Re: H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI! SuatuKisah untuk Dibuat Iktibar.....

2000-04-25 Terurut Topik mencelah sikit


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum.

Ye..le…..Ain , sebagai yang kita telah sedia maklum “Sesungguhnya fitnah 
lebih berbahaya daripada membunuh” Dari apa  yang telah kamu ceritakan, 
mencelah dapati terdapat perkara-perkara yang agak terlidung daripada 
kejadian tersebut. Memang tak dapat dinafikan cemburu adalah sifat yang tak 
dapat lari dalam naluri seseorang wanita dan adakala ianya lebih-lebih lagi 
pada lelaki. Daripada cerita kamu , mencelah dapat bayangkan pompuan ini 
seorang yang “Cemburu buta”. Bagaimana mencelah rasa , walau seseorang 
pompuan itu cemburu buta dia tidak akan mengambil tindakan yang terlalu 
drastik…..dengan erti kata “Membabi buta”. Pompuan ini mencelah rasa, telah 
lama memendam rasa. Telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah wanita , mereka 
ni lebih suka memendam perasaan daripada meluahkan terus apa-apa perkara 
yang terbuku di hati, tapi masalahnya begini le…apa sudah membuak-buak, nak 
halang pun sudah terlewat. Ini bermakna, kejadian ini berlaku daripada 
susulan banyak perkara yang telah lalu, dengan ertikata berlarutan. Kalau 
nak kata sisuami tersebut ada melakukan perkara yang kurang elok spt; 
bergesel-gesel…..mungkin itu tak logik bagi pompuan tersebut bertindak 
memaksa suaminya supaya mengakui akan perkara yang berlaku. Memang dia perlu 
bertenang , lambat laung dia akan tahu juga kalau benar suaminya 
jahat……bangkai gajah takkan dapat ditutup. Andaikata suaminya benar-benar 
tak bersalah…takkan dia nak mengaku. Ada kemungkinan pompuan ni mengalami 
tekanan perasaan ataupun sakit jiwa.


P/S: Saya suka perenggan ini(3. Ingat pada anak-anak; suami tu bukannya hak 
kita sorang)haiuntungnya suami kamu Ain!



From: "Nor'ain Eusoff" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI!  
Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.
Date: Mon, 24 Apr 2000 16:41:14 +0800


Assalamu'alaikum wbkt... kepada semua warga hizbi tak kira di mana saja 
anda
berada.

Kisah yg akan saya paparkan ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh
seorang kenalan saya sewaktu kenduri tahlil di salah sebuah kawasan
perumahan yg tak jauh dari rumah saya.

Kenalan saya, iaitu Puan J telah bercerita sewaktu kami makan selepas
tahlil, biasalah; dah lama tak jumpa tu, macam-macam cerita yg timbul.
Antara topik-topik yg menarik ialah bila sampai ke bab "FITNAH". Kisahnya
bermula begini; di tempat kerja suaminya (suami Puan J) ada seorang
lelaki yg telah berkahwin dan mempunyai anak (2 orang).  Isterinya pun 
kerja
di kilang yg sama, iaitu Puan X.  Pasa suatu hari, seorang kakak (Puan
Kaypoh - yg juga bekerja di kilang yg sama) telah bercerita pada si isteri
ni (Puan X) bahawa dia (si Kaypoh ni) telah ternampak suami Puan X
"bergesel-gesel" di dalam bas dengan seorang wanita.Masa tu, suami Puan
X bekerja di syif yg lain dengan Puan X tu, so balik pun asing-asing lah,
tak balik sekali.  Jadi si Puan Kaypoh ni pun berceritalah macam tu
kepada Puan X.

Yang sebenarnya, niat Puan Kaypoh memberitahu kepada Puan X akan cerita ni
tidaklah diketahui sangat.  Tapi, bila mendengar cerita-cerita begini,
isteri mana yg tak "bara"?  Hakikatnya, suami Puan X ni tidaklah buat
seperti yg didakwa oleh Puan Kaypoh.  Biasalah. manusia ni, bila dia
nampak sikit, dia tambah lebih-lebih.   Tambah-tambah yg memang kaki Kaypoh
tu, suka sangat "membawa mulut" sampai porak peranda rumahtangga orang!
Ish... rasa nak bagi pelempang aje kat si Kaypoh tu!

Bila si Puan X ni dengar cerita, dia pun "geeam" lah dengan husband 
dia.
Tup-tup ada suatu hari tu depa pi keluar dengan anak-anak depa.  Entah 
macam
mana, si Puan X ni pun "check" dengan husband dia, betul ke dia dengar
cerita dari "somebody" yg husband dia tu "bergesel-gesel" dalam bas ngan
pompuan lain?  Jadi, si husband ni pun menafikanlah.  lalu bertanya:
"Bergesel-gesel macam mana?"  Betul jugak husband dia tanya macam tu?  Ya
tak?  "Bergesel-gesel" ni kan banyak makna?  Kalau setakat "bergesel" dalam
bas, saya pun penah kena "gesel"... tapi tak ada apa-apa pun!  Kena "siku"
lagi si jantan tu adala!

Dalam kes ni, "bergesel" tu mungkin membawa maksud si suami tu berdiri, si
pompuan tu pun berdiri, bila bas penuh, biasalah kalau "tergesel"!  So,
husband si Puan X sudah tentu "defend" diri dia habis-habisan, takkan nak
biarkan isteri dia buruk sangka pulak kepada dia?  Lelaki.;  mana nak
ngaku salah dia?  "

H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI! Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.....

2000-04-24 Terurut Topik Nor'ain Eusoff
Title: GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI!  Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.






Assalamu'alaikum wbkt... kepada semua warga hizbi tak kira di mana saja anda berada.


Kisah yg akan saya paparkan ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang kenalan saya sewaktu kenduri tahlil di salah sebuah kawasan perumahan yg tak jauh dari rumah saya.

Kenalan saya, iaitu Puan J telah bercerita sewaktu kami makan selepas tahlil, biasalah; dah lama tak jumpa tu, macam-macam cerita yg timbul. Antara topik-topik yg menarik ialah bila sampai ke bab FITNAH. Kisahnya bermula begini; di tempat kerja suaminya (suami Puan J) ada seorang lelaki yg telah berkahwin dan mempunyai anak (2 orang). Isterinya pun kerja di kilang yg sama, iaitu Puan X. Pasa suatu hari, seorang kakak (Puan Kaypoh - yg juga bekerja di kilang yg sama) telah bercerita pada si isteri ni (Puan X) bahawa dia (si Kaypoh ni) telah ternampak suami Puan X bergesel-gesel di dalam bas dengan seorang wanita. Masa tu, suami Puan X bekerja di syif yg lain dengan Puan X tu, so balik pun asing-asing lah, tak balik sekali. Jadi si Puan Kaypoh ni pun berceritalah macam tu kepada Puan X.

Yang sebenarnya, niat Puan Kaypoh memberitahu kepada Puan X akan cerita ni tidaklah diketahui sangat. Tapi, bila mendengar cerita-cerita begini, isteri mana yg tak bara? Hakikatnya, suami Puan X ni tidaklah buat seperti yg didakwa oleh Puan Kaypoh. Biasalah. manusia ni, bila dia nampak sikit, dia tambah lebih-lebih. Tambah-tambah yg memang kaki Kaypoh tu, suka sangat membawa mulut sampai porak peranda rumahtangga orang! Ish... rasa nak bagi pelempang aje kat si Kaypoh tu!

Bila si Puan X ni dengar cerita, dia pun geeam lah dengan husband dia. Tup-tup ada suatu hari tu depa pi keluar dengan anak-anak depa. Entah macam mana, si Puan X ni pun check dengan husband dia, betul ke dia dengar cerita dari somebody yg husband dia tu bergesel-gesel dalam bas ngan pompuan lain? Jadi, si husband ni pun menafikanlah. lalu bertanya: Bergesel-gesel macam mana? Betul jugak husband dia tanya macam tu? Ya tak? Bergesel-gesel ni kan banyak makna? Kalau setakat bergesel dalam bas, saya pun penah kena gesel... tapi tak ada apa-apa pun! Kena siku lagi si jantan tu adala! 

Dalam kes ni, bergesel tu mungkin membawa maksud si suami tu berdiri, si pompuan tu pun berdiri, bila bas penuh, biasalah kalau tergesel! So, husband si Puan X sudah tentu defend diri dia habis-habisan, takkan nak biarkan isteri dia buruk sangka pulak kepada dia? Lelaki.; mana nak ngaku salah dia? Defend tetap defend.

Semasa dalam kereta, si isteri ni jadi histeria, dia naik berang sebab si husband ni tak nak ngaku..! Dia ugut husband dia yg dia nak bunuh diri.. entah macam mana, bertengkar punya bertengkar, bergelut punya bergelut, si isteri ni tiba-tiba bertindak membuka pintu kereta yg sedang berjalan dan terjun ke luar! Astaghfirullah'aladzi!

Suaminya terpaksalah buat emergency break. Dilihat dari cermin sisi sebelah kiri si isteri sedang terguling-guling ke tepi jalan. Mujur kereta belakang tidak melanggar kereta mereka. Dengan cemas, si suami ni membawa Puan X ke hospital (Klang) dengan harapan Puan X masih hidup. Sesampai di hospital, pihak hospital Klang tidak mahu menerima kes itu, kerana tiada kemudahan Puan X masih hidup, tapi tinggal nyawa-nyawa ikan. Puan X dimasukkan sekejap saja di ICU tapi setelah diperiksa dengan teliti, pihak hospital Klang tidak mempunyai kemudahan yg berkaitan dengan kecederaan yg dialami. Puan X mengalami pendarahan otak yg teruk. Dia terpaksa dipindahkan ke HKL... Sewaktu Puan J menceritakan kepada saya kisah ni, dikhabarkan Puan X masih tidak sedarkan diri lagi dan sudah tentu masih di ICU.


Bila saya dengar cerita ni, tak jadi nak menyuap nasi... terfikir di benak saya; mengapalah manusia ni sanggup buat fitnah dan exaggerate cerita sampai orang yg difitnah tu jadi huru-hara? Kalau yg difitnah tu orang beriman tak apalah juga, sekurang-kurangnya boleh menduga sejauh mana keimanannya. Ni pergi buat cerita bukan-bukan pada orang macam Puan X, silap banyaklah! 

Bagi si pembuat fitnah; PUAS HATIKAH KAMU SETELAH BUAT FITNAH? Tak terfikirkah kamu akan nasib anak-anak yg baru nak hidup dan memerlukan kasih sayang ibu? Dahlah tu, puaskah hati kamu melihat orang lain bunuh diri kerana fitnah kamu? Tak ada kerja lain ke?

Itu dari sudut si pembuat fitnah, yg saya sedih ialah tindakan si Puan X tu sendiri. Kot ya pun. takkanlah kerana bergesel aje dah nak bunuh diri? Entahlah... kita tak tahu apa sebenarnya yg ditengkarkan lagi dalam kereta; mungkin soal-soal lain pun berbangkit yg mana mungkin suaminya tidak mahu menceritakan kepada kita; tapi secara rational; kalau sayalah yg jadi Puan X, tak kuasa aku nak bunuh diri dek kerana bergesel punya pasal! Dia bergesel, esok lusa kita naik bas, kita bergesel pulak ngan jantan lain! Itu kalau nak balas dendam sangat tapi kalau saya... TAK KUASA! 

Kalau saya 

Re: H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI! Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.....

2000-04-24 Terurut Topik tebuan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu'alaikum,

Dahsyat sungguh cemburu wanita ya?  Kebaikan bertahun
hilang dengan satu genselan saja. Perhaps, puan2 semua
kena belajar sesuatu dari satu lagenda siam; bagaimana
cinta sejati seorang isteri dibawa sampai ke mati -
punyalah kuat kasihnya kat suami dia, dah mati pun
bangun semula semata2 untuk memberi khidmat kepada 
laki. Teman tak tahu lah betul ke tidak lagenda tu,
tapi orang siam percaya betul - Nang Nak namanya;
mungkin adik hantu raya ke, jin ke, tak tahulah teman).

Walaubagaimanapun, panas hati melihat suami/isteri
digesel orang seperti dalam bas memang tak dapat 
dinafikan. Itu pasal kalau boleh, suami isteri kena
cari juga kenderaan sendiri - kalau tak dapat kancil,
yang 2nd hand harga 5 ribu pun kira oklah. Kalau dah
tak boleh juga, honda cup pun ok juga.  

Ataupun bas awam kena di ubahsuai sikit.  Bas dibahagi
dua oleh satu dinding - orang lelaki naik bahagian
depan, orang perempuan naik bahagian belakang. Benda ni
tak mustahil dibuat.  Itulah baiknya ada kaunter 
bayaran berasingan untuk lelaki pompuan.  Berbaris
dekat2 ni boleh mari 'gha', kata orang kelate. 

Wassalam

- Original Message - 
From: Nor'ain Eusoff 
To: [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Monday, April 24, 2000 4:41 PM
Subject: H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI! SuatuKisah 
untuk Dibuat Iktibar.

Assalamu'alaikum wbkt... kepada semua warga hizbi tak kira di mana saja anda berada. 

Kisah yg akan saya paparkan ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang 
kenalan saya sewaktu kenduri tahlil di salah sebuah kawasan perumahan yg tak jauh dari 
rumah saya.

(deleted)


-
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Gara-Gara

1999-11-21 Terurut Topik Yusri-Mohd . Ali


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~


Gara-gara UMNO bencikan kalimah Allah..

 Gara-gara UMNO bencikan kalimah Allah, kekecohan hampir tercetus semasa
penamaan calon di Ampang Jaya. Penamaan
calon dilakukan di Dewan Dato' Ahmad  Razali. Perarakan Barisan Alternatif
bermula dari Masjid Fatimah Al-Zahra di
Taman  Kosas. Apabila sampai pada jarak 20 meter dari Bilik Gerakan UMNO Ampang
Jaya,  perarakan dihadang dengan
kayu penghadang yang disediakan oleh pihak polis.

Memang tujuan pihak polis difahami supaya para penyokong BA tidak melewati Bilik
 Gerakan itu. Untuk pengetahuan umum,
Dewan Dato' Ahmad Razali terletak terletak lebih kurang 30 meter dari Bilik
Gerakan itu; bermakna, untuk ke dewan itu,
penyokong  BA hendaklah melewati Bilik Gerakan UMNO. Penyokong BA tidak banyak
soal, lalu  berhenti.

Kemudian para penyokong BA diarahkan oleh pihak polis supaya turun ke padang
seberang jalan tetapi menghadap ke arah
Bilik Gerakan UMNO. Laungan "Reformasi",  zikir dan salawat silih berganti.
Tidak ada sesiapa di depan Bilik Gerakan
UMNO. Hanya kelihatan polis sedang berkawal di atas jalan. Jalan itu memang
ditutup. Kenderaan  yang hendak ke KL
dikehendaki melalui pekan Ampang.

 Laungan "Reformasi", zikir dan salawat tiba-tiba dibalas dengan gema muzik rock
 dari PA System yang disediakan oleh
UMNO di luar Bilik Gerakan itu. Bunyinya amat kuat - semata-mata untuk berlawan
dengan zikir, salawat dan "Reformasi".
Orang ramai  marah kerana UMNO bersikap demikian. "Memang UMNO ni jahil?!",
"Gila ke..takut  sangat dengar salawat
dan zikir ke?", "Kalau nak meriahkan keadaan, lawanlah dengan salawat atau zikir
 juga", "Memang orang UMNO ni fasik lagi
jahil?kerana takut sangat  dengar kalimah Allah. Ini bukan kalimah PAS atau
keADILan.. tapi kalimah Allah",  demikianlah
antara cakap-cakap orang ramai. Keadaan hingar- bingar kerana kemarahan
memuncak. Kelihatan beberapa pemuda
mendekati Bilik Gerakan UMNO.

Kami kira pemuda ini mahu membuang PA System yang terpacak di luar Bilik Gerakan
  itu. Pihak polis mententeramkan para
penyokong BA yang mendekati Bilik Gerakan itu. Pihak polis menyedari kebiadapan
UMNO itu dan bagi meredakan
kemarahan para  penyokong BA, polis masuk ke dalam Bilik Gerakan menasihati
pemuda UMNO di  dalamnya. Lama juga
muzik bergegar-gegar berlawan dengan salawat dan zikir  penyokong BA. Barangkali
 orang di dalam Bilik Gerakan itu enggan
mendengar nasihat  polis. Memang wajar polis menasihati mereka sebab jika tidak
dinasihati mereka menimbulkan provokasi.
Dan, jika mereka berkeras juga hari itu, mereka tidak ungkin dapat melawan para
penyokong BA yang begitu ramai. Para
penyokong UMNO, tak nampak walau seekor. Komando Gerak Gempur pun tak kelihatan.


Kemudian, muzik rock itu dimatikan. Barulah keadaan terkawal. Penyokong BA tidak
 banyak kerenah. Mereka patuh kepada
arahan pihak polis. Pihak polis Ampang yang berkawal pada hari itu patut dipuji
kerana mereka melakukan tugas dengan
profesional  dan muka selalu tersenyum.

 Tidak lama kemudian, keluar dua tiga ekor Komando Gerak Gempur UMNO tercegat di
 hadapan Bilik Gerakan. "Itu
Komando UMNO.." kata seseorang. "Eleh, komando tahi  kucing..Ingat kita orang
takut ke? Kalau itulah komando UMNO,
dua tiga kali lipat, makan tanah jawabnya.." kedengaran seorang pemuda
menyampuk. Dari tuturnya ada unsur-unsur loghat
Kelantan. Di kalangan komando Gerak Gempur UMNO itu, ada yang  cuba berlagak,
tetapi kebanyakannya bersahaja saja.
Ada juga yang memang kawan rapat para pemuda BA - mereka saling bersalaman dan
berborak-borak macam tidak  ada
apa-apa.

Keadaan bertambah bersemangat apabila penyokong DAP dan PRM tiba. Perarakan dari
 Masjid Fatimah AL-Zahra disertai
oleh PAS dan KeADILan. Keadaan bertambah bersemangat lagi apabila sekumpulan
mahasiswa, siap dengan kepala berikat
kain  "Reformasi" tiba. Memang bersemangat betul mahasiswa ini. Mereka menaikkan
  sepanduk yang mereka bawa khas -
"Mahasiswa Bersama Barisan Alternatif". Mereka  menyanyikan lagu yang mereka
ciptakan sendiri.

Kemudian keluarlah para penyokong BN dari hujung jalan berhampiran dengan Stesen
 Shell. Mereka tidak ramai. Malah
diangkut dari luar - dua buah bas digunakan. Ada  "SB-SB" BA yang masuk
menyelinap ke sana. Kemudian dilaporkan
kepada pihak  penyokong BA di sebelah sini bahawa bilangan mereka kira-kira
seperempat bilangan  penyokong BA.

Polis sungguh profesional hari itu. Mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya
para penyokong tidak bertembung. Satu
dihujung jalan sana, dan satu lagi di hujung jalan sini. Tetapi penyokong BA
memang berdisiplin. Jika mereka ingin buat
huru-hara atau tidak