. Namun, soal kebenaran Islam itulah yang menjadi titik kekeliruan umat Islam di sepanjang zaman. Lazimnya kita terkeliru di antara sandaran kebenaran, sama ada ia pada syakhsiah, atau dengan hujah. Kekeliruan ini akan mendorong kepada permasalahan yang lebih besar, kerana kita perlu melihat dengan jelas apakah sebenarnya yang menjadi paksi kepada keIslaman kita. Adakah peribadi dan syakhsiah (figure-centered) atau hujah (evidence-centered)?Sesuatu yang mudah untuk difahami, apabila Rasulullah s.a.w.
 menjadi perantara dan penerima wahyu di antara sekalian manusia dengan Allah SWT, sudah tentulah kecintaan dan kasih sayang umat Islam kepada Baginda menjadi sebahagian daripada tuntutan Iman. Allah SWT menyebut di dalam al-Quran:Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), 

Bismillah [hidayahnet] Benarkah Umar r.a Membunuh Anak Perempuannya?? Jom kita cek...!!

2006-04-21 Terurut Topik af_feirays



BENARKAH SAYYIDINA UMAR R.APERNAH MEMBUNUH ANAK PEREMPUANNYA?Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib Rasulullah (s.a.w) dan khalifah agung umat Islam.  Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di zaman jahiliah.  Apa peliknya andaikata semasa jahiliah itu Sayyidina Umar r.a telah melakukan demikian! Selain itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam? Dengan kemampuannya yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Umar r.a itu pun setelah memeluk Islam menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam 
 kemudian.   Bagi penulis tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana ini telah pun terbukti melalui sekian banyak riwayat-riwayat yang sahih. Tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau ia hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?   Alangkah berguna kepada para pembaca sekalian sekiranya penulis buku-buku dan artikel-artikel tersebut mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.   Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadits atau kitab-kitab sejarah yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita umat Islam hari ini kerana menerima apa saja 
 yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah (s.a.w) telah pun bersabda yang bermaksud; �Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.� (Hadits Riwayat Muslim)   Tujuan penulis mengoreksi artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup sahabat Rasulullah (s.a.w), juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah (s.a.w) dan sahabat-sahabat Baginda (s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.  Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang
 disiarkan  di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ...   �... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, �Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?� la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. �Umar, jangan jadi pengecut,� tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...�   Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama� Islam dalam menilai sesuatu cerita.   Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:
1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.   2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha�, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).   Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari 

Bismillah [hidayahnet] jom pi kuliah..!!!

2006-03-27 Terurut Topik af_feirays



Kuliah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (April 2006) Tarikh  Tempat  Waktu  Tajuk   15 April 2006 SABTU  Surau al-Muhajirin, Taman Sri 
 Ukay  10.00 pagi  Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara-perkara yang Dilarang, Bab Celaan terhadap Manusia Talam Dua Muka)   15 April 2006 SABTU  Masjid al-Syakirin, Bandar Utama   Selepas Maghrib  Riyadh al-Salihin (Kitab al-Fadha�il, Bab Fadhilat Membaca al-Quran)   16 April 2006 AHAD  Kelab Golf Perkhidmatan
 Awam Malaysia (KGPA) Bukit Kiara Off Jalan Damansara  10.00 pagi  Riyadh al-Salihin (Kitab Perkara-Perkara yang Disuruh, Bab Yakin dan Tawakkal)   16 April 2006 AHAD  Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya  Selepas Maghrib  Sahih al-Bukhariy (Kitab al-Iman, Bab Solat sebahagian dari Iman, dan Firman Allah: �Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan iman kamu�� [al-Baqarah 143] yakni Solat kamu di Baitullah)
		New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Seminar 'Ke Arah Memahami Paradigma Ahl Sunnah Wal Jamaah'

2006-01-23 Terurut Topik af_feirays



..kebetulan ternampak pamphlet untuk seminar nie.. so, rasa nak berkongsi maklumat dgn sahabat2 sume.. mana tau ada yang berminat..Tema : "Kembali Kepada Pemikiran/Pendirian Intelektual Ahl Sunnah Wal Jamaah: Agenda Buat Ummah"Tarikh : 04 Februari 2006 / 05 Muharram 1427Masa : 7.45 pagi - 5.30 petangLokasi : Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaKupasan Tema: Dr Mohd Fauzi Hamat  "Kembali Kepada Pemikiran/Pendirian Intelektual Ahl Sunnah Wal Jamaah"Pembentang Kertas Kerja I : Ust Azmil Bin Zainal Abidin  "SumbanganAsha'ariyyah dan Salafiyyah di bidang Usuluddin. Lakaran Semula Sejarah Pemikiran Tauhid Ahl Sunnah Wal Jamaah"Pembentang Kertas Kerja II : Dr Zulkifli b. Mohamad Al-Bakri 
 "Pertumbuhan mazhab2 feqah sebagai mercu/manifestasi kematanga ilmu ulama Islam"Pembentang Kertas Kerja III : Ust HAzrizal B. Abd Jamil  "Sumbangan Ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kemurnian aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah di ambang keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah"Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi:Cik Sabariah (012-3743278)  En Ahmad (0192637282)  En Taufiq (013-6026416)Bayaran:  Pelajar RM 30Berkumpulan Pelajar (4 org) RM 100  Awam RM 50Berkumpulan Awam (4 org)RM 180Penghargaan:UIAMKARANGKRAFFFSU UIAM
		  
What are the most popular cars?  Find out at Yahoo! Autos






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Bismillah [hidayahnet] Mari kita berhijrah bersama mereka ke mazhab salaf: Syeikh Rasyid Redha

2005-12-05 Terurut Topik af_feirays



dipetik dari al-ahkam..Marilah kita berhijrah bersama mereka. Bersama kafilah al-Ghazali, Rasyid Redha, Abul Hasan al-Asy'ari dan selain mereka. Kembali berhijrah kepada ajaran murni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Mazhab salafus soleh. Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini.   Beliau asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin bin Baha'uddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait Rasululllah s.a.w. Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di
 Selatan Tarablus, Syam. Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bid'ah di dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah memperolehi ijazah kitab Dala'ilul Khairaat dari syeikh Syazalinya. Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w. Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bid'ah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya
 kepada Allah Taala, bukan kepada guru. Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar. (Ruj: http://www.alwahabih.com/121.htm) Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan syeikh Yusof al-Qaradhawi yang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Mua'sharah vol 2: "Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yg memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini, memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal
 ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan memburuk-burukkan pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya. Saya tidak mengingkari bahawa saya termasuk salah seorang pengkagum Syeikh Rasyid Redha, dan saya menganggapnya sebagai salah seorang mujaddid Islam, sebagai salah seorang ulamak yg mendalam ilmunya, yang berfikiran merdeka, dan
 mujtahid dalam agama. Majalahnya, al-Manar, dan tafsirnya, alManar, berserta kitab2 dan fatwa2nya memiliki pengaruh yg tidak dapat disangkal oleh seorangpun dalam menyedarkan umat Islam dari kelalaiannya dan membebaskan mereka dari rantai taklid yang membelenggu leher mereka. Beliau juga berusaha keras untuk mengembalikan mereka kepada sumber2 agama yg jernih, iaitu kitab Allah dan sunnah nabiNya serta petunjuk dan bimbingan salaf yg saleh, genarasi terbaik" Pengakuan al-Qaradhawi bahawa Syeikh Rasyid Redha sebagai pembawa panji-panji salaf, memerangi taqlid dan bid'ah ada di sebutkan di dalam kitabnya yang lain.(Ruj: Ummatina Baina Qarnain, hal: 105). Syeikh Rasyid Redha juga antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan kitab-kitab karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab: ãÍãÏ ÑÔíÏ ÑÖÇ ÕÇÍÈ ÇáãäÇÑ¡ ?í ãÕÑ¡ æåæ ÇáÐí ÓÇåã ?í äÔÑ ßÊÈ
 ÇáÔíÎ   (Ruj: http://www.alsaha.com/sahat/Forum2/HTML/005404.html) Di samping itu, beliau juga adalah antara orang yang mempertahankannya dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnahnya. ?Antaranya ialah tulisannya dalam mukadimah kitab Siyanatul Insan An Waswasatil Dahlan. Iaitu kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab: Þæá ÇáÔíÎ ÑÔíÏ ÑÖÇ - ÑÍãå Çááå - ?í ÊÞÏíãå áßÊÇÈ (ÕíÇäÉ ÇáÅäÓÇä Úä æÓæÓÉ ÏÍáÇä): "ßäÇ äÓãÚ ?í ÕÛÑäÇ ÃÎÈÇÑ ÇáæåÇÈíÉ ÇáãÓÊãÏÉ ãä ÑÓÇáÉ ÏÍáÇä åÐÇ æÃãËÇáå ?äÕÏÞåÇ ÈÇáÊÈÚ áãÔÇíÎäÇ æÂÈÇÆäÇ¡ æäÕÏÞ Ãä ÇáÏæáÉ ÇáÚËãÇäíÉ åí ÍÇãíÉ 

Bismillah [hidayahnet] Fatwa al-Qaradhawi dan Al-Bouty: Tiada Bid'ah Hasanah

2005-10-25 Terurut Topik af_feirays





Oleh: zain y.s 
Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah? 
Sering dikatakan bahawa membukukan al-Quran dan al-Hadis itu sebagai bid'ah hasanah. Bila Nabi yang mulia s.a.w. menyatakan "Sesungguhnya setiap bid'ah itu saiyi'ah/keji", maka apakah mungkin ada bid'ah lain dari bid'ah yang keji. Apakah ada apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah. 
Dalam suatu perkara, apabila ada di sana dalil yang boleh disandarkan, samada secara umum atau secara khusus apakah perkara itu kita masih lagi mahu menamakannya sebagai bid'ah.. Tetapi bid'ah hasanah. 
Bila membukukan hadis itu ada petunjuk dari syarak secara umum, maka mengapa kita menamakannya sebagai bid'ah, tetapi hasanah. Bila kerja-kerja menyusun ilmu usul feqh yang tidak ada pada zaman nabi s.a.w. dilakukan tetapi ada petunjuk dari syariat yang menganjurkan apakah dapat kita katakan ia sebagai bid'ah. 

Semua itu bukan bid'ah, samada hasanah atau wajibah atau mandubah (sunat) atau apa sahaja. Ia bukanlah perkara yang direka-reka dalam hal agama, tetapi ia memang ada di dalam agama. 

Mengatakan sesuatu yang memang ada petunjuknya di dalam agama sebagai bid'ah baik dikatakan sbg hasanah atau apa sahaja adalah suatu perkara yang ganjil dan pelik. Kerana bid'ah dan tidak bid'ah adalah dua perkara yang saling bertolak ke belakang. Saling bertentangan yang tak mungkin bersatu. Apabila ia memang sesuatu yang direka-reka dalam agama, maka ia adalah bid'ah. Bid'ah hanya satu.. Dholalah. Bila ada petunjuknya maka ia adalah bukan bid'ah. 

Berikut ini adalah fatwa syeikh Yusof al-Qaradhawi berkaitan dengan bid'ah dan komentarnya mengenai pembahagian bid'ah. Juga penjelasan di sekitar maksud sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada beberapa macam. 
=== 

Soal: Apakah dia pembahagian bid'ah? Adakah benar di sana terdapat bid'ah hasanah (baik) dan bid'ah saiyi'ah (keji)? 

Jawab: Berlaku pertentangan pendapat antara kalangan ulama tentang pembahagian bid'ah. Sebahagian mereka membahagikannya kepada bid'ah hasanah dan bid'ah saiyi'ah. Sebahagiannya pula menjadikan bid'ah kepada lima bahagian seperti hukum syar'i. Semua pembahagian ini tidak ada asalnya. Kerana hadis s.a.w. menyatakan: "Setiap bid'ah itu dhalalah." Ia adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak berada di bawah mana-mana asal atau sumber dari sumber-sumber tasyri' (pensyariatan) atau ia bukanlah perkara yang ada dalilnya dari mana-mana dalil hukum. 

Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan: 
Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah. 

Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan). 
Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah. 

Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)." 

Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya" Pembahagian sebegini adalah tidak perlu. 

Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang 

Bismillah [hidayahnet] Tarawih 11 rakaat: Antara Kaum Tua dan Kaum Muda

2005-10-20 Terurut Topik af_feirays



http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modloadname=Newsfile=articlesid=8143

Oleh: zain y.s (Nov 11, 2002 - 04:28 AM) 
(1) Alhamdulillah, di Ramadhan al-Mubarak ini, Allah telah memberikan sedikit kesempatan kepada saya untuk menulis. Dan, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana al-ahkam online masih terus berada di dunia internet pada ramadhan kali ini, dan mudahan2 pada ramadhan2 mendatang. 

Tulisan ini hanya sebagai "warm up" setelah lama bercuti… Dan insyaallah, jika tidak ada apa2 masalah saya akan cuba menulis di ruangan Fikrah ini seperti biasa. Namun tugas2 pengendalian al-ahkam berkemungkinan masih belum boleh saya jalankan.
-- (2) Bila orang bertanya kepada saya: "Ustaz ikut cara mana? Kaum tua atau kaum muda?" 
Saya akan jawab, "Saya adalah genarasi baru Islam, tidak kaum tua dan tidak kaum muda. Berbalah itu adalah sesuatu yang amat buruk." 
- (3) Ada satu perkara yang amat menarik perhatian saya setiap kali menyambut ramadhan al-mubarak. Ia berlaku mutakhir ini. Mungkin sejak pertengahan atau akhir tahun 90an. 
Masjid2 di sebahagian tempat di Utara ini, sudah menjadi satu trend sembahyang tarawih 8 rakaat + 3 witir (=11 rakaat). Selesai sahaja imam memberi salam untuk rakaat ke-8, maka separuh dari jamaah akan keluar dari masjid. Kebanyakannya golongan muda. 
Saya tidak tahu, samada trend ini berlaku di tempat2 lain di Malaysia ini. 
Untuk pengetahuan, mereka yang bersembahyang tarawih 8 rakaat ini bukanlah terdiri dari aliran Kaum Muda, tetapi pemuda2 biasa yang ikut makan kenduri arwah, bertahlilan dan bermaulid-rasul.. 
- (4) Cuba fikirkan.. Ketika kita berbalah cara mana yang sunnah dan cara mana yang bid'ah.. Ketika kita menuding jari kpd org lain.. Ini bid'ah! Muncul satu trend 8 rakaat (11 rakaat). 
Saya tidak bercadang untuk membahas dari sudut hukum tentang hal ini. Kerana ini sudah banyak diperkatakan dan diberdebatkan. 

Cuma ada beberapa kesimpulan yg boleh kita lihat: 
Pertama: Ketika kaum tua mempertahankan caranya, anak-anak mudanya sibuk mempraktikkan cara kaum muda. Barangkali, nanti ada amalan2 lain termasuk barzanji, tahlilan dsbnya sudah tidak diambil perhatian oleh mereka. Bukan bermaksud mereka sudah tidak kuat agamanya, tetapi mereka ada tanggapan lain terhadap amalan ini. 

Ini bermakna sebahagian dari amalan2 yang dipertahankan bukanlah sesuatu yang mesti. Maksudnya, bukanlah semua orang Islam mesti amalkan itu… Contoh: Orang Islam mesti amalkan kenduri tahlilan.. Mesti baca barzanji… Dsbnya.. 

Ia kadangkala amalan agama yang bukan asas yang berkait dengan budaya dan sistem masyarakat setempat. Contoh, kenduri tahlilan adalah untuk manfaat si mati. Ini adalah amalan agama. Manakala, kalau tak pergi ke kenduri, kita akan jadi kera sumbang. Ini adalah aktiviti sosial. Padahal untuk menyampaikan manfaat kepada si mati bukanlah mesti dengan mengadakan kenduri tahlilan. Dan bersosial pula bukanlah mesti hanya dengan pergi ke kenduri berkenaan sahaja. 

Kerana ramai umat Islam di negara lain bahkan tidak mengenal apa itu kenduri arwah. Apa itu bacaan barzanji. Kalaulah ia sesuatu yang mesti diamalkan oleh umat Islam, di mana tanpanya Islam seseorang akan kurang atau tidak diterima, maka masyakat Islam dari negara yang tidak mengamalkan tahlilan sudah tentu begitu malang sekali. 

Trend amalan orang-orang yang kuat beragama pada masa akan datang barangkali akan berubah dengan berubahnya cara dan gaya hidup masyarakat Islam. Bersosial mungkin bukan dengan kenduri tahlilan sahaja. Barangkali melalui aktiviti2 lain, spt usrah, qiyamullail dsbnya. Dan untuk menyampaikan pahala orang hidup kepada si mati, berkemungkinan dengan cara lain.. Bukan lagi dengan cara mengadakan majlis kenduri-kendara dsbnya. 

Kedua: Sebelum ini kaum muda cuba membawa masuk amalan 11 rakaat, tetapi mendapat tentangan hebat dari kaum tua. 
Tetapi bagaimana pula trend 11 rakaat yang dibawa oleh anak2 muda ini tidak diserang oleh kaum tua? 
Ini bermakna ada yang tidak kena pada pendekatan yang digunakan sehingga menyebabkan kemarahan kaum tua. 
Saya berpendapat, kalaulah cara serang dan ganyang oleh kaum muda tidak digunakan sebaliknya cara dan pendekatan golongan muda ini diserapkan pada perkara2 lain yang ditolak oleh mereka termasuk sifat 20, tawassul, talqin dsbnya, sudah tentu semua itu akan diterima 'secara resminya' sebagai sebahagian dari amalan yg tak perlu dihambat dan diserang. 
Orang akan terima tidak bertalqin itu sbg sebahagian dari amalan sebahagian masyarakat yang perlu dihormati. Barangkali, tok imam akan tanya kpd waris: "Apakah mayat ini mahu ditalqinkan atau tidak?" 
Setiap kali mahu memulakan kelas pengajian tauhid, si Ustaz akan bertanya, "Cara sifat 20 atau cara salafi.." 
- (5) Banyak perkara yang cukup buruk di dunia ini, antaranya ialah berbalah sesama sendiri! 
		 Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.






Lailatul Qadar - Bismillah [hidayahnet] Senarai Ulama Ahlus Sunnah Dunia Terkini

2005-10-16 Terurut Topik af_feirays



salam.. hanya untuk berkongsi maklumat.. mungkin dpt memudahkan sahabat2 dlm usaha menimba ilmu dlm memahami agama melalui Al-Qur'an dan Sunnah sebagaimana difahami oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam danpara sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'iin..

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modloadname=Newsfile=articlesid=8125

Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, M.A (Jayyid Jiddan), Univ Al-Yarmouk, Jordan Email : [EMAIL PROTECTED] 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dengan amanahnya dan pujian buat ahli Bayt Nabi SAW yang suci dan mulia serta para sahabat baginda SAW yang terpilih dan diredhai Allah juga para pejuang Islam yang menuruti jejak langkah Rasul SAW. 

Penulisan ini akan memfokuskan pengenalan ringkas tentang ulama dunia Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal di sekitar 50 an keatas ( kurun ke 19-20) – Pemfokusan lebih kepada bidang Fiqh. Ia bertujuan memperkenalkan kepada para pembaca nama para ulama muktabar zaman ini bagi memudahkan rehlah ilmu kita semua. 

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa senarai tokoh-tokoh yang disebut ini disusun atas dasar beberapa contoh kumpulan ulama terpilih (menurut penulis) dan bukan terhad jumlahnya seperti dalam senarai. Dan bukan juga merangkumi kesemua nama ulama yang wujud . Ia dibuat atas kaedah 'Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr. 




Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an): 

Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir: 

1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m 

2 Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an 

3 Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir, Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m 

4 Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an 

5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m 

6 Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m 

7 Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah 

8 Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat 

9 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M 

10 Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M 

11 Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat 

12 Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir)  Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil  Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M 

13 Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh 

14 Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat 

15 Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M 

16 Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith  Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal 

17 Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh 

18 Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan 

19 Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m 

20 Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m 

21 Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah  tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M 

22 Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17 

23 Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M 

24 Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19 

25 Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18 

26 Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah 

27 Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an 


Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol didunia Akademik dan Dakwah 

1 Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran  Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera  Bahasa Arab)  PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh  Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926 

2 Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929 


RE: Bismillah [hidayahnet] FW: Wahabi Adalah Wahabi

2005-09-28 Terurut Topik af_feirays



salam.. sdr nazrie dan sahabat2 lain mungkin boleh menemukan jawapan untuk persoalan tersebut diurlini.. ataupun bertanya terus kpd panel2 laman web al-ahkam di url ini..

http://al-ahkam.net/home/index.php[EMAIL PROTECTED] wrote:









ASSALAMUALAIKUM
Saya adalah seorang yg cetek ilmu agama.. ( harap ada yg dapat membantu membimbing saya )
Saya tak faham 2 perkara…. Ada sesapa rakan2 yang tahu kenapa nabi dan as-syafie melarang melakukan 2 perkara ini… boleh beritahu dengan jelas tak… ??

Terima kasih

“Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi ”Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie Lalu aku dipanggil Wahabi 




From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayahnet@yahoogroups.com] On Behalf Of Abu_NidhalSent: Thursday, September 15, 2005 7:54 AMTo: hidayahnet@yahoogroups.comSubject: Bismillah [hidayahnet] FW: Wahabi Adalah Wahabi


~salam~

Luahan rasa dari seorang sahabat...  Wahabi Adalah WahabiAku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli Lalu aku dipanggil Wahabi Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti Lalu aku dipanggil Wahabi Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie Lalu aku dipanggil Wahabi Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat
 dilarang oleh Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie Lalu aku dipanggil Wahabi Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi Lalu aku dipanggil Wahabi Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi? Kata mereka Wahabi adalah Wahabi Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi? Kata mereka Wahabi adalah Wahabi Aku semakin bingung siapa itu Wahabi Namun ... Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku dipanggil Wahabi Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari Nabi...Biarlah aku dipanggil
 Wahabi Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi Biarlah aku dipanggil Wahabi Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri Biarkan aku dipanggil Wahabi Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi Biarlah aku terus dipanggil Wahabi ABU SYAKIR 12-SEP-2005_http://kadir-alqayyim.blogspot.com/



Yahoo! for GoodClick here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
		Yahoo! for Good 
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 







--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Re: Bismillah [hidayahnet] Kerja pelacur halal jika darurat- ustazah masitah

2005-07-04 Terurut Topik af_feirays



assalamua'alaikum..

Allah menyebut di dalam Al-Qur'an yang bermaksud..

jika kemu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah is kepada Allah (AlQuran) dan Rasul-Nya (AsSunnah), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
(maaf, tak ingat no ayat dan surah ke berapa..)
Allah juga menyebut, yang maksudnya..

bertanyalah kepada 'ahlaz zikr'apabila kamu tidak mengetahui

Dan di dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-6, Allah memberitahu..

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suaru berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu


 al-qur'an dan sunnah menjadi panduan
 buat panduan muslim sejagat
jangan digusar ditambak pertengkaran
 rujuk ilmu agar bulat muafakat

so, mungkin cadangan saya di sini adalah untuk kita kembali kepada cara atau method yang lebih selesa yang dianjurkan oleh Islam. tanpa mengira di pihak manakita berada, selagi kita berpegang pada manhaj yang hak, kita pasti dpt usahakan utk sedikit demi sedikit cuba meletakkan kesatuan sebagai matlamat tidak kira dalam apa jua keadaan selagi kita masih mengaku beriman. tidaklah selayaknya bagi kita untuk menghukum secara luaran.itu kerja Allah dan dia Maha Mengtahui apa yang ada di sebalik hati-hati hambaNya walau sebesar zarah sekalipun.
namun begitu, dalam hal ini, saya mencadangkan agar kita kembalikan dgn cuba memahami isi isu ini. terutama sekali apabila ianya melibatkan urusan agama. kalaudi dalam kehidupan seharian, kita sentiasa sedar.. kalau ada masalah ttg kesihatan, kita berjumpa dgn doktor.. apabila ada masalah ttg undang-undang, kita berjumpa dgn peguam.. kalau ada maslah ttg sesuatu kita akan cenderung utk berjumpa org yg memang bidangnya di situdan kita yakini dengan kelayakan itu, dia mampu utk selseaikan dan memberikan maklumat yang tepatdgn kaedah yang tepatutk membantu. dalam ms yg sama, kita juga sedar kita bukanlah yg selayaknya utk selesaikan masalah tersebut. dan begitulah seharusnya yang berlaku dalam hal agama.. malah lebih lagi..adakah kita mengangap agama itu lebih lekeh dari ilmu perubatan, undang-undang dan sebagainya, sehingga kita berani utk membuat penilaian sndr tanpa merujuk kepada pakarnya.. 
seperti yg disebut dlm ayat di atas tadi.. 'ahlaz zikr'bukan semata-mata 'orang yg tahu'.. tapi 'orang yang memang kepakarannya di bidang tersebut'.. mungkin juga ada di kalanganyg memberikan pandangan sebeluminiadalah org yang faqih (dalam ilmunya) di bidang agama, tapi itu tidak menjanjikan keyakinan dr pihak yang membaca.. andai benar kita mampu memahami agama ini.. kita seharusnya memahami masalah ini secara ilmiah.. bukan dengan emosi dan perasaan.. alangkah baik dan elok,kalau setiap apa yang diutarakan itu kita dahulukan ayat2 Allah dan hadith2 nabi.. dan kemudian kata2 ulama muktabar.. (andai kata kita seorang yg mmg mempunyai kelulusan dlm bidang agama)yg mungkin dapat kita fahami pokok permasalahan yg timbul.. apalagi kita sedar bahawa masalah ini adalah masalah agama.. terkadang, ramai yg cenderung untuk melatah.. meletakkan pandangan sndr.. mangatakan "saya rasa".. dan sebagainya.. seolah2 agama ini
 bebasutk semua org memberikan komentar ttgnya.. ramai yg tidak menyedari..di atassangkaan, mereka sedang cuba menegakkan agama mereka.. fikir2kanlah..

.com, [EMAIL PROTECTED] wrote:

saya rasa disini ada kekeliruan yang besar atas pemahaman saudara/saudari..
ikhals dari saya utk memperhalusi situasi sebenar..

pertama, kenapa kita sering bertelagah pada benda2 furu' (benda yang kecil dan remeh temeh) bahkan kita ada agenda yang lebih besar perlu dilaksanakan.. saya kurang setuju dengan pendekatan seseorang yang suka menyebarkan sesuatu fakta yang boleh memberi kesan yang besar kepada golongan yang tidak faham.. 

kenapa saya berkata begitu.. sebabnya ialah adakah saudari yakin apa yang saudari maksudkan adalah sama dengan pendapat dr itu sendiri.. "iaitu dia telah menghalalkan pelacuran semasa dalam keadaan darurat" saya tak rasa itu yang dia maksudkan.. tetapi pada saya apa yang dia cuba maksudkan disini ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh islam contohnya utk org berzina adalah disebat atau direjam.. tetapi apabila keadaan tertentu seperti darurat .. (maksud darurat di sini terlalu luas).. contohnya jika sesebuah negara dilanda masalah kemiskinan dimana punca pendapatan seseorang terlalu terhad.. atau sistem sebuah negara itu tergendala dan dirudum masalah ekonomi, sosial dan sebagainya.. atau pun disebabkan oleh masalah2yang melanda sesebuah negaraini kita tidak dapat melaksanakan hukum islam.. atau juga apabila sesebuah negara dilanda masalah keruntuhan nilai.. wajarkah disini kita hukum seseorang pelacur atau penzina itu dengan hukum rejam sedangkan sistem kita
 sendiri tidak betul, atau menghadapi masalah.. atau tidak berfungsi dengan sebaiknya,.. sebagai contoh saya bawa kisah pemerintahan gemilang pemimpin islam.. ketika zaman saidina 

Bismillah [hidayahnet] Riwayat Sirah : Antara Yang Tulin Dan Palsu ( Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin )

2005-07-01 Terurut Topik af_feirays




Riwayat Sirah : Antara Yang Tulin Dan palsu Oleh : Mohd. Asri bin Zainul Abidin ([EMAIL PROTECTED]) Kebangkitan Islam yang kita lihat hari ini sememang mengembirakan hati kita, bahkan hati setiap yang mencinta agama ini. Di sana-sini orang bercakap mengenai Islam dan cuba mendekati setiap isu itu dari kacamata Islam. Ini tentunya sesuatu yang positif. Namun begitu, janganlah kita menganggap bercakap berhubung dengan agama sama dengan nilaian sebahagian pihak yang bersembang di kedai kopi yang bercakap tanpa memerlukan penelitian fakta. Di sini saya akan cuba membawa pembaca mendekati sumber Sirah Nabi apabila
 saya merasai begitu mudah sesetengah pihak termasuk para penceramah agama menyandarkan sesuatu fakta itu kepada Nabi s.a.w. tanpa memahami disiplin ilmu sirah. Ianya sesuatu yang merbahaya dan boleh memusnahkan ketulenan fakta agama. Kata Dr. Rajih `Abd al-Hamid al-Kurdi di dalam bukunya Syi`aa`a min as-Sirah an-Nabawiyyah fi `Ahd al-Makki : "Apabila disebut as-Sirah maka ianya bermaksud menterjemahkan kehidupan Nabi. Di mana as-Sirah telah menjadi suatu ilmu yang tersendiri iaitu ilmu as-Sirah". [m.s. 13, ctk. Dar al-Furqan, Jordan] Justeru itu as-Sirah an-Nabawiyyah adalah suatu disiplin ilmu. Sebagai ad-Din yang kewujudannya berteraskan kesahihan fakta maka Sirah Nabi s.a.w. adalah suatu disiplin ilmu yang mestilah berteras fakta yang benar dan tulen. Oleh yang demikian setiap penyataan mengenai as-Sirah an-Nabawiyyah mestilah dikenal pasti kekuatan dan kekukuhannya. Kajian
 terhadap sesuatu fakta sirah mesti dibuat dan diteliti secara bersungguh-sungguh. Para penulis Sirah tidak menyaksikan sendiri segala peritiwa yang berlaku pada hayat Nabi s.a.w. Mereka yang seperti Ibn Ishak, Ibn Hisyam, at-Tabari, Ibn Kathir dan selain mereka menulis sejarah berdasarkan sumber yang sampai kepada mereka. Sumber-sumber tersebut ialah: 1. Al-Quran al-Karim Al-Quran adalah rujukan tertinggi Islam. Segala perkara dan urusan dalam hidup manusia maka rujukan adalah al-Quran. Maklumatnya adalah qat`i dari segi kepastian asliannya atau disebut sebagai qat`iyyah ath-thubut. Oleh itu di dalam ta'rif al-Quran sebahagian `ulama `ulum al-Quran atau ilmu-ilmu al-Quran memasukkan perkataan al-Manqul bi at-Tawatur iaitu sampai ke tangan kita secara mutawatir (tanpa syak tentang keasliannya). Ini bermaksud secara penuh yakin tanpa syak al-Quran yang sampai ke tangan kita tidak pernah berubah atau ditambah atau dikurangkan sama sekali. Sepertimana kandungannya
 pada zaman Nabi s.a.w. demikianlah ianya kandungannya pada zaman kita. Oleh di mana sahaja umat Islam hanya memiliki al-Quran yang sama. Ini berbeza dengan penganut Kristian yang memiliki gospel yang berbilang-bilang. Oleh itu sirah Nabi s.a.w. yang disentuh oleh al-Quran adalah yang paling diyakini. Contohnya: Al-Quran dalam surah al-Anfal ayat 30 menceritakan bagaimana orang-orang kafir merancang ingin mengambil tindakan terhadap Nabi s.a.w. : Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir merancang tipu helah untuk memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang tipu helah dan Allah juga megagal tipu helah mereka. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang membalas tipu helah mereka" Al-Quran di dalam Surah adh-Dhuha ayat 6 menceritakan bahawa Nabi dahulunya yatim: Maksudnya: "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim lalu Dia melindungimu" Al-Quran di dalam Surah al-Fath ayat 29 mencerita sifat Nabi s.a.w. dan para
 sahabah baginda: Maksudnya: "Muhammad itu Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya bersikap keras terhadap golongan kuffar dan berkasih- sayang sesama meraka. Kamu lihat mereka itu ruku dan sujud mencari kurniaan Allah dan redhaNya. Tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari kesan sujud" Namun begitu seperti yang kita ketahui bahwa al-Quran tidak memperincikan dalam menyebut peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hayat Nabi s.a.w. Al-Quran sekadar menyebut beberapa peristiwa secara umum dan dikutip pengajaran daripadanya. Contohnya ayat 10 dari Surah al-Fath: Maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang berbai`ah (mengikat janji setia) denganmu sebenarnya mereka berbai`ah dengan Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka". Jika kita hanya membaca ayat di atas tentu kita tidak dapat mendalami apakah peristiwa bai`ah yang dimaksudkan di dalam ayat di atas. Namun begitu jika kita merujuk kepada kitab-kitab tafsir sebagai contoh Tafsir al-Quran
 al-`Azim yang dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir, beliau telah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih membuktikan peristiwa tersebut ialah Peristiwa Bai`ah ar-Ridhwan. Sebab itu apabila kita membaca al-Quran maka kita diminta merujuk kepada tafsirnya. Ini kerana para mufassirin biasanya akan mengemukakan riwayat-riwayat yang menjelaskan maksud punca sesuatu ayat diturunkan atau disebut sebagai Asbab an-Nuzul. Kata Muhammad Muhammad Hasan Syurrab di dalam "Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami: "Apabila kita mengkaji as-Sirah dari al-Quran maka kita juga merujuk kitab-kitab tafsir yang 

Bismillah [hidayahnet] Fwd: sila ambil perhatian

2005-05-28 Terurut Topik af_feirays
SILA AMBIL PERHATIAN : -

Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF... VIRUS PENYAKIT AIDS
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum 
membacanya...

Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok 
menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen. Thai 
dimana pesakit HIV ditangkap  didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah 
merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.
Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian 
menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai 
selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum penyuntik 
di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan 
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah 
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur 
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang 
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu 
benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 
Welcome to the real world, you are now HIV positive. Doktor telah 
memeriksa jarum tersebut  mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya 
berlaku di Hawai jadi berhati-hati

4. Di Georgia  Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan 
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi 
pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat 
mengembalikan wang syilingmungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. 
Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini kepada orang lain, 
especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor  Head Dept. of
Chemical Pathology School of Medical Sciences USM




 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 


--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Bismillah [hidayahnet] Riwayat Sirah : Antara Yang Tulin Dan palsu - Dr. Mohd Asri B. Zainul Abidin

2005-05-25 Terurut Topik af_feirays






Riwayat Sirah : Antara Yang Tulin Dan palsuOleh : Mohd. Asri bin Zainul Abidin ([EMAIL PROTECTED]) Kebangkitan Islam yang kita lihat hari ini sememang mengembirakan hati kita, bahkan hati setiap yang mencinta agama ini. Di sana-sini orang bercakap mengenai Islam dan cuba mendekati setiap isu itu dari kacamata Islam. Ini tentunya sesuatu yang positif. Namun begitu, janganlah kita menganggap bercakap berhubung dengan agama sama dengan nilaian sebahagian pihak yang bersembang di kedai kopi yang bercakap tanpa memerlukan penelitian fakta. Di sini saya akan cuba membawa pembaca mendekati sumber Sirah Nabi
 apabila saya merasai begitu mudah sesetengah pihak termasuk para penceramah agama menyandarkan sesuatu fakta itu kepada Nabi s.a.w. tanpa memahami disiplin ilmu sirah. Ianya sesuatu yang merbahaya dan boleh memusnahkan ketulenan fakta agama. Kata Dr. Rajih `Abd al-Hamid al-Kurdi di dalam bukunya Syi`aa`a min as-Sirah an-Nabawiyyah fi `Ahd al-Makki : "Apabila disebut as-Sirah maka ianya bermaksud menterjemahkan kehidupan Nabi. Di mana as-Sirah telah menjadi suatu ilmu yang tersendiri iaitu ilmu as-Sirah". [m.s. 13, ctk. Dar al-Furqan, Jordan] Justeru itu as-Sirah an-Nabawiyyah adalah suatu disiplin ilmu. Sebagai ad-Din yang kewujudannya berteraskan kesahihan fakta maka Sirah Nabi s.a.w. adalah suatu disiplin ilmu yang mestilah berteras fakta yang benar dan tulen. Oleh yang demikian setiap penyataan mengenai as-Sirah an-Nabawiyyah mestilah dikenal pasti kekuatan dan kekukuhannya. Kajian
 terhadap sesuatu fakta sirah mesti dibuat dan diteliti secara bersungguh-sungguh. Para penulis Sirah tidak menyaksikan sendiri segala peritiwa yang berlaku pada hayat Nabi s.a.w. Mereka yang seperti Ibn Ishak, Ibn Hisyam, at-Tabari, Ibn Kathir dan selain mereka menulis sejarah berdasarkan sumber yang sampai kepada mereka. Sumber-sumber tersebut ialah: 1. Al-Quran al-Karim Al-Quran adalah rujukan tertinggi Islam. Segala perkara dan urusan dalam hidup manusia maka rujukan adalah al-Quran. Maklumatnya adalah qat`i dari segi kepastian asliannya atau disebut sebagai qat`iyyah ath-thubut. Oleh itu di dalam ta'rif al-Quran sebahagian `ulama `ulum al-Quran atau ilmu-ilmu al-Quran memasukkan perkataan al-Manqul bi at-Tawatur iaitu sampai ke tangan kita secara mutawatir (tanpa syak tentang keasliannya). Ini bermaksud secara penuh yakin tanpa syak al-Quran yang sampai ke tangan kita tidak pernah berubah atau ditambah atau dikurangkan sama sekali. Sepertimana kandungannya
 pada zaman Nabi s.a.w. demikianlah ianya kandungannya pada zaman kita. Oleh di mana sahaja umat Islam hanya memiliki al-Quran yang sama. Ini berbeza dengan penganut Kristian yang memiliki gospel yang berbilang-bilang. Oleh itu sirah Nabi s.a.w. yang disentuh oleh al-Quran adalah yang paling diyakini. Contohnya: Al-Quran dalam surah al-Anfal ayat 30 menceritakan bagaimana orang-orang kafir merancang ingin mengambil tindakan terhadap Nabi s.a.w. : Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir merancang tipu helah untuk memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang tipu helah dan Allah juga megagal tipu helah mereka. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang membalas tipu helah mereka" Al-Quran di dalam Surah adh-Dhuha ayat 6 menceritakan bahawa Nabi dahulunya yatim: Maksudnya: "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim lalu Dia melindungimu" Al-Quran di dalam Surah al-Fath ayat 29 mencerita sifat Nabi s.a.w. dan para
 sahabah baginda: Maksudnya: "Muhammad itu Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya bersikap keras terhadap golongan kuffar dan berkasih- sayang sesama meraka. Kamu lihat mereka itu ruku dan sujud mencari kurniaan Allah dan redhaNya. Tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari kesan sujud" Namun begitu seperti yang kita ketahui bahwa al-Quran tidak memperincikan dalam menyebut peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hayat Nabi s.a.w. Al-Quran sekadar menyebut beberapa peristiwa secara umum dan dikutip pengajaran daripadanya. Contohnya ayat 10 dari Surah al-Fath: Maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang berbai`ah (mengikat janji setia) denganmu sebenarnya mereka berbai`ah dengan Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka". Jika kita hanya membaca ayat di atas tentu kita tidak dapat mendalami apakah peristiwa bai`ah yang dimaksudkan di dalam ayat di atas. Namun begitu jika kita merujuk kepada kitab-kitab tafsir sebagai contoh Tafsir al-Quran
 al-`Azim yang dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir, beliau telah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih membuktikan peristiwa tersebut ialah Peristiwa Bai`ah ar-Ridhwan. Sebab itu apabila kita membaca al-Quran maka kita diminta merujuk kepada tafsirnya. Ini kerana para mufassirin biasanya akan mengemukakan riwayat-riwayat yang menjelaskan maksud punca sesuatu ayat diturunkan atau disebut sebagai Asbab an-Nuzul. Kata Muhammad Muhammad Hasan Syurrab di dalam "Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami: "Apabila kita mengkaji as-Sirah dari al-Quran maka kita juga merujuk kitab-kitab tafsir yang 

Bismillah [hidayahnet] Fwd: ..mungkin kita sedang diperhati, follow the instructions.. Yahoo 'Web Beacons' Spy On And Track Yahoo Users!

2005-05-22 Terurut Topik af_feirays



Note: forwarded message attached.
		Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.



--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 








Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.








---BeginMessage---





bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
In the Name of God, the Compassionate, the Merciful

=== News Update ===
Yahoo 'Web Beacons' Spy On And Track
Yahoo Users!
From Anonymous5-15-5 

Yahoo tracks all of its users everywhere on the web and
the way to opt-out is detailed below. If you have a Yahoo e-mail account
or belong to one of Yahoo's many Yahoo groups, this probably applies to
you. Yahoo has probably been tracking everything you do online. Follow
the instructions precisely to opt out of this. Notice the important part
at the very end. 
 
Yahoo is now using something called 'Web Beacons'
to track Yahoo Group users around the net and see what you're doing and
where you are going similar to cookies. Yahoo is recording every website
and every group you visit. 
 
Take a look at their updated privacy statement: 
 


http://privacy.yahoo.com/privacy 
 
About half-way down the page, in the section on cookies,
you will see a link that says web beacons. Click on the phrase web
beacons. 
 


http://privacy.yahoo.com/privacy/us/beacons/details.html 
 
That will bring you to a paragraph entitled
Outside the Yahoo Network. 
 
In this section you'll see a little click here to
opt out link that will let you opt-out of their new
method of snooping. 
 
Once you have clicked that link, you are exempted.
Notice the Success message on the top of the next page. Be
careful because on that page there is a Cancel Opt-out button
that, if clicked, will **undo** the opt-out. So don't reflexively click
that button, or you will undo the opt-out ! Feel free to forward this to
other groups. 
===


-muslim voice-
___
BECAUSE YOU HAVE THE RIGHT TO KNOW 



--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 









No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.308 / Virus Database: 266.11.12 - Release Date: 17/05/2005
---End Message---


Bismillah [hidayahnet] ..bahaya islam liberal!!..

2005-03-24 Terurut Topik af_feirays



Sememangnya dua jaguh Wanita antarabangsa masakini sedang menyerang dan memfitnah Agama Islam yang tulin. Meraka juga adalah sponsored Sister In Islam . Dr Aminah Wadud dan Irshad Manji. Penulisannya sangat merbahaya dan tesebar dgn banyak Bahasa .Mereka menghalalkan Lesbian dan memperjuangkan haq wanita yang keluar dari syariat islam. Salman Rushdie adalah tulang belakang mereka,

Sedikit gambaran ringkas diberikan oleh tentang siapakah dia Aminah Wadud oleh Khalif Mu'ammar dalam di web Majlis Mujahidin Indonesia: 

Liberalisme Dan ‘Fundamentalisme’ Sebagaimana watak pemikiran postmodernis yang selalu mengkaitkan permikiran dengan kekuasaan, gerakan Islam liberal nampaknya tidak jauh dari trend itu. Maka dari itu dalam pemikiran Islam liberal, politik adalah salah satu agenda terpenting. Terbukti ketika pemikiran Islam liberal memulai gerakannya apa yang menjadi concern utamanya adalah membendung kekuatan arus pemikiran yang dinamakan ‘fundamentalis’. Cara-cara gerakan ini menghadang kelompok ini lebih cenderung frontal dan konfrontatif daripada persuasive. Tokoh-tokoh pemikir liberal di kalangan masyarakat Muslim, seperti Nasr Hamid Abu Zayd, Hasan Hanafi, Asghar Ali Engineer, Fatimah Mernisi, Aminah Wadud, Arkoun, al-Jabiri, Abdullah al-Naim dan lain-lain, muncul dengan ide-ide yang secara mencurigakan menyerang pemikiran mainstream ummat Islam. Pandangan-pandangan mereka terhadap kelompok salafi yang mereka anggap
 fundamentalis lebih keras daripada kritik mereka terhadap Barat. Juga karena ide pluralisme agama kritik mereka terhadap Islam dan ummat Islam lebih keras daripada kritik mereka terhadap agama lain. Gejala ini perlu dicermati dengan seksama. 




..nie la die Aminah Wadud.. tokoh pejuang Islam Liberal di US..


..tentang masalah 'menjadi imam utk solat jumaat', Para fuqaha' telah ittifaq bahawa tidak sah keimaman wanita dengan makmum lelaki...



..tak tau nak ckp aper..

..nak lagi..



..laki danperempuan dlm satu saf?..



..??..



..tak pakai tudung lagi??..

..berkunjunglah ke laman nie and search for aminah wadud..
http://www.al-ahkam.com.my/forum2
..p/s: tolong baca habis2 spy tak keliru..

..al fakir ilallah..
		Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site! 



--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 








Yahoo! Groups Sponsor


  ADVERTISEMENT 












Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.