*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah

Assalamualaikum saudara Lan Noon dan warga Hizbi yang dihormati semua,
Apa yang ingin saya sampaikan ialah resmi lembu atau mengikut cara lembu di 
dalam penerimaan sesuatu ilmu/pendapat atau ajaran, tidak boleh diikutkan 
dan tiada dalam Islam. Begitu juga dengan resmi padi dalam konsep 
merendahkan diri. Tidak semestinya kita perlu menjadi pandai, kaya, berilmu 
atau sebagainya dahulu, barulah nak merendah diri atau semakin merendah 
diri.

Wahai saudaraku,
Benar sekali, terdapat banyak kias/misal/perumpamaan dalam AlQuran dan 
Hadis. Saya sendiri ada menggunakannya dalam topik KEBENARAN/HAK DI ATAS 
IDEOLOGI. Hakikatnya, kias/misal/perumpamaan adalah SATU daripada ASAS ILMU. 
Walaubagaimanapun, setiap kias/perumpamaan  mesti digunakan dengan tepat dan 
betul pada tempat dan keadaannya.

“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang 
memahaminya kecuali orang-orang yang berILMU” (Al-ankabuut/Laba-laba, 29:43)

Dari perumpamaan, datangnya konsep model atau misalan bagi sesuatu. 
Contohnya, belajar mengikut resmi lembu, perangai lembulah menjadi modelnya. 
Dari model ini banyak andaian boleh dibuat dan andaian yang selari dan 
disokong dengan data menjadi teori. Hukum-hukum atau “laws” yang wujud pada 
setiap sesuatu kejadian alam boleh dimodelkan dan dikaji dan dimanafaatkan 
oleh manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Ini diberi oleh Allah yang Maha 
Pemurah sebagai nikmat pada hambanya manusia yang BERAKAL dan agar manusia 
INSAF bahawa Allahlah yang mencipta dan mengatur segala di langit dan segala 
di bumi.

“Allah menciptakan langit dan bumi dengan HAK. Sesungguhnya pada yang 
demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang mukmin” 
(Al-ankabuut/Laba-laba, 29:44)

Semua cabang ilmu sains dan kejuruteraan moden membentuk model-model mereka 
masing-masing dan dituliskan supaya senang dipelajari. Malah perkataan 
“tanda-tanda” atau simbol-simbol ini datang dari perkataan “ayat”, atau 
ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Dari simbol-simbol ini datangnya konsep 
Algebra dimana sesuatu objek atau faktor dikiaskan sebagai huruf dan 
keseimbangan model ditulis dalam bentuk ayat mathematik seperti F = MA atau 
e = mc**2 (mc kuasa dua) dalam ilmu Fizik dan sebagainya.

“Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan 
perantaraan kalam (tulisan/bacaan). Dia mengajar kepada manusia apa yang 
tidak diketahuinya.” (Al’Alaq/Segumpal darah, 96: 3-5).

Dalam pelaksanaan syariat Islam, modelnya adalah junjungan kita Nabi 
Muhammad s.a.w. Janganlah kita mengambil model-model lain yang menyimpang 
dan tiada hujjah/nas mengenainya.

“Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu 
(Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu 
benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya 
kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Al-Qalam/Kalam, 68:1-4)

Sekian dahulu dan semoga memberi manafaat.  Semoga Allah memberi kita semua 
ilmu yang berguna untuk kebaikan kita di dunia ini dan di akhirat nanti. 
Amin.

“Katakanlah:’Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan’. ” 
(Thaahaa, 20:114)

Wallahu 'alam.
Wassalam,
Bulan Jaya



>From: Lan Noon <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Bulan Jaya <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Imam Shafi`i & Tasawwuf
>Date: Sun, 7 May 2000 23:25:20 -0700 (PDT)
>
>
>errr..Kalau begitu tak bolehlah dikiaskan dengan padi
>dan lembu? Tapi kan kias tu ada dalam kaedah islam
>(Koran Sunah Ijmak Kias).
>
>Allah sendiri buat kias dlam Koran. Allah umpamakan
>tauhid itu spt pokok yg kuat.
>
>Salahkah membuat kiasan dengan padi dan lembu?
>
>Kalau salah alim ulamak sufi seperti ustaz Jamil
>lulusan mesir pasti sudah tegur. Beliau juga banyak
>buat kias dalam syarahan ilmiahnya. Naik terlentok
>saya mendengar tazkirahnya. Sungguh mendasar.
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Bulan Jaya" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke