RE: H-Net* Minta Petua

2000-07-28 Terurut Topik Velvet Rose
> > Juga cara menghilangkan perut pedih dalam masa
> > > mengandung?.
> > > >
> > > > Di harap ada yang sudi menolong.
> > > >
> > > > Terima kasih.
> > > >
> > > >
> > >
> > _
> > > > Get free email for your site --->
> > > http://mail.freeanwar.com
> > > > Please visit http://www.freeanwar.com
> > > >
> > > >
> > >
> > 
> > > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada
> > > body : SUBSCRIBE HIZB)
> > > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
> > >  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> > > menggambarkan )
> > > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> > >  )
> > > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> > >  )
> > > >
> > >
> > 
> > > >
> > > > Pengirim: Alahai <[EMAIL PROTECTED]>
> > > > begin:vcard
> > > n:Ishak  @ Bahari;Noriza
> > > tel;work:3rd Floor, Menara Affin
> > > x-mozilla-html:FALSE
> > > org:IT Security Administration;Perwira Affin Bank
> > > adr:;;
> > > version:2.1
> > > email;internet:[EMAIL PROTECTED]
> > > fn:Noriza Ishak
> > > end:vcard
> > >
> >
> > > ATTACHMENT part 2 application/x-pkcs7-signature
> > name=smime.p7s
> >
> >
> >
> > __
> > Do You Yahoo!?
> > Kick off your party with Yahoo! Invites.
> > http://invites.yahoo.com/
> >
> >  
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
> >  
> >
> > Pengirim: nurmaisarah kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
>  
>
>Pengirim: Jufri Mohd <[EMAIL PROTECTED]>

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Velvet Rose" <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* Pantang Larang Orang Melayu Tradisional.

2000-06-21 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

> Assalamualaikum!
> 
> Kepada rakan-rakan netters semua.
> saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan PANTANG
> LARANG SELEPAS BERSALIN mengikut kaedah ISLAM serta
> pemakanannya sekali.
> 
> Diharap kepada semua memberi sedikit pendapat serta
> cadangan.
> 
> sekian terima kasih
> 
> WASSALAM.

Assalamualaikum kepada semua ahli netter.

Ingin saya berkongsi pengalaman serta sedikit panduan mengenai pantang
larang selepas bersalin mengikut adat orang Melayu Tradisonal yang tidak
melanggar sama sekali hukum Islam yang murni.

HARI PANTANG SELAMA 44 HARI.

Seseorang ibu akan dijaga selama 44 selepas bersalin. Masa ini juga
dikenali sebagai masa pantang iaitu ibu akan dikenakan beberapa pantang
larang. Pada masa ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Antaranya
adalah soal pemakanan semasa pantang.

Tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal
dan merebak luka seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain lagi. Dalam
masa pantang mengikut pengalaman saya makanan yang dihidangkan sewaktu
saya dlm pantang dlm minggu pertama ialah ikan haruan dimasak sup dicampur
dengan halia agar luka2 yang terdapat didalam badan atau diluar badan
dapat sembuh secepat mungkin. Makanan -makanan yang berangin seperti
nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya dilarang sama sekali diambil
ditakuti menyebabkan penyakit angin umpamanya kembung perut. Dlm hal ini
makanan perlu dijaga jika tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama yang
menyusukan anak.

Jangan makan makanan yang berminyak pula, ia boleh  menyebabkan 'batu
merian' berada dalam keadaan tidak betul. Ini kerana selepas bersalin
keadaan tempat peranakan masih lagi kembang dan jika makanan tidak dijaga
'batu merian' akan turun dan menjadikan ibu itu berada dalam keadaan tidak
selesa.
 
Seeloknya dinasihatkan memakan halia muda yang ditumbuk halus dicampur
dengan air asam dimakan dengan nasi panas boleh membuatkan badan siibu
berada dlm keadaan panas senantiasa. Bagus untuk pelancaran air susu.

Bolehlah menempah tukang urut untuk mengurut serta membetulkan balik
sistem urat saraf dlm badan. Seeloknya dilakukan selepas luka2 yang ada
baik seperti sediakala. Ianya memakan masa lebih kurang 3 atau 4 hari jika
anda bersalin secara normal dan mengamalkan memakan ikan haruan dan pati
ikan haruan serta air gamat. InsyaAllah luka anda akan baik cepat. 

Selepas diurut sudah tentu siibu akan rasa bertenaga seperti sediakala
namun itu bukan bermakna siibu boleh melakukan kerja-kerja berat. Dilarang
mengangkat benda2 berat kerana ditakuti memudaratkan tempat peranakan ibu
itu. Benda berat ini juga ditakuti menimpa ibu jari kaki. Ini kerana urat
dari ibu jari kaku bersambung sampai kepeha dan seterusnya ke dalam rahim
ibu. Kalau terkena ibu jari, darah akan 'tumpah;. Darah yang berterusan
keluar akan membawa maut. Oleh itu pesan orang-orang lama ibu dlm pantang
ni jalan tu hendaklah perlahan2 dan berhati-hati supaya ibu jari kaki
tidak terhantuk dengan mana2 benda keras. 

Tentang penjagaan diri pula ibu hendaklah berada dlam keadaan yang bersih.
Bagi yang menyusukan badan puting susu hendaklah dibersihkan selalu. Perlu
diingatkan pada ibu dlm pantang selalulah menggunakan air suam bila
menggunakan air. Tidak kira semasa membasuh tangan, membasuh kaki,
membasuh mulut serta lebih elok jika mandi dengan air rebusan akar2 kayu.
Orang tua saya mengamalkan mandi serai wangi dan tujuh jenis daun yang
dipilih bagi mengelokkan sistem peredaran darah. disamping badan siibu
berbau harum. Jgn bertinggung seeloknya duduk bersimpuh sewaktu mandi. 

Pemakaian ubat-ubatan seperti jamu, kapur dicampur dengan air limau untuk
mengempiskan perut amatlah baik untuk diamalkan. Ianya dapat mengembalikan
kembali bentuk badan  kepada yang asal.

Perasaan ibu2 semasa dlm pantang hendaklah dijaga jgn sampai tertekan dan
terkejut. Ini boleh menyebabkan darah akan 'naik' ke kepala. Jika ini
terjadi, ibu akan meracau dan mengganggu fikirannya. Ini dipanggil sebagai
'gila merian'

Bagi yang ingin menziarah seelok-eloknya ziarahlah pada waktu siang hari. 

Inilah serba sedikit pantang larang yang saya ikuti sejak melahirkan anak
pertama dan kedua. Alhamdulillah ini adalah satu cara awet muda yang baik
jika dapat diamalkan secara baik. 

sekian wassalam
Rose

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pe

H-Net* ROMANTIK.

2000-06-09 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami
lebih muda dari isteri dan  pelbagai cerita serta tauladan yang dapat
diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW
bersama isterinya. 

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan
sistem Poligami. Baginda romntik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda
lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang
paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan
beritahu kamu kemudia."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang
daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya
tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari
mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW
lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin
kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya
diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka
tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila
pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam
rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan
mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian)
untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami
yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap
masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. 

p/s: Tak sabar rasanya nak jumpa suami nak pegang tangan suami.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga
kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

Sekian Wassalam. 
Rose

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* Isu Poligami.

2000-06-07 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum.

"Bagaimana remuk dan hancurnya jerami gandum dalam genggamanku ini
begitulah hancurnya hatiku dengan permintaan" antara kata2 simbolik dari
Saiyidatina Fatimah sewaktu suaminya menyatakan hasrat untuk menikah lagi. 

POLIGAMI...madu yang manis bagi seorang suami, namun igauan ngeri dan
pahit bagi wanita bergelar isteri...tambah lagi buat isteri yang pertama.
Bagaimanapun keharusan berpoligami sememangnya tidak boleh dipertikaikan
kerana Islam sememangnya telah menetapkan dengan jelas hukum berpoligami.
Pihak lelaki sama ada dengan izin isteri atau sebaliknya bebas untuk
melaksanakanya kerana poligami merupakan hak mereka. NAMUN awas kaum
lelaki perlu diingat bahawa dalam masalah poligami , walaupun ianya hak
kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejakdari zaman
Rasulullah saw lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan
poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau
menyebabkan anak2 terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu
TERBATAL!!. Walaupun pada awal niatnya adalah ikhlas kerana Allah Ta'ala. 

Allah itu Maha Kaya Maha Adil..

Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambahkan
ilmu dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. "Fahami selok belok
berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang
ingin diperisterikan itu benar-benar orang yang ingin dibela.

Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah.
Biarlah orang yang ingin diperisterikan itu benar-benar orang yang ingin
dibela. Banyak berlaku dikalangan suami yang kononnya ingin membela nasib
wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur17 tahun misalnya, tentulah
lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah saw. dalam konteks membela kaum
wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah berumur
bahkan ada yang purus haid. Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah
Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri
sewaktu memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami.
Baginda begitu meraikan pengorbanan oleh Khadijah. Setelah kematian
Khadijah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah
SWT.

Dikatakan suami yang berpoligami ini jika tidak berlaku adil, diakhirat
kelak akan dibangkitkan dalam keadaan senget. 

Sebagai kesimpulannya, masalah poligami ini jelas merupakan satu keharusan
dalam Islam. Bagi suami yang ingin berpoligami perlu meneliti dahulu
apakah diri mereka layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku
keretakan atau kekecohan rumah tangga yang telah sedia dibina. 

sekian wassalam
Rose

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* SUMPAH ALLAH TENTANG KEMULIAAN AL-QURAN

2000-06-04 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum.

Termaktub dalam Al-Quran Surah AL WAAQI'AH (Hari Kiamat) ayat 75-96.

Firman-Nya bermaksud:

"Maka Aku bersmpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Quran.
Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui,
sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia pada kitab yang
terpilihara, tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.
Diturunkan dari Tuhan semesta alam.

"Sesungguhnya kenyataan ini adalah satu kenyakinan yang benar. Maka
bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Besar."

Ini adalah antara isi kandungan dalam surah Al-Waqi'ah yang menerangkan
pencipta semesta alam. Antara kandungan yang menarik dalam surah ini ialah
memberitahu kejadian-kejadian pada hari Qiamat. Terbangkitnya manusia
dalam tiga golongan dan diterangkan lebih jelas siapakah antara
manusia-manusia yang termasuk dalam tiga golongan itu. Golongan yang
terdahulu yang beriman dan golongan yang terkemudian beriman. Golongan
kanan dan golongan kiri. Allah juga memberitahu kepada hamba-Nya bahawa
ganjaran-ganjaran yang Allah janjikan itu adalah benar belaka. Pilihlah
tempat mana yang kamu inginkan kerana kita semua benar-benar akan
dikumpulkan diwaktu tertentu pada hari yang telah kita kenal yakni hari
Kiamat!!

Sebelum saya mengakhirkan kata-kata ini  suka saya memberitahu bahawasanya
surah ini mempunyai beberapa keistimewaan antaranya ialah apabila dibaca
pada setiap malam maka sipembacanya dijanjikan akan tidak berasa
kelaparan dan berada dalam kemiskinan. Nabi Muhammad SAW menyarankan
kepada umatnya agar membaca surah ini sebagai satu bentuk doa untuk
menambahkan rezeki. 

Wallahuaalam.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* Surah Yusuf - Keistimewaan Surah Yusuf

2000-06-01 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Assalamualaikum 

Surah Yusuf ini seluruh isinya berkisar pada cerita Nabi Yusuf a.s dan
saudara-saudaranya berserta org tua mereka. Cara penurutan kisah Nabi
Yusuf berbeza dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain iaitu kisah Nabi
Yusuf a.s ini khusus diceritakan hanya dalam satu wahyu, sedangkan
kisah-kisah Nabi yang lain disebutkan dalam beberapa wahyu. Isi cerita
dari kisah Nabi Yusuh a.s berlainan dengan kisah nabi-nabi yang lain.
Dalam kisah nabi-nabi yang lain, Allah menitik beratkan kepada tentangan
yang bermaca-macam dari kaum mereka, kemudian mengakhiri kisah itu dengan
kemusnahan para penentang para nabi itu. Berlainan pula dengan kisah Nabi
Yusuf a.s, Allah s.w.t menonjolkan akibat yang baik daripada kasabaran,
dan bahawa kesenangan itu datangnya dari sesudah penderitaan. Allah
menguji Nabi Ya'qub a.s dengan kehilangan puteranya Yusuf a.s dan
penglihatannya, dan menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf a.s dengan
dipisahkan dari ibu-bapanya, dibuang kedalam sumur, dan diperdagangkan
sebagai budak. Kemudian Allah s.w.t menguji imannya dengan godaan wanita
cantik lagi dari golongan bangsawan dan akhirnya dimasukkan ke dlm
penjara. Kemudian Allah melepaskan melepaskan Yusuf a.s dan ayahnya dari
segala penderitaan dan cubaan itu menghimpunkan mereka kembali,
mengembalikan penglihatan Ya'qub dan menghidupkan lagi cinta kisah antara
mereka dengan Yusuf a.s.

Apa yang menarik dlm kisah Nabi Yusuf ini ialah diturunkan (diwahyukan)
kepada Nabi Muhammad SAw dan menceritakan perihal kesabaran Nabi Yusuf dlm
menangani segala ujian dan cubaan yang dihadapinya. Memberitahu Nabi SAW
bahawa sebahagian besar manusia tidak akan beriman- walaupun kamu sangat2
mengingnkannya. Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka
(terhadap seruanmu ini) itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta
alam. 

Dlm kisah Nabi Yusuf tiada peperangan yang berlaku sama ada peperangan
pertumpahan darah dan perebutan kuasa. Halnya berkisar kepada penderitaan
dan kesusahan yang berakhiri dengan kegembiraan. 

Istimewanya surah ini umumnya dikatakan dapat memberi wajah yang bercahaya
disimbahi Nur Ilahi apabila dibacakan oleh ibu-ibu yang mengandung
terhadap anak yang bakal dilahirkan . Ini adalah kerana Nabi Yusuf itu
dikatakan seorang lelaki yang tampan tiada tolok bandingannya. Hinggakan
barangsiapa yang melihatnya akan terpukau dengan ketampanan dirinya.

sekian saya sudahi dengan wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

Re: H-Net* pengumpul setem-tukar hobi

2000-05-11 Terurut Topik Rose
~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
> >  
> >
> >Pengirim: "pendiam" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> 
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> 
> 
>  
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
>  
> 
> Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
> 

 ~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

Re: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton tidak ada!sekadar ingin berkongsi pengalaman.

2000-05-09 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum...

Inilah kata org mudah bercakap  tak serupa bikin. Tak  tahu untuk
menghormati orang bila memberi pendapat dan nasihat serta pandangan.  Bukan
tujuan untuk mengutuk tambah pula untuk menjatuh imej sebuah syarikat itu.
Malahan suara yang sehalus mulus ini tak didengar pun jika mengeluh untuk
menyatakan ketidak puas hati yang terbuku. Tambah lagi jika org yang kita
tuju tu macam singa kelaparan.

Jika dikatakan cara kami ini tidak profesional adakah cara anda itu telah
menepati citarasa? Berasa hairan kami tidak bersyukur dengan apa yang kami
ada setelah kenderaan itu melindungi dari panas terik matahari dan dibasahi
air hujan. Jika begitu tidak guna lah Allah menyarankan  hamba-Nya berusaha
untuk mencari rezeki dimuka dunia ni agar mendapat keselesaan yang sempurna.
Pada zaman Rasulullah kuda adalah satu kenderaan yang penting menjadi
kegunaan sehari-hari. Cuba bayangkan jika kuda tu tempang atau cacat boleh
ker ianya digunakan?? begitu juga kenderaan yang dibeli oleh kami. Duit yang
dikeluarkan adalah hasil titik peluh dengan daya usaha untuk mencari
keselesaan hidup. Sudah tentu sebagai seorang pengguna mengharapkan duit
yang dikeluarkan sebegitu banyak BERBALOI dengan apa yang kami perlukan.

Mengapa beli juga kereta PROTON Eh suka hatilah mengapa kita nak beli
kereta keluaran proton. Siapalah kita ni hanya TEA LADY jer tak mampu nak
beli kereta yang diimport. Jadi sebagai pilihan belilah barangan buatan
negara sendiri. walaupun barangnya agak mahal tapi diwar-warkan oleh media
masa mengatakan barangan buatan Malaysia bermutu tinggi. Tak caya
pandanglah lihatlah dengarlah kempen membeli barang buatan Malaysia. Berilah
semangat kepada pengguna yang telah membeli barangan buatan Malaysia
sekaligus telah menyahut saranan kerajaan.

Berjiwa patriotik..kerana membeli barang buatan negara sendiri.???
Mungkin ya mungkin tidaktak usah panjang-pangkan hal initanya diri
saudara/saudari dulu adakah anda berjiwa patriotik kepada negara anda
sendiri? Balik dan lihat banyak mana barangan kegunaan anda dirumah yang
digunakan adalah barang buatan malaysia. Jadi buat nak apa persoalkan
semangat patriotik atau tidak.

Alah membeli menang memakai beguna juga yer pepatah orang Melayu
ni.al-maklumlah org Melayu ni penuh dengan pepatah...pepatah buluh,
pepatah lemang, dah segala pepatah yang ada.

Sebagai akhir kata...walaupun rasanya banyak lagi benda nak ditaip jika
mengikut hati dan perasaan (sebenarnya tak baik mengikut perasaan) kata
pepatah lagi ish pepatah lagimengapa nila setitik rosak susu sebelanga.

Walaupun kami hanya menggariskan beberapa masalah terhadap kereta keluaran
PROTON dilayar email buat tatapan pembaca yang budimanjgnlah terasa dan
cepat mudah melenting. Kami hanya untuk berkongsi masalah yang kami
hadapi...walau pun kami tahu tiada siapa dapat menolong kami malah hanya
tahu hanya  menunding jari kesaluran yang betul. Berkongsi maklumat kepada
siapa yang tak tahu. Dari tak tahu jadi tahu...lepas ni banyakkan makan
tauhu.

Sedikit sebanyak kini saya telah mengetahui serba sedikit masalah yang sama
dihadapi oleh pengguna kereta keluaran PROTON dimana pihak yang tertentu
perlu mengambil berat dan harus memperbaiki kelemahan yang ada.
Okaysegala ucapan ditulis oleh saya sendiri tidak didorong mana2 pihak.

Sekian wassalam
Rose

- Original Message -
From: Rumah Kecil Tiang Seribu <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, May 09, 2000 8:25 PM
Subject: Re: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton tidak ada!

> Baru setahun pakai Satria.. 1.3  (sebab paling murah antara Satria kot)
> 1. Censor dah tak bunyi lagi,  dah gedegang baru dengar.. itu pun bunyi
dier
> 'gedegang' jugak
> 2.  Tempat spare tyre tu,, jangan tanya lah... dari mule beli memang dah
> bagi percuma air... sebagai 'perlindungan tambahan'
> 3.  Speaker... import dari mana tak tahu... dah garau...
> ...etc...
> Macam tu pun ... bulan-bulan terbang RM650 6 tahun pulak tu...
>
>
>
> >From: Rose <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: mulan <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],john mulan
> ><[EMAIL PROTECTED]>
> >Subject: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton tidak ada!
> >Date: Mon, 8 May 2000 12:34:12 +0800 (SGT)
> >
> >
> >  *~

H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton tidak ada!

2000-05-07 Terurut Topik Rose
)
> >  
> >
> > Pengirim: "john mulan" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> 
> __
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
> 
>  
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
>  
> 
> Pengirim: "mulan" <[EMAIL PROTECTED]>
> 

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* [LK] Penerangan Rasulullah Mengenai Iman, Islam, Ikhsan dan HariKehancuran (Qiamat)

2000-04-07 Terurut Topik Rose
ksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat - Ya Allah
Sabtu  - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim  (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad  (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w)
Rabu   - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian 
kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman

Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* Subjects: Quotations for CD-R's

1999-12-15 Terurut Topik Zam Zam Rose Ngah Rahlim

Minta maaf kerana mengunakan ruangan ini.
Subjects: Quotations for CD-R's
Description : Blank
CD-R
Type 
: Silver Blue
Grade   
: Grade A / Orange Standard / Export Quality
    Quantity   
Price per Unit
 
1 to 5 million  
1.26
5 to 10 million
1.25
10 to 15 million  
1.24
15 to 50 million  
1.23
50 million above 
1.22
Term of Payment & Condition

40 down payment and balance COD or irrevocable transferable LC at sight
confirmed by establish local bank.

Delivery and warranty period within 7 working days

Required P.O. and signing a mutual understanding agreement

Excluding casing and transportation

CD's will process after received 40% and signing an agreement & stamping
by lawyer

Validity 14 days

All price quoted are negotiable once confirmed of signing an agreement
especially above with order and order and frequent for more a year term.

All price quoted are confidential to one buyer only

Zam Zam Rose Ngah Rahlim.
019-2604536
 
H-Net* Fw: [sangkancil] Utusan Malaysia: "HAPUSKAN HAK MELAYU" (fwd)

1999-11-25 Terurut Topik Rose
-
-
> * Email Lim Kit Siang at <[EMAIL PROTECTED]>
> * DAP National Homepage <http://www.malaysia.net/dap/>
> * Homepage for Lim Kit Siang <http://www.geocities.com/CapitolHill/3939/>
> * Bungaraya Archives are available at
<http://www.egroups.com/list/bungaraya/>
> * To unsubscribe, send a message with "unsubscribe" in the body to
> * <[EMAIL PROTECTED]>
> --
-
>
>
> --
--
> To unsubscribe, send a blank message to
<[EMAIL PROTECTED]>
> or go to <http://www.malaysia.net/lists/sangkancil>
>
>
>

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Rose" <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* HIJRAH DIRI - Utk mencari keredhaan Ilahi dan apakah kesannya dalamhidup kita.

1999-11-15 Terurut Topik Rose
 satu perasaan yang baik. Apa yg lahir dalam hati itu akan
terkeluar oleh kata-kata dan diucapkan dengan lidah. Kata-kata itu adalah
doa! doa yang baik akan termakbul oleh Allah. 

Formal..inilah cabaran permulaan kejayaan. 

Mulakan dengan hijrah hati dan nurani. seterusnya langkah demi langkah.
Aturlah dengan tersusun mohonlah petunjuk dan hidayah. Semoga kita beroleh
keberkatan moga dengan penghijrahan diri kita meletakkan kita diantara
mereka yang terpilih oleh-Nya yang Maha Mengetahui serta Maha
Berkuasa..

Sekian Wassalam
Rose   

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* BAHASA MELAMBANGKAN ROH ISLAM..........

1999-11-01 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~

Assalamualaikum

Menulis tentang bahasa ini terlebih dahulu saya meminta maaf jika ada
kesilapan dalam menghurai serba sedikit penggunaan bahasa yang telah
mencemari Roh Islam. Kerana saya bukan pakar bahasa dan pakar istilah.
Cuma untuk meluahkan rasa ketidakpuas hati oleh orang-orang yang benar
mengambil kira keharmonian Roh Islam. Dalam sedar tidak sedar ketidak
sesuaian bahasa itu boleh menyebabkan akidah umat islam menyimpang jauh.

Lihatlah sejak akhir2 ini kita sering dengar tentang 'konsert Amal' atau
'Malam Amal' oleh badan2 tertentu bagi bertujuan menganjurkan
pertunjukkan, pesta untuk memungut derma. 

'Amal' ialah perkataan Arab asalnya yang membawa erti usaha, kerja,
perbuatan yang menjurus kepada kebaikan. Jika dikatakan beramal beerti
berbuat kebajikan. Dan bila dikatakan malam amal  beerti malam berbuat
kebajikan untuk mengisi  sesuatu tabung atau persatuan. Tapi jangan lupa,
apabila disebut berbuat kebajikan, ia bukanlah satu sebab untuk
menghalalkan cara, cara tertentu pula seringnya dikait dengan amal
kebajikan yang dituntu oleh Islam.

Saya tak tahu mengapa isu ini tidak diambil tahu oleh orang ramai. Mungkin
kerana ia bertujuan baik maka perbuatan itu secara lansung dianggap baik.
Satu ketika dulu ada ulama dan cerdik pandai Islam membantah menggunakan
perkataan 'Malam Amal' ini tapi tidak diendahkan oleh masyarakat sekarang ini. 
Malah sewenang-wenangnya mereka menggunakan dan telah menjadi publisiti
yang meluas. Ini terbukti dipentas-pentas hiburan bukan Melayu/Islam
menggunakan perkataan 'Malam Amal' yang dilakukan itu tidak menepati
dengan roh Islam.

Persoalannya sekarang istilah amal ini diguna pakai sebarang sedangkan
amal itu adalah istilah yang bercirikan roh Islam?

Jauh dari memprovok soal ini, kita rasa kesucian istilah ini tidak harus
berpanjangan dan ia mestilah diambil berat untuk masa hadapan. Meletak
istilah yang bercirikan Islam pada tempat yang tidak kena sama saja dengan
meletakkan hidangan teh diatas meja yang penuh dengan minuman arak.

Kemudian kita temui lagi perkataan 'Khalwat' yang sering tertera di dalam
akhbar atau disebut oleh sesiapa sahaja mengambarkan tidak lain dan tidak
bukan tentang penangkapan atau berlakunya kesalahan seorang lelaki bukan
mahram berdua-duan dengan seorang perempuan ditempat sunyi yang tiada
orang. 

Seperti umumnya 'khalwat' itu membawa makna mengasingkan diri ditempat
sunyi iaitu bertakfur, beribadah dan lain-lain. Inilah asas pengertian
perkataan khalwat. 

Saya tidak hairan mengapa  ada segelintir diantara kita yang 
bertanyakan mengapa Nabi dikatakan berkhalwat didalam Gua Hira'? sedangkan
apa yang dia faham khalwat itu mengandungi maksud satu kesalahan. Maka
secara lansungnya masyarakat Islam kini dan akan datang akan sendirinya
akan terpesong. Auzubillah.

Roh Islam dalam memahami perkataan khalwat ini tidak ada syak wasangka. Ia
sesuatu yang bersih dilakukan oleh Nabi sewaktu berkhalwat seorang diri
dalam Gua hira'. Jadi mengapa perkataan yang dihasilkan oleh perbuatan
Nabi Muhammad ini disalah erti dan disalah tafsir.

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan penyakit Japanese
Encephalitis (JE) yang datangnya dari binatang babi (jika pihak media
dilembutkan bahasa jadi 'khinzir) sengaja saya sebut perkataan babi ini
untuk melambangkan sesungguhnya binatang ini dilarang sama sekali dalam
Islam kita mendekatinya tambah lagi untuk dijadikan sebagai bahan makanan.

Rata2 media massa menyebut 'penyembelihan kinzir' tidak dapat dilakukan
sekarang kerana berikutan penyakit JE ini. Mengapa tidak sahaja digunakan
perkataan 'potong'. Persoalannya apakah sesuai binatang babi itu
diistilahkan kepada istilah sembelih? 

Sembelih menurut pengertian agama mempunyai ciri-ciri tertentu, mempunyai
ciri-ciri tertentu, mempunyai adab dan etika, mempunyai syarat sehingga
membawa kepada sah. 

Jika binatang babi yang terang-terang dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai
binatang yang haram dimakan, maka sesuaikah kita menggunakan perkataan
sembelih? 

Demikian lah serba sedikit dan saya percaya banyak lagi istilah-istilah
Melayu yang berunsur Islam, istilah-istilah agama yang digunakan
sewenang-wenangnya sehingga boleh membawa keliru bagi orang yang mahu
berfikir.

sekian wassalam
Rose

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Sega

H-Net* Habis madu, sepah dibuang - Pandangan sinis dalam kehidupan POLIGAMI.

1999-09-23 Terurut Topik Rose

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~

Assalamualaikum WBT.

Kau petik diriku dari jambangan
Sewaktu harum kembang mewangi
Setia dan kasih telah kuturutkan
kini kau tinggal aku sendiri.

Meratap hiba siisteri tua
Dianjung rumah merenung diri
Suami bersuka siisteri berduka
apakah dosa balasan dari Ilahi.

Sedih, pahit, duka, benci, dendam, adakah ini yang dikatakan  dalam
kehidupan bermadu? Tenangkan fikiran luaskan pandangan...dengan ucapan
saya dahulukan  Bismillahirahmanirahim. 

KES 1.

"saya dah tak tahan lagi dengan sikap suami saya , saya nak dia ceraikan
saya jugak!!" bentak puan Iza (bukan nama sebenar) pada tuan hakim. "sejak
saya dimadukan dia lansung tidak memperdulikan diri saya sama ada memberi
nafkah zahir tambah pula ditempat tidur, saya sudah tak tahan lagi
ceraikan saya!! nampaknya puan Iza sudah tidak dapat mengawal perasaannya
ketika ditanya mengapa dia meminta penceraian.

Fenomena ini terjadi apabila sang suami sudah lupa apakah fungsi dan
tujuan berpoligami. Tangunggajawab sang suami kini telah menjadi sebagai
satu penginayaan kepada isterinya mengapa?? 

Pernah Rasulullah SAW bertanya kepada anaknya Fatimah berapa lamakah
seorang isteri dapat menahan nafsunya. Hairan Fatimah mendengar soalan
yang diajukan kepadanya tapi dijawab dengan tenang bahawasanya siisteri
dapat menahan nafsu shawatnya selama enam bulan. Jadi apakah yang terjadi
kepada puan Iza itu tadi??

POLIGAMI.madu yang manis bagi seorang suami, namun igauan ngeri dan
pahit bagi wanita bergelar isteri. Wanita yang mana sanggup dimadukan
tambah lagi dia merupakan isteri yang pertama. Bagaimana hancurnya jerami
digenggaman begitulah remuknya hati seorang isteri apabila mengetahui
dirnya ingin dimadukan. Terfikir apakah balasan dan dugaan Allah buat
dirinya. Jika ini terjadi pada diri anda (buat kaum wanita) apakah harus
anda lakukan. Adakah nilai kasih anda selama ini tidak mencukupi buat diri
anda.

Keharusan dalam berpoligami sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Ilmu
Islam itu luas dan segala apa yang diperintahkan mempunyai kebaikan.
Bagi yang memikirkan keutamaan berpoligami sudah tentu dapat menerima
dugaan ini dengan hati yang terbuka. Tapi perlu ingat wahai kaum Adam
dalam masalah poligami ini walaupun ianya hak mutlak kaum hampa namun ia
bukanlah hak mutlak hampa kerana sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi
sehinggalah ke hari ini sekiranya dengan perlaksanaan poligami itu boleh
menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan anak-anak
terbiar, maka dengan sendirinya keharusan itu terbatal. Pihak suami yang
ingin melaksanakan poligami perlu menambahkan ilmu dan meningkatkan
ketakwaan kepada Allah. Fahami selok belok berpoligami seperti yang
diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang ingin diperisterikan itu
benar-benar orang yang ingin dibela. Bila syarat2 ini dipenuhi maka akan
mendapat keberkatan hidup didunia dan akhirat. Tambah lagi terhadap isteri
yang pertama itu tadi mendapat dua kali keberkatan. Pertama rela berkongsi
walaupun kita tahu isteri yang mana sanggup berkongsi tempat tidur dengan
perempuan  lain dan kedua dapat membantu nasib simadunya yang dibela oleh
suaminya. Malah semua pihak mendapat bahagian masing2 disisi Allah SWT.

Sebagai kesimpulannya, masalah poligami ini jelas merupakan satu keharusan
dalam Islam jika melihat kebaikannya serta hikmahnya. Apa yang ialah para
suami perlu bijak menangani masalah rumahtangga, bersikap tegas dan
berkeupayaan dalam kata tubuh badan dan juga ekonominya. Akhir kata ikhlas
dari saya, SAYA AMAT MENYANJUNGI TINGGI SEORANG ISTERI YANG SANGGUP
DIRINYA DIMADUKAN DEMI MENGIKUT KEPENTINGAN AGAMANYA IAITU AGAMA ISLAM.
MOGA DIRI ANDA DIBERKATI DUNIA DAN DIAKHIRAT. amin...