H-Net* [KM2] Dari Afghanistan Ke Bolecistan by CDB (fwd)

2001-08-23 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 8:59:58 AM 24/8/2001 Fri 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 23/8/2001 

Dari Afghanistan Ke Bolecistan
by CDB   
 
[Apabila kerajaan terlalu galak mengembar-gemburkan isu KMM  
tentulah ada muslihat di situ. Soalnya mengapa perlu diperbesarkan 
sedangkan belum dibuktikan terlebih dahulu. Ini adalah satu kesalahan 
di sisi undang-undang kerana mengaibkan orang tanpa dibicarakan dulu. 
Lagipun jika benar anggota KMM itu mahu menjatuhkan kerajaan dengan  
cara militan - itu masih tidak salah di sisi Islam kerana dia cuma  
berniat sahaja. 
 
Bukankah ini ada dalam al Quran? Mengapa Malaysia yang mengaku negara  
Islam tidak memakai al Quran? Takkan ketua polis negara yang sudah pergi  
haji itu masih belum habis mengaji lagi? Selagi tidak ada perbuatan  
ataupun catatan yang meyakinkan, seseorang itu tidak boleh dihukum 
sebarangan. Sampai sekarang kerajaan tidakpun membicarakan mereka 
yang terbabit kerana semuanya berdasarkan 'niat' sahaja jika  
tidak sudah lama mereka yang terbabit ini dibicarakan sahaja.  
 
Niat itu bukan soal mahluk tapi soal tuhan. Kerajaan sekarang sudah  
berlagak seperti tuhan...  
- Editor] 
 
 
DARI AFGHANISTAN KE BOLEHCISTAN.. 
 
Pada mulanya saya dah malas nak meneruskan untuk menulis tajuk ini.  
Maklumlah, negara kita kini dah terlalu kerap sangat menjadi pentas  
sandiwara. Negara ini kini seolah-olah sebuah pentas besar yang begitu kerap  
sekali membuat pementasan teater dan sandiwaranya, apatah lagi semenjak  
pengarah teater tersebut beralih lokasinya ke Putrajaya dari Jalan Dato' Onn  
dulu. Tetapi apabila diminta oleh seorang Serikandi Reformasi kita supaya  
saya meneruskan topik ini untuk renungan dan tenungan rakyat, maka  
terpaksalah saya meneruskan coretan minda saya untuk kesekian kalinya di  
laman-laman reformasi ini. 
 
Pada saya, rentetan kejadian demi kejadian yang berlaku semenjak tahun-tahun  
kebelakangan ini tidak lebih dari pementasan sebuah teater agung yang  
diarahkan oleh seorang pengarah hebat semata-mata untuk meraih sokongan dan  
mengalih perhatian semata-mata. Dan entah kenapa pula, semenjak tahun-tahun  
kebelakangan ini juga, apa jua yang muncul di 'pentas'  itu akan dianggap  
sebagai 'teater' atau ' sandiwara' sahaja oleh majoriti rakyat. Dah  
berjangkit dan terkena sindrom 'sandiwara' agaknya rakyat Malaysia sekarang  
ini. Dah tertanam dalam minda mereka semua yang berlaku adalah 'sandiwara'  
yang dipentaskan. Pelikkan? Tapi itulah kenyataannya. 
 
Selepas episod Al-Maunah yang menonjolkan kehebatan Jeneral Zaini sebagai  
hero utamanya, manakala Mohd Amin sebagai 'crooknya', rakyat dah semacam  
mangli dengan beberapa drama panas yang muncul selepas itu. Kalaupun mungkin  
kejadian yang berlaku itu betul sebahagianya atau  sepenuhnya, maka  
mentaliti rakyat tetap akan menganggap ianya  'pementasan teater'  
semata-mata. Parah sekali sebuah kerajaan yang telah hilang sama sekali  
integriti dan kredibilitinya. Tambah memburukkan keadaan ialah apabila   
'pelakon-pelakon tambahan' yang bernama polis seolah-olah 'over acting'  
dalam memainkan peranannnya sehinggakan  'penonton' naik jelak dan menyampah  
! Episod 'pelancar roket' dan 'grenade' Ezam yang masih belum dijumpai  
sehingga kini  meskipun sudah lebih 5 bulan 'rusuhan ganas' di Bandaraya KL  
meletus semakin menyerlahkan lagi kebebalan 'pelakon pembantu utama' yang  
bernama  Norian Mai itu, sekali gus memadamkan terus kepercayaan rakyat  
terhadap kewibawaannya selaku Ketua Polis Negara. 
 
Dan terkini, bagaikan ledakan bom-bom yang digugurkan oleh pesawat-pesawat  
tentera Russia di Afgahanistan dalam tahun 1979 dahulu, tiba-tiba negara  
digemparkan oleh Norian Mai dengan apa yang dinamakan sebagai ancaman  
Kumpulan Mujahidin Malaysia atau ringkasnya KMM.  Semasa mula-mula muncul di  
'layar perak', ianya dinamakan KMM. Apabila mendapati sambutan penonton  
kurang memberangsangkan,  pengarah teater telah mengarahkan Norian  
menukarkan tajuknya menjadi KMMM. Makin banyak pulak 'Mnya'.  Lenyap  
seketika KMM, sebaliknya gempar  pula dengan KMMM yang 'kununnya' sangat  
militan dan berbahaya. MasyaAllah, orang Islam apa nama jadahnya Norian Mai  
ni apabila tidak segan silu menamakan ahli

H-Net* [KM2] Mana Mungkin Serigala Bersimpati Dengan Mangsanya! by CDB (fwd)

2001-05-02 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 11:34:22 AM 3/5/2001 Thu 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 2/5/2001 am 

Mana Mungkin Serigala Bersimpati Dengan Mangsanya!
by CDB   
 
[Mahathir mengumumkan keputusan untuk tidak membenarkan Anwar  
mendapat rawatan di luar negara adalah muktamad walaupun dirayu 
oleh 108 individu. Beliau juga menuduh Anwar berbohong dengan  
sakitnya itu. Ini bermakna beliau telah berkonfrontasi dengan 
beberapa sasterawan negara yang terbilang didalam kelompok individu  
itu. Sekaligus ini mungkin akan mencetus babak ketiga perjuangan  
reformasi yang lebih  bertenaga lagi. Kehadiran internet beserta  
sasterawan negara mungkin akan melebamkan Mahathir kerana mata pena 
itu lebih tajam dari hujung mata pedang. Bersedialah Mahathir untuk 
menggelepar tertikam. 
 
Dengan mengatakan Anwar berbohong, Mahathir sendiri telah memperlekehkan 
seorang pakar saraf antarabangsa yang dihormati dunia. Bukan itu sahaja, 
dia telah memperbodohkan semua doktor pakar dalam negara yang sependapat 
sakit Anwar memang kritikal kerana mungkin membawa risiko lumpuh jika  
tidak dibedah segera dengan seteliti-telitinya - bukan sakit pinggang  
biasa atau tulang belakang sahaja sebagaimana tuduhan Mahathir. Suharto 
dan Sukarno pun membenarkan rawatan ke luar negara kepada musuh politik 
mereka, tetapi Mahathir yang mengaku Malaysia negara Islam tidak mahu 
berlembut langsung padahal Anwar sudahpun terhukum 15 tahun. Nyatalah  
Mahathir sudah tidak berperi manusia sebagimana yang dituntut oleh ugama. 
Dia sudah menjadi binatang seganas serigala agaknya? 
- Editor] 
 
 
 
MANA MUNGKIN SERIGALA BERSIMPATI DENGAN MANGSANYA! 
 
Serigala merupakan sejenis binatang yang buas, ganas dan kejam terhadap  
mangsanya. Mungkin kita beranggapan bahawa singa yang menjadi raja di rimba  
itu lebih ganas dan buas, tetapi sebenarnya binatang yang bernama serigala  
sebenarnya terlebih buas dan kejam lagi terhadap mangsanya. Apabila seekor  
serigala menyeringaikan gigi dan taringnya, dia pasti akan menerkam  
mangsanya dengan buas dan ganas. Agak sukar sama sekali untuk mengelakkan  
serangan seekor serigala yang berada di depan kita apabila dia telah  
menerkam ke arah mangsanya. 
 
Mengapa saya membawakan kisah seekor serigala dalam tulisan saya kali ini?  
Ya, ini kerana untuk memberikan pembaca suatu gambaran betapa manusia yang  
bernama Mahathir Mohamad yang sedang berkuasa mutlak sebagai Perdana Menteri  
itu sebenarnya tidak jauh bezanya dengan seekor serigala yang maha buas dan  
kejam itu.  Jika serigala hanyalah seekor binatang yang tidak berakal, tetapi  
manusia bernama Mahathir itu adalah manusia yang mempunyai akal fikiran  
tetapi hati nuraninya tidak langsung berbeza dengan seekor serigala yang  
dipanggil binatang itu!  Apabila saya menyifatkan Mahathir itu sebagai  
orang yang wajahnya adalah manusia tetapi hatinya adalah serigala pada dua  
tahun lepas, Ustaz Fadzil Noor dalam satu ceramahnya di Taman Melewar (kalau  
tak silap saya) terus 'bersetuju'  dengan 'terminologi' yang saya gunakan  
itu, lalu beliau menggunakan ungkapan yang saya sebutkan itu dalam  
ceramahnya. Memang tepat pun ! 
 
Saya ingin menggambarkan betapa manusia bernama Mahathir itu adalah  
sebenar-benarnya berhati serigala berwajah manusia dalam sikapnya yang zalim  
dan tidak berperikemanusiaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang  
menderita kesakitan tulang belakang sekarang ini. Sebelum itu saya ingin  
mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada 108 individu dari pelbagai  
kelompok masyarakat yang menghantar petisyen meminta rayuan agar Mahathir   
membenarkan Anwar dirawat di luar negeri. Meskipun rayuan tersebut telah  
ditolak mentah-mentah oleh 'manusia berhati serigala' itu, namun  
sekurang-kurangnya dapat menggambarkan betapa majoriti rakyat Malaysia masih  
lagi mempunyai sifat belas kasihan dan simpati dengan penderitaan orang lain  
tanpa mengira fahaman politik dan agama mereka. Hanya manusia  berhati  
kering seperti serigala sahajalah yang akan melihat penderitaan orang lain  
itu sebagai helah, lakonan dan pura-pura semata-mata. 
 
Sudahlah menolak mentah-mentah rayuan tersebut, tetapi menuduh Anwar sebagai  
pembohong dan berpura-pura sakit ataupun cuma s

H-Net* [KM2] Lunas oh Lunas ... by matdeghih (fwd)

2000-11-30 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 10:01:30 PM 30/11/2000 Thu 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 30/11/2000 pm 

Lunas oh Lunas ...
by matdeghih   
 
Sumber: FGR 
 
Lunas oh Lunas ... 
 
Pukul tiga petang hari Selasa 26 Nov. 2000, aku sampai buat kali ketiga di Kg. 
Keladi di sepanjang kempen pilihanraya kecil N34 Lunas. Sebaik aku sampai, aku 
teringatkan pesan HC agar menyampaikan salamnya terhadap tuan rumah di Bilik 
Gerakan keADILan Kg. Keladi. Aku 'parking' betul-betul di hadapan rumahnya. 
Pintu tertutup dan tiada gambaran yang pada ketika itu, ada penghuni di dalamnya. 
Mungkin masih bekerja agaknya, fikirku. 
 
Seperti hari-hari sebelumnya kehadiranku disambut dengan senyuman oleh Cikgu 
Rahim. Kelihatan Ustaz Zul (Setiausaha keADILan Perak) juga bangun 
menghulurkan salam ahlan wasahlan. Ramai rakan-rakan dari Perak yang sudah 
hadir dan bersedia untuk membantu penduduk tempatan berkempen bagi 
memenangkan calon BA di Kg. Keladi ini. 
 
Selepas Asar, aku mengikuti dan menemankan kumpulan wanita mengunjungi dan 
berkempen untuk kali terakhir dari rumah ke rumah di sekitaran Masjid Kg. Keladi 
itu. Kg. Keladi adalah satu-satunya kawasan Melayu yang dimenangi oleh BN 
dalam pilihanraya lalu.  
 
Selepas tiga empat rumah, aku beredar pergi. Di sini kelemahanku dan aku akui 
kelemahan ini. Sepatutnya aku tunggu hingga selesai, tetapi sembang-sembang 
'pompuan' membuatkan aku tak selesa dan mungkin kumpulan wanita inipun tidak 
selesa dengan kehadiran aku bersama mereka. Lagipun tujuan aku tadi lebih 
kepada meninjau sekitaran kampung maklumlah malam nanti aku terlibat dalam 
tugas-tugas pengawalan dan esoknya dalam tugas-tugas pengangkutan 
pengundi. 
 
Aku memandu menuju ke arah Pekan Lunas. Poster-poster BN ada di mana-mana. 
Tetapi poster BA lebih tersusun dan cantik cara paparannya. Poster Bebas 
umpama melukut di tepi gantang. Bilik Gerakan utama BN di Sg.Limau kelihatan 
sesak dengan pembantu dari pelbagai negeri. Jalan sesak. Satu pesta yang 
mungkin berterusan hingga ke hari pembuangan undi. 
 
Di Pekan Lunas, kelihatan Setiausaha DAP Selangor berdiri tegak sambil 
memegang bendera DAP. Di lehernya tergantung kertas manila yang tertulis 
huruf-huruf Cina yang aku tak faham. Beliau berdiri seorang diri. Ramai masyarakat 
Cina di pekan itu yang datang menyaksi dan membaca apa yang ditulis di kertas 
itu. Aku teringat cerita apek yang pegang bendera dalam cerita 'Madu Tiga' filem 
P. Ramlee ... 
 
Sampai dihujung pekan, aku berpatah balik dan berhenti berdekatan dengan 
Setiausaha DAP tadi. Aku merapatinya dan bertanya apa yang tertulis. Beliau 
mengatakan "Dato' Zakaria kata di DUN Selangor, 'Cina babi'". Memang berkesan 
cara kempen beliau. 
 
Aku singgah berbuka di Sg. Limau. Maghrib di Masjid Kulim. Setiaasaha salah 
seorang menteri menteri yang aku jumpa di masjid itu meramalkan BN akan kalah. 
Kenyataan Madey telah menyinggung perasaan orang Cina Lunas dan Malaysia. 
Awal-awal lagi beliau mengucapkan tahniah. Cuma pesannya, ketatkan kawalan. 
BN parti orang gila. BN akan jadi gila malam ini dan sepanjang hari pengundian. 
Jaga-jaga pengundi hantu. Aku sekadar mengucapkan terima kasih sahaja. 
 
Aku kembali ke Kg. Keladi dan Terawih di Masjid Kg. Keladi. Selepas itu aku 
memandu ke Klang Lama kerana ada ceramah Lim Kit Siang di sana. Jalan sesak. 
Memang ramai yang hadir. Memang cukup ramai. Aku lalu sahaja dan sedar-sedar 
aku dah sampai ke kawasan Taman Selaseh. Terdengar suara Khalil Yaakob 
sedang berceramah mengenai sekolah wawasan. Ramai juga yang hadir. Tetapi 
kenderaan yang banyak itu semuanya plet luar. Maknanya yang hadir itu ialah 
petugas-petugas BN yang baru sampai. 
 
Hampir tengah malam aku sampai kembali di Kg. Keladi. Ceramah BN di Kg. Keladi 
tidak ramai yang mendengarnya. Banyak kerusi kosong. Aku terus ke Meja Panas 
yang sedang didirikan di sebelah pintu masuk tempat pembuangan undi. Aku 
membantu apa-apa kerja yang patut. Petugas di Meja Panas BN juga ramai. 
Meriah sungguh suasana kerja petugas-petugas BA dab BN ini. Kalau di Perak, 
Meja Panas ini dipanggil Pondok Panas. 
 
Jam satu pagi. Semua petugas berehat tetapi tidak mahu meninggalkan Meja 
Panas masing-masing. Ma

H-Net* [KM2] KTLBELB 11: Alang-Alang Murah, Alang-alang Hebaaat!! by Marhain Tua (fwd)

2000-11-18 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 10:39:08 AM 19/11/2000 Sun 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 18/11/2000 am 

KTLBELB 11: Alang-Alang Murah, Alang-alang Hebaaat!!
by Marhain Tua   
 
Siri KTLBELB: KALAU TAK LARAT  BERSILAT  ELOK LAGI BERSILA 
 
Bab 11  
 
[Rencana ini diterbitkan semula. Perenggan "Kaya Tapi Miskin"   
membongkar penyelewengan dana Tabung Haji. Ia bukan lagi berkhidmat  
kepada  bakal Haji, tetapi berkhidmat untuk menolong kroni, sehingga  
yang haram pun diredah asalkan kroni diktator tua boleh berdiri.  -Editor] 
 
 
 
KALAU TAK LARAT  BERSILAT  ELOK LAGI BERSILA 
 
 
BAB 11: ALANG-ALANG MURAAH,  ALANG-ALANG  HEBAAAT!!
 
 
ALANG-ALANG MURAAH,  ALANG-ALANG  HEBAAAT!!   
 
Awalkata: Penulisan ini adalah satu tribut kepada semua webmaster yang banyak membantu 
saya. Penulisan 
ini diilhamkan oleh emel salah seorang dari mereka kepada saya.  
 
 
 
Kemenangan  Barisan Nasional di  pemilu kecil Sanggang telah membuatkan semua pemimpin 
UMNO 
mendabik dada dengan megahnya berkokok betapa pengaruh UMNO ke atas orang Melayu sudah 
pulih. 
Dengan lain perkataan pengaruh Barisan Alternatif ke atas bangsa Melayu itu sudah 
merudum. Oleh kerana 
PAS telah meletakkan calonnya melawan calon UMNO, apakah bererti pengaruh PAS merudum 
sama? 
Alangkah mudahnya pemimpin UMNO berfalsafah politik? Apakah ini semua gara-gara 
semakin ramainya 
pemimpin pelapis yang dinaikkan itu yang kerap  melindungkan kelulusan mereka sebenar 
sehinggakan orang 
politk lama dalam pucuk kepimpinan parti mudah mengarut sama?   
 
Memang amat sukar untuk rakyat mengecam ciri-ciri keikhlasan seseorang untuk menjadi 
pemimpin politik. 
Keikhlasan berpolitik itu boleh disalut dengan satu tipu helah bermuka-muka untuk satu 
tempoh  yang lama 
sehinggakan masyarakat sekeliling dapat mempercayai lakonan itu sebagai sesuatu yang 
benar. Bukankah itu 
ciri-ciri yang terdapat pada Mahathir sejak beliau mula berpolitk dulu. Sehinggakan 
beliau mampu meraih 
simpati rakyat untuk menghumbankan Tunku Abdul Rahmat daripada aena politik? Hanya 
hampir lima puluh 
tahun kemudiannya barulah rakyat faham dan sedar akan segala tipu helah itu 
sehinggakan kini masyarakat 
Melayu itu berada dalam satu dilemma yang amat hebat sekali. Apabila kesedaran itu 
timbul secara mendadak 
apakah yang berlaku akhirnya? Bukankah terhumban juga kehebatan Mahathir itu ke kancah 
kehinaan yang 
murah, semurah-murahnya?   
 
Apabila Yang Murah Berlagak Hebat   
 
Siapakah yang boleh sangka betapa  kehebatan  Mahathir selama ini adalah berlandaskan 
satu perwatakan 
yang amat murah sekali? Dengan hal yang demikian apakah yang perlu dipertikaikan 
apabila  YB Prof. Dr. 
Mahadzir Khir didapati tidakpun memilikki kelulusan kedoktoran yang dicanangkan oleh 
media 
selama ini? Apa hebatnya dengan Al Ustaz Redhuan pemenang pemilu Sanggang yang pada 
tahap 
awalnya dicanangkan sebagai seorang lulusan Al Azhar?  Apa pula hebatnya dengan 
beberapa pemimpin 
UMNO sekarang ini yang mundar-mandir dengan gelaran 'Drs.'  (disebut Doktorandes) 
sedangkan kita 
tahu degree semacam itu amat mudah dibeli dengan kiriman bayaran pos? Kalau 'masa' 
menjadi rakan 
penantian, lama-kelamaan kelulusan yang dikatakan setaraf 'Sarjana' ataupun 'Masters' 
itu bertukar pula 
kepada panggilan kedoktoran mutlak. Apa jadi akhirnya dengan segala kelulusan itu 
kalau tidak diselindungi 
oleh pangkat bergelar seperti Datu, Dato' dan sebagainya?   
 
Kita bukannya mahu menulis atas tajuk gelaran dan pangkat, tetapi mahu menulis panjang 
sedikit akan tujuan 
yang terselindung di sebalik segala keburukan perangai yang melambangkan betapa 
murahnya moral hidup 
seseorang pemimpin politik yang sanggup mendabik dada seolah-olah ; "Hei...akulah 
pemimpin bangsa 
Melayuhanya akulah pemimpin Bangsa Malaysia yang berpengaruh..." dan mungkin 
segala kokok lama 
politik itu. Pada satu ketika dulu, kita fikirkan bahawa maklumat kelulusan seseorang 
pemimpin itu telah disilap 
taip dan 'tersilap masuk' seperti yang berlaku kepada seorang professor dari 
Universiti Malaya. Tetapi 
apabila soalan yang dikemukakan kepadanya dijawab dengan sinis dan mahukan orang 
memanggilnya dengan 
gelaran professor, nam

H-Net* [KM2] Siri 2 YTDT: Yang Terbang Pasti Akan Terbang Jua by Marhain Tua (fwd)

2000-11-18 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 10:39:41 AM 19/11/2000 Sun 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 18/11/2000 pm 

Siri 2 YTDT: Yang Terbang Pasti Akan Terbang Jua
by Marhain Tua   
 
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai 
 
Bab: 2 
 
 
[Rencana Pak -MT- ini diterbitkan semula. Ada beberapa perenggan menyingkap  
betapa pengurusan Tabung Haji sejak dulu sehingga kini amat pincang dan bengap. 
Jika Institusi Tabung Haji diurus dengan betul dan cerdik sedikit, akan bertambah  
mudah dan murahlah kos mengerjakan haji. Mereka bukannya hendak membeli kapal 
terbang, tetapi asyik membeli saham "terbang" berdasarkan arahan "terbang".  
Akibatnya ia kekeringan kecairan dana dan terpaksa mengenakan kos yang tinggi 
setiap kali musim haji mendatang. -Editor] 
 
 
 
 
 YANG TERBANG DAN TERBENGKALAI 
   YANG TERBANG AKAN PASTI TERBANG JUA 
 
 
 
YANG TERBANG AKAN PASTI TERBANG JUA 
 
Belum pun sampai satu minggu sejak Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa dia mahu 
menumpukan  sebahagian besar perhatiannya terhadap kerja-kerja sebagai pemimpin agong 
parti yang kini lebih dikenali sebaai UMNO Baru(a). Pengumuman itu disusuli pula 
dengan 
kenyataan betapa gaji yang diterimanya itu amat jauh lebih rendah daripada   yang 
diterima oleh tokoh koporat  (tentu juga   mereka yang tergolong sebagai keparat) 
negara. 
Kerana itu apabila Paklah berlepas ke London dan berucap di sana dan kemudiannya 
membuat 
lawatan  yang diberikan taraf persis lawatan perdana menteri ke Jepun; ramai di 
kalangan 
rakyat memikirkan Mahathir sudah mula mahu menunjukkan sikap yang serius mentadbir 
negara. Harapan  rakyat itu semakin menjadi apabila di waktu yang sama Rafidah Aziz 
sibuk 
di Amerika untuk mencari pelabur yang akhirnya pulang kabur kerana disabotaj oleh 
cerita 
mengenai suasana pelabuan negara yang sebenar.
 
Kenyataan Mahathir itu dilakukan hanya beberapa hari sebelum menjelangnya  satu majlis 
 
Persidangan  Panduan Haji di Hotel PGH  "yang dihadiri oleh 52 negara termasuk 25 
menteri 
yang menjaga hal ehwal jemaah haji." 
 
 
Sebelum itu Mahathir telah menyampaikan ucaptama  pada Wacana Pemikir Belia Islam 
Kebangsaan  di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Dalam ucapannya itu  beliau 
telah 
mengajak  umat Islam agar membahaskan  pelbagai perkara dalam agama secara bijaksana 
supaya  mereka lebih memahami ajaran Islam secara syumul.  Di majlis itu beliau 
mengeluarkan pendapatnya mengenai hukum hudud. Kita petik beberapa ungkapan yang 
disiarkan di akhbar sebagai rujukan: 
 
"Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan oleh  kebanyakan negara Islam bukan kerana kita 
menolak hukum itu tetapi kerana kita tidak mempunyai  keupayaan untuk melaksanakannya. 
 
Misalnya untuk  mendapatkan  empat saksi bagi menghukum pesalah zina ataupun liwat. " 
 
Soalnya sekarang,  adakah perkara itu diambil kira oleh Mahathir semasa mentohmah 
Anwar 
Ibrahim hingga membabitkan dua orang rakyat asing yang dikatakan telah diliwat oleh 
beliau? Apakah Mahathir tidak sedikit pun merasa berdosa dengan segala fitnah yang 
ditaburnya seluruh dunia mengenai kes Anwar itu sehinggakan dia sanggup berkata bahawa 
sistem undang-undang  dan kehakiman negara adalah  bersih daripada segala tekanan 
politik? 
 
Di majlis Panduan Haji yang perama kali diadakan di luar Arab Saudi itu,  Mahathir 
telah 
cuba menonjolkan satu  perwatakan betapa Malaysia di bawah kepimpinanya adalah sebuah 
negara Islam yang moden yang mampu memberikan  kepimpinan dalam pelbagai bidang kepada 
negara Islam yang lainnya. Sekaligus  strategi itu diduplikasi pula oleh Paklah, 
Timbalan 
Perdana Menteri yang bersuara lantang mengajak  negara lain mempelajari  kepintaran 
Malaysia menguruskan Tabung Haji dan tentunya juga dana. Apa yang tidak disedari oleh 
dua 
pemimpin terunggul Melayu UMNO masakini, kalau diambil kira  tabungan orang Islam yang 
telah melabur dalam Tabung Haji itu, sepatutnya banyak perusahaan besar di taraf 
global 
telah mampu dibeli dan dipunyai oleh Lembaga Tabung Haji dan sekaligus melambangkan 
kepunyaan orang Melayu dan Islam di negara ini. Tetapi, kerana wang tabungan yang 
mencurah setiap bulan ke dalam tabung itu hanya dikendal

H-Net* [KM2] Siri 10 YTDT: Otak Di Lutut Beralih Ke Mana? (Mesti Baca) by Marhain Tua (fwd)

2000-11-18 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 9:10:12 AM 19/11/2000 Sun 
Sender Name  : C**x 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 19/11/2000 am 

Siri 10 YTDT: Otak Di Lutut Beralih Ke Mana? (Mesti Baca)
by Marhain Tua   
 
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai 
Bab: 10 
 
[Siri YTDT kali ini merupakan satu lagi khazanah ilmu berharga yang MESTI  
diBACA dan diSEBAR keseluruh negara, khususnya Lunas kerana di sana pun ada 
ladang juga. Penyerahan tergesa-gesa Putra Jaya menampakkan sesuatu yang tidak 
kena, tambah lagi DUN bersidang selepas tandatangan istana. Rupa-rupanya itu 
semua hadiah termega diktator tua untuk anak-anak kesayangannya. - Editor] 
 
 
 
YANG TERBANG DAN TERBENGKALAI 
 
BAB 10 : OTAK DI LUTUT BERALIH KE MANA?  
 
 
OTAK DI LUTUT BERALIH KE MANA? 
 
Pada hari Khamis  16 November, 2000;  Kerajaan Selangor telah meluluskan  
Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan  Putrajaya 2000 bagi membolehkan   
Putrajaya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, selama-lamanya. Daripada  
42 penyokong kerajaan hanya seorang tidak hadir, iaitu Dato  Seri Abu Hassan  
Omar yang bercuti. Semua wakil BN yang  hadir telah menyokong, sedangkan   
enam ahli pembangkang yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd. Hassan Ali  telah  
bertindak keluar dewan jam 4.42 petang kerana membantah penyerahan  
berkenaan. 
 
 
Kita sengaja merakamkan perkara ini sebagai satu  catatan bersejarah kerana  
sebelum ini saya sudah mencadangkan agar perkara ini dibuka semula satu hari  
nanti sebagai satu perkara yang tidak sah kerana tidak direstui oleh rakyat  
Selangor. 
 
 
Inilah kali kedua  kerajaan Selangor  menyerahkan wilayahnya kepada Kerajaan  
Persekutuan selepas melepaskan Kuala Lumpur   sebagai ibu  negara pada 1974.  
Sebagai pampasan menyerahkan  tanah seluas 4,390 hektar itu  kerajaan  
Selangor menerima sebanyak RM200 juta, selain bayaran tahunan  berjumlah 7.5  
juta selama-lamanya. Pampasan ini telah disetujui oleh Sultan Selangor dan   
anaknya  yang menjadi Pemangku  Raja Selangor, Tengku Idris Shah. 
 
 
Bayaran pampasan ini  sudah mengambil kira jumlah cukai pintu yang tidak  
lagi dikutip  Majlis Daerah Sepang (MDS) yang dianggarkan sebanyak RM7 juta  
setahun. Berdasarkan perjanjian itu, Selangor menerima peruntukan sebanyak  
RM800 juta bagi melaksanakan projek  pembangunan di kawasan kampung di  
pinggir Putrajaya dan Cyberjaya.  Peruntukan itu digunakan  bagi menjayakan  
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), bakinya digunakan dalam RMK-9 untuk  
membangunkan kawasan sekitar pinggir Putrajaya, yang diselenggarakan   
Jawatankuasa Perundingan  Pembangunan yang bakal ditubuhkan.  Jawatankuasa  
itu dipengerusikan Ketua Pengarah Ekonomi, JPM dan Setiausaha Kerajaan  
Selangor sebagai timbalan serta dianggotai empat wakil Kerajaan Selangor dan  
empat wakil Kerajaan Persekutuan. 
 
Selain itu Kerajaan Persekutuan menyerahkan 26 keping tanah seluas 10.163  
hektar di Morib untuk dibangunkan  sebagai projek Kerajaan Selangor yang  
dijangka dijadikan pusat peranginan. Dalam  hal ini kita tentu mahu bertanya  
berapakah agaknya kos yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ketika  
mengambil alih tanah kepunyaan Selangor itu dulu? 
 
Mengikut perjanjian, bilangan wakil Kerajaan Selangor dalam Perbadanan  
Putrajaya  akan ditambah daripada seorang kepada dua wakil, berdasarkan  
peruntukan Seksyen 5(1) Akta Perbadanan Putrajaya 1995. 
 
Daripada 4,390 hektar itu, 3680 hektar adalah tanah ladang, tanah hak milik  
individu (312.61 hektar) yang membabitkan pampasan berjumlah RM753.3 juta  
manakala bayaran premium bagi tanah kerajaan seluas 396.82 hektar adalah  
62.3 juta.  Bagi tujuan penyelarasan dan pengemasan sempadan, beberapa  
kawasan tambahan juga diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan membabitkan   
540 hektar, mengikut Pengambilan Tanah 1960 menggunakan sempadan semula  
jadi.  Penyerahan itu bermakna semua hak dan kuasa mentadbir akan  
dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan, malah sebahagian daripadanya sudah  
diserahkan melalui Perbadanan Putrajaya. 
 
 
Dalam artikel berjodol "Bila Otak Ada Di Lutut" saya ada menyarankan agar  
rakyat Selangor tidak menerima persetujuan yang dicapai oleh dua kerajaan  
ini kerana rakyat tidak pernah memper

H-Net* [KM2] TJ MK: Umno dan Samsengnya by Man Kubur (fwd)

2000-11-15 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 8:15:42 AM 16/11/2000 Thu 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 16/11/2000 8:46 am Thu 

TJ MK: Umno dan Samsengnya
by Man Kubur   
 
TJ Ringkas sambil tokok tambah beberapa rencana sekaligus. 
 
Rencana LKS ini kena berbiji-biji kepada UMNO yang semakin samseng,  
liar serta barua.  Saya mengambil beberapa hujah penting (point) sahaja. 
 
SAMSENG UMNO DI DUN: KES ZAKARIA TAMPAR TENG 
 
1) Ruang legar DUN hanya boleh dimasuki oleh YB sahaja. Orang lain  
tidak boleh memasukkinya, walaupun pihak akhbar. Soalnya bagaimana  
pembantu Zakaria boleh berada disitu? 
 
2) Walaupun Zakaria sudah memohon maaf, Undang-undang masih tidak boleh 
membebaskan beliau sekalipun ada kemaafan diluar sana. (Cuba titip 
kembali kisah pembantu rumah yang melarikan anak pasangan melayu  
satu waktu dulu, pembantu itu dihukum juga walaupun padangan tersebut 
memaafkan beliau - penterjemah) 
 
3) Bagaimana relevannya Zakaria memohon maaf jika kegananasan itu  
dilakukan oleh orang lain (pembantunya). Lagipun mengapa identiti 
orang itu masih digelapkan sehingga kini. Orang itu seharusnya  
ditangkap atau disuruh sahaja menyerah kepada polis.  
 
4) Zakaria sepatutnya di hukum kerana mencemarkan keharmonian 
DUN dan kemesraan pelbagai kaum di Malaysia dengan menggunakan  
perkataan jijik "Cina Babi".  Sewajarnya UMNO memecat sahaja Zakaria 
yang memburukkan lagi nama 'baik' umno. 
 
5) Daripada kerajaan umno bising dengan Sekolah Wawasan, mungkin 
elok jika semua pemimpin umno menumpukan perhatian untuk menubuhkan 
satu sekolah untuk mengajar ahli2 umno bersopan! 
 
SAMSENG PARLIMEN: SHAHZIMAN CABAR MAHFUZ BERTUMBUK 
 
1) Peristiwa bagaimana MP Tampin, Shaziman mencabar Mahfuz untuk 
bertumbuk sudah cukup untuk menunjukkan betapa seriusnya  
masalah disiplin wakil rakyat umno. (Padahal gaji mereka 
semua dinaikkan dalam belanjawan 2001 - penterjemah) 
 
SAMSENG PEMUDA PANJAT PAGAR VS SUQUI 
 
Pada bulan Ogos lalu, pemuda Umno telah bertindak liar 
dan memekik kata-kata kesar bila berdemo di Dewan Perhimpunan 
Cina. Mereka memanjat pagar serta mengejek "Cina Tongsan" 
kepada Suqui. 
 
SAMSENG MB MANDI DARAH 
 
Siapa lagi jika tidak Khir Toyo yang memberi ucapan sulung siap 
dengan ungkapan "mandi darah" untuk ketuanan melayu konon.  
Malangnya dia membiarkan rakyat dibelasah berdarah dibumi  
Selangor pada 5 November. Selepas itu bersukaria pula sambil 
menyerahkan Putrajaya di Istana. Khir Toyo menyifatkan kes tampar 
itu sebagai tidak apa-apa dan kerajaan negeri tidak akan meminta  
maaf secara terbuka.  Sebaliknya Khir Toyo mahu ia ditutup sahaja 
kerana "sudah selesai". Kalaulah begini sikap seorang MB,  
memang patut sangatlah gejala gangster mengila-gila. 
 
Secara tidak langsung, orang yang membiarkan samseng itu samseng juga. 
Khir Toyoy mengatakan Teng tidak ada prinsip kerana melapurkan  
kepada polis, sedangkan lapuran itu dibuat demi maruah DUN sendiri. 
Lagipun sikap akhbar yang memutar belitkan cerita mendorong Teng 
membuat laporan. Jika tidak polis nanti "tidak ada kerja" dan mungkin 
"meraba gadis pelancung asing lagi" atau mengintai pesta buih berjam-jam 
tanpa merasa malu atau segan. 
 
 
SAMSENG LUCAH MB PAHANG  
 
Gelagat Adnan Yaacob si Danggang tersebut cukup biadap dan 
kurang sopan isyarat lucah beliau itu sewajarnya dikutuk 
oleh pemimpin umno sendiri, malangnya mereka buat tak mengerti. 
Patut sangatlah Darul Makmur menjadi Darul Kasino dan orang asli 
merempat lagi. Kejadian Tasek bera sudah cukup sebagai bukti betapa 
samseng sanggup berbuat apa saja sampai rumah diroboh dan tanaman 
mereka dibinasa sambil polis memerhatikan sahaja 
 
SAMSENG KLIA 
 
Samseng inilah yang mempunyai banyak projek sewel sehingga 
merugikan negeri Kedah. Sanusi Junid akhirnya didenda cuma 
RM 1,000 sahaja  memukul orang. Itupun masih tidak malu menjadi 
penghulu Universiti Islam... 
 
BAPAK SAMSENG  
 
Rahim Nor? Yacob Amin? atau orang yang menjaga hal-ehwal dua 
ekor binatang ini? Siapa lagi jika tidak menteri dalam 
negeri ketika Anwar dilebamkan. Kepala samseng inilah yang 
lari dari safina mahkamah dan memberi aksi lucah dalam TV. 
Kalau nak kenal cam senang sahaja, tengok siapa yang 

H-Net* [KM2] KTLBELB Bab 30: Menyelami Yang Silam by Marhain Tua (fwd)

2000-09-26 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 9:13:03 PM 26/9/2000 Tue 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 26/9/2000 am 

KTLBELB Bab 30: Menyelami Yang Silam   by   Marhain Tua
 
Siri KTLBELB: Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila 
 
KTLBELB: Bab 30 
 
 
MENYELAMI YANG SILAM 
 
AWALKATA: 
 
Setiap yang bermula tentu ada penghujungnya. Kira-kira enam 
bulan yang lalu, penulisan ini dimulakan  untuk menyambut 
cabaran pengendali web Mindarakyat dan FeU, yang ketika itu 
masih disangsikan. Memang di waktu itu terdapat beberapa 
laman web yang hangat-hangat sehingga mampu mengaut 
perhatian dan sentuhan pembaca sehingga puluh ribuan 
banyaknya. Saya menyambut cabaran dua PW ini  dengan penuh 
tandatanya apakah mereka dapat bertahan lama   berbanding 
dengan  laman web lain yang ternyata lebih unggul lagi. 
 
Alhamdullilah, keyakinan awal itu terus bertahan 
sehinggakan  penulisan ini dapat mencecah bab ke-30 seperti 
yang diilhamkan. Memang, bukan sebarang keyakinan rupanya 
semua itu, kerana hampir semua laman web yang hangat-hangat 
dulu sudah pun dingin kini, Hangat-hangat botol termos 
rupanya; apabila tiba masanya, kan dingin juga. Mujur juga 
tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.  
 
 
FENOMENA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM 
 
Fenomena hangat-hangat tahi ayam sebenarnya merupakan satu 
bentuk pemerintahan yang diterajui oleh seorang insan yang 
bergelar wira dunia ketiga sejak dua puluh tahun yang lalu. 
Cuba perhatikan perkara ini: 
 
 
 Konsep pemerintahan 'Bersih Cekap dan Amanah' merupakan 
teras pemerintahan dinasti Mahathir bin Mohammad. Kemanakah 
Malaysia kini? 
 
 Malaysia mahu dijadikan sebuah negara yang maju 
menjelang 2020, ke manakah arah negara kita kini? 
 
 Kemajuan Malaysia untuk terus maju tersekat sehinggakan 
Malaysia terpaksa menderita kerana diserang "oleh penyangak 
matawang seperti Soros dan ramai orang Yahudi yang lainnya. 
Keadan semakin meruncing apabila IMF dan Bank Dunia mahu 
menekan Malaysia dengan mengenakan syarat ketika Malaysia 
memerlukan pinjaman wang. Kerana itu Malaysia tidak 
meminjam daripada dana itu dan bergantung harap kepada dana 
luar sehingga terpaksa membayar faedah yang tinggi."  
 
 
Negara lain seperti Thailand dan Korea yang meminjam 
daripada IMF dan Bank Dunia telah pun   bangkit dengan 
megahnya sedangkan Malaysia masih terumbang-ambing dan   
menghampiri gerbang  kemelesetan ekonomi sekali lagi.  
 
Sebaliknya Malaysia yang  begitu lantang menuduh negara 
maju sebagai memasang agen untuk menjatuhkan ekonominya, 
kini terpaksa menghantar pegawai dan pakar ekonomi ke 
Amerika secara bertujai jadualnya. Hilangkah syak wasangka 
terhadap  orang Amerika  yang mahu meranapkan ekonomi negara 
ini? 
 
 Seluruh dunia telah mengharungi kemelesetan ekonomi 
dengan mengecutkan segala bentuk institusi dan 
infrastruktur pengurusan yang membazir. Dengan cara itu, 
petualang yang menyalah-gunakan kuasa dan keistimewaan 
perniagaan dapat didedahkan  dan perniagaan mereka 
diberikan kepada  yang lebih berwibawa. Apakah yang terjadi 
sebaliknya di Malaysia?  Semua projek mega yang besar terus 
dilaksanakan dan sesiapa sahaja yang tergolong dalam khemah 
kroniputra diberikan bantuan untuk hidup mewah lagi. Rakyat 
marhaen akan terus merempat lagi kerana segala desakan 
hidup mereka tidak terbela. Harga tol terus naik meningkat. 
Harga barang  makan terus naik lagi. Tambang bas, teksi, 
keretapi dan kapalterbang terus naik mencanak. Bagaimana 
pula dengan harga buku sekolah dan kos pelajaran di IPTA 
dan IPTS? Semua itu ditolak tepi, tidak masuk buku para 
perancang negara. Kerana apa juga kenaikan yang dikenakan 
kepada rakyat marhaen itu yang akan menerima faedahnya 
adalah para kroniputra juga.  
 
 Sejak dua puluh tahun yang lalu, dalam jangkamasa 43 
tahun yang menyeluruhi Malaysia di zaman kemerdekaannya, 
kerajaan  diterajui oleh seorang yang bernama Mahathir bin 
Mohammad. Dia telah diberikan oleh Allah SWT, sebuah negara 
yang aman damai kerana rakyatnya yang bersikap toleran 
terhadap masalah  suku kaum   dan berjaya menanganinya 
tanpa banyak muslihat. Dia diberikan   Allah sebuah negara 
yang kaya raya, baik daripada hasil buminya mahu pun yang 
tertanam di permukaa

H-Net* [KM2] Akan DiBakar Jadi Abu, DiGanggang Hingga Rentung!! by Amin Sapiro (fwd)

2000-09-10 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 

Time/Date: 12:44:34 PM 11/9/2000 Mon 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  


  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 11/9/2000 pm 

Subject: Akan DiBakar Jadi Abu, DiGanggang Hingga Rentung!! 
Writer: Amin Sapiro
 
DIBAKAR JADI ABU, DIGANGGANG HINGGA RENTUNG.!! 
 
 
SEMASA saya berhenti minum teh tarik di sebuah warung 
di perhentian lebuhraya Sedenak menghala ke JB, saya 
lihat dua tiga pemuda sedang minum sama. Kami saling 
menganggukkan kepala dan memberi salam. Lepas itu kami 
diam.  
 
Tiba-tiba seorang darinya berkata sesama mereka, 
"Mahathir cukup tinggi egonya".  
 
Menjawab pula seorang lagi, "Memang iya. Dia fikir 
dialah Prime Minister. Ditengoknya orang UMNO semua 
bangang belaka, keling sekor ni pun naik tocang le..". 
Mereka ketawa. Berdekah-dekah. Mengilai mengila-gila!! 
 
 
Memang, sejak dua tahun kebekangan ini, Mahathir 
memang dah jadi bahan ketawa rakyat jelata. Yang 
hormat tu cuma menteri UMNO. Apa dak nye, kalau jatuh 
Mahathir.. lumpuhlah mereka. Lebih-lebih mereka yang 
ada "fail-fail" sulit dalam brief-case Madey!!  
 
Orang ke tiga menjawab selamba aja, ?Hehehe??Ego? is 
nothing but an ?egg?..!?.  
 
?Ahaks..!!? Tersengeh saya. Wah! Kata saya dalam 
hati?? Tinggi juga sekolah pemuda yang sorang ini?. 
 
Selepas itu mereka terdiam. Tukar topik lain. Cerita 
royalti minyak Terengganu pula. Analisis mereka lebih 
hebat dari versi Utusan Meloya.  
 
Saya terfikir sendiri. Betul juga kata kawan tuh. 
Kalau fikir dalam-dalam, ?ego? memang macam telur 
(egg). Banyak orang yang terlampau ?ego?, akhirnya 
mudah sangat pecah ?tembelangnya?. Mana telur yang dah 
tembelang, kalau pecah..fuhh?. Tuhan saja yang 
tahu.. Hahaha?. Tak cukup pekup hidung dengan jari 
saja, kena pakai minyak wangi pula..!! 
 
Masih saya teringat peristiwa Anwar dipecat dulu. 
Mahathir bukan main ego mencanangkan keliling dunia. 
Kununnya gerakan ?Reformasi? yang disarankan Anwar 
cuma mampu bertahan setakat seminggu saja. Lepas itu 
akan pudar dan terus hilang bagai embun pagi. Cantik 
jugak analogi orang UMNO!! Tak berkira-kira membodek 
?tuan?nya - Mahathir anak Keling nyanyok ..GILA! 
Sasau!  
 
Mungkin Mahathir terfikir juga dalam hatinya. Dengan 
kaliber beliau selama 18 tahun menjadi Presiden UMNO, 
termasuk Anwar sudah 3 orang Timbalan Prime Minister 
yang dibuang beliau melalui proses ?khianat?. Belum 
ada yang menentang. Semua sorot kebelakang. Dua dari 
mereka dah terang-terang jadi belukang. Cuma Anwar 
saja yang ada strategi menentang!! 
 
Betul jugak. Musa Hitam langsung terdiam. Ghafar Baba 
teraba-raba bak orang buta. Ku Li dan Rais Yatim, 
sanggup kuburkan parti sendiri setelah ditipu 
hidup-hidup dek mamak puaka. Para menteri kabinet
yang 

dilantik semua ?melutut? umpama ?pengemis? menadah 
tempurung..  Tak ke Mahathir bangga? Ego? Sombong? 
 
Mahathir dan kelompok pemimpin UMNO yang tinggi-tinggi 
ego itu berebut-rebut nak bercakap dan membuat 
kenyataan. Kununnya kehebatan Mahathir sebagai Prime 
Minister telah mendapat perakuan dunia.  
 
Ibrahim Ali memberi gelaran bossnya sebagai ?Wira 
Dunia Ke-3?. Rais Yatim kata, semasa beliau jadi 
menteri KDN memang ada banduan yang memukul diri 
sendiri. Seolah-olah Rais meng-imply-kan, Anwar 
sengaja cederkan diri untuk meraih simpati. 
 
Rafidah Aziz tak segan malu sanggup bergaduh ?singkap 
kain? depan Madeleine Albright Setiausaha Amerika. 
Satu dunia ketawa. Cerita Rafidah bukak kain 
dikhalayak ramai jadi bahan ejekan antarabangsa. 

Itulah contoh terbaik WANITA UMNO!! Tak cukup dedah 
kepala, ?benda? tu pulak nak suruh orang tengok! 
Beghapa punya ?Ngok??!! Hehe?. Musibat nyee?.!! 
 
Berkata seorang pemandu teksi di Kuala Kangsar. ?Bukan 
elok beno ghupe ?mende? nye??  
 
?Ha..ah!! Deme kate, macam tombong beghuk mak-ye 
aheheheh..?, mereka ketawa terbahak-bahak!! Mengejek. 
Meluat!! Betina makan suap!! 
 
Hari ini, dah lebih 2 tahun Anwar sengaja dipaksa 
secara paling aib dipurukkan oleh Mahathir dalam 
penjara. Ego Mahathir mulai tercabar. Jika ego itu 
telur, maknanya telur Mahathir dan retak menanti 
belah.  
 
Yang hebatnya, telur Mahatir dah jadi tembelang. Satu 
dunia dah mula pekup hidung

H-Net* [KM2] KTLBELB 28: Yang Berkibar dan Berkobar by Marhain Tua (fwd)

2000-09-08 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 


Time/Date: 9:33:31 PM 8/9/2000 Fri 
Sender Name  : Warez 2000 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  

Extra message from sender: 


Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 7/9/2000 am 

Subject: KTLBELB 28: Yang Berkibar dan Berkobar 
Writer: Marhain Tua
 
 
Siri KTLBELB: Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila 
 
Bahagian 28 
 
 
YANG BERKIBAR DAN BERKOBAR 
 
 
Ada satu emel yang baru dierima berbunyi begini: 
 
 
"Di mesyuarat bulanan antara Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan  
Ketua-Ketua Jabatan  Awam pada .September, 2000 lepas, KSN menyampaikan  
arahan Perdana Menteri kepada Kementerian dan agensi-agensi awam yang  
terlibat  untuk meningkatkan permantauan ke atas semua laman-laman reformasi  
supaya lebih berkesan lagi. 
 
"Tujuan meningkatkan  permantauan yang sudah pun lama dijalankan adalah  
untuk cuba mengesan webmasters dan menangkap mereka di bawah ISA. 
 
"KSN juga suruh sampaikan arahan kepada TMNet dan jaring supaya meningkatkan  
usaha mereka. Juga terlibat adalah suatu unit khas  kepunyaan suami  
Shahrizat yang beroperasi dari Cyberjaya yang diberi RM20 Juta tahun lepas  
tetapi belum mendatangkan 'hasil'. 
 
 
"Dr. Mahathir tegaskan bahawa beliau inginkan  'results' secepat mungkin." 
 
 
Emel di atas datang daripada sumber yang boleh dipercayai, setakat ini.   
Dengan demikian, isi berita itu perlu dianalisa untuk menjadi satu dorongan  
kepada rakyat marhaen memahami apa yang sedang dilakukan oleh Pengendali Web  
Reformasi selama ini. Terutama sekali bahaya dan risiko yang mereka lalui  
untuk membawa satu arus kesedaran kepada rakyat. 
 
 
Siapakah Lebih Berkuasa Selain Allah ? 
 
 
Pernah satu ketika dulu saya menulis dan berkata bahawa manusia boleh  
lakukan apa saja yang difikirkannya munasabah untuk mengekalkan kuasa yang  
ada. Tetapi, kuasa veto dalam perencanaan itu tetap berada di tangan Allah  
Yang Maka Berkuasa. Kalau inilah yang menjadi pegangan hidup kita, bererti  
nasib masa depan rakyat marhaen dan juga Malaysia bukan di tangan Mahathir  
atupun para juak dan jongosnya. 
 
 
Satu ketika dulu ketika Jepun menjajah Malaysia, terdapat satu kumpulan  
talibarut yang bertungkus lumus memihak kepada penjajah daripada Negara  
Matahari Terbit itu. Salah satu tugas mereka ialah mengesan sesiapa yang  
mempunyai radio ataupun yang mendengar radio. Orang Melayu, tidak pun gentar  
sehingga mencampakkanya ke sungai dan telaga. Mereka terus mendengar radio  
itu secara senyap-senyap untuk mengetahui kedudukan tentera pembebasan yang  

dianggotai oleh orang Melayu yang ketika itu berada di dalam hutan. 
 
Begitu juga halnya ketika negara dijajah oleh kumpulan bintang tiga yang  
berlagak sakan sebaik sahaja Jepun menyerahkan Malaya ke tangan British  
semula. Di sana sini ramai orang Melayu yang ditangkap dan dibunuh, tetapi  
masyarakat Melayu pada dasarnya tahu bahawa yang dibunuh itu pernah menjadi  
talibarut Jepun satu ketika dulu. Tetapi, pembunuhan sebagai membalas dendam  
itu tentunya tidak boleh berlarutan sehinggakan orang yang tidak berdosa pun  
boleh ditangkap dan dihukum oleh 'Bintang Tiga' . Bermula dari situ orang  
kampung mula bersatu dan mempertahankan keselamatan kampung mereka. Kumpulan  
'Bintang Tiga' mengalah dan mula berlembut semula dengan orang Melayu di  
desa. Tetapi, taktik itu tidak menjadi kerana mereka sudah pun dimusuhi. 
 
 
Setelah muncul kembali British di Persekutuan Tanah Melayu, taktik yang  
pernah digunakan oleh Jepun dan juga 'Bintang Tiga' telah diciplak oleh  
British untuk menempatkan para talibarut sekeliling kota, kampung dan desa.  

Lahirlah satu kumpulan perisik khas British yang diberikan keistimewaan yang  
tidak ada pada orang kampung. Muncullah  benggali roti, penjual susu segar  
dan penjual gula-kapas dripd India. Kemudian, wujudlah   kedai kopi yang  
diusahakan oleh golongan yang dikenal sebagai Mamak dan Benggali  Mendatang,  
sedangkan orang Melayu sendiri pun amat samar daripada mana mereka datang.  
Inilah golongan yang berniaga barang makanan, samada yang mentah ataupun  
yang sudah dimasak. Samada yang baru dimasak ataupun baru dipan

H-Net* [KM2] KTLBELB 27: Mencari Semangat Yang Hilang by Marhain Tua (fwd)

2000-09-02 Terurut Topik counterbalance_2000


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 


Time/Date: 7:57:41 AM 3/9/2000 Sun 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode : plain/text 
CC   :  

Extra message from sender: 


Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 31/8/2000 am 

Subject: KTLBELB 27: Mencari Semangat Yang Hilang 
Writer: Marhain Tua
 
Siri KTLBELB: Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila 
 
KTLBELB: Bab 27 
 
MENCARI SEMANGAT YANG HILANG 
 
Kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-43. 
Tetapi, ramai rakyat negara ini yang merasakan sambutan itu 
hanya sesuatu yang disogokkan, kerana mereka sudah sedar 
kini betapa semangat untuk menyambutnya sudah lama hilang.  
 
 
Pada satu ketika yang terdekat, semangat menyambut 
ulangtahun kemerdekaan itu memang meriah sekali. Di 
sana-sini, bendera negara ?Jalur Gemilang? kelihatan 
berkibar dengan megahnya. Di rumah, di kedai, di gedung, 
kantor dan pejabat,  di kenderaan kepunyaan kerajaan, 
syarikat swasta dan kepunyaan peribadi rakyat; kibaran 
bendera itu merupakan sesuatu yang dilihat dengan senyuman 
panjang oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja anak-anak yang 
mencari-cari makna kibaran itu, bukan sahaja para 
pengunjung dan pelawat negara yang terus membuat 
perbandingan dengan cara negara mereka meraikannya. 
Golongan lama  warga negara ini kerap mengimbau  nostalgia 
lama betapa bendera yang berkibar itu membawa seribu makna 
mengingatkan zaman muda mereka. 
 
 
Kini, kibaran Jalur Gemilang itu dilihat sebagai satu 
gerak-geri yang sungguh simbolik melambangkan  cetusan hati 
sanubari sebilangan besar rakyat negara ini yang hidupnya 
tertekan. Mereka seolah-olah  menantikan kedatangan satu 
hari yang lebih bermakna dari itu, entah bila dan kalau pun 
muncul berapa lama lagikah agaknya.  
 
 
Tidak siapa yang dapat menyangkakan, bagaimana semangat 
menyambut ulangtahun kemerdekaan itu boleh menurun  pada 
kali ini. Pada tahun yang lalu, semangat itu masih kuat 
lagi walaupun ketika itu majoriti rakyat  masih lagi 
merasakan kehilangan mantan timbalan perdana menteri Dato 
Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kini, sudah masuk tahun ke-dua 
beliau dipenjarakan, secara tiba-tiba pula keadaan berubah 
serta merta. Semangat keceriaan tahun yang lalu, sudah 
berubah rupa. Rakyat sudah menjadi hambar untuk menyambut 
ulangtahun kemerdekaan negaranya. Seperti hambarnya rakyat 
dengan keputusan kes mahkamah yang terus menambah deraan 
terhadap DSAI itu.  
 
 
 
Kelunturan Semangat yang Mengejutkan 
 
 
Pada tahap awalannya, tidak sesiapa yang dapat menjangkakan 
munculnya kelunturan semangat menyambut ulangtahun 
kemerdekaan itu. Pihak pemerintah telah membuat pelbagai 
rencana untuk menentukan semangat sambutan itu terus 
menggunung tingginya. Di setiap akhbar perdana, kita dapat 
lihat iklan satu muka penuh yang mencanangkan ?Cuti-Cuti 
Malaysia?. Sekaligus ia juga mengiklankan muka seorang 
menteri yang bekerja keras untuk menggalakkan promosi itu. 
Tetapi, rakyat bukannya dungu sangat hinggakan tidak 
memahami kenapakah iklan yang mahal seperti itu terpapar 
setiap  saban hari dan saban minggu? Apakah itu caranya 
regim Mahathir memberikan sokongan  untuk menanggung 
kerugian jualan yang semakin meleset? Dengan duit siapakah 
sokongan itu kalau bukan dengan duit rakyat jelata? 
 
 
Iklan ?Cuti-Cuti Malaysia? itu sebenarnya merupakan  
rencana kerajaan yang memerlukan satu perbelanjaan yang 
besar. Pelbagai cara telah ditaja dan diadakan. Projek 
mengisi buku catatan ataupun Rekod Gemilang Malaysia persis 
Guiness Book of Records masih terus dilaksanakan. 
Pembikinan ?Popia Terpanjang?, ?Lemang Terpanjang?, 
?Bendera Terpanjang? dan penyertaan membuat teh tarik yang 
paling ramai adalah satu daripada projek yang 
melucukan kerana apakah sebenarnya yang dapat dibanggakan 
dalam usaha seperti itu? Kini, menteri pelancongan  mahu 
memperkenalkan pembikinan teh tarik ke seluruh dunia, pula. 
Kenapakah gerangannya dan apakah dengan memperkenalkan 
teknik membikin teh tarik itu akan mengharumkan lagi nama 
Malaysia? Tidak cukupkah ?Malaysia? dipromosikan oleh 
seorang diktator tua yang bergelar ?Wira Dunia Ketiga?? 
Tidak cukupkah promosi yang dilakukan oleh penajaan 
terhadap