*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah
Assalamualaikum saudara Lan Noon dan warga Hizbi yang dihormati semua,
Apa yang ingin saya sampaikan ialah resmi lembu atau mengikut cara lembu di
dalam penerimaan sesuatu ilmu/pendapat atau ajaran, tidak boleh diikutkan
dan tiada dalam Islam. Begitu juga dengan resmi padi dalam konsep
merendahkan diri. Tidak semestinya kita perlu menjadi pandai, kaya, berilmu
atau sebagainya dahulu, barulah nak merendah diri atau semakin merendah
diri.
Wahai saudaraku,
Benar sekali, terdapat banyak kias/misal/perumpamaan dalam AlQuran dan
Hadis. Saya sendiri ada menggunakannya dalam topik KEBENARAN/HAK DI ATAS
IDEOLOGI. Hakikatnya, kias/misal/perumpamaan adalah SATU daripada ASAS ILMU.
Walaubagaimanapun, setiap kias/perumpamaan mesti digunakan dengan tepat dan
betul pada tempat dan keadaannya.
�Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang
memahaminya kecuali orang-orang yang berILMU� (Al-ankabuut/Laba-laba, 29:43)
Dari perumpamaan, datangnya konsep model. Contohnya, belajar mengikut resmi
lembu, perangai lembulah menjadi modelnya. Dari model ini banyak andaian
boleh dibuat dan andaian yang selari dan disokong dengan data menjadi teori.
Hukum-hukum atau teori-teori yang wujud pada setiap sesuatu kejadian alam
boleh dimodelkan dan dikaji dan dimanafaatkan oleh manusia sebagai khalifah
dimuka bumi. Ini diberi oleh Allah yang Maha Pemurah sebagai nikmat pada
hambanya manusia yang BERAKAL dan agar manusia INSAF bahawa Allahlah yang
mencipta dan mengatur segala di langit dan segala di bumi.
�Allah menciptakan langit dan bumi dengan HAK. Sesungguhnya pada yang
demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang MUKMIN�
(Al-ankabuut/Laba-laba, 29:44)
Semua cabang ilmu sains dan kejuruteraan membentuk model-model mereka
masing-masing dan dituliskan supaya senang dipelajari. Malah perkataan
�tanda-tanda� atau simbol-simbol ini datang dari perkataan �ayat�, atau
ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Dari simbol-simbol ini datangnya konsep
Algebra dimana sesuatu objek atau faktor dikiaskan sebagai huruf dan
keseimbangan model ditulis dalam bentuk ayat mathematik seperti F = MA atau
e = mc**2 (mc kuasa dua) dalam ilmu Fizik dan sebagainya.
�Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan kalam (tulisan/bacaan). Dia mengajar kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya.� (Al�Alaq/Segumpal darah, 96: 3-5).
Dalam pelaksanaan syariat Islam pula, role modelnya adalah junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa kita perlu mengikut model-model lain yang
bertaraf sekunder atau "secondary" ? Model-model yang lain mungkin
menyimpang dari Islam dan tidak mempunyai sandaran/hujjah/nas yang kuat
mengenainya.
�Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu
(Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu
benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya
kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.� (Al-Qalam/Kalam, 68:1-4)
Sekian dahulu dan semoga Allah memberi kita semua ilmu yang berguna untuk
kebaikan kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Amin.
�Katakanlah:�Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan�. �
(Thaahaa, 20:114)
Wallahu 'alam.
Wassalam,
Bulan Jaya
>From: Lan Noon <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Bulan Jaya <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Imam Shafi`i & Tasawwuf
>Date: Sun, 7 May 2000 23:25:20 -0700 (PDT)
>
>
>errr..Kalau begitu tak bolehlah dikiaskan dengan padi
>dan lembu? Tapi kan kias tu ada dalam kaedah islam
>(Koran Sunah Ijmak Kias).
>
>Allah sendiri buat kias dlam Koran. Allah umpamakan
>tauhid itu spt pokok yg kuat.
>
>Salahkah membuat kiasan dengan padi dan lembu?
>
>Kalau salah alim ulamak sufi seperti ustaz Jamil
>lulusan mesir pasti sudah tegur. Beliau juga banyak
>buat kias dalam syarahan ilmiahnya. Naik terlentok
>saya mendengar tazkirahnya. Sungguh mendasar.
>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Bulan Jaya" <[EMAIL PROTECTED]>