Re: H-Net* Imam Shafi`i Tasawwuf
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah Assalamualaikum saudara Lan Noon dan warga Hizbi yang dihormati semua, Apa yang ingin saya sampaikan ialah resmi lembu atau mengikut cara lembu di dalam penerimaan sesuatu ilmu/pendapat atau ajaran, tidak boleh diikutkan dan tiada dalam Islam. Begitu juga dengan resmi padi dalam konsep merendahkan diri. Tidak semestinya kita perlu menjadi pandai, kaya, berilmu atau sebagainya dahulu, barulah nak merendah diri atau semakin merendah diri. Wahai saudaraku, Benar sekali, terdapat banyak kias/misal/perumpamaan dalam AlQuran dan Hadis. Saya sendiri ada menggunakannya dalam topik KEBENARAN/HAK DI ATAS IDEOLOGI. Hakikatnya, kias/misal/perumpamaan adalah SATU daripada ASAS ILMU. Walaubagaimanapun, setiap kias/perumpamaan mesti digunakan dengan tepat dan betul pada tempat dan keadaannya. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berILMU (Al-ankabuut/Laba-laba, 29:43) Dari perumpamaan, datangnya konsep model. Contohnya, belajar mengikut resmi lembu, perangai lembulah menjadi modelnya. Dari model ini banyak andaian boleh dibuat dan andaian yang selari dan disokong dengan data menjadi teori. Hukum-hukum atau teori-teori yang wujud pada setiap sesuatu kejadian alam boleh dimodelkan dan dikaji dan dimanafaatkan oleh manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Ini diberi oleh Allah yang Maha Pemurah sebagai nikmat pada hambanya manusia yang BERAKAL dan agar manusia INSAF bahawa Allahlah yang mencipta dan mengatur segala di langit dan segala di bumi. Allah menciptakan langit dan bumi dengan HAK. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang MUKMIN (Al-ankabuut/Laba-laba, 29:44) Semua cabang ilmu sains dan kejuruteraan membentuk model-model mereka masing-masing dan dituliskan supaya senang dipelajari. Malah perkataan tanda-tanda atau simbol-simbol ini datang dari perkataan ayat, atau ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Dari simbol-simbol ini datangnya konsep Algebra dimana sesuatu objek atau faktor dikiaskan sebagai huruf dan keseimbangan model ditulis dalam bentuk ayat mathematik seperti F = MA atau e = mc**2 (mc kuasa dua) dalam ilmu Fizik dan sebagainya. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (tulisan/bacaan). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (AlAlaq/Segumpal darah, 96: 3-5). Dalam pelaksanaan syariat Islam pula, role modelnya adalah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa kita perlu mengikut model-model lain yang bertaraf sekunder atau "secondary" ? Model-model yang lain mungkin menyimpang dari Islam dan tidak mempunyai sandaran/hujjah/nas yang kuat mengenainya. Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam/Kalam, 68:1-4) Sekian dahulu dan semoga Allah memberi kita semua ilmu yang berguna untuk kebaikan kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin. Katakanlah:Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. (Thaahaa, 20:114) Wallahu 'alam. Wassalam, Bulan Jaya From: Lan Noon [EMAIL PROTECTED] To: Bulan Jaya [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] Subject: Re: H-Net* Imam Shafi`i Tasawwuf Date: Sun, 7 May 2000 23:25:20 -0700 (PDT) errr..Kalau begitu tak bolehlah dikiaskan dengan padi dan lembu? Tapi kan kias tu ada dalam kaedah islam (Koran Sunah Ijmak Kias). Allah sendiri buat kias dlam Koran. Allah umpamakan tauhid itu spt pokok yg kuat. Salahkah membuat kiasan dengan padi dan lembu? Kalau salah alim ulamak sufi seperti ustaz Jamil lulusan mesir pasti sudah tegur. Beliau juga banyak buat kias dalam syarahan ilmiahnya. Naik terlentok saya mendengar tazkirahnya. Sungguh mendasar. Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL
Re: H-Net* Imam Shafi`i Tasawwuf
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah Assalamualaikum saudara Lan Noon dan warga Hizbi yang dihormati semua, Apa yang ingin saya sampaikan ialah resmi lembu atau mengikut cara lembu di dalam penerimaan sesuatu ilmu/pendapat atau ajaran, tidak boleh diikutkan dan tiada dalam Islam. Begitu juga dengan resmi padi dalam konsep merendahkan diri. Tidak semestinya kita perlu menjadi pandai, kaya, berilmu atau sebagainya dahulu, barulah nak merendah diri atau semakin merendah diri. Wahai saudaraku, Benar sekali, terdapat banyak kias/misal/perumpamaan dalam AlQuran dan Hadis. Saya sendiri ada menggunakannya dalam topik KEBENARAN/HAK DI ATAS IDEOLOGI. Hakikatnya, kias/misal/perumpamaan adalah SATU daripada ASAS ILMU. Walaubagaimanapun, setiap kias/perumpamaan mesti digunakan dengan tepat dan betul pada tempat dan keadaannya. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berILMU (Al-ankabuut/Laba-laba, 29:43) Dari perumpamaan, datangnya konsep model atau misalan bagi sesuatu. Contohnya, belajar mengikut resmi lembu, perangai lembulah menjadi modelnya. Dari model ini banyak andaian boleh dibuat dan andaian yang selari dan disokong dengan data menjadi teori. Hukum-hukum atau laws yang wujud pada setiap sesuatu kejadian alam boleh dimodelkan dan dikaji dan dimanafaatkan oleh manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Ini diberi oleh Allah yang Maha Pemurah sebagai nikmat pada hambanya manusia yang BERAKAL dan agar manusia INSAF bahawa Allahlah yang mencipta dan mengatur segala di langit dan segala di bumi. Allah menciptakan langit dan bumi dengan HAK. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang mukmin (Al-ankabuut/Laba-laba, 29:44) Semua cabang ilmu sains dan kejuruteraan moden membentuk model-model mereka masing-masing dan dituliskan supaya senang dipelajari. Malah perkataan tanda-tanda atau simbol-simbol ini datang dari perkataan ayat, atau ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Dari simbol-simbol ini datangnya konsep Algebra dimana sesuatu objek atau faktor dikiaskan sebagai huruf dan keseimbangan model ditulis dalam bentuk ayat mathematik seperti F = MA atau e = mc**2 (mc kuasa dua) dalam ilmu Fizik dan sebagainya. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (tulisan/bacaan). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (AlAlaq/Segumpal darah, 96: 3-5). Dalam pelaksanaan syariat Islam, modelnya adalah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Janganlah kita mengambil model-model lain yang menyimpang dan tiada hujjah/nas mengenainya. Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam/Kalam, 68:1-4) Sekian dahulu dan semoga memberi manafaat. Semoga Allah memberi kita semua ilmu yang berguna untuk kebaikan kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin. Katakanlah:Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. (Thaahaa, 20:114) Wallahu 'alam. Wassalam, Bulan Jaya From: Lan Noon [EMAIL PROTECTED] To: Bulan Jaya [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] Subject: Re: H-Net* Imam Shafi`i Tasawwuf Date: Sun, 7 May 2000 23:25:20 -0700 (PDT) errr..Kalau begitu tak bolehlah dikiaskan dengan padi dan lembu? Tapi kan kias tu ada dalam kaedah islam (Koran Sunah Ijmak Kias). Allah sendiri buat kias dlam Koran. Allah umpamakan tauhid itu spt pokok yg kuat. Salahkah membuat kiasan dengan padi dan lembu? Kalau salah alim ulamak sufi seperti ustaz Jamil lulusan mesir pasti sudah tegur. Beliau juga banyak buat kias dalam syarahan ilmiahnya. Naik terlentok saya mendengar tazkirahnya. Sungguh mendasar. Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: "Bulan Jaya&qu
Re: H-Net* Imam Shafi`i Tasawwuf
, Salaf, Aljihad, Altabligh, AlArqam dan bermacam-macam nama tariqat (Ahmadiah contohnya) dan sebagainya. Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agamanya, dan mereka menjadi bergolongan, sesungguhnya tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka . (Al-Anaam, 6:159) Malah menggunakan fahaman mereka sebagai landasan kepada Islam juga tidak sepatutnya berlaku. Ini boleh mewujudkan kefahaman Islam secara sebahagian berbanding dengan secara keseluruhan yang dianjurkan dalam Islam. Yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna, padahal belum datang kepada mereka penjelasannya . . (Yunus, 10:39) Ayat diatas menganjurkan kita mempelajari dan melihat sesuatu dengan cara menyeluruh dan sempurna. Dalam falsafah sekular ini disebut sebagai global thinking ataupun sateillite view yang datang jauh kemudian selepas Islam. Malangnya banyak orang Islam tidak mengetahui dan tidak mengamalkan konsep yang penting ini. Oleh itu saya menganjurkan kita mempelajari Islam itu secara keseluruhan dan sempurna dahulu sebelum pergi jauh, mendalam dan terperinci dalam satu-satu bahagian. Terhadap sesuatu perkara, fikirkan dan fahamkan secara keseluruhan dahulu sebelum mengambil sesuatu pendirian. Apa yang lebih menyedihkan ialah terdapat pula sebahagian para pengikut yang begitu berbangga dan berlebihan dalam mengagungkan golongan mereka. Mengapa demikian ? Allah s.w.t berfirman, .dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang memusrikkan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka (Ar-Ruum, 30:31-32 ) Kepunyaan Allahlah segala yang dilangit dan segala yang dibumi dan kepada Allah kembalinya semua urursan. Semoga Allah melimpahkan keampunanNya dan petunjukNya kepada saya dan kita semua. Amin. Wallahu 'alam. Wassalam, Bulan Jaya Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: "Bulan Jaya" [EMAIL PROTECTED]
Re: H-Net* Mengapa Tiori Darwin ditolak
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya ingin menambah hujah yang telah diberi sebelum ini. Teori evolusi juga ditolak kerana 1. Eko sistem yang seimbang Wujudnya ekosistem flora dan fauna yang komplek kerana adanya keseimbangan pergantungan antara satu spesis dengan spesis yang lain. Setiap spesis mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Contohnya, tumbuhan dimakan oleh binatang, binatang pula mengeluarkan najis sebagai baja kepada tumbuhan. Serangga pula membantu proses pembiakan tumbuhan dan menghancurkan bangkai binatang kepada bahan organik ringkas untuk tumbuhan. Oleh itu, adalah lebih logik bahawa setiap spesis itu dicipta secara berasingan dan mempunyai sifat dan bentuk yang unik untuk memainkan peranannya yang tersendiri. Dari segi guna tenaga, tumbuhan menggunakan kebanyakan tenaga yg diperolehi untuk tumbesaran dan pembiakan. Sebaliknya, haiwan menggunakan kebanyakan tenaga untuk berjalan mencari makanan dan haba. Teori evalusi juga tidak dapat menjelaskan dengan kukuh mengapa berlakunya perubahan falsafah guna tenaga ini. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yg dikehendakiNya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa akan segala sesuatu (An-Nuur, ayat 45) 2. Natural selection/ Pilihan fitrah Teori evolusi menggunakan konsep natural selection dimana haiwan yang cepat membiak mempunyai lebih banyak peluang untuk terus hidup dan membentuk spesis baru. Hakikatnya, manusia adalah antara hidupan yang paling lambat membesar dan membiak walaupun mempunyai kadar metabolisma yang hampir sama dengan mamalia yang lain. Manusialah yang berkembang biak di muka bumi Allah dan angkara manusialah yang menyebabkan banyak spesis lain pupus. Malahan hanya manusia dan dolphin sahaja adalah dua spesis yang diketahui melakukan hubungan sek lebih untuk nikmatnya daripada untuk membiak. Mengapakah berlakunya sedemikian ? Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba2 kamu menjadi manusia yang berkembang biak (Ar-Rum, ayat 20) 3. Struktur DNA Penemuan DNA pada tahun 1953 dan dengan terbongkarnya maklumat yang tersimpan dalam 3 bilion unit kod didalamnya menyebabkan teori evalusi menjadi tunggang terbalik. DNA lalat buah hampir sama dengan manusia. Sembilan persepuluh dari genetik tikus sama dengan genetik manusia. Dari sudut genetik, manusia pun tidak jauh beza dengan bakteria. Sesungguhnya, segala yang kamu sembah selain Allah, sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. (Al-Hajj, sebahagian ayat 73) 4. Fossil hominid/separa manusia Selama lebih seratus tahun mengali mencari fossil separa manusia atau hominid, kurang dari 2000 sampel yang di jumpai dan kebanyakannya tidak lengkap. Teori Drawin mengangarkan bahawa manusia awal muncul dari cimpanzee sekitar 5 hingga 8 juta tahun dahulu. Tetapi, mengapa fossil yang dijumpai sangat sedikit setelah berjuta tahun wujud ? Hampir kesemua saintis bersetuju bahawa homonid yang berjuta tahun ini datang dari Afrika dan hanya di Afrika. Ini menunjukkan homonid ini sebenarnya adalah sejenis monyet juga. Cuma berbeza dari segi struktur badan dan rupa. Sebab itu ianya tidak dapat bergerak jauh kerana bergantung pada kekuatan fizikal sahaja tanpa akal yang maju dan ilmu pengetahuan walaupun sudah wujud berjuta-juta tahun. Tetapi fossil homonid yang berusia sekitar 100 000 tahun mempunyai rupa yang mirip kepada manusia zaman sekarang. Bukti menunjukan mereka berasal dari Afrika juga tetapi kemudiannya tersebar keseluruh pelusuk dunia (Sebagai khalifah dimuka bumi ?). Kebolehan mereka untuk menyesuaikan diri dalam berbagai cuaca dan bentuk geografi menunjukan mereka mempunyai akal yang maju dan berpengetahuan tinggi. Saya berpendapat, disinilah bermulanya Bani Adam. Hanya Allah yang lebih mengetahui. InsyaAllah, ada warga hizbi yang boleh memberi maklumat lain yang mungkin jauh lebih baik tentang bila mulanya Bani Adam di bumi ini untuk dikongsi bersama. Wassalam. Bulan Jaya Rujukan New Scientist May, 1995 Scientific American August 1995 National Geographic October 1999 Assalamualaikum warahmatullah, Hujjah al-quran dan -as-sunnah memang kita semua sudah maklum. Hujjah Darwin juga ditolak kerana teori perubahan alam semesta tidak benar. Dlm teori darwin, living things evolve thru time. Teori ini